"Mak, Hadif ni dah merengek. Kakak masuk dalam dulu". Aku terus meninggalkan bangsal dan mak tanpa berlengah.
"Ha.. macam tu la kalau cakap pasal orang nak datang minang, pasal kawin. Mengelak je". Mak mengadu pada makcik makcik di situ.
"Dah ada orang cuba ke kak Biah?
"Dah. Dia ni macam takde hati nak kawin". Mak bersuara lagi semacam kecewa. Mungkin ada suara sumbang mengata mak ada anak dara lewat umur kot.
"Pernah kecewa kot. Ada mak sedara aku pun macam tu juga. Sampai mati tak kawin sebab buah hatinya kawin dengan kawan baik dia sendiri. Kecewa sangat". Aku dengar tu semua. Sebelum melarat baik aku masuk rumah , duduk bawah kipas. Kesian Hadif.
Selesai majlis marhaban dan cukur jambul, tetamu jemputan berdedai keluar dari rumah dan menikmati juadah kenduri. Aku membawa dulang yang digunakan tadi ke dapur, selepas ini nak ke khemah.
"Ni anak Biah yang baca berita tu ke?", tegur seorang makcik yang baru keluar dari tandas. Ni geng geng marhaban jika dilihat dari baju dan tudung. Mereka seperti ada uniform. Aku mengangguk tersenyum dan menghulurkan tangan bersalaman. Aku tak tahu namanya.
"Cantik. Patut la anak anak makcik sibuk bercerita kata budak kampung kita ada yang jadi pembaca berita".
"Biasa je makcik". Aku lemah bila ada orang puji. Rasa serba tak kena nak react macam mana.
"Mana der biasa. Kalau biasa biasa, takdenya laki aku pun bersengkang mata tunggu berita tengah tengah malam buta tu. Nak tengok siapa?", kata makcik tu. Kami jalan beriringan menuju ke pintu depan.
Aku nak ketawa tapi aku kawal. Aku ingatkan dah tengah malam tak la ramai orang menonton.
"Ni kalau Si Yam tu tau, mau meroyan dia", ujarnya sambil menyarung sandal hitam.
"Siam? Siam mana pulak?", tanyaku pelik.
"Bukan Siam. Yam, bini Sudin. Sepupu mak kamu tu la. Dia tu bukan boleh orang lebih dari dia".
Aku terdiam, tak bertanya lebih.
Yam, mak mentua aku tu. Mustahil la. Dia kan dah berubah. Berbeza dari dulu. Dah pergi haji dan umrah berkali kali.
*****
Malam itu, usai makan seperti biasa angah mengemas perkakasan kenduri dan Kak Zah mengemas dapur. Aku duduk di kerusi memandang mereka sambil mengunyah jeruk pelam yang maklang buat semalam. Mak letakkan di dalam peti sejuk. Rangup, masin, pedas dan masamnya cukup. Makan sejuk sejuk, sedap sangat. Memang musim buah mempelam sekarang ni. Berjuntai juntaian aku lihat tadi di tepi rumah maklang.
"Jangan makan banyak sangat kak. Nanti pedih perut. Dah la tengah hari tadi tak makan. Mak tengok asyik minum air je. Malam pun makan sikit", tegur mak baru balik dari rumah maklang. Ada benda yang mak bawa tadi, katanya nak dipulangkan pada maklang.
"Siang tadi kakak kenyang makan karipap kat dapur. Lagipun panas sangat la tadi kan Kak Zah. Hadif pun asyik merengek je", jawabku. Lagipun hari ni perutku sebu.
"Haah.. panas sangat hari ni. Tapi elok la untuk kenduri kita. Kalau hujan, masalah juga", balas kak Zah. Betul juga. Keliling rumah kami bukannya bersimen atau bertar. Tanah biasa, jika hujan alamatnya becak la.
"Angah, kau ke yang jemput anak Yam?", tanya mak seperti kurang senang dengan kehadiran Arif di kenduri tadi. Aku pun terkejut ketika terlihat Arif sedang memandang padaku.
"Haah. Jumpa dia kat kedai masa tengah angah beli ais. Pelawa je la sekali". Angah mengaku, masih terus memasukkan pinggan yang dah dilap kering ke dalam kabinet.
"Huh.. mak tak suka. Dia buat apa masuk sampai ke dalam ni. Rumah dia kat depan sana. Kat luar tu lagi banyak kedai", luah mak kurang senang dengan kehadiran Arif.
"Mak... bukan orang lain pun kan?", tegur angah. Along masih belum pulang, di masjid lagi la tu.
"Tau. Mak tak suka dia asyik pandang kakak je. Tak berkedip mandang anak dara orang. Tak pun telangak langak ke dalam rumah, cari kakak la tu", hurai mak mengapa dia bersikap begitu.
Aku mengetap bibir. Aduhai cik abang aku tu, baru berapa jam tak jumpa. Memang berderet mesej darinya sepanjang kenduri tadi. Nak mendekati Arif di bawah khemah? Aku tak nak mak buat drama.
"Dia ada mata mak. Biarlah. Bukan dia tak biasa dengan rumah kita. Dulu dulu kat sini la tempat dia makan, main, tidur baring", ulas angah akan tingkah Arif.
Angah yang banyak berbual dengan Arif tadi sebenarnya. Along ada juga bertegur sapa. Sebenarnya aku pun mencuri pandang pada Arif juga. Sesekali bila pandangan kami bertemu, rasa berdebar sangat. Nak peluk peluk je dia.
"Tu dulu. Dah lama. Mak dah lupakan. Lain kali jangan jemput sesapa pun dari keturunan Sudin dan Yam datang rumah kita. Mak tak suka. Tah apa cerita yang dia bawa balik nanti", pesan mak pada kami semua secara tak langsung. Aku dan angah saling berpandangan.
"Kakak.. minggu depan balik tau. Chek Intan nak datang meminang. Dia kata bawa tiga dulang - cincin, tepak sirih dengan sepasang baju kurung. Saiz M dah muat kan? Ke nak L?". Aku diam. Bekas jeruk mangga aku tutup. Mati langsung selera.
"Kita kena balas 5 dulang. Nak bagi apa ni?"
Aku buat tak dengar, bangun dan basuh jari yang melekit dek pegang jeruk tadi.
"Zah, ada idea?", tanya mak pada Kak Zah.
Kak Zah pandang aku. Aku mengerut dahi sambil menggeleng kepala. Kemudian kupandang angah.
"Mak bagitau makcik Intan, kakak belum bersedia untuk kawin", kataku perlahan, tak mahu nampak keras kepala sangat. Pintu peti sejuk aku buka dan bekas jeruk tadi sku simpan di semula.
"Ya Allah budak ni.. kau dah tua la. Dah lebih 25. Orang lain umur kau tu dah beranak dua paling kurang. Kenapa tak nak kawin? Orang dah nak minang tu. Budak Latif tu baik. Pegawai kastam kat Padang Besar. Gaji besar. Ada pencen nanti", bebel mak tak henti.
Ye, aku kenal Latif anak makcik Intan tu. Kenal gitu je la. Baik buruk aku tak heran, aku dah ada suami.
"Kakak tak nak. Nanti nanti la kita bincang pasal ni", balasku perlahan dan mengeluh kecil. Aku tak nak berkeras dengan mak, nanti perang dingin lagi seperti masa kenduri Nuha.
"Mak, kakak kan baru jadi pembaca berita. Jauh lagi penjalanan dia kalau nak jadi terkenal. Mak pun glamour juga kalau kakak terkenal. Orang kata tu la anak Biah. Kalau dah kawin, memang habis gitu je la. Sayang", ujar angah sambil menutup tingkap yang tadi terbuka kerana menggoreng ikan pekasam.
"Eh.. takkan la Latif tu nak buat camtu. Mesti Latif izinkan kakak kerja", balas mak tak bersetuju dengan pendapat angah. Mak menggeleng gelengkan kepalanya, berkenan sangat la tu dengan Latif agaknya.
"Latif tu kat Padang Besar kan mak. Stesen tv kakak kerja kat KL. Kan jauh tu. Kalau nak tinggal sekali, kerja kakak macam mana? Kerja pejabat dan sambilan. Mau jugak kakak tak kerja nanti sebab tak nak berjauhan dari suami. Elok elok mak dapat lapan ratus ringgit sebulan dari kakak sekarang, lapan puluh sen pun belum tentu Latif tu nak bagi mak nanti. Mak tengok je la sendiri makcik Intan tu macam mana", tambah angah. Tak sangka aku, dalam jarang pulang angah tetap ambil tahu hal di kampung. Ye la, mak rajin menelefon dia.
Thanks angah. Sayang angah ketat ketat.
Masam mencuka muka mak. "Habis tu, mak nak cakap apa kat Chek Intan ni?"
"Cakap la kakak terikat kontrak dengan stesen tv, tak boleh kawin dalam tempoh tu", cadang angah dan aku mengangguk bersetuju. Tak sangka, geliga juga angah ni. Kaki auta.
"Bertunang pun tak nak ke kak? Nanti terlepas pula Si Latif tu kat perempuan Siam". Kedengaran seperti bimbang benar, mungkin mak menyuarakan kebimbangan makcik Intan.
Aku pandang pada mak lalu menggeleng.
"Kakak kecewa dengan Seth ye?". Mak datang memeluk aku erat. Kalaulah mak tau aku dah kawin, dengan Arif pulak tu... mau juga dikejarnya aku dengan parang yang elok tersisip di belakang pintu dapur. Tajam tu, kalau takat nak tebang pokok pisang memang sekali tetak je.
"Adik jumpa abang Seth hari tu". Nuha tiba tiba muncul. Kami semua memandangnya.
"Jumpa kat Desaru. Besar perut isteri dia masa tu. Mungkin sekarang ni dah tiga bulan anak dia kot". Aku sekadar tersenyum, mak meletakkan kedua tangannya di kanan kiri pipiku. Kemudian mencium dahiku, "mak ada".
Allahu, luluh hati aku. Maafkan Nura, mak. Aku menangis dalam hati semahunya. Setakat ini, aku dan Arif tak pernah berbincang untuk memberitahu keluarga tentang pernikahan kami. Kami lebih bahagia begini.
"Bukan main sedap makan jeruk tadi, mengandung ke kak?", soal angah ketika aku datang duduk di sebelahnya di pangkin bawah pokok rambutan. Yang lain sudah masuk bilik, ada yang melepak depan tv menonton teledrama.
Rokok yang menyala ditangan angah, aku ambil dan kusedut dua kali sebelum kuberikan semula pada angah. Angah menggelengkan kepala melihat gelagat aku.
"Tak la. Baru dapat cuti hari ni", jawabku. Setakat ni belum ada tanda tanda kehamilan. Arif sangat prihatin dengan hari kesuburanku. Dia penderma sperma. Dia la harus bertanggungjawab.
"Angah, terima kasih tolong kakak tadi. Mak tu tak habis habis suruh kakak kawin", luahku pada apa yang berlaku tadi.
"Sampai bila nak berahsia ni?", tanya angah. Aku tahu sebagai abang, dia prihatin. Aku sudah bernikah dengan Arif lebih setahun.
"Angah tengok sendiri la mak macam mana tadi, tu baru Arif duduk kat kemah. Kakak tak tau macam mana nak bagitau mak. Angah ada idea?". Aku meminta pendapat angah. Orang bijak macam dia selalunya banyak idea.
"Eh.. jangan sabitkan angah pula. Hal korang, selesaikan sendiri. Hal kakngah dengan mak pun, angah tak dapat settlekan lagi tau. Jangan nak semakkan kepala angah dgn hal korang. Dia tak bising angah balik sini pun dah alhamdullillah", kata angah mengelak dari menjawab soalanku. Aku ketawa kecil, betul juga kata angah.
"Kakak balik pagi esok, petang ada rakaman untuk slot rancangan baru. Slot akak 3 minit je", beritahuku padanya sebelum mengambil kesempatan menumpang rokok yang baru dinyalakan.
"Bagus kak. Jangan lepaskan peluang ada depan mata. Jaga diri. Jaga maruah suami", pesan angah, dan macam bapak bapak je aku rasa.
"Angah balik bila?", tanyaku.
"Pagi juga la. Kakngah ada appoinmen kat Thai Odyssey Spa. Anak anak takde yang jaga", jawab angah. Dah takde bibik, macam tu la. Kena berkorban sebab isteri tersayang nak 'me time'.
Kami terdiam, masing masing punya masalah sendiri. Nampak mudah, kecil.. cuba ambil tempat kami ni, tau la betapa sukarnya nak mengambil keputusan. Banyak hati yang perlu dijaga. Tak mau ada yang bersengketa.
Share this novel
wahhhhh...thai Odyssey...company sy bekerja slama 12 tahun.. author penah pegi eh..
Bukan leh caya main tanda² kelendar subur tak subur ni.. Me & my wife 2 kali, planning nak jarakkan anak, main tanda kelandar macam tu je la. tahu² termengandung jugak. Event pakai kondom, telan pil, inject & implant sekalipun peluang nak termengandung tu masih ada beberapa peratus.. Alhamdulillah ni dah setahun lebih wife pakai implant, baru la dapat kontrol, kalau tak asal on je, cepat betul lekat jadi anak..
nampak isteri depan mata...tp x leh tegur..peluk2....harus terseksa arif...sabar je la...hahaha