Cinta bukan untuk dimiliki,
Tetapi untuk difahami,
Cinta bukan untuk dihayati,
Kerana segalanya hanyalah ilusi,
Cinta itu adalah perasaan,
Yang akhirnya membawa duka,derita dan kesakitan.
Iskandar menutup buku yang ditulis olehnya tadi lalu menghembus bafas berat.Setahun telah berlalu tetapi dia masih begini.Tetap dengan kerjanya dan sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai keluarga tunggal.Ikbal pula terkedek-kedek menuju ke ayahnya.
"Eh,Ikbal dah bangun?"kata Iskandar,tersenyum lebar dan mendukung Ikbal.Ikbal menggosok-gosok matanya."Lena tidur?"Ikbal mengangguk-angguk apabila Iskandar memberikan soalan.
"Aunty bell?"tergagap-gagap Ikbal menyebut nama tersebut.Iskandar tersentak."Kenapa?"
"Aunty bell?"
"Why?"
"Lama tak jumpa aunty bell,"Iskandar tersenyum seraya menggosok-gosok rambut anaknya itu.Dia mengaku,sudah tiga tahun dia tidak berjumpa dengan Nabilla.Bibirnya menguntumkan senyuman.Gadis manis itu berjaya menawan hatinya lagi kini.
"Paksu,dah tiga bulan dah ni.Mana bakal isteri paksu tu?Tak sabar nak tengok,"kata Nabilla,menggosok-gosok tangannya.Iskandar tersenyum dan menunduk.Entah mengapa gugupnya hatinya ketika itu.
"Sebenarnya,dia tu hang"tersentak Nabilla apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Iskandar.Seperti tidak percaya!
"Apa dia?"
"Aku malas nak cakap lapik tapi orang yang aku nak jadikan isteri adalah hang,"
"But I cant be pregnant?"
"So?We can do it every night without getting anyone know,"kata Iskandar bersahaja sambil meminum air.Nabilla pula sudah membulat matanya.Biar betul?
"Woo,"mereka ketawa.
"So Nabilla,"
"Herm?"
"Will you marry me?"
"Papa,telefon,"tersentak Iskandar apabila Ikbal memberikan telefon yang berbunyi.Lekas Iskandar menyambutnya.
"Hello?"
"Is,balik tak bulan ni?"tanya nek ma di talian.
"Tak tau lagi ma.Is banyak kerja,balasnya,sambil menggosok-gosok kepalanya.Sudah lama dia tidak berjumpa mamanya.
"Bulan ni kan hari jadi adik hang.Hang takmau balik ka?In Shaa Allah,semua orang ada kat sini tau nanti,"kata nek ma,mengedipkan matanya ke arah Irdina yang berada di sebelahnya.
"Tak taulah.Kalau Is sempat habiskan kerja ni,Is balik hujung bulanlah,"
"Cakap kak bell ada sekali,"bisik Irdina kepada nek ma sambil mengedipkan natanya.Nek ma tersenyum sinis lalu mengangguk laju.
"Hujung bulan?Kak bell dah balik rasanya.Boleh jugak kalau Is datang hujung bulan tu.Takdaklah sesak sangat,"Iskandar tersentak.
"Kak bell?Kak bell balik jugak ka?"
"Iyala,dah birthday pakcik dia.Okaylah,nanti nek ma bagitau dekat Wan yang hang balik hujung bulan,"
"Eehh,kejap ma.Ermm..Is tak tau tau boleh datang ke tak,"kata Iskandar.Nek ma tersenyum memandang Irdina.
"Okayy.Assalammualaikum,"
"Waalaikummussalam,"Iskandar kembali duduk di kerusi.Huu,seronoknya dalam hati kalau jumpa gadis yang bernama Nabilla.Alangkah baiknya kalau mereka bersama.
(malamnya)
Iskandar memberhentikan keretanya.Dia melihat Ikbal yang sedang terbaring lena memeluk gambarnya bersama mamanya,Natasha.Dia mengeluh dan meletakkan gambar tersebut.Gambar dimana Natasha bertemu dengannya ketika majlis ulang tahunnya yang pertama.
Dia pun keluar daripada keretanya.Dapat dia melihat suasana tenang rumah mamanya.Tersenyum dia sebentar.Entah apa yang bermain di fikirannya kini pun dia tidak pasti.
Tiba-tiba,dia terdengar bunyi di balik semak dan itu membuatkan dia terkejut.Hatinya berdegup laju.Suara yang tidak dikenali mula menyapa.Ya Allah,apa ni?
BAAA!
Terkejutnya dia apabila Irwan dan Irdina mengejutkannya menggunakan kain putih.Dapat dia melihat Irdina dan Irwan yang sedang ketawa sakan di balkoni."Irwan!Irdina!"jeritnya dan berlari ke arah atas.
Sewaktu dia berlari,waktu itu juga dia terserempak dengan penghuni di ruang tamu.Biarpun jam sudah menunjukkan pukul 12 malam,namun masih ada ahli keluarganya yang masih belum melelapkan mata.Dia tersenyum malu.Dalam bayang-bayang tersebut,dapat dia menangkap satu bayang yang amat dia kenali.'Nabilla..'
"Mana paksu?Duduk sini.Takyah layan pak uda kamu tu,"kata Bariah.Iskandar mengangguk dan mengambil tempat duduknya.
"Macam mana kerja?Okay?"
"Okayy je,"
"Ikbal mana?Tak bawa sekali?"
"Ikbal ada.Dekat..Ehh!Mana pulak Ikbal nya?!Allah.Dalam kereta!Kejap yee,"kata Iskandar,terkejut dan berlari meninggalkan ruang tamu tersebut.
"Kamu tengoklah paksu kamu tu kak bell.Tak berubah-ubah perangainya,"kata nek ma.Nabilla hanya tersenyum.
"Nek ma nak pergi dapur sekejap.Tengok kek pak uda kamu tu,"kata nek ma.
Apabila Iskandar sampai,dia hanya melihat Nabilla seorang sahaja.Sibuk menonton televisyen yang menayangkan cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge itu.
"Shahrukh Khan?"
"Ha,haiwat?"
"Dah tua pun suka ka?"
"Tua pun hensem.Bukan cam paksu,"Iskandar tersenyum tetapi disorok.Argh,hatinya begitu girang dapat mengusik gadis itu.Dia mengambil tempat di sebelah Nabilla dan meletakkan Ikbal di tengah-tengah.
Wajahnya dihala ke televisyen tetapi tidak matanya.Matanya tetap berada di wajah Nabilla.Senyuman Nabilla dapat dia lihat daripada cahaya televisyen itu.Dia menarik nafasnya.Nyaman apabila berada di sisi wanita ini.
Share this novel