Raina terjaga apabila merasa hembusan nafas lembut di telinganya. Semakin lama hembusan itu mula beralih pangkal lehernya.Dengan mata yang masih tertutp, tangan Raina cuba menolah ‘benda’ yang menganggu lenanya.
“Aduh!” Raina membuka mata dan alangkah terkejutnya melihat Ashraff yang berada dekat dengannya.
“Sayang kenapa tampar abang?” rengek Ashraff. Tak sakit pun sebenarnya, saja nak bermanja dengan isteri kesayangannya.
“Eh, awak buat apa kat sini?” soalan dibalas dengan soalan. Ashraff menjegilkan mata.
“Sayang ni..takkan lupa semalam selepas kita melaluinya bersama.” Jawab Ashraff nakal. Raina mengerutkan dari, memproses semula perkara yang berlaku semalam. Seketika kemudian, muka Raina memerah.
‘Alahai, macam mana aku boleh lupa ni?’
Ashraff ketawa melihat muka isterinya yang sudah merah. Raina mencubit perlahan lengan Ashraff apabila menyedari ketawa Ashraff semakin kuat.
“Slow lah sikit.. Nanti dengar dek mama dengan papa.”
“Ala..Apa salah diorang dengar. Kalau diorang dengar tentu diorang turut gembira sebab anak menantu mereka bergelak ketawa subuh-subuh macam ni.” Balas Ashraff sambil tersengih.
“Sayang…Terima kasih pasal semalam.” Raina menutup mukanya dengan comforter. Ashraff ketawa senang.
“Tak payah nak malu-malu lah sayang. Abang dah tengok semuanya.” Ashraff terjerit apabila tangan Raina mencubit kuat pinggangnya. Dia menggosok pinggang yang dicubit tadi, pedih.
“Amboi! Sejak bila sayang pandai main cubit-cubit ni? Abang gigit tangan tu kan..”
“Abang lah, nakal !!”
“Abang nakal dengan sayang je, dengan orang lain abang garang!” balas Ashraff sambil bermain-main dengan rambut isterinya. Raina hanya tersenyum.
“Abang…”
“Ya, sayang…”
“Ina nak jumpa dengan Aina pagi ni boleh?”
“Buat apa?”
“Saja. Lama tak jumpa dengan Aina sejak dah kahwin dengan abang ni.”
“Sayang nak jumpa kat mana?”
“Kat Secret Recipe dekat-dekat ni je.”
“Abang ikut, boleh?” Raina memandang Ashraff.
“Nanti Aina malu lah dengan abang.”
“Ajak lah suami dia sekali.”
“Aqil?”
“Ouh, Aqil eh nama suami dia? Haa, suruh Aina bawak Aqil sekali.”
“Abang yakin ke ni?” Ashraff memandang pelik ke arah Raina.
“Lah, kenapa? Macam tak suka je abang ikut sekali.” Ujar Ashraff dengan nada sedih.
“Yalah… Dulu masa sekolah rendah,Ina pernah tangkap cinta kat dia.” Usik Raina. Ashraff membulatkan matanya lalu pantas menggeleng.
“Oh, no, no and no! Kalau macam tu sayang pergi dengan Aina saja lah. Cakap kat Aina jangan bawak suami dia sekali.” Raina ketawa.
“Abang ni…Ina gurau jelah. Ina tak pernah jatuh cinta kat dia lah. Aina yang suka suami dia sejak sekolah rendah. Alhamdullillah, diorang ada jodoh. Kahwin juga Aina dengan Aqil.” Beritahu Raina. Ashraff mengetap bibir. Geram dipermainkan Raina.
“Oh, tipu abang ya! Nak kena ni.” Ashraff memegang kedua-dua belah pipi Raina dan cuba untuk mengucup bibir isterinya tetapi tersasar ke pipi apabila Raina memalingkan mukanya ke arah lain. Ashraff menggeletek Raina. Bergema ketawa Raina dan Ashraff dalam kamar tidur itu.
Tok! Tok! Tok!
“Pengantin baru ooi! Kut ya pun nak bergurau senda suami isteri pagi-pagi lah sikit. Ni baru pukul 4 pagi. Mama dengan papa pun nak tidur jugak.” Terdengar jeritan Puan Khatijah.
“Haah, betul cakap mama tu. Ash! Jangan ‘buli’ menantu papa sudah. Bagilah isteri kamu tu tidur.” Suara Encik Malek pula kedengaran.
Ashraff dengan Raina berpandangan sebelum menekup mulut menahan ketawa. Kedua-duanya diserbu malu apabila ‘ditangkap basah’ oleh mama dan papanya sendiri.
“Abang lah ni! Kan dah kena tegur. Malu tau tak!” bisik Raina.
“Abang pun malu jugak ni.” Balas Ashraff juga dalam nada berbisik.
“Eh, kejap. Yang kita berbisik-bisik ni kenapa, sayang?”
“Entah lah.” Terus melepas ketawa pasangan suami isteri itu tapi masih mengawal suara supaya tidak didengari oleh Puan Khatijah dan Encik Malek.
“Syyhh.” Raina meletakkan jari telunjuknya di atas bibir.
“Sambung tidur jom, sayang.” Ajak Ashraff sambil tersenyum menggoda. Raina membulatkan matanya sambil mencubit perlahan lengan Ashraff. Tapi dia tidak menolak apabila Ashraff membawa dia ke dalam pelukan, malah membalasnya dengan erat.
Share this novel