AKU tengok Liza dan Fatin tersengih-sengih. Buang tabiat ke apa budak dua ketul ni? Tengok muka aku tersengih, tengok muka aku tersenyum. Geram pula aku tengok mereka berdua ni. Aku rasa nak baling aje selipar ni kat muka dia.
“Kau dua orang ni dah kenapa? Berbisik-bisik, lepas tu tersengih-sengih! Selama ni tak pernah pula nak berbisik dua orang aje. Selalunya kau ajak aku.” Betul! Selalu kalau nak duk mengumpat ke apa, dia ajak aku.
Fatin tersengih lagi. Aku menyirap betul tengok sengihan perempuan ni. Gigi tu dahlah berlapis, jangan biar semua gigi dia pula berlapis aku kerjakan.
“Ni kita orang tak boleh ajak kau dengar. Rahsia.”
“Rahsia apanya Tin oii?” Tanya aku tak puas hati.
“Adalah.”
“Jangan risaulah Nisa. Tak teruk pun apa yang kita orang rahsiakan ni. Tapi lagi special adalah.” Liza pula menyampuk. Mata aku beralih kepada Liza pula.
“Banyaklah keturunan special kau. Aku cekik kau keluar tahi juga nanti dekat sini. Dah, jomlah Tin naik bilik. Esok pagi ada game.”
Fatin mengangguk setuju. Kak Erna dah naik bilik dah. Lagipun, dia bawa anak dia, tu yang tak boleh lepak lama sangat. Ini pun dah pukul 12 tengah malam, memang bagus sangatlah tidur. Perut pun dah kenyang. Restoran macam ni memang the bestlah! Makanan dahlah sedap, makan tepi pantai pula tu. Memanglah buat aku asyik nak menyuap aje.
Yang lagi best. Makan malam ni company yang bayar.
“Kau masih sukakan Zahir?”
Langkah kaki aku yang sedang bergerak itu terhenti. Aku menoleh ke arah Fatin. Langkah kakinya juga turut terhenti. Kini kami berdua berada di tengah-tengah ruang lobi hotel.
“Kau kata kau pandai baca hati dan perasaan orang, so tak akan kau tak boleh baca hati aku.”
“Aku rasa kau masih lagi suka dia. Tapi kalau boleh kau tak nak dia. Betul?”
Aku terkejut. Macam tepat pula si minah ni baca hati aku. Ya, aku memang masih ada hati lagi dekat Zahir. Zahir kacak kut, baik, senyuman Zahir tu uwaahh, macam Gunung Everest nak runtuh! Tapi aku tak nak dia, kalau pun misal katalah Zahir dengan Nabila dah tak ada apa-apa. Tetap tak akan! Baik cari lelaki lain aje. Tapi.....
Mana lelaki tu?
“Mestilah. Baik aku cari lelaki lain. Perasaan ni nanti akan hilang juga.” Jawab aku tenang. Betul, aku percaya, rasa ini akan lenyap juga suatu hari nanti. Tapi aku tak tahu bila.
“Cuma aku tak tahulah bila rasa ni akan lenyap sepenuhnya.” Sambung aku lagi.
“Mungkin tak lama lagi. Atau mungkin......”
Aku menunggu kata-kata Fatin yang seterusnya. Atau mungkin apa? Haih, suka sangat dia ni buat aku tertunggu-tunggu.
Fatin tersengih. Sengihan macam tadi.
“Dua tiga hari ini lenyaplah agaknya rasa tu nanti.”
Tiba-tiba aku nampak sekilas tubuh Devid yang kini sudah pun masuk ke dalam lif. Tapi kata-kata Fatin sempat lagi aku tangkap. Telinga aku beri dekat Fatin, tapi mata aku ni kenapa duk asyik tengok si Devid tu? Walaupun, Devid dah hilang dimakan pintu lif tadi, tapi tetap juga mata aku terarah dekat situ. Haih, asal ni?
“Kau tengok apa Nisa?”
Aku geleng kepala. “Nampak Encik Devid je tadi.” Jawab aku. Baru aku teringat, tadi kenapa Devid tak join sekali makan dengan kakitangan company yang lain. Bila ditanya yang lain, semua jawab tak tahu. Tapi bukan aku yang tanyalah, aku pasang telinga aje tadi dengar budak-budak ni bercakap.
“Oh, patutlah mata tu susah nak beralih. Dah lima minit lebih dah ni. Jatuh cinta dah ke?”
Pantas aku memukul bahu Fatin. Banyaklah dia jatuh cinta! Dengan si pelat tu aku nak jatuh cinta? Haih, memang boleh masuk berita harian ni. Pasangan jatuh cinta hari ini, sepuluh minit kemudian dah berpisah, sebab tak sesuai. Ha ha ha ha. Okey, dalam hati aku gelak macam puaka sikit. Hahahahaha.
Kini aku dan Fatin sudah tiba di depan pintu bilik hotel kami. Fatin mencari kad kunci di dalam beg tangannya. Dan tiba-tiba...
“Fatin.”
Aku dan Fatin menoleh ke arah suara itu.
Dia? Buat apa dekat sini?
Bukan ke bilik dia tingkat atas?
Dan aku?
Mana aku tahu tingkat dia dekat atas?
Haih, aku dapat pasang telinga tadilah. Tu yang tahu bilik anak Encik Kevin ni dekat atas. Oh ya, Encik Kevin biasanya memang jarang sekali nak join hari keluarga company. Tahun lepas pun Encik Kevin tak ikut. Tahun ni pun tak ikut. Alaaa, Encik Kevin mana nak pergi dekat-dekat ni, dia sesuai pergi luar negara aje.
“Kenapa Encik Devid?”
“Boleh saya nak cakap kejap dengan awak?”
Aku tengok aje Devid yang sedang bercakap dengan Fatin ni. Pelik. Baju Devid masih sama dengan yang tadi, ketika aku nampak dia dekat bawah tu. Yang makin pelik, Devid kenapa masih dengan baju kemeja dia? Kerja tengah malam macam ni? Ini bukan JB atau SJ tau, ni hotel, nak bercuti.
“Boleh je. Sekejap eh Encik Dev.” Fatin melihat ke arah aku. Kemudian dia memberi aku kad kunci bilik kami.
“Kau masuk dulu. Encik Devid nak cakap sikit dengan aku ni.”
Aku angguk aje macam menurut. Tapi dalam hati aku teringin nak ikut dan tahu. Apa erk?
Tiba-tiba mata aku dan Devid tepat memandang antara satu sama lain. Aku telan liur. Mata Devid beriak biasa. Tiada riak nakal seperti selalu.
“Masuklah cepat.” Arah Fatin menolak lembut tubuh aku.
“Ya, ya. Tahulah nak dating.” Balas aku geram. Terus aku membuka pintu bilik hotel kami.
“Kenapa kau jealous ke?” Sempat Fatin mengenakan aku. Depan Devid pula tu. Tak guna betul!
Aku jeling geram. Devid aku lihat sekilas. Masih lagi beriak biasa sambil tangannya menyeluk ke dalam kocek seluar.
“Tak ada makna!”
Bummph! Pintu aku tutup dengan kuat. Ambil kau, geram pula aku dengan Fatin ni. Sengaja aje nak kenakan aku depan Devid.
Di dalam bilik aku campakkan tubuh aku di atas katil empuk itu.
Aku tengok siling dan siling tengok aku. Aku tertanya-tanyya mana mata siling eh? Macam mana aku boleh tahu dia tengok aku?
Sebenarnya aku sedang gila. Hmmm, yang aku nak tahu adalah, apa yang Fatin dan Devid tu nak cakapkan. Pasal apa? Syarikat ke? Atau mereka berdua ada apa-apa ni?
Share this novel