Rumor mengenai Farid Husin kembali meletup bila staf-staf Teguh holding mula bergosip mengenai pengurus besar bahagian pengurusan hal ehwal perkerja tidak berani melawan Farid Husin membuatkan nama Farid Husin menjadi bualan hangat di kalangan staf-staf Teguh holding
"Kau nie Farid, hari pertama je kau masuk kerja, kau dah buat kakak kau mengamuk"
Kata Hamdan sambil mengekori belakang Farid Husin setelah keluar dari Lif
"Biar je.., dia bukan berani pun dengan aku"
Balas Farid Husin bersahaja
"Bos aku tu Farid"
"Kenapa bersepah pejabat nie?,"
Kata Farid Husin bila masuk ke dalam pejabat department advertising marketing seakan tidak terurus
"Nak buat macam mana, diorang semua last-last minit pindah"
Kata Hamdan salah seorang staf di bahagian sumber manusia
"Takde cleaner ke mengemas pejabat nie?,"
Tanya Farid Husin lagi sambil mencekak pinggang, bengang betul bila melihat sekitar pejabat
Hamdan mengusap-ngusap rambutnya
"Nanti jelah aku suruh cleaner datang kemas"
"Kau nie hamdan perut je beso,"
Hamdan tersengih-sengih memandang Farid Husin kawan baiknya ketika di universiti, Farid Husin jugalah yang membantunya mendapat perkerjaan di Teguh holding
"Habis sekarang macam mana nie Farid, bilalah diorang semua nak masuk?,"
Farid Husin berdengus perlahan sambil menapak ke arah pejabat pengurus sambil di ekori hamdan di belakangnya
"Aku dah suruh diorang datang esok, kalau tak, lantak jela, janji aku dah tolong, jangan esok bila jumpa, cakap aku tolong"
Kata Farid Husin sambil memerhati ruangan pejabat pengurus
"Alah masuk lewat pun takpe, janji masuk.. lagi pun department nie bukan ada projek pun, sampai sekarang cuma harap projek dalam syarikat je"
Farid Husin mengalih pandangan ke arah Hamdan
"Takde projek luar ke?,"
Hamdan mengeleng kepala
"Takde.. sebab tulah pengurus sebelum nie, ayah kau pecat"
Farid Husin terangguk-angguk kepala
Ruangan Lobi
"Fazura,"
Panggil seorang lelaki pertengahan usia kelihatan menghampiri seorang wanita muda sedang menyapu lantai lobi
"Ya saya Encik khalid"
"Nanti pukul 10.30 Fazura pergi ke tingkat lima, tolong kemas pejabat iklan ya"
"Tapi Encik khalid..?"
"Pergi jelah.. kita tak cukup orang nie, nanti bising pulak orang atas"
Fazura mengangguk lemah
Di dalam Lif VIP
Farid Husin melihat jam di tangan Kirinya menunjuk waktu 10.05 minit pagi, Pintu lif terus terbuka setelah berhenti di tingkat satu,
lelaki segak itu keluar dari lif menapak ke arah pintu di penuhi staf-staf Teguh holding yang datang untuk bersarapan pagi di kantin namun kelibat Farid Husin pantas di lihat oleh staf-staf Teguh holding serta-merta memberi ruang kepada lelaki itu untuk masuk duluan ke dalam kantin
Kedua anak mata Farid Husin melirik-lirik melihat ruang makan kantin yang sangat luas hampir di penuhi staf-staf Teguh holding namun bola matanya terhenti bila memandang ke arah sebuah meja di duduki seorang lelaki bersama seorang wanita
Farid Husin melirik senyuman sinis lalu berjalan ke arah meja di perhatikannya tadi dengan lagak bersahaja tanpa mempedulikan staf-staf Teguh holding sedang memerhati ke arahnya
Wanita yang duduk di sebelah lelaki bersuit biru sejak tadi tersenyum manja asyik dengan perbualan mesra dengan lelaki di sebelahnya namun wajahnya berubah seakan terkejut bila melihat Farid Husin merenung tajam padanya
Wanita itu segera berdiri dengan tingkah serba tak kena menunduk kepalanya sambil menapak meninggalkan meja itu
"Alang duduk, Farid ada hal nak cakap"
Arah Farid Husin pada abangnya bila melihat fadil fitri ingin bangun dari kerusi
Fadil Fitri diam tidak menjawab hanya memerhati wanita tadi berjalan keluar dari ruang makan kemudian mendongak memandang adiknya
"Kau dah kenapa Farid?,"
"Diam"
Jawab Farid Husin lansung tidak memandang abangnya, kedua matanya bergitu asyik memerhati ke arah staf-staf sedang beratur untuk membeli sarapan pagi
"Kau.. kau.. kau yang kat sana tu!,"
Jerit Farid Husin tiba-tiba sambil menunjuk ke arah seseorang yang sedang beratur
Seluruh Staf Teguh holding yang sedang beratur terus memandang ke arah Farid Husin sedang berdiri menunjuk ke arah mereka kemudian saling berpandangan melihat arah yang di tunjuk Farid Husin
Fazura yang kelihatan ketakutan cuba bersembunyi di balik tubuh seorang wanita di depannya bila menyedari Farid Husin sedang menunjuk ke arahnya, namun bahunya di tepuk oleh seorang wanita di belakangnya
"Cik.. dia panggil cik tu"
Fazura berpura-pura terpinga-pinga memang tahu jika orang yang di panggil Farid Husin itu adalah dia
"Come here baby.. please hurry up"
Ucap Farid Husin bersahaja sambil melambai-lambai memanggil Fazura sedang terpinga-pinga melihat ke arahnya
"Kau nie Farid, orang tengoklah"
Kata Fadil fitri mengusap-ngusap dahinya sambil menjeling staf-staf sedang memerhati ke arah Farid Husin
Tubuh fazura mengigil ketakutan cuba memaksa ke dua kakinya untuk melangkah ke arah Farid husin sedang berdiri menantinya, kedua anak matanya pula melirik-lirik melihat Staf-staf Teguh holding sedang memerhati ke arahnya
"Ya Allah dugaan apalah kali nie?,"
Bisik hati Fazura, dirinya ingin menangis membayangkan akan di malukan Farid Husin nanti
"Wuhh.. lambatnya kau berjalan sayang, rasa macam dah setahun aku berdiri kat sini"
perli Farid Husin bila Fazura berdiri di depannya
"En.. en..encik nak apa?,"
Tanya Fazura sambil menuduk kepala
"A.. a.. aku na.. na.. nak kau gie beli makanan kat sana, tergagap-gagaplah pulak kau nie,"
"En.. en.. encik nak makan apa?,"
"Nasi goreng, ayam goreng letak sambal, air milo ais"
Jawab Farid Husin sambil tangan kanannya menyeluk dalam blazernya manakala Fazura pula segera memusingkan tubuh ingin menapak ke arah kaunter menjual makanan
"Woi.. kau nak gie mana tu?,"
Fazura segera memusingkan tubuhnya kembali bila di panggil Farid Husin
"Ambil duit nie, tak akan kau bayar?,"
duit Rm 50 ringgit di hulur farid Husin segera di ambil Fazura lalu memusingkan tubuhnya semula menapak laju ke arah kaunter menjual makanan
"tolong bagi dia dulu!,"
jerit Farid Husin sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi sambil memerhati ke arah Fazura berdiri di depan kaunter
"Kau nie farid.. memang lansung takde perasaan malulah"
Kata Fadil Fitri mengeleng-geleng kepalanya
"Malu?,"
Farid Husin menoleh memandang abangnya
"Alang.. bangunan nie, syarikat nie, bapak kita punya, Farid nak malu ngan sapa, dengan diorang semua nie"
Farid Husin mengalih-ngalih kepalanya melihat staf-staf Teguh holding memandang ke arahnya namun lantas mengalih pandangan bila Farid Husin memandang mereka
"Diaorang semua nie cuma perkerja je Lang, nak buat apa farid malu"
Katanya lagi sambil tersengih sinis
"Suka hati kaulah Farid"
Fadil Fitri mengeluh berat malas melayan sikap adiknya itu
"Ini makanannya encik"
Ucap Fazura sambil memegang pinggan plastik dengan hidangan nasi goreng dan ayam goreng dan Segelas milo ais
"Duduk"
Balas Farid Husin
Fazura terpinga-pinga dengan arahan Farid Husin
"Duduklah bila aku suruh"
Arah Farid Husin pada Fazura sambil menarik kerusi di sebelahnya
"Ya Allah lindungilah hamba mu yang lemah ini"
Ucap Fazura di dalam hati kemudian duduk di sebelah Farid Husin
"Makan je makanan tu"
Arah Farid Husin bila Fazura duduk di sebelahnya
Fazura semakin terpinga-pinga, serba salah dengan arahan Farid Husin
"Ini bakinya encik"
Fazura menghulur baki dari duit yang di beri Farid Husin kepadanya tadi
"Ambil je, buat belanja makan tengahari, petang dan malam"
Kata Farid Husin tersengih-sengih
"Tapi encik.."
"Tapi.. tapi.. orang dah bagi ambil jela,"
Balas Farid Husin sambil mengeleng kepala
jangan tak makan pulak makanan tu"
Fazura menghela nafas berat, semakin serba salah dengan sikap Farid Husin, duit yang di hulurkan pada Farid Husin lantas di masukkan ke dalam poket seragamnya
Farid Husin menatap seketika Fazura kemudian mengalih memandang abangnya
"Tadi pagi, Farid ada dengar ayah ngan mak bercerita pasal Alang"
Fadil Fitri dari tadi hanya mendiamkan diri segera memandang adiknya
"Cerita pasal apa?,"
"Pasal perkahwinan Alanglah"
Jawab Farid Husin sengaja membulatkan kedua matanya
"Hey. kau jangan buat cerita Farid"
"Apalah Alang nie, takde alasan lansung Farid nak buat cerita"
Fadil Fitri duduk menegak sambil mengusap wajahnya, tingkahnya serba tak kena
"Habis tu ayah ngan mak cerita pasal apa?,"
Farid Husin menghembus nafas
"Apa lagi pasal perkahwinan Alang lah"
"Pleaselah Farid.. janganlah nak buat cerita"
"Alang oh Alang, Long kahwin atas pilihan ayah ngan mak, kak ngah kahwin pun atas pilihan ayah ngan mak, bukan ke sekarang nie giliran Alang pulak"
Kata Farid Husin sambil menatap tajam wajah abangnya
Wajah Fadil Fitri berubah resah berkerut wajahnya memandang adiknya
"Habis tu, Farid tau tak sapa perempuan tu?,"
Farid Husin mengeleng kepala
"Tapi Farid ada tengok gambar perempuan tu, cantik nak mampus Lang, wajah macam mat saleh tapi ada sikit sinar kemelayuan, huhh Farid tengok gambar pun dah tergoda"
Farid Husin mengeleng lagi kepalanya
"Untung betul lah kau Lang"
"Ah! gie mampus dengan untung"
Ucap Fadil Fitri dengan nada kuat
"Alang dah cakap dengan ayah, jangan campur urusan siapa yang alang nak kahwin"
"Sorry Alang, bagi Farid semua tu salah Alang sendiri, selalu tak balik malam, Ayah ngan mak mana yang tak risau,"
Balas Farid Husin dengan wajah kepura-puraan seakan bimbangkan abangnya
"Ah sudahlah!,'
Fadil Fitri lantas berdiri mengusap-ngusap dahinya dengan wajah berang
"Alang nak gie mana?,"
"Jumpa ayahlah!,"
Jawab Fadil Fitri kemudian menapak laju ke arah pintu
Farid Husin memperhati seketika abangnya lalu ketawa terkekeh-kekeh sambil melihat Fazura sedang makan
"Padan ngan muka kau Lang,"
Share this novel