BAB 2

Romance Completed 164725

Sandbag dipegang kuat. Sesekali nafas ditarik dalam. Kuat pula tumbukan dan tendangan daripada manusia dihadapannya ini. Hari ini orang tak terlalu ramai di gym. Mungkin saja disebabkan hari orang bekerja sementelah kelas Dr Hamzah batal pada hari ini. Jadi terus mereka berdua ambil kesempatan untuk terus ke gym yang memakan masa 15 minit daripada kampus.

“Beb…”

“Apa?”Tumbukan kanan padu ke arah sandbag yang dipeluk oleh Eddy itu.

“Kapten gedik kau tu…”

Joe berhenti sekejap. Tak jadi nak menendang. Tajam matanya melihat Eddy yang tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dari riak wajah itu, Joe tahu pasti ada sesuatu yang bermain di fikiran lelaki kasanova itu.

“Kau boleh tak jangan sesekali potong stim aku pagi-pagi ni?! Aku pantang dengar nama dia! Silap-silap kau yang kena backhand dengan aku, bersepai gigi kau yang cantik tersusun tu!”
Dia kembali menumbuk dan menendang. Kali ni lebih kuat.

“Okay,aku tak sebut dah. Tapi KG tu orang sini ke?”

“KG?”Soal Joe tidak mengerti.

“Kapten gedik…”?

Buk!

Satu tendangan padu tepat ke arah paha Eddy yang memakai seluar track dan juga sleeveless berwarna putih. Berkerut dahinya sambil meggosok pahanya berkali-berkali.

“Aduh, sakitlah gila!”Desisnya bengang. Joe tu walaupun perempuan dan tubuh badannya kecil tapi kekuatannya boleh mengalahkan lelaki.

“Aku dah bagi warning kan tadi? Lagi satu…kalau nak sebut nama dia next time minta izin aku dulu, okay?”

“Okay fine!”Eddy mengeluh tanda mengalah. Sandbag kembali dipegang.

“Tapi….”

Kali ini Joe betul-betul bengang sebelum dia menumbuk perlahan abdomen Eddy. Eddy yang tidak bersedia terus terjelopok ke belakang. Dia memandang sekeliling bila ada yang memandang, tak juga yang menggeleng. Menganggu suasana barang kali.

“Kau memang sengaja kan nak malukan aku di pagi yang mulia ni?”

“Dan kau memang sengaja nak naikkan darah aku kan? Padan muka! Tak puas hati sini lah!”

Joe dah buka langkah. Sesekali dia tersenyum kemenangan melihat Eddy yang masih terbaring di lantai. Dia mendekati lelaki itu sambil membuka punch ditangannya.

“Kau nak ‘try’ dia, kau punya pasal tapi jangan suruh aku jadi badut kau eh kali ni. Aku tak sanggup dah nak hadap sumpah seranah budak perempuan kampus kita yang kau dah mainkan”

“Kau pun tahu kan Joe bukan aku yang cari dia orang. Dia orang yang kejar aku, aku nak buat apa?”Ujar Eddy penuh bangga sambil menongkat tangan ke kepalanya.

“Nak kata kau ni hot stuff, aku rasa Is tu lagi hot dari kau. Pakej jenis low profile and humble. Tapi kau…hmmm…”Ibu jari diangkat tinggi sebelum di lunjur ke bawah tanda ‘Loser.

Joe ketawa melihat wajah cemberut kawannya itu sebelum bangun membelakangkan Eddy namun Eddy mengkait kakinya sehingga dia pula yang terjatuh. Nasib Eddy menahan kepalanya dengan kaki sebelum merebahkan tubuh Joe ke lantai. Tapi kejap… Dengan kaki???

Kini giliran Eddy pula bangkit sambil ketawa sehingga terjungkit bahu. “Lesson to learn,Joe. Don’t you ever turn you back from your enemy. Adios !”

“Ed!!!”

Mereka berdua berlari berkejaran di sekeliling ruang gym ini. Walau orangt tidak ramai tapi cukup menarik perhatian mereka yang berada sini.

“Kau dapat cuit aku, aku belanja kau McD! Tapi kalau tak…”

“Just so you know…this is not a place that you can play around …like a bunch of fools…”

Nasib Eddy sempat menekan ‘brek’ saat tubuh tinggi lampai yang berada di treadmill tadi tiba-tiba berhenti dan kini berdiri menghadapnya. Eddy masih tidak dapat melihat wajah yang masih menunduk sambil menanggalkan earphone di telinga.

Putih, tinggi dalam ukuran 165 cm, kurus dan…gadis itu terus mengangkat wajah. Jantung Eddy seakan terus berhenti berdegup. Reaksi yang sama saat dia melihat seraut wajah itu dua hari yang lepas.

“Come again?”Terpacul soalan itu daripada mulut Eddy. Langsung tidak mendengar apa yang dikatakan gadis yang berrambut ekor kuda itu. Mana dia nak dengar jika dia terpukau dengan kejelitaan yang dimiliki oleh gadis dihadapannya ini.

“Dia cakap kau bodoh”Joe datang menyampuk. Kecil besar kecil besar saja dia melihat manusia yang baru saja menjadi sebutan mereka berdua tadi. Geram pula melihat Eddy yang masih boleh tersengih. Sudah di agak tahap kemiangan lelaki itu. Ulat bulu dah naik daun!

Gadis itu hanya berpeluk tubuh sebaik melihat Joe. Manalah dia tak kenal sedangkan mereka satu pasukan dan juga merupakan orang yang suka melawan arahannya. Rakan yang lain tidak berani dengannya hatta menjeling sekali pun tetapi gadis yang dikenali sebagai Joe ni memang sering membuat Mya bengang.

“Oh kau…patutlah aku rasa ada bau aura negatif dari tadi. Nak rasa aman dan tenang dekat sini pun tak ada. Ni gym okay, kalau rasa nak terpekik sana sini boleh pergi Superpark! Dan kalau rasa otak tu tak berkembang, apa kata you guys cuba daftar semula dekat tadika ke…if and only if they’re out of their mind to accept you guys, again…”Mya menyindir sedas.

“Eh apa masalah kau eh? Dari hari tu tak puas hati dekat aku?!”Joe menolak Eddy yang dari tadi tersenyum seperti orang gila itu kebelakang.

“Oh you know why…”

Eddy cepat mencelah di tengah-tengah di antara mereka .“Okay guys, stop it okay. Kalau kita bertiga taknak dipanggil sebagai budak tadika dekat sini, apa kata kita keluar,lepak makan sama-sama…mungkin lepas tu…”

“Hish, sana lah kau!”

Joe yang tengah panas hati terus menyiku tulang rusuk Eddy sehingga dia terbongkok-bongkok menahan senak. Terus dia berundur ke belakang sikit namun matanya masih tidak lepas melihat gadis yang digelar Kapten Gedik selama ini. Hmm….

“Kau bengang sebab aku selalu menjadi orang pertama yang bantah cakap kau kan? And you know why…”

“Because I am you captain…”

“Kapten gedik!”Bidas Joe geram sebelum berlalu. Terus potong moodnya pada pagi yang indah ini dengan kehadiran Mya. Rasa bengangnya semakin menebal bila ada di antara mereka yang lain menyuruhnya meminta maaf dekat Mya kerana disebabkan Mya lah mereka menjuarai liga bola tampar kampus pada tahun ini. Dan disebabkan itu jugalah Syafa terpaksa merehatkan diri selama sebulan kerana mengalami keretakan di ibu jari dan jari manisnya. Ini semua kerana Mya!



“Dah kenapa muka kau monyok semacam je ni? Hari ni kan kelas pertama untuk sem terakhir. Cheer up!”

Satu kata-kata semangat dengan diselikan satu tepukan kuat di bahu buat Mya tersentak. Sempat dia menjeling Alia yang selamba duduk disebelahnya, seperti biasa. Siapalah tak kenal dengan Mya dan Alia. Ke mana sahaja pasti berdua.

“Tak ada apa. ?Kau tak nak bagi tahu aku kenapa kau tak ikot aku tadi?”

“Babe, aku tak larat….langsung. Nak bukak mata pun aku tak mampu!”

Mya menggeleng. “Tak bukak terus baru tahu”

Hampir tersedak Alia mendengarnya. Mya walaupun tak banyak cakap tapi sekali cakap,lidahnya memang berbisa. Kalau siapa yang cepat ‘sentap’ atau koyak, silalah bawak jarum untuk jahit hati yang koyak. Sebab itu cuma dia yang bertahan dengan sikap Mya yang terkenal dengan sifat bekunya itu. Lagipula mereka berkawan dari kecil sebelum terpisah sampailah Mya berpindah ke Kanada sebelum pulang semula ke Malaysia selepas kematian arwah ayahnya.

“Kau dah…”

“Assalamualaikum and a very good morning.” Suasana dewan kuliah yang tadinya hingar binger terus senyap saat Prof Dr Faridah masuk. Kebiasaannya hari pertama cumalah memberikan briefing tentang core subject,assignment dan juga peperiksaan.

Saat kuliah sudah bermula 15 minit, saat itu juga terdapat 4 orang pelajar yang tergesa-gesa masuk.

“Sorry prof, stuck in the traffic! It won’t happen again,we’re promise!”Salah seorang daripada mereka menunduk seraya menuturkan kata maaf.

“Considering this is our first class, I’ll accept your excuses. Next time, I won’t. You guys may have a sit then”

“Dia?”

Mya mendesis sambil mengecilkan matanya. Cuba mengamati susuk tubuh tinggi yang seakan baru saja dia terserempak hari ini.Tersangkut dalam kesesakan? Sangat mengarut!

“Tengku Iskandar Zulkarnain ? Hot, huh? Takkan kau tak perasan dia main futsal hari tu?”

“Not him. I mean…him…that one with the white cap…”Mya memuncungkan bibirnya. Amarahnya yang sudah reda kembali membara sebaik melihat lelaki itu. Kalau ikutkan rasa marah itu lebih kepada perempuan tomboi itu namun mengingatkan tingkah lelaki itu kelmarin, rasa ingin tahu semakin menebal. Lebih-lebih lagi jika ia nya berkaitan dengan perempuan itu!

“Oh,Ed…?”

Suara Alia kali ini berbisik sementelah Prof Dr Faridah masih menerangkan beberapa maklumat penting berkaitan maklumat untuk subjeknya.

“Ed?”

“Hedry Mikhael…budak tahun akhir jugak sama dengan kita. Cuma aku rasa ni kali kedua kot dia amek subjek yang sama. Nasib subjek ni berbeza pensyarah, kalau tak lagi teruk dia kena tadi. Sepatutnya dia dah grad last year tapi sibuk sangat dengan sukan,so hadap je lah. Baru sem ni tak silap aku dia step down jadi kapten futsal. Kacak, macho dan kalau kau nak tahu parents dia merupakan salah seorang pelabur dekat kampus ni. Dan dia orang tersangatlah rendah diri tapi tulah anaknya kerek gila. Suka flirting sana sini. Dasar playboy!” Alia mengutuk.

Nada suaranya menggambarkan yang dia betul-betul geram dengan lelaki bernama Edry Mikhael yang terkenal dengan nama ‘Eddy’ itu. Dari A to Z dia cerita kerana Mya merupakan pelajar baru di sini.

Mya menyiku lengan kawannya itu. “Babe, slow down. Buatnya ada orang dengar tak ke naya. Anyway,aku tanya ni sebab aku gaduh dengan Joe dan mamat kerek tu dekat gym”

“Seriously? Kau tahu tak sebenarnya….”

“Okay before I dismissed our class…I would like to appoint someone as a leader for my class. I don’t care about the gender anyway as long as he or she must be responsibility person, have good communication skills and leadership and the most important thing is disciplined person. So, anyone would like to volunteer him or herself?”

“I am…”

Satu suara garau berkumandang dengan penuh yakin sehingga para pelajar yang lain mengeluarkan macam-macam bunyi. Yang si perempuan pula sudah tersenyum meleleh. Siapa yang tidak suka kepada lelaki yang punya keyakinan yang tinggi ?

“Well,well, well…looks like we have our first candidate. So, the next person would be?”

“Nur Mya Erika Dayyan”

Kali ini semua mata tertumpu kea rah suara gemersik itu. Dewan kuliah yang bising tadi terus senyap. Rata-rata mereka ingin tahu siapa gerangan pelajar perempuan yang berani meyahut cabaran Prof Dr Faridah itu sementelah Mya sendiri merupakan mahasiswa baru di kampus Uitm Shah Alam in dan dikenali pun daripada kalangan mahasiswa yang terliabat dengan sukan.

“Perfect! So, without wasting our time, why not we start to vote? I’ll promise to make it quick. Thus, put your hands up for those….”
Belum sempat Prof Dr Faridah menghabiskan katanya, sekali lagi Mya membuka mulut.

“Isn’t it obvious, Prof? Why we should choose a leader that does not have a good attitude and bad disciplied? For example, the first candidate.”

“Boo….”

Suara-suara sumbang kembali menghangatkan suasana. Ada yang setuju dengan pendapat Mya, ada juga yang tidak.

“Okay class…please calm down,allright? Well I must admit that you got a point Mya. It’s true, we must a choose a leader that have responsibility and committed person. So, starting next week, Mya will be our class monitor. Class dismissed and I’ll see you again next class. Assalamualaikum…”

Bibir Mya menguntum senyuman kegirangan. Dia tergelak bila Alia bertepuk tangan sambil menepuk bahunya.

“Congrats, babe, gila berani kau. No one ever do that to Eddy like you did. Selalunya salah sorang daripada geng diaorang yang dapat pegang title dekat mana-mana pertubuhan dekat kampus ni. They’re quite famous actually but not so…famous. Kecuali Tengku Iskandar aku tu. Too handsome to handle…”Berkelip-kelip mata Alia ketika dia menyebut sebaris nama itu.

Mya mejulingkan matanya ke atas. Terus hujung tudung Alia di tarik sikit.

“Argh, Mya. Rosak tudung aku! Kau ingat senang nak gosok?!”

“Like I care! Dah, jom aku nak balik hostel. Nak tidur.”

Mereka berdua berjalan melintasi Eddy and the Geng yang dikatakan popular seperti yang diperkatakan oleh Alia tadi. Mya sekadar menayang muka selamba sedang Alia sudah merah muka sebaik bertentang mata dengan Tengku Iskandar.

“Fuh baru pegang title class monitor dah berlagak macam menang MPV kampus!”

Suara Faizal kuat mengejek sementelah hanya tinggal mereka saja di dewan kuliah ini dan sekali gus mematikan langkah mereka berdua. Mya tersenyum sinis memandang satu persatu wajah mereka. Sempat dia menjeling tajam kea rah Eddy dan Joe sebelum kembali menandang Faizal yang jelas tidak berpuas hati tentang pemilihan tadi.

“Aku dah ada. Kau ada?”Mya memulangkan paku buah keras sekaligus membuatkan wajah Faizal berubah serratus peratus.

“Mulut kau memang celupar eh, perempuan?!”Faizal sudah bangun untuk mara menghampiri Mya yang berpeluk tubuh sebelum ditahan oleh Eddy dan Tengku Iskandar,.?

“Aku rasa kau tak perlu kot nak mengamuk macam ni sekali. Mya cakap benda yang betul apa?”Alia menyampuk. Memang dari dulu lagi dia tidak suka Faizal yang terkenal dengan sikap kasar dan sombong itu. Mungkin saja kerana berkawan rapat dengan orang yang berpengaruh.

“Aku rasa seorang ketua kena seseorang yang independent, not dependable. Ini siap bawak pendakwa raya lagi!”Joe pulak menyampuk. Rasa geramnya dengan tindakan Mya tadi betul-betul buat dia berangin.

Mya menggeleng. Beg sandang dibetulkan, rambutnya yang coklat keperangan di kibar ke belakang. “Whatever! What done is done…dah Lia,jom!”Tangan Alia ditarik laju.

“Nanti!”

Mya mendengus lantas berpaling. Dia mengeluh berat tatkala melihat lelaki yang baru saja dia kalahkan tadi.

“Kalau ada apa-apa yang you nak cakap, cakap cepat. Tolong jangan buang masa I macam geng you ni”

Eddy tersenyum sambil menyeluk tangan ke dalam seluar. “I cuma nak ucap tahniah. Bukan senang nak ‘mengayat’ Prof Faridah macam yang you buat tadi. Kalau you nak tahu, tak ada siapa yang pernah kalah kan I especially I ni bekas Presiden MPP sidang….”

“Bekas? Then you should know why you didn’t deserve a second chance.”

Kali ini Mya terus berlalu tanpa menoleh lagi. Mereka yang lain terlopong luas. Joe sudah merengus geram. Dia menyiku kuat bahu Eddy yang masih merenung gadis itu.

“Yang kau sibuk sangat nak bukak sejarah kau tu kenapa?! Hish,, ni kali kedua tau dia kenakan kita hari ni!”

Eddy masih tersenyum. Terimbas kembali kejadian di gym pagi dan ketika ini. Maknanya sudah dua kali mereka bertemu hari ini dan siapa menyangka mereka berdua satu kuliah. Dan juga…akan ada pertemuan seterusnya.

“I like her………”
? “I hate him….”

Mya menutup wajahnya dengan buku. Menjerit geram sehingga mengejutkan Alia yang sedang menyikat rambut.

“Kus semangat! Kau dah kenapa, dah gila??”Bantal yang berada dikatil bujang di campak kea rah Mya yang tangkas menyambut.

“Baru 3 minggu kuliah mula, aku dah rasa stress”

“Siapa suruh kau pegang banyak sangat jawatan, kau tahukan bola tampar kita layak pergi liga kejohanan…”

Puk !

Kali ini Mya membaling satu lagi bantal kea rah Alia yang tidak bersedia. Habis serabai rambutnya.

“Mya!”

“What? Ni bukan pasal jawatan ke team kita, Lia. Ni semua sebab lelaki yang perasan bagus tu…termasuk semua geng dia!”

“Oh, pasal tu. Apa yang kau tak puas hati sangat? Tentang pembahagian task untuk subjek Dr Razak ke?”

“Yeah, that one. I mean, come on…every research that we need to find based on journal and he want us to find 50 journal for each group. 50 okay?! Logic kan aku suruh ahli kumpulan kita cari sendiri ? Asalkan seorang ada sepuluh journal. Apa yang susah sangat?”

“Susah tu tak tapi kau ingat senang nak cari sepuluh journal yang tak ‘overlap’ journal orang lain? Kang aku dah cari, esok lusa ada yang tersama dengan kau. Dah kena cari yang baru. Kang dah buang masa?”

Mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Alia, terus Mya bangun dari pembaringannya. Anak matanya mengecil melihat Alia yang ralit memyikat rambutnya yang serabai dibuat Mya tadi.

“Kau sebelahkan mamat tu?!”

“Aku tak sokong Eddy tapi apa yang dia cakap ada betulnya. Apa salahnya dia cadangkan setiap ahli kumpulan yang cari kesemua 50 journal untuk kumpulan masing-masing. Betul, kan? Dah daripada aku dengar kau tak habis-habis bising pasal Eddy dengan geng dia tu, baik aku tidur. Jumpa esok”

“Lia! Aku belum habis cakap lagi tau!”Jerit Mya geram namun demi mendengarkan dengkuran halus rakannnya, Mya mendengus perlahan. Lampu di meja belajar yang masih menyala dipadamkan sebelum kembali ke katil.

Angin yang menderu masuk membawa dingin yang kuat mencengkam, ditambah pula dengan kelajuan kipas yang cukup buat tubuh menggigil tetapi sikit tidak mampu memadamkan suhu yang sedang menyala marak di hatinya. Mata dipejam rapat sebelum kejadian di perpustakaan tadi kembali terlayar….


? “This library has a very slow…and so slow internet connection! Urgh!”

Mya menghantukkan kepalanya di permukaan computer ribanya. Malas mahu memandang skrin computer ribanya yang sedari tadi asyik tunjuk ikon ‘loading’.

Tiba-tiba Mya terasa ada sesuatu menggegar meja belajar tempat yang dia duduk yang agak tersorok daripada pelajar yang lain. Dia mengangkat kepala sebelum matanya dijuling ke atas sebaik melihat gerangan siapa yang menggangu ketenangannya petang ini.

“Here. For you”

Eddy menolak buku berwarna merah kea rah Mya. ‘The Truth About Leadership’ karya James M.Kouzes & Barry Z.Posner. Tanpa dipelawa, dia selamba melabuhkan punggung kerusi berhadapan dengan gadis itu.

“For what?”

“To read, study, learn and practice!”

Mya ketawa sinis. “I tak rasa I perlu membaca untuk jadi seorang ketua. Pandai you pilih untuk diri sendiri. It suits you well but it doesn’t suit you to sit in front of me. So ,please find another place before…”

“Before what? Look, I tak ada niat nak ganggu you tapi niat I baik masa tegur cara you dalam kuliah Dr tadi. I bukan nak malukan you ke apa tapi you sepatutnya tahu…”

PAP!

Mya menepuk tapak tangannya ke meja dengan kuat. Hati yang sedari tadi membahang semakin panas sebaik Eddy mengigatkan dia tentang kejadian yang memalukan tadi. Berani betul Eddy mengungkit hal itu selepas memalukan dia dihadapan hampir 80 orang pelajar dalam kuliah Dr Razak? Itu belum lagi ketika mesyuarat MPP kelmarin. Eddy betul-betul buat dia bengang!

“You siapa nak nasihatkan I bagai??! I don’t even know you despites you’re best friends with that annoying tomboy,which…”

Belum sempat Mya menghabiskan kata, Joe datang sambil menjungkitkan keningnya. Walaupun tempat mereka agak tersorok tetapi sudah ada beberapa para pelajar yang memandang dan berbisik sesame sendiri.

“Woo,stop..stop. Ada sesiapa ke yang sebut nama aku sebab aku rasa terpanggil-panggil datang ke sini? Satu tempat yang rare sangat kau nak pergi ke sini,Eddy ?” Ujar Joe sambil menjeling tajam kea rah Eddy yang cuak.

Mya menggeleng. Mood belajar sudah hilang dibawa oleh dua orang manusia dihadapannya ini. Lebih-lebih lagi dengan teguran Eddy yang betul-betul buat telinganya berasap.

“Joe! Kau buat apa kat sini? Kan aku suruh tunggu dekat luar!”

“Kau kata nak pergi tandas kan? Apa kau ‘melabur’ dekat sini pulak?!”Bidas Joe geram dengan nada berbisik. Sesekali matanya bersabung tajam kea rah gadis yang sedari tadi menjelingnya.

“Thanks because ruin my day…the whole day actually! I hope this is the last time you let your ‘dearest friend’ interrupt my business,Joe. Jangan lupa esok pagi ada training. Lambat macam semalam, jangan salahkan aku nama kau tak ada dalam team’s list.”Mya sempat memberi amaran sebelum dia berlalu tanpa menoleh lagi.

Eddy sudah membuka langkah untuk mengejar sebelum Joe menarik kuat tangannya.

“Ed! Kau nak pergi mana?”

“Aku nak kejar Mya. Kau ingat senang aku nak berbual dengan dia macam tadi? Kau ni potong stim betullah!”

“Itu yang kau kata berbual? Kau tak tahu suara korang dua daripada dekat lobi library aku dah dengar! Dah kau tak payah nak buat kerja gila kau kerja perempuan yang perasan minah salleh tu. Kita ada group discussion dekat tasek. Jom blah!”

Eddy memerhatikan langkah Mya yang semakin jauh. Sesekali dia perasan bibir mungil itu terkumat kamit membebel. Pasti kerana bengang dengan tindakannya. Lebih-lebih lagi wajah kemerahan itu semakin merah tiap kali dia naik angin. Wajah bujur sirih kacukan itu memukau sesiapa saja yang memandang. Cantik!

“Jom!”

Eddy hampir menjerit bila Joe menarik telinga dan pantas menekup mulutnya. Sudahnya dia hanya menurut dengan kekecewaan yang bermukim dada. Melepas lagi!

Hi,jumpa lagi kita ! Setelah sekian lama haha…Maaf kalau x menepati cita rasa ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience