Safaa terus melangkah ke ruangan dapur dan mencari sesuatu untuk dimakan. Dia membuka peti ais dan mencapai mentega untuk disapu diatas roti. Telefon bimbit yang baru dibelinya juga masih berada digenggaman tangannya. Safaa tidak jemu untuk merakamkan aksinya sewaktu berada diruangan dapur.
Tiba-tiba ada sesuatu yang melintas dibelakang Safaa sewaktu dia sedang asyik merakamkan gambarnya. Safaa terus menoleh ke belakang. Tiada sesiapapun yang kelihatan. Nafas Safaa turun naik.
Roti yang berada didalam mulutnya terasa pahit untuk ditelan. Mata Safaa meliar mencari sesuatu yang dilihatnya sebentar tadi, tetapi tiada apa yang kelihatan. Safaa mengambil keputusan masuk semula ke biliknya dan tidur. Mungkin dia terlalu penat sehingga berfikir yang bukan-bukan. Fikirnya.
“Safaa sudah lambat ni, kau tak kerja ke?” Fatin mengetuk-ngetuk pintu bilik Safaa. Safaa baru terjaga daripada lenanya yang panjang. Dia melihat jam sudah pun menunjukkan pukul lapan pagi. Dia terus bangkit daripada katil dan bersiap untuk ke tempat kerja.
Safaa menatap wajahnya dicermin. Dia melihat kulit wajahnya mula kering, Safaa segera menyapu pelembab muka dan mengenakan solekan bedak nipis dan gincu bibir berwarna merah, dia merasakan harinya akan berubah selepas ini.
Safaa tersenyum dihadapan cermin. Tanpa disedari, disebalik keceriaan Safaa ada sesuatu yang memerhatikannya. Wajah yang hodoh dan gigi taring yang menyeringai sedang memerhatikanya tanpa disedari. Ada sesuatu yang dimahukan daripada Safaa.
Fatin yang sedang menunggunya diruang tamu juga merasa hairan dengan penampilan Safaa pada pagi itu. Mereka menaiki kereta yang sama ke tempat kerja pada hari itu kebetulan pula tayar kereta Fatin juga pancit. Jadi sebelum memulakan perjalanan perkara yang wajib mereka lakukan dahulu adalah selfie.
“balik nanti kau ambil aku dalam pukul lima ya” Fatin mengingatkan Safaa supaya mengambilnya pada petang itu dan mereka berjanji untuk makan diluar bersama-sama. Safaa hanya mengangguk faham.
Share this novel