Bab 9

Romance Series 16573

Hospital..
Kelihatan Tania sungguh pucat mukanya, segala makanan yang masuk ditolaknya hilang terus selera makannya kali ni.. puas Pn Sal memujuknya tetapi tetap sama..

En Faizal masuk ke bilik Tania
“Tania..ni Rayqal nak jumpa..”
“Yayyy..thank you pa..”
“Assalamualaikum” sapa Irsyad
Muka Tania mencuka saat terlihat Irsyad bersama isterinya dan saling berpegangan tangan.
“Duduk lah dulu Irsyad..aunty keluar kejap..”
“Baik aunty.. “

“Why jadi mcm ni Tania..”
“Baby..i need you..i don’t want that girl here...please ask her to go out..”
“She’s my wife Tania..you have to accept it or not both of us leave”
“Hmm” Tania sengaja memegang muka Irsyad tanda rindunya pada lelaki itu..
Ellya yang sakit mata melihat adegan suaminya bersama Tania..meminta diri untuk keluar tetapi gagal..makin kuat pegangan Irsyad membantah untuk dia keluar.

“Please, don’t touch me..respect my wife”
“I pegang sikit je hmm..you tahu I merana Rayqal..i sakit..”
Ellya memandang Tania
‘Aku lagi sakit! Tengok kau macam tu dengan laki aku’ desis Ellya
“Yahh i know you sakit that’s why i came here to visit you. Tania don’t be childish, jangan sebab orang lain you sakitkan diri you sendiri”
“Bukan orang lain! it’s you! You Rayqal yang buat i jadi mcm ni..sikit pun you tak sebersalah ke?”
“Apa i dah buat? I don’t even touch you, sekalipun tak..so you jangan tuduh i macam tu..i just nak you tahu I’m not going to marry anyone other than my wife. Please mark my words!”
“Damn it Rayqal..you’re so different!! Get out!! Get outt!!!” Jerit Tania yang sudah mengamuk dengan kata kata Irsyad sebentar tadi.

Irsyad & Ellya keluar memanggil orang tua Tania.
“Aunty/Uncle Rayqal balik dulu..tolong jangan biarkan Tania jadi macam ni lagi. Irsyad hanya boleh nasihat dia sahaja, not more than that”
“But your father have promise something with me”
“That’s between you & papa, not me. Please don’t ever put me into your promises”
Laju Irsyad meninggalkan En Faizal & Pn Sal,

“RAYQAL!” Jerit En Faizal yang melihat Irsyad telah jauh dari mereka, dia tidak akan membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja. Dia haru melakukan sesuatu..

“Dahlah bang..kita takboleh nak paksa orang..kita redha jelah & jaga anak kita”
“No Sal, dia kena terima hukumannya kalau dia mungkiri janji tu”
“Maksud abang?”
“Tak ada apa, awak pergi tengok Tania dulu..saya panggilkan doktor”

“Maa..Rayqal ma..dia tinggalkan Tania sebab perempuan Kampung tu ma..tak cukup cantik ke Tania ni” berjujuran air mata Tania mengenangkan kisahnya tadi..
“Jangan macam tu sayang..dia bukan jodoh Tania..Allah dah tentukan semua ni..Mungkin Tania akan jumpa lelaki yang jauh lagi baik dari Rayqal tu..”
Tania hanya membiarkan ibunya bercakap dia tidak mampu untuk berkata..dia juga tidak mahu berputus asa..

“Maafkan saya..awak terpaksa tengok apa yang Tania buat pada saya”
“Takpa..cuma ada lah sakit hati sikit tadi but nasib sempat control..kalau tak dengan awak awak masuk hosp nanti dengan Tania” sempat Ellya berjenaka menutup rasa pedihnya dihati
“Elehhh berani ke nak buat saya macam tu..haa nanti ada orang rindu lah kalau kita takda kat sebelah dia”
“Mana ada rindu perasan..”
Sedang mereka berjalan di sekitar hospital ada lelaki yang menegur Irsyad..
“Hai bro..lama tak jumpa” tegur lelaki itu
“Wehhhh kau buat apa kat sini”
“Aku kerja sini bro, tak nampak ni?” Sambil menunjukkan stetoskopnya
“Lahhh mana lah tahu dah jadi pelakon ke berlakon kat sini..hahahaha”
“Pandai kau bergurau ehh..ni siapa?” Soal Fahmi melihat gadis comel di sebelah Irsyad..setahu dia semasa belajar dulu Tania yang menjadi pujaan hati Irsyad tetapi siapa pulak gadis ini, adik dia kot..’comel + cantikk kott muka pun ada iras irsyad’
“Haa lupa pulak nak kenalkan..ni isteri aku Ellya.”
Ellya menunduk & dan senyum tanda hormat pada kawan Irsyad.
“Laa ingat adik kau tadi..muka korang iras..bagus bagus jodoh panjang hahahaha”
‘Melepas aku..’ desis Fahmi
“Eh jom lah join kitaorang nak pergi makan jap kat cafe sana sini..boleh borak panjang..”
“Haa boleh takda hal..jom jom” ajak Fahmi
Mereka berjalan nak bercerita tentang zaman belajar mereka dan bagaimana Fahmi boleh jadi Doktor.

“Kau ingat tak masa kau frust tak dapat Tania tu? Tak makan seminggu woii!” Gelak Fahmi yang terlupa orang sebelah Irsyad sudah semakin bahang dengan nama Tania..

‘Mesti penting sangat kan Tania tu bagi Irsyad..sampaikan tak makan seminggu frust punya pasal..hmm’ desis hati Ellya

“Cerita lama bro..eh kau tahu tak yang dia ada kat hospital? Tadi aku melawat dia lah”
“Laaa yeke..aku taktahu pun panjang umur dia baru je kita cerita pasal dia..dia kenapa? Sakit apa?” Soal Fahmi seperti ingin tahu Tania tu buat apa kat sini
“Sakit jiwa! Hahahahaha” Irsyad gelak
“Kau ni aku serious lah...kau tengok laki kau ni Ellya..dari zaman belajar sampai sekarang tak puas menyakitkan hati orang” sengaja Fahmi seperti mengadu akan sikap Irsyad yang dari dulu hingga sekarang masih sama, dia tidak mahu Ellya berasa bosan kerana dia dan Irsyad berborak pada topik yang tidak kena.

“Memang pun..” jawab Ellya selamba
“Apa El cakap? Memang?? Haa” Irsyad sudah menggeletek pinggang Ellya, tergelak kuat Ellya dibuatnya
“Takda takda..gurau hehe suami saya baik orangnya..” Ellya memerli

Fahmi turut tertawa melihat pasangan di depannya sungguh bahagia, tenang hatinya melihat kawannya sekarang sudah bahagia di sisi isteri tercinta

“Jelous lah aku tengok korang..happy je”
“Mana kau tahu kitaorang happy je? Dalam hubungan mesti akan ada dugaan masing-masing baru lah dapat merasa kebahagiaan kau tahu? Haa lagi satu, siapa suruh kau tak kahwin..”
“Tulah calon takda lah.. lagipun aku ni selalu sibuk, isteri mana jelah yang suka suami selalu tak ada kat rumah..”
“Alasan je semua tu..kalau kau jumpa orang yang faham kerja kau macam mana, sibuk kau macam mana. Benda tu semua boleh diselesaikan”
“Wahhh pandai dah Irsyad Rayqal ni berkata kata.. ni mesti sejak kahwin ni..penangan lain macam..hahaha itulah aku memang tengah cari ni..umur pun dh meningkat nanti siapa nak jaga aku hahahaha”
“Haa tulah..sebab tu kau kena kahwin..nanti isteri jaga..tengok mcm aku ni haa. Lepas kahwin terus naik berat badan woii” Irsyad menunjukkan perutnya yang agak membuncit,
Gelak Fahmi semakin kuat hingga orang yang lalu pasti akan melihat meja mereka..sungguh riuh apabila mereka dua orang berjumpa..

Ellya yang agak kepenatan membisik kepada Irsyad mengajaknya pulang.. Irsyad mengangguk.

“Weh nanti kita lepak lagi lah..kesian bini aku nanti kita lepak sekali aku ajak Arif..dah tahu kau kat sini senang lah..kau still pakai no lama kan?”
“Haa cun dohhh! Aku pun dah lama tak jumpa Arif..hak ah still pakai yang lama..apa apa roger ah..sorry Ellya aku curi laki kau..hahaha”
“Eh takpa..faham korang dah lama tak jumpa kan..”
“Okay la bye..jumpa nanti”
“Byee”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience