“ abang! Sakit bang! Sakit…” jeritku dari bilik.
Ya Allah. Adakah aku sudah nak bersalin? Sakit sangat.
“ Ya Allah sayang. Kenapa ni?” soal Adham apabila melihat keadaanku.
“ abang… Delima rasa Delima dah nak bersalin.” Luahku lalu memegang perutku yang memboyot itu.
“ Ya Allah betul ke ni? Jom kita ke hospital”
SUARA bayi yang menangis itu buat aku tersedar. Aku menoleh ke kiri.
“ abang…” panggilku dengan senyuman.
“ sayang… anak kita. Kita dapat anak lelaki.” Ujar Adham dengan ceria. Aku tersenyum.
“ kita namakan dia Airez Ikram. Boleh?” aku tersenyum lagi lalu mengangguk.
“ saya tak kisah bang. Asalkan kita bahagia dengan kehadiran anak ini.” Ujarku.
“ sayang… terima kasih kerana sanggup melahirkan anak ini. Susah payah sayang tidak dapat abang balas.” Aku hanya mengangguk.
Terima kasih Ya Allah dengan rezekiMu. Jika inilah jalan untukku maka aku menerimanya dengan hati penuh kesyukuran. Aku akan menyayangi pemberian mu ini seterusnya menjaga ia dengan sebaik-baiknya.
Jika sebelum ini aku merasakan kekecohan antara kami tak ubah seperti drama dan adakalanya memeningkan namun aku sangat bahagia dengan pertemuan yang kau takdirkan ini. Ia sangat manis Ya Allah.
Berkat kesabaran dan takdirMu telah menemukan kami dan menyatukan kami. Terima kasih Ya Allah. Aku hanya mampu bersyukur ke atas kurniaaMu. Aku tidak akan mensia-siakannya.
Share this novel