CHAP 30

Romance Series 74213

"Good morning, Candy.." bisik Bahr, terbangun terus Anya mendengar nama Candy tu. "Apa awak panggil saya?" soal Anya dengan rambutnya sedikit kusut. "Candy.." kata Bahr. Terkedu Anya, adakah dia sudah mengingat segalanya atau..

"Ni, dah lama Abang nak tanya sebenarnya, gelang ni.. Candy.. Candy tu sebenarnya sayang kan? Kenapa tak mengaku dari dulu?" soal Bahr. Anya diam... "Abang asyik panggil Sherry Candy sedangkan dia bukannya Candy abang kan?" soal Bahr. Anya diam lagi, kepalanya tunduk menekur selimut. Buat apa dia berterus terang sekiranya mereka yang akan sakit, lagipula persahabatan mereka waktu itu dilanda masalah sehinggalah dia terpaksa berkahwin dengan Bahr.

"Jom mandi, kita solat Subuh sama-sama." bisik Bahr.
***
Zayhar hanya diam melihat kolam renang di hadapannya. "Jadi betulah Bahr dan Anya dah kahwin." kata Zayhar. Misha menyilangkan kakinya. Siapa tidak terkejut, playboy sudah menamatkan zaman bujangnya. "Kenapa Abang kisah pula?" soal Misha. "Abang kisah sebab Anya sepatutnya kahwin dengan Abang.. dan Sherry kahwin dengan Bahr. Dan, abang yakin.. mesti Sherry dalam perjalanan balik ke sini. Tapi, kenapa Bahr beli butik Anya dan serahkan kepada Sherry?" soal Zayhar.

"Tapi, Bahr kan dah hilang ingatan.. mungkin dia nak balas dendam dekat Anya, who's know?" soal Misha. "Aku pelik dengan situasi sekarang ni.. Kenapa Bahr kahwin dengan Anya, dan kenapa Bahr beli butik Anya dan bagi dengan Sherry?" soal Zayhar.

"Ke... Bahr sedang merancangkan sesuatu?" soal Zayhar. "Abang jangan buat-buat lupa. Keluarga mereka berhutang sesuatu dengan kita." kata Misha. Zayhar hanya tersenyum. Datangnya Misha dalam kehidupan lampau Bahr hanyalah satu, membayar kembali perbuatan mereka kepada Idlan. Keluarga mereka yang menyebabkan Idlan menjadi seperti sekarang.

"Abang tak akan lupa Misha. Abang janji yang keluarga kita akan kembali seperti dahulu. Abang, Misha, dan Idlan.. Kita hapuskan keluarga Bahr dan Becky tak guna tu." kata Zayhar.

"Habistu Anya?? Abang nak buat apa?" soal Misha. "Anya... she supposed to be my wife.. Dari dulu lagi.. Tiada siapa boleh ambil dia. Termasuklah Bahr." kata Zayhar.

"Ataupun.... kita mulakan sahaja rancangan kita.. Apa macam?" soal Zayhar. "I'm on.." kata Misha.
***
"Macam mana kau boleh beradik abang angkat dengan Zayhar?" soal Becky ketika mereka di butik. Anya masih lagi bercuti dengan Bahr. "Abang Zayhar.. hurmm, family saya waktu tu sebelum ada anak, mereka ambil Abang Zayhar sebagai anak angkat mereka. Ahh lebih kurang macam tulah. Waktu tu, Zahin post gambar kita bercuti, tu yang Abang Zayhar terkejut tu." kata Zahin, membantu Becky.

"Oh.. macam tu, awak bila nak pergi kerja?" soal Becky, memotong kainnya. "Tunggulah kijap, temankan awak dulu.." kata Zahin. "Buat apa? Awka tengok tu pekerja saya, dah tersengih-sengih tengok kita." kata Becky. "Well, biarlah mereka nak fikir apa.. lagi bagus mereka fikir macam tu.. Kita couple kan?" soal Zahin. "Sejak bila?" soal Becky. "Sejak Anya dan Bahr kahwin, kita pun couple lah.. bukan macam tu ke?" soal Zahin. Terjatuh gunting Becky, "jangan nak merepek!" pekik Becky, dia ingin mengambil gunting di lantai tapi pantas Zahin mengambil gunting tersebut.

"I'm serious. Let's give us a chance. Mana tahu.." kata Zahin. Becky hanya terdiam. Dia risau sebenarnya, trauma dengan percintaan.
***
Bahr memberikan roti yang sudah disapu jem ke mulut Anya. "Apa termenung depan rezeki ni sayang. Tak baik tau." kata Bahr menyuapkan roti ke dalam mulut Anya.

"Saya nak balik.. boleh? Saya rindu kerja saya. Saya rindu butik saya.." kata Anya. "Boleh sayang.. Tapi, boleh janji dengan Abang?" pinta Bahr.

"Apa?" soal Anya. "Selepas ni apa yang akan terjadi di butik, Anya kena bersabar.." kata Bahr. "Sebab?" soal Anya. "Sherry will be your new bos." kata Bahr. Terdiam terus Anya.

"What are you trying to do Bahr.. Apa sebenarnya awak rancangkan?" soal Anya. "Just trust me.. Sayang.. Trust me.." kata Bahr, terus merenung mata Anya dan memberikan kucupan ke dahi Anya.

another chapter for today...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience