19 (11)

Short Story Completed 49743

Erghh...

Dah pukul berapa sekarang? Dah subuh ke?

Soalku sendiri dalam hati sambil memerhatikan cuaca gelap di luar jendela.

Telefon pintar di atas katil ku gapai lalu aku menekan skrin.

Ouch, baru jam 9.17 malam... Aku ingatkan dah pukul lima enam pagi tadi. Ugh...

Eh, aku baru perasan. Farish juga turut tertidur di sebelah aku. Baju kemeja belang menegaknya itu masih belum ditanggalkan.

Aku duduk di bersila di atas katil, lalu aku merenung wajah Farish yang masih tertidur itu dengan pandangan mata yang kabur.

Kreukkkk...

Alamak terasa laparlah pula... Nasib baru jam sembilan malam. Aku nak kejut Farish tapi tak sampai hati sebab takut dia terlalu letih jadi biarlah dia rehat dulu.

Perut aku yang lapar ini biarlah aku yang selesaikan. Mesti di dapur yang besar itu ada sesuatu untuk di masak. Yalah. Dapur besar, takkan tak ada apa-apa di dalamnya.

Aku pun tak pernah terlintas nak masuk dapur sebab asal lapar sahaja mesti keluar makan.

Ah, lantaklah. Aku terus meluru ke dapur secara senyap-senyap kerana takut kacau Farish tidur.

-

Baik, sekarang aku nak masak apa? Aku sudah mati akal sebaik sahaja aku berdiri tegak di hadapan peti sejuk. Tak banyak barang. Tak ada benda yang boleh masak. Banyak minuman bergas dan makanan ringan sahaja.

Aduh, aku nak masak apa sekarang ni? Semua benda tak boleh di masak. Aku terus selongkar cari apa yang ada lagi. Mana tahu ada sesatu yang boleh di masak.

Hah, jumpa pun!

Aku jumpa sebungkus mi segera di belakang kotak telur. Aku tersenyum suka. Terus aku mengambil mi segera perisa kari itu dan sebiji telur untuk di masak tanpa membuang banyak masa lagi. Perut aku dah berkeroncong macam-macam lagu dah ni.

Aku masukkan air panas ke dalam mangkuk dan terus aku masukkan mi segera berperisa kari dan sebiji telur ke dalamnya. Aku terus masukkan ke dalam microwave dan set kan masa lima minit.

Aku bernyanyi kecil sementara menunggu mi segera itu untuk masak. Aku termenung jauh sambil bernyanyi manakala kedua belah tanganku ke belakang menahan pada meja.

Bila tak ada lagi cintamu
Yang indah untukku
Harusnya kau tahu betapa hidupku
Sepi tak sempurna~

Bila tak ada lagi sayangmu
Yang tulus untukku
Harusnya kau tahu betapa hidupku
Sakit dan ku terluka~

"Hey, what are you doing?" Sampuk satu suara berbisik pada cuping tellingaku secara tiba-tiba.

"Opocot!" Aku terlatah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience