Bab 41

Drama Completed 35637

Selepas solat Isyak, Tiara yang masih bertelekung duduk di atas katil sambil bermain telefon pintarnya.

Sedang asyik dia bermain telefon, tiba-tiba biliknya gelap. Begitu juga dengan lampu ruang tamu yang selalu dibukanya.

"Hah, dah kenapa ni? Aduhhh! Tiba-tiba pulak blackout. Dah lah aku sorang-sorang ni! Astaghfirullahalazim" Tiara sudah mula gelabah. Jantungnya berdegup dengan sangat laju seperti ingin terkeluar daripada badan. Tiara mengetap kuat gigi nya kerana ketakutan.

Biliknya memang gelap gelita. Kalau ada cahaya pun, cahaya daripada skrin telefon nya. Malam itu pula bulan tidak memunculkan diri.

Sebenarnya, Tiara ada sejarah hitam dengan keadaan yang gelap.

Semasa dia berumur 6 tahun, mereka sekeluarga masih belum lagi tinggal di rumah yang mereka duduki itu sebaliknya mereka sekeluarga tinggal di rumah apartment yang mempunyai lif.

Tiara pula seorang kanak-kanak yang lincah dan tidak reti duduk diam.

Satu hari, mereka sekeluarga ingin keluar berjalan. Ibu Tiara dan abangnya masih lagi berada di dalam rumah.

Disebabkan Tiara lama menunggu ibunya bersiap, Tiara ingin berjalan jalan di luar rumahnya. Jadi, Tiara mengajak ayahnya. Tiara mempunyai keinginan untuk naik lif seorang diri dan kebetulan pintu lif terbuka.

Belum sempat ayahnya menarik tangan nya, Tiara masuk ke dalam lif itu. Semasa lif itu turun ke bawah, tiba-tiba tidak dijangka lampu lif itu terpadam. Ketika itu hanya Tiara sahaja yang ada di dalam lif itu.

Tiara apa lagi, menangis sekuat hati nya seperti ingin terkeluar anak tekak. Nasib baik semasa lif itu berhenti di lobi, ada seorang mak cik yang menenangkan nya dan menunggu sehingga ayahnya turun.

Lama juga Tiara menangis ketika itu. Ditambah pula, dia dimarahi teruk oleh ibu dan ayahnya kerana pandai-pandai masuk lif seorang diri. Abangnya juga yang memujuknya.

Sampai sekarang, Tiara yang sudah berumur 22 tahun masih trauma sekiranya lampu tiba-tiba terpadam.

Tiara mahu keluar dari bilik, tapi dia tidak mempunyai kekuatan langsung. Jika ada pun, pasti kakinya akan menggeletar dengan teruk.

Tiba-tiba nama seseorang terlintas di fikirannya.

"Hadi" Terpacul nama itu daripada bibir Tiara.

Lantas, dia membuka telefon pintar nya dan mencari nama Hadi dan membuat panggilan.

Hadi yang sedang khusyuk bermain 'game' Mobile Legends terganggu dengan panggilan daripada Tiara. Dia mengangkat panggilan itu dan menekan butang 'loud speaker'.

"Hah, kenapa kau call aku ni? Aku tengah main game lah" kata Hadi sambil matanya fokus dengan skrin telefon nya.

"Hadi, tolong aku Di" Tiara meminta tolong.

Hadi yang mendengar suara Tiara meminta tolong itu terus berhenti bermain 'game'.

"Asal kau ni? Kau kenapa? Kau okey tak?" tanya Hadi

"Rumah aku tiba-tiba 'blackout' lah Hadi . Gelap satu rumah ni"

"Lepastu, kau nak aku buat apa?"

"Ermm, boleh ke kau... To.. tolong datang sini. Tolong bukak lampu ni?" pinta Tiara dengan suara tersekat-sekat.
Dia rasa bersalah nak meminta tolong kerana hari sudah malam.

"Hah? Datang rumah kau?"

"Tolong bukak kan lampu ni je. Tapi, kalau kau tak boleh tak apa. Aku faham. Aku boleh je mintak tolong orang lain" Dia tidak kisah sekiranya Hadi menolak permintaan nya itu.

Waktu itu dia hanya mahukan rumahnya terang benderang kembali.

"Eh, tak apa. Aku boleh datang, kau tunggu jap"

"Thank you sangat-sangat Hadi" kata Tiara kemudian menamatkan panggilan.

"Alhamdulillah, Hadi boleh tolong" kata Tiara lega.

Kemudian, lantas Hadi mengambil kunci kereta nya dan keluar dari bilik. Dia malas mahu tukar bajunya. Lagipun, dia hanya ingin membuka lampu rumah sahaja.

Encik Irwan yang sedang menonton televisyen menegur anaknya yang sedang turun tangga sambil memegang kunci kereta.

"Ikhwan nak pergi mana ni?" tanya Encik Irwan

"Kawan Ikhwan mintak tolong. Dia ada masalah sikit. Ni Ikhwan nak tolong dia ni" jawab Hadi jujur.

"Kenapa dengan dia?" tanya Encik Irwan lagi.

Hadi rasa bersalah. Sekiranya dia cakap rumah Tiara tak ada lampu, apa pula kata ayahnya nanti. Tapi, dia memang cuma mahu tolong bukakan lampu sahaja. Tidak ada niat lain.

"Hah, tak apa lah. Pergi cepat tolong kawan tu. Lepastu balik rumah terus, jangan melencong ke mana-mana" Encik Irwan memberi keizinan.

"Okey. Ikhwan pergi dulu, papa. Assalamualaikum" kata Hadi kemudian keluar.

"Waalaikumussalam"

Semasa sedang tenang membawa kereta, tiba-tiba Hadi terfikir sesuatu yang gila. Dia terfikir yang punca rumah Tiara tiba-tiba 'blackout' disebabkan ada pencuri yang mahu pecah masuk rumah Tiara.

Jadi, itu bermaksud sekarang Tiara dalam bahaya.

Hadi membawa keretanya laju sedikit. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati kerana risaukan keadaan Tiara. Makin lama, makin banyak yang difikirkan nya.

Dia membawa laju keretanya. Hampir sahaja dia melanggar lampu isyarat merah. Nasib baik dia sempat menekankan brek kereta.

"Haish! Cepat lah!" marah Hadi kepada lampu isyarat itu sambil mengetuk stereng kereta.

Tiara pula yang berada di atas katil masih menunggu kedatangan Hadi. Telefon pintar nya diletakkan di tepi. Dia tidak ada mood untuk melihat telefon nya.

Tambah pula dengan rumahnya yang gelap gelita itu.

Tanpa dipinta, muncul di fikiran nya semua adegan seram cerita hantu yang pernah dia tonton. Meremang bulu roma nya bila dia teringatkan perkara itu.

"Apa benda kau ni Tiara?!" marah Tiara kepada dirinya sendiri kemudian dia menampar lembut pipi nya. Terus hilang semua adegan seram itu di fikirannya.

"Tengah tengah macam ni kau nak fikir semua tu. Hishh! Lambat lagi ke Hadi ni?" Tiara sudah mula gelisah.

"Yang lampu ni pun satu lah! Tak boleh ke nak blackout masa aku dekat universiti? Tak pun masa aku tak ada dekat rumah ke masa pagi ke? Ini malam malam jugak lah yang dia nak terpadam" bebel Tiara kepada lampunya. Bila tengah takut, semua nak dimarahnya.

Hadi sudah sampai di hadapan rumah Tiara. Seperti yang diberitahu oleh Tiara, rumah dia sememangnya gelap. Tidak ada lampu langsung.

Hadi terfikir, dalam kegelapan itu, Tiara ada di dalam rumah.

Tanpa berlengah lagi, dia cepat-cepat membuka pagar rumah dan ketuk pintu rumah sambil melaungkan nama Tiara.

"Tiara!" panggil Hadi

Terperanjat Tiara mendengar suara Hadi memanggil nya dari luar.

"Ya Allah ya tuhanku, Hadi! Jangan lah memekik nama aku malam malam ni. Nanti jiran ingat apa pulak nanti" Tiara lantas mengambil telefon nya dan telefon Hadi.

Hadi mendengar telefon nya berdering dan melihat panggilan itu daripada Tiara. Lantas, dia mengangkat panggilan itu.

"Tiara, bukak lah pintu ni. Aku dah sampai dah"

"Kau nak aku berjalan keluar dari bilik pergi pintu depan tu dengan keadaan yang memang gelap betul ni?"

"Ye lah! Lepastu macam mana aku nak masuk? Cepat lah bukak. Gunalah flash light phone kau tu. Itupun nak kena ajar"

"Aduh! Ye lah. Tapi, jangan end call. Tunggu sampai aku bukak pintu!" Tiara turun daripada katil nya dan membuka flash light daripada telefon pintarnya.

"Iye! Cepat lah!"

Tiara pun keluar dari biliknya. Nasib baik dia sudah bertelekung, tidak payah dia nak mencari tudungnya dalam gelap.

Dia melihat satu rumahnya gelap! Teringat dia peristiwa yang dia seorang diri berada di dalam lif yang gelap.

"Hadi!" panggil Tiara. Dia takut Hadi menamatkan panggilan itu.

"Iye! Aku tak end call"

Dengan pantas, Tiara berlari ke pintu depan kerana takut-takut kalau ada benda menarik kakinya. Dia tiba-tiba teringat satu adegan seram dalam filem Munafik 2.

Kunci rumah yang tergantung di sebelah pintu diambil dan dibukanya pintu. Lega hatinya apabila melihat Hadi berada di hadapannya.

Sebaliknya, Hadi pula terkejut melihat Tiara yang bertelekung putih itu.

Sudah lah gelap, tiba tiba pulak benda putih di hadapannya.

"Ya Allah! Tiara! Yang kau pakai telekung putih ni kenapa? Ish! Gugur jantung aku!" marah Hadi

"Aku baru lepas solat Isyak tadi. Lepastu aku main phone sekejap. Tiba-tiba bilik aku gelap. Bukan setakat bilik, satu rumah gelap"

"Ouhhh" jawab Hadi

Lega sedikit hatinya apabila melihat yang Tiara tidak apa-apa. Nasib baik apa yang dia fikirkan semasa sedang membawa kereta sebentar tadi hanyalah semata-mata imaginasi nya.

"Hah, pergi lah cepat bukak lampu dekat suis utama ke fius apa ke entah aku tak tahu" Tiara mengarah Hadi tanpa berasa malu.

"Ewah, main arah arah aku nampak" kata Hadi bercampur dengan nada sindiran.

Tiara tergelak kecil mendengar sindiran Hadi itu.

"Pergi lah cepat masuk" Tiara keluar untuk beri laluan untuk Hadi masuk ke dalam rumah.

Pelik Hadi melihat Tiara keluar dan menyuruh dia masuk.

"Kau ingat aku duduk sini ke? Kau ingat aku tahu dekat mana suis utama? Tunjuk lah!"

"Gila ke kau ni, Hadi? Rumah ni tak ada orang. Gelap pulak tu. Kalau aku ikut kau masuk, dah kita berdua je dalam rumah ni. Nanti tiba-tiba pulak pakcik-pakcik surau datang tak tentu pasal. Tak pasal-pasal nanti haa.. kalau kau faham, faham lah. Tak faham pergi search. Yang penting, kau sorang je yang masuk" kata Tiara tetap dengan pendirian nya.

"Okey fine. Sekarang ni mana suis nya?" Hadi pun turut sama tidak mahu 'perkara' itu berlaku.

"Dekat.. dekat mana ek? Kejap, aku ingat balik. Sebab dulu masa aku kecik pun rumah ni pernah blackout. Aku ada ikut ayah aku cari suis tu"

"Ya Allah, masa dia kecik lah pulak. Kau tak pernah nampak ke suis tu dekat mana masa kau dah besar panjang ni? Kau ni sebenarnya duduk dekat mana?" bebel Hadi.

"Eh, Hadi. Kau diam boleh tak? Aku nak ingat ni" Tiara memandang tajam wajah Hadi.

Hadi pun menurut kata Tiara untuk diam. Beri dia peluang untuk ingat kembali masa lalu.

Tiara teringat masa dia masih lagi kecil, dia pernah mengikut ayahnya mencari suis utama itu kerana takut gelap. Dia baru teringat di mana lokasi suis itu.

"Ha! Stor! Suis tu dekat stor. Pergi lah"

Hadi mengangguk tanda faham dan masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba langkahnya terhenti.

"Stor dekat mana?" tanya Hadi

Ketika itu, kalau diikutkan hati Tiara, mahu saja dia masuk ke dalam tunjuk pada Hadi dimana stor.

"Stor dekat dapur"

"Dapur mana?" tanya Hadi lagi

"Ya Allah. Bukan kau pernah datang sini ke? Kau jalan straight je sampai belakang. Sebelum kau jumpa dapur, kau jumpa stor dulu" terang Tiara

"Okey"

Hadi pun berjalan ke depan dengan bantuan cahaya daripada telefon pintar nya.

"Hadi!" panggil Tiara tiba-tiba.

Hadi yang juga sedang takut itu terkejut mendengar Tiara memanggil nya secara tiba-tiba.

"Apa?! Jangan lah buat aku terkejut! Aku pun takut jugak ni! Bukan kau je yang takut" marah Hadi

"Sorry sorry. Memang lah aku takut, tapi aku perempuan. Kau kan lelaki. Aku nak cakap yang kau jalan tu tengok jugak lantai. Takut kau terpijak kucing aku. Kau terpijak kucing aku, aku pijak kepala kau" Sempat lagi Tiara membela dirinya dan ingin memijak kepala Hadi.

"Ye lah!"

Hadi pun berjalan terus ke depan dan menjumpai stor yang dimaksudkan. Dia membuka pintu stor itu dan nampak suis utama.

"Nasib baik suis dekat tepi ni. Tak payah lah aku nak masuk ke dalam lagi" bisik Hadi perlahan.

Tiba-tiba, keseluruhan rumah Tiara terang. Tiara yang melihat rumahnya sudah terang benderang menjadi teruja. Hadi juga keluar daripada stor.

"Alhamdulillah. Dah terang balik" kata Tiara sambil tersenyum lebar dan gembira.

Hadi yang melihat Tiara gembira turut berasa gembira. Disebabkan pada mula tadi suasana gelap, dia tidak dapat melihat muka Tiara dengan jelas.

Tetapi, bila sudah terang ini dia dapat tengok muka Tiara. Tiara kelihatan manis dengan telekung putih itu.

"Okey, Hadi, kau boleh keluar supaya aku boleh masuk"

"Okey lah. Pergi lah balik" kata Tiara setelah dia sudah berada di dalam rumah dan Hadi di luar.

"Tu je? Buat lah air ke apa. Penat aku berjalan ke stor tu tau. Dengan gelap nya lagi" usik Hadi

"Banyak cantik kau nak air. Pergi beli air dekat 7eleven"

Tersengih Hadi mendengar jawapan Tiara.

"Thank you tau Hadi sebab kau datang tengah malam ni semata mata nak bukak kan lampu rumah aku ni je" Tiara sangat berterima kasih dengan pertolongan Hadi.

"Tak ada apa apa lah" kata Hadi sambil tersenyum.

"Kau pergi balik terus. Tak payah nak pergi 7eleven beli air. Dah malam. Rumah kau ada air"

"Alah, rilek lah. Aku kan lelaki macam kau cakap tadi" kata Hadi dengan selamba. Hadi memulangkan paku buah keras kepada Tiara.

"Memang lah lelaki! Bukan besar mana pun. Kasut kau pun aku basuh"

"Ye lah. Aku balik terus. Okey lah, aku gerak dulu. Kau elok elok duduk rumah sorang. Apa apa, call aku. Tapi tak payah lah call malam ni sebab aku dah datang"

"Okey. Dah, pergi balik. Risau mak kau nanti"

"Assalamualaikum" kata Hadi kemudian dia masuk ke dalam kereta nya selepas menutup pintu pagar.

"Waalaikumussalam" jawab Tiara.

Setelah melihat kereta Hadi berlalu pergi, Tiara mengunci pintu rumah dan masuk ke dalam bilik nya.

"Baik gila Hadi sanggup datang malam malam semata nak bukak suis lampu rumah aku" kata Tiara sambil membuka telekung nya.

"Nasib baik lah kau Tiara Adriana. Kalau Hafiz ke Akmal call aku sebab rumah blackout memang aku lantak kan je" kata Hadi di dalam kereta.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryyyyy for late update :(:(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience