Bab 64

Romance Completed 78326

Berita mengenai pertelingkahannya dengan Lisa yang baru tular tadi membuatkan Gia mengeluh besar. Sakit kepalanya sekarang ni fikirkan masalah baru. Sebabkan Lisa tak pasal-pasal news macam ni naik pulak.

Topic: Gia Vatanika bpen nang baeb mai tee reim pleng pragai nai wongkan model thai mee khao leu wah mee kwahm sampanth kab faen nhum khong krai bang kon.

(A new model who is starting to shine in Thai model industry, Gia Vatanika was rumoured to be in a relationship with someone’s boyfriend.)

Tak pasal-pasal berita macam ni boleh keluar dekat daily news. Aduh!!! Dari benda yang sebenarnya boleh settle cara elok-elok terus jadi macam ni. Keluar habis news. Aku pun tak faham kenapa Lisa tiba-tiba je datang serang aku dekat situ.

“Gia…kau rileks ok. Aku dengan Jer pergi settle benda ni esok dengan daily news. Kau tak payah datang. Kalau kau datang dan tiba-tiba pulak Lisa pun ada dekat situ, tak pasal-pasal muncul isu yang lain pulak.”

“Dah kalau aku tak ada esok nanti ada pulak yang tanya
kenapa aku tak datang clean sekali isu ni. Kang diorang ingat benda ni betul pulak kalau aku tak ada.”

“Tak apa…aku dengan Jer pandai-pandailah cover untuk kau esok. Aku tak galakkan untuk kau ada sekali dekat sana esok sebab aku dapat rasa yang Lisa takkan berhenti sampai situ ja. Haih…entah apa yang dia sakit hati sangat dengan kau pun aku tak fahamlah Gia. Walhal dia yang tak faham bahasa yang kau dengan Jer kawan baik je.”

“Entahlah Maya…aku pun tak faham dengan perangai dia yang satu tu. Bila aku dengar Jer terangkan dekat dia benda yang betul, dia pulak cakap kami tipu. Aku dengar Jer dah habis stok nak cakap apa lagi dekat dia supaya dia percaya yang kami berdua ni sebenarnya kawan baik je. Takkanlah itu pun susah sangat dia nak faham?” Nak terang dekat si Lisa tu pun memang ambik masa dan sempatlah dulu kau hidap migrain. Dengan si Lisa ni kau cakap jelah seribu kali pun yang kau dengan Jericho tak ada apa-apa hubungan, dia akan still kami berdua tipu dia.

“Kalau aku jadi Jer, aku dah tinggal si Lisa tu sebab tak ada faedah pun still stay, cuba terangkan benda yang sebenarnya tapi still dia tak nak percayakan kau. Entahlah…aku pun tak tahu macam mana Jer boleh tahan dengan dia.”

“Aku tahu Jer pun dah tak tahan…” Jericho pernah luah dekat dia yang dia tak mampu lagi nak bertahan dengan Lisa tapi dalam masa yang sama dia masih sayangkan Lisa. “Tapi dia stay lagi dengan Lisa sebab Lisa first love dia. Aku tahu Jer orangnya macam mana Maya. Kalau dia sayang, dia akan stay dan sayang sampai bila-bila. Tapi tulah, Lisa pulak perangai macam ni.”

“Itulah pasal. Aku tak tahulah sampai bila Jer dapat bertahan sebab aku pun tak percaya yang Lisa boleh berubah perangai mendadak macam ni sedangkan masa first time kita jumpa dia, dia baik…lemah lembut. Tak macam sekarang ni.”

“First time meet Maya. Semuanya indah…” hakikatnya memang macam tu. Awal-awal jumpa nampak cantik dan harum belaka tapi bila dah pertengahan dah mula bau bunga taik ayam.

SELESAI check keadaan patient, Vitalika menyimpan kembali peralatan ke atas troli dan menolak troli keluar dari wad pesakit. Jam di pergelangan tangannya ditilik.
Dah hampir jam dua petang dan aku still lagi tak jamah apa-apa makanan dari tadi. Vi! Kau jangan nak tempah bala penyakit lagi! Cukuplah haritu kau dah gastrik! Kang jadi lagi lepastu dapat tahu dekat kak Gia, mampus kau kena marah.

Telefon bimbit di dalam poket bajunya bergetar menandakan ada panggilan masuk. Vitalika berhenti seketika sebelum mengeluarkan telefonnya dan memandang nama pemanggil. Kristine. Ada apa pulak Kristine tiba-tiba call aku ni?

“Hello Kris? Bakit moa ko tinawag bigla (ada apa kau call aku tiba-tiba)?”

“Free ka na ba (kau free tak)?”

“Free. Bakit ka (kenapa)?”

“Dalhin kita ng pagkain (aku bawakkan kau makanan). Ngayon ay nasa isang talahanayan ako ng boto malapit sa isang palaruan (sekarang aku ada dekat meja batu dekat dengan taman permainan).”

“Sige (okay)…wait a minute.”

“Ok…”

Telefon disimpan kembali ke dalam poket bajunya. Namun, belum setapak kakinya melangkah, ada yang menegurnya dari belakang. Suara ni seakan-akan dia kenal siapa gerangannya.

“Kau ni memang jenis yang suka curi tulang eh?” Juliana memandang tepat ke arah wajah Vitalika. Benci dia lihat Vitalika sekarang.

“Curi tulang? Mana ada. Saya jawab panggilan ni sebab panggilan penting. Bukan macam awak.”

“Apa maksud kau?!”

“Awak ingat saya tak nampak ke? Saya selalu nampak awak sorok dekat belakang hospital, curi-curi cakap telefon. Sekarang ni, siapa yang suka curi tulang? Nak bandingkan awak dengan saya, saya rasa awak paling banyak sekali main telefon.”

“Kau…”

“Apa? Kantoi? Tak apa, awak jangan risau. Rahsia awak
selamat dengan saya, nurse Juliana.” Vitalika menolak troli pergi. Senang hati dia bila dapat kenakan Juliana balik. Kau ingat aku nak biarkan kau pijak aku macam dulu lagi? Memang taklah!

Selepas menyimpan troli ke tempat asalnya, Vitalika pantas menuju ke arah taman permainan. Kesian pulak dekat Kristine tunggu aku lama dekat situ.

“Sorry Kris aku lambat.”

“Tak apa. Aku faham kerja kau.”

“Yang kau ni rajin sangat datang sini bawakkan aku makanan dah kenapa?”

“Aku rajin ke tak rajin ke mulai sekarang aku akan bawakkan kau makanan hari-hari. Aku tahu kau ni kalau buat kerja, jenis tak ingat makan. Aku boleh bet lah kau still tak makan sampai sekarang kan?”

“Hehehe…busy uruskan patient. Cuci luka, check condition patient, tukarkan pakaian patient apa semua tu kena buat. Tambah-tambah lagi kalau patient yang degil tak nak makan ubat, ughhh lagilah sakit kepala
dibuatnya.”

“Tak apalah Vi. Tak lama lagi habislah sesi intern kau ni. Lepas tu, kau nak kerja dekat sini ke Filipina?”

“Hmmm…mulanya aku ingatkan nak kerja dekat Filipina tapi fikirkan balik lebih baik aku kerja dekat KL ni je. Lagipun, kak Gia stay sini so kerja sini jelah.”

“Oklah tu. Ni…kau free sampai bila?”

“Aku free untuk rehat je. Lepas makan ni, aku kena sambung balik kerja.”

“Ohhh I see. Makanlah.”

“Kak Gia bila balik?”

“Dengar kata esok. Tengoklah dulu macam mana sebab dekat sana ada masalah sikit.”

Vitalika yang baru menyuap nasi ke dalam mulutnya mengerutkan dahi. “Masalah? Masalah apa?”

“Tahu kan awek Jericho?”

“Tahu. Kenapa?”
“Masa Gia diinterview wartawan apa semua, tiba-tiba si
Lisa tu datang menyampuk kata Gia ni ada affair dengan Jericho. Jadi berita sensasilah dibuatnya.”

“Melampau betul si Lisa tu. Dah tu macam mana sekarang?”

“Tak tahulah nak kata. Lagipun, tadi Maya ada call kata dia dengan Jericho akan cleankan semuanya hari ni. Mintak-mintaklah masa tengah clean isu tu, si Lisa tak datang menyampuk. Kalau tak, makin parah dibuatnya.” Kristine menyuap isi ayam ke dalam mulutnya.

Bila dengar cerita dari mulut Maya, panas pulak hati dia dibuatnya. Sedap hati dia je nak tuduh orang! Dah diri sendiri tu yang cemburu buta! Nak salahkan orang lain pulak! Aku syak si Lisa ni memang dah lama tak makan saman dari selipar jepun terbang. Kalau dapat sekali tu konfem menyesal seumur hidup.

“Tak habis-habis masalah kak Gia dari dulu sampai sekarang. Haih…aku pun tak faham macam mana kak Gia boleh adapt masalah hari-hari dalam hidup dia. Masalah dari Danial, mummy, Luqman, kes kemalangan Dariya dan sekarang ni kes si Lisa ni tuduh kak Gia ada affair dengan Jericho pulak.”

Walaupun hari-hari dia tengok kakak kembarnya tersenyum seolah-olah tiada masalah dalam hidup dia, tapi dia tahu dalam hatinya banyak perit dan luka yang dalam. Kalau aku jadi kak Gia, mungkin dah lama aku toreh tangan aku sebab stress yang melampau nak handle masalah dalam hidup yang tak ada kesudahannya dari zaman mereka kecil sampailah dah besar sekarang.

“Hati dia kuat Vi. Aku tahu…dari kecik masa zaman kita sekolah pun aku dah tahu dia ni memang ada hati yang cekal dan tabah.”

“Aku tahu Kris. Aku nampak semua tu. Aku ingat lagi masa dia kena marah dengan mummy dulu…langsung dia tak melawan. Dia hanya diam dan menangis sebab dia tahu kalau dia bela diri dia sekalipun, mummy tetap akan salahkan dia jugak. Tambah-tambah lagi dengan perangai aku yang memang mintak kaki dulu.”

“Entahlah Kris…bila aku fikir-fikir balik tak tahulah kenapa aku jadi macam tu dulu. Kenapa aku jadi benci dengan kembar aku sendiri sedangkan aku tahu itu bukan salah dia bila tatay meninggal. Mungkin sebab aku
terpengaruh dengan mummy kot?”

“Fuh…perangai kau dulu Vi memang mintak kaki! Aku sampaikan rasa nak hantar kau pergi duduk bulan. Geram aku dengan perangai tak semenggah kau time tu tapi sekarang ni aku lega perangai kau dah berubah.”

“Tulah…nasib baik aku cepat sedar jugak Kris. Kalau tak…hmmm…hampeh aku jadinya!”

Kristine ketawa kuat. “Betul!”

Mereka berdua berborak sambil mengunyah makanan masing-masing. Mengimbas kembali zaman perangai pelik mereka ketika waktu kecil dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience