Haris Irfan melepaskan keluhan sesekali. Matanya yang terarah di jalan raya akan beralih pada Ariana Atilia yang berada di tempat duduk disebelahnya untuk memastikan keadaan sahabatnya.
Kini, mereka berdua dalam perjalanan ke pejabat Adi Ashraf. Ariana bertegas tidak mahu membuang masa lebih lama lagi. Dalam bila-bila masa sahaja dia boleh kehilangan suaminya, Adi Ashraf.
Jikalau satu-satunya cara untuk memiliki Adi Ashraf buat selamanya dengan meluahkan perasaannya terhadap lelaki itu, dia akan lakukan. Walaupun sedari tadi hatinya tak sedap dia diamkan sahaja.
Mungkin itu semua perasaannya sahaja. Ataupun hanya disebabkan rasa gementarnya untuk meluahkan perasaannya kepada suaminya sebentar lagi. Dia mula tak senang duduk.
Haris Irfan mula menyedari Ariana seperti terganggu dengan sesuatu. Dia risau sekiranya rancangannya tidak menjadi. Ini semua adalah idea dia untuk Ariana berbaik semula dengna Adi. Dia cuma tak mahu Ariana dilanda kekecewaan sekali lagi.
"Riana, kau okay tak? Jangan risau tak ada apalah. Semua akan okay lepas ni. Adi takkan tinggalkan kau. Aku yakin." ucap Haris Irfan mahu mengurangkan kebimbangan Ariana.
Walaupun dia ada rasa ada sesuatu yang tak kena, dia memilih untuk tidak berkata apa-apa. Dia perlu tampak yakin untuk Ariana. Bagaimana Ariana mahu mempercayakan dia kalau dia tak mempercayakan dirinya sendiri bukan?
"Aku okay, Haris. Cuma takut itu je." luah Ariana jujur. Pandangannya dialihkan kepada Haris Irfan yang sedang memandu. Tangannya mula berpeluh kerana rasa gementar.
"Riana, aku ada. Jangan lupa tu. Walaupun Adi tinggalkan kau, aku takkan buat macam tu, faham?" tambah Haris Irfan lagi. Dia mengukir senyuman, menenangkan Ariana serta-merta.
Ariana tersenyum lega. Dia mengukir senyuman setelah sekian lama. Tangannya memukul perlahan lengan Haris Irfan yang berlapik. Sekurangnya dia masih ada sahabat sebaik Haris Irfan di sisinya.
Tak lama kemudian, mereka telah tiba di pejabat milik Adi Ashraf. Mereka berdua saling berpandangan. Haris Irfan memberikan pandangan bahwa segalanya akan baik-baik sahaja.
Ariana mengangguk kecil sebelum menghela nafas panjang. Dia mengagahkan diri untuk mengorak langkah bersama Haris Irfan di sampingnya. Tangannya yang terketar digenggam kuat.
"Eh Riana, kenapa datang sini tak cakap. Nak jumpa abang eh? Dia ada je ke dekat dalam bilik. Rindu ke?" tegur Akid Ahnaf yang kebetulan berada di situ. Terselit nada mengusik di dalam kata-katanya.
Ariana tersenyum kekok. Ternyata adik iparnya langsung tidak mengetahui apa yang berlaku diantaranya dan Adi Ashraf. Dia juga berharap ianya kekal begitu kerana tak mahu aib rumah tangganya diketahui oleh orang lain pula. Setakat hanya Haris Irfan sahaja yang tahu.
"Haah. Sorry kalau aku ganggu kau. Aku nak buat surprise untuk Ash sebenarnya. Dia pun tak tahu aku nak datang. Boleh ke kalau aku jumpa dia?" jawab Ariana dengan harapan dapat menemui suaminya. Haris Irfan pula meliarkan pandangan ke sekeliling.
"Oh kejap. Aku periksa dulu. Tak silap aku ada orang tadi masuk jumpa dia." maklum Akid Ahnaf mula memeriksa sesuatu di komputernya. Haris Irfan menyilangkan tangan ke dada. Ariana menunggu dengan sabar.
"Erm... Akid yang masuk tu lelaki ke perempuan?" tanya Ariana takut-takut cuba memastikan sesuatu. Bagaimana kalau Mawar Adriana yang bersama dengan suaminya sekarang ini? Sudah terlambatkah untuk dia menjelaskan segala-galanya?
Soalan Ariana membuatkan Haris Irfan turut tertanya-tanya. Dia memikirkan perkara yang sama. Mereka berdua menunggu jawapan daripada Akid Ahnaf. Hanya lelaki itu sahaja yang dapat memastikan persoalan mereka pada ketika itu.
"Riana, jangan risaulah. Izz yang ada dengan Adi sekarang ni. Aku rasa tak ada masalah kot kalau kau nak masuk jumpa abang sekarang. Lagipun sekarang je masa Adi lapang sebab lepas ni ada beberapa mesyuarat penting lagi yang dia kena hadir." jelas Akid Ahnaf tenang. Dia menutup semula komputernya. Lalu, memeriksa jam tangannya.
"Oh aku pergi dulu eh. Ada meeting dengan klien. Tak apa kan aku pergi. Ke nak aku temankan kau masuk jumpa abang?" tanya Akid Ahnaf risau. Dia mula mengambil beberapa dokumen yang diperlukan. Selebihnya pula akan diuruskan oleh pembantunya pula.
Haris Irfan mengangkat kening kepada Ariana. Sebagai isyarat, mahukan jawapan daripada sahabatnya itu. Ariana mengerling sekilas Haris sebelum kembali memandang ke arah Akid Ahnaf.
"Tak apalah, Akid. Menyusahkan kau je. Aku okay. Lagipun Haris ada teman aku." jawab Ariana sopan menolak pelawaan adik iparnya. Sungguh dia menghargai keprihatinan adik iparnya. Tetapi dia tak mahu menyusahkan orang pula.
"Okay. Kalau kau dah cakap macam tu. Pergi dulu. Bye, Riana, Haris." ucap Akid Ahnaf ceria. Mahu menceriakan keadaan. Entah mengapa, dia merasakan ada sesuatu yang tak kena tetapi dia memilih untuk tidak mengendahkan sahaja. Lagipun tak elok dia menjaga tepi kain orang.
Ariana melemparkan senyuman sebagai balasan kepada Akid Ahnaf. Dia dan Haris menghantar pemergian Akid dengan pandangan. Sebaik saja Akid pergi, Haris Irfan mengalihkan pandangannya semula pada Ariana.
"Kau okay?" tanya Haris Irfan buat sekian kalinya pada hari itu. Ariana melepaskan keluhan sebelum mengangguk. Dia tak boleh berundur sekarang ini. Dia sudah sampai sejauh ini.
"Aku tunggu dekat sini. Ada apa-apa panggil aku. Jangan risau semua okay. Pergi cepat." ucap Haris Irfan lagi. Dia tersenyum kecil. Ariana mengeleng kepala tanda tak mahu.
"Riana... Kau nak hilang Ash ke atau nak biarkan Mawar ambik Ash dari kau? Kau pilih cepat." ucap Haris Irfan cuba menggesa Ariana. Tak mahu gadis itu menyesal pada akhirnya.
Ariana menundukkan kepala. Matanya terarah pada lantai sebelum beralih ke pintu pejabat suaminya. Dia menghela nafas panjang. Kakinya mula mengorak langkah menghampiri pintu tersebut.
Dia menoleh ke arah Haris Irfan buat terakhir kalinya. Haris Irfan mengukir senyuman tanda tak mengapa. Ibu jarinya ditunjukkan kepada Ariana tanda gadis itu melakukan perkara yang betul. Ariana tersenyum nipis.
Jantungnya berdetak laju sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat suaminya. Matanya dipejamkan cuba memperoleh semangat dan keberaniannya yang semakin lama semakin hilang. Pintu itu dibuka sedikit membenarkan dia melihat suaminya yang sedang berbual dengan Izz Faris.
Tiada langsung niat dihatinya untuk mencuri dengar perbualan mereka. Tetapi dia tak dapat menahan diri sebaik nama Mawar Adriana meniti di bibir suaminya. Membuatkan dia ingin tahu apa yang dibualkan oleh mereka. Oleh itu, dia memilih untuk berdiri disitu tanpa pengetahuan mereka berdua.
"Ash, jangan macam ni. Ingat Riana."
Kedengaran suara Izz Faris menuturkan kata-kata itu. Ariana mula berdebar-debar apabila namanya pula yang disebut. Dia tak dapat dengar dengan jelas apa yang menyebabkan Izz Faris menyebut namanya. Tetapi dia pasti ada kaitan dengan Mawar Adriana.
Dia menelan air liur. Baru sahaja dia mahu mendedahkan keberadaannya di situ, kata-kata suaminya seterusnya menghentikan langkah dan tindakannya. Terasa bagai hatinya retak seribu pada ketika itu juga.
"Aku tak cintakan dia!"
Sebegitu tegas suara Adi Ashraf menyatakan perkara itu tanpa riak. Ariana kaku di tempatnya. Langsung tak tahu mahu melakukan apa-apa pada ketika itu.
"Ash."
Sekali lagi, kedengaran suara Izz Faris memanggil suaminya lagi. Ariana tak dapat memberikan reaksi apa-apa. Terlalu kecewa dengan kata-kata suaminya sebentar tadi.
"Aku tak cintakan dia! Faham tak. Mawar, aku cintakan Mawar!"
Ariana hampir jatuh terduduk. Buat kali kedua, kata-kata itu meluncur di bibir suaminya yang dicintai sepenuh hati. Dirinya bagai menerima tamparan hebat.
Kolam air matanya yang mula bertakung menunggu masa untuk pecah. Hancur berkecai harapannya selama ini dalam sekelip mata. Usahanya hanya sia-sia. Cintanya bagai dipijak tanpa nilai oleh suaminya sendiri.
Betapa kejamnya dunia ini terhadap dirinya. Tanpa dia sedar, kakinya membawa dirinya pergi dari situ secepat yang mungkin. Bahunya terhenjut-henjut cuba menahan tangisan yang mahu dihamburkan di situ tapi ditahan.
Dia langsung tak mempedulikan untuk menutup kembali pintu bilik pejabat tersebut. Risau sekiranya dia akan menghempas pintu itu sekuat hatinya sehingga membuatkan Adi Ashraf dan Izz Faris tersedar tentang kehadirannya di situ.
Haris Irfan bingkas berdiri apabila menyedari Ariana sudah keluar. Senyuman yang terukir di bibirnya mati serta-merta sebaik melihat riak wajah Ariana.
"Haris, please... Bawa aku balik. Aku tak boleh duduk dekat sini lagi lama. Hati aku sakit. Ash... Dia..." ucap Ariana separuh merayu. Dia menundukkan kepala, matanya dipejamkan. Tak sanggup mengulangi kata-kata itu dihadapan Haris Irfan.
"Dia... tak cintakan aku. Aku sendiri dengar dia kata sebelum aku luahkan perasaan aku, Haris. Dia cintakan Mawar. Dia pilih Mawar bukan aku. Dia langsung tak kisah pasal aku, Haris. Kalau Mawar bagitahu dia tentang aku pun, aku rasa dia tak kisah. Aku... Tak sanggup dah Haris. Tolong bawa aku pergi dari sini, please..." rayu Ariana sepenuhnya. Nadanya terlalu pilu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya sekarang.
Haris Irfan yang mendengar luahan Ariana mula panas hati. Tak sangka Adi Ashraf tergamak membuat Ariana sebegitu. Rahangnya diketap kuat. Penumbuknya digenggam hanya menunggu masa untuk dilayangkan pada wajah Adi Ashraf sekarang juga.
"Apa kau cakap? Ash cakap macam tu? Kau tunggu sekejap, ada hal yang aku nak selesaikan dengan lelaki tak guna tu." ucap Haris Irfan sudah dikuasai amarah. Nampaknya dia perlu memberikan sedikit pengajaran kepada Adi Ashraf untuk membuat lelaki itu sedar.
Ariana tahu apa yang dimaksudkan oleh Haris Irfan segera menghalang lelaki itu. Dia mengeleng laju tanda tidak membenarkan. Tubuhnya digunakan untuk menghalang laluan Haris Irfan.
"Haris, jangan. Please, aku nak balik." rayu Ariana lemah. Dia sudah tiada kekuatan. Air matanya yang panas mula membasahi pipi.
Haris Irfan menghentikan tindakannya sebaik melihat air mata yang mengalir di wajah Ariana. Dia paling lemah apabila melihat sahabatnya itu menangis.
Walaupun darahnya masih panas kerana disebalik punca tangisan sahabatnya adalah daripada Adi Ashraf, dia masih mengutamakan Ariana. Kalau Ariana mahu pulang, dia tak dapat menidakkan keinginan sahabatnya itu.
"Jom, kita balik." ucap Haris Irfan mengendurkan nada suaranya. Tiada lagi rasa marahnya pada ketika itu. Hanya rasa risau pada Ariana sahaja. Sahabatnya itu adalah segalanya untuk dia.
Dia melindungi Ariana daripada terlihat oleh pekerja di situ. Menyembunyikan wajah Ariana yang sembap kerana menangis. Mereka berdua masuk ke dalam kereta sebelum memulakan perjalanan.
Sementara itu, seseorang sedang ketawa sinis dalam diam. Seronok hatinya melihat rumah tangga Adi Ashraf yang mula berantakan. Tak lama lagi akan runtuh sepenuhnya seperti yang dia mahukan.
Dia tersenyum bangga apabila rancangannya berjaya. Siapa sangka bahwa surat yang diberikan kepada Adi Ashraf itu dipalsukan oleh dirinya sendiri. Sengaja diletakkan nama Mawar Adriana di situ kerana dia tahu itu adalah kelemahan Adi Ashraf.
Dia tahu dengan cara itu Adi Ashraf akan keliru. Pada masa yang sama, akan merenggangkan hubungan suami isteri itu. Nampaknya rancangannya berjalan dengan lancar sekali. Dia perlu menunggu sedikit lagi sebelum dapat memiliki Ariana semula. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
Padan muka kau, Adi.
???????????????????
"Adi, kau dengar tak apa yang kau cakap ni? Kau merepek apa hah?" ucap Izz Faris tak puas hati. Kolar baju Adi Ashraf ditarik supaya lelaki itu sedar.
"Izz aku tak tipu. Mawar hidup lagi." jelas Adi Ashraf cuba membela dirinya. Jujur dia sendiri tak tahu mengapa dia mengatakan segala itu. Mawar Adriana benar-benar membuatkan dia hilang kawalan. Mungkin kerana dia masih tak dapat melupakan tunangnya itu sepenuhnya.
"Adi, kau dengar sini baik-baik. Mawar dah tak ada! Dia dah mati lima tahun lepas! Kau sendiri yang nampak dia mati dalam kemalangan kan? Tolonglah sedar, Adi. Apa dah jadi dengan kau ni." ucap Izz Faris tegas. Mengharapkan sahabatnya itu sedar.
"Tapi dia hantar aku surat seminggu yang lepas, Izz. Dia hidup lagi." terang Adi Ashraf akhirnya. Menjelaskan tentang sampul surat yang terdapat nama Mawar Adriana di dalamnya.
Izz Faris meraup muka. Tak sangka sahabatnya boleh tertipu sebegitu senang sekali. Hanya dengan sepucuk surat sahaja sahabatnya sudah teruk sebegini apabila mengenai Mawar Adriana. Dia tak dapat membayangkan keadaan Adi Ashraf sekiranya Mawar benar-benar hidup kembali. Mujurlah tidak.
"Adi, macam mana kau tahu itu betul-betul daripada Mawar? Apa bukti yang mengatakan yang Mawar masih hidup? Kau tak rasa surat itu hanya perangkap untuk meruntuhkan rumah tangga kau?" jelas Izz Faris memberikan pendapatnya. Nada suaranya tidak lagi tegas seperti tadi. Tetapi lebih kepada cuba menerangkan kepada sahabatnya.
Adi Ashraf terdiam. Sekali pun tidak pernah terlintas di fikirannya perkara itu. Apatah lagi mahu meminta Alif Zafran untuk menyiasat perkara itu. Dia terlalu leka sehingga tidak menyedari perkara yang paling penting.
"Sekarang, kau dah sedar?" tegur Izz Faris menyilangkan tanda ke dada. Keningnya diangkat sebelah. Tak ada niat mahu memerli Adi Ashraf atau apa cuma mahu memastikan lekaki itu faham apa yang cuba dia maksudkan.
Adi Ashraf menunduk kepala. Tangan meraup muka penuh kesal. Dia sudah penat dengan semua ini. Dalam seminggu ini, kerisauannya hanya sia-sia. Segala tekanan yang dirasai oleh dirinya langsung tak bermakna apa-apa.
Kalau lah dia menyiasat perkara ini terlebih dahulu. Sudah pasti dia tak merana dan menderita sebegini. Pergaduhannya bersama isterinya, Ariana juga dapat dielakkan.
Ariana.
Nama isterinya yang pertama sekali muncul di fikiran sebaik dia tersedar. Tersedar daripada perangkap licik yang digunakan ke atas dirinya tanpa dia sendiri sedari.
"Riana..." sebut Adi Ashraf mengingati isterinya yang tidak bersalah dilayan dengan teruk sepanjang minggu ini. Sedangkan isterinya tidak mengetahui apa-apa. Ya Allah, apa yang dia dah buat?
"Adi, aku rasa apa-apa masalah yang kau ada dengan Riana sekarang ni baik kau selesaikan cepat. Jangan biarkan perkara ni pecah belahkan kau orang berdua. Minta maaf dengan dia kalau kau rasa ada buat salah." nasihat Izz Faris ikhlas dari lubuk hatinya. Dia tak mahukan yang lain selain melihat orang yang pernah disayanginya iaitu Riana bahagia bersama sahabatnya.
Dia memang tak dapat memiliki Ariana tetapi dia mengharapkan gadis itu bahgia walaupun bererti bukan bersama dirinya. Adi Ashraf mengangkat kepala. Lalu, membawa Izz Faris dalam pelukan.
Bersyukur mempunyai sahabat sebaik Izz Faris yang sentiasa membantunya ketika dia diambang kegelapan. Segala rasa curiganya terhadap sahabatnya itu hilang serta-merta. Mana mungkin Izz Faris mahukan rumah tangganya pecah belah sedangkan lelaki itu sendiri yang membantu mengukuhkannya semula.
"Terima kasih Izz. Aku minta maaf aku layan kau teruk dengan salah sangka dengan niat kau pada aku sejak akhir ni. Maafkan aku, Izz." ucap Adi Ashraf penuh kesal. Benar-benar memaksudkan kata-katanya.
"Tak ada apalah, Adi. Bukan aku yang kau patut minta maaf sekarang ni tapi Riana. Dia lebih layak dari aku untuk permohonan maaf kau ni. Berbaiklah semula dengan Riana, ya? Lepas tu hidup bahagia dengan dia." pesan Izz Faris, dia meleraikan pelukan. Dia menepuk lembut bahu Adi memberikan semangat.
Adi Ashraf mengangguk sebagai balasan. Kata-kata sahabatnya bagai menyuntik semangat baharu di dalam dirinya untuk membetulkan keadaan. Hanya dia sahaja yang dapat membetulkan segalanya.
Dia perlu bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Tak kira sama ada dia sedar atau tidak tentang kesilapannya kerana itu bukan alasan. Perasaan bersalah menghurung dirinya sebaik menyedari perbuatannya terhadap Ariana.
Yang dia tahu sekarang dia perlu segera bertindak sebelum Ariana memilih untuk meninggalkannya. Jika tidak kisah cinta mereka berdua takkan bermula tetapi diakhiri dengan penyesalan untuk selamanya.
Izz Faris membiarkan rakannya itu pergi. Biarlah dia sahaja yang uruskan selebihnya.
Adi Ashraf terus bergegas keluar dari pejabatnya. Tidak mempedulikan apa-apa lagi selain Ariana iaitu isterinya sendiri.
Tak dapat dia jelaskan betapa bodohnya dia rasa kerana melayan isterinya seperti itu. Apa yang dia fikirkan pada ketika itu juga yang membuatkan dia menyesal sekarang. Harapannya hanya satu.
Riana, jangan tinggalkan aku.
???????????????????
Adi Ashraf memecut kereta dengan laju. Mahu sampai dirumahnya secepat yang mungkin. Keadaan trafik yang tidak sesak seperti menyebelahi nasibnya pada hari itu. Mungkin merupakan suatu petanda yang baik.
"Cepatlah... cepatlah." omel Adi Ashraf sepanjang perjalanan. Tidak henti dia berdoa pada Tuhan untuk memudahkan urusannya. Semoga diberikan petunjuk.
Setibanya dia di perkarangan rumahnya, dia menyedari kereta Haris Irfan yang terparkir di situ. Kelihatan lelaki itu menghantar Ariana pulang dengan selamat. Adi Ashraf menghela nafas lega.
Sebelum Haris Irfan pulang terlebih dahulu, Adi Ashraf menegur lelaki itu dengan mesra. Walaupun dia mahu bercakap dengan Ariana sekarang, dia mahu berterima kasih kepada haris Irfan dahulu sebagai tanda menghargai jasa lelaki itu menjaga isterinya.
"Haris, terima kasih sebab hantarkan Riana. Kalau tak ada kau aku tak tahu lah apa jadi." ucap Adi Ashraf berterus-terang. Dia meletakkan tangan pada bahu Haris Irfan.
Malangnya, sapaan mesranya itu tidak dipedulikan oleh Haris Irfan. Dia menepis kasar tangan Adi Ashraf yang ada pada bahunya. Lalu, membersihkannya seolah bahunya terkena habuk yang menjijikan.
"Tak payah berterima kasih sangat. Itu sepatutnya tanggungjawab kau sebagai suami untuk jaga Ariana bukannya aku lagi. Tapi mana kau masa Ariana perlukan kau hah?" perli Haris Irfan dengan berani. Langsung tak kisah apa yang difikirkan oleh Adi Ashraf.
"Haris... Aku-"
Kata-kata Adi Ashraf terpotong ketika mahu menjelaskan segalanya kepada Haris Irfan oleh lelaki itu sendiri. Haris Irfan langsung tiada niat mahu mendengar penjelasan daripada Adi Ashraf. Pada dirinya, Adi Ashraf gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami kepada Ariana.
"Aku tak perlukan penjelasan kau. Aku tak kisah. Yang aku tahu, kalau kau tak boleh cintakan Ariana dengan sepenuh hati kau sebab hati kau ada pada Mawar, lepaskan Ariana! Jangan seksa dia macam tu!" marah Haris Irfan yang tidak dapat dibendung lagi. Kolar baju Adi Ashraf ditarik kasar. Hingga nyaris mendorong Adi jatuh apabila dia melepaskan pegangan.
"Ingat tu, Adi." ucap Haris Irfan yang berbaur amaran sebelum beredar pergi. Matanya jelas menunjukkan betapa dia benci kepada Adi Ashraf pada ketika itu.
Pandangannya yang tajam menembusi tubuh Adi yang masih kaku di situ. Kalau pandangan boleh membunuh, sudah pasti Adi Ashraf sudah mati sekarang ini.
Kata-kata Haris Irfan masih segar di dalam ingatan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan kecewanya pada dirinya sendiri. Dia sudah melakukan kesilapan besar.
Figura Ariana disitu membuatkan dia menghampiri isterinya. Tetapi perasaan bersalahnya membuatkan dia rasa tidak layak untuk berada disisi isterinya lagi. Matanya jatuh pada beg pakaiannya yang dibawa oleh Ariana. Dia mula panik.
"Riana... Kau nak pergi mana?" tanya Adi Ashraf cemas. Dia menghampiri isterinya tetapi malangnya Ariana menjauhkan diri. Sukar untuk dia membaca riak muka isterinya pada ketika itu.
"Aku nak pindah bilik. Aku tak nak duduk sebilik dengan kau lagi. Lagipun kau bukannya suka aku duduk dengan kau." balas Ariana tiada perasaan. Tak mahu dirinya disakiti lagi. Cukuplah sekali. Takkan dia benarkan untuk kali kedua pula.
"Riana..." panggil Adi Ashraf lemah. Tetapi tidak dipedulikan oleh Ariana Atilia. Dia segera membawa beg pakaiannya ke bilik tidurnya dahulu. Dia melepasi Adi Ashraf tanpa menoleh sedikit pun.
Usai itu, pintu biliknya dihempaskan dengan kuat. Mengegarkan bilik tidurnya yang kosong sehingga mengejutkan dirinya sendiri. Rasa sebak kembali memenuhi diri.
"Jangan nangis, Riana. Kau kuat." ucap Ariana perlahan. Dia menepuk dadanya dengan kuat cuba menghalang rasa sakit pada hatinya kembali semula.
Tubuhnya disandarkan pada pintu bilik tersebut. Dia jatuh terduduk. Walaupun mulutnya kata sebegitu, air matanya mengkhianatinya dengan mengalirkan air mata dengan laju.
"A-ku kuat." ucap Ariana menahan tangisan. Rasa kecewanya yang bercampur dengan kesedihan yang dialaminya bergabung menjadi satu. Dia lebih lemah apabila melihat Adi Ashraf sebentar tadi.
Adi Ashraf yang berada di sebalik pintu menahan rasa pilu dan sakit. Terasa tak berguna apabila tak dapat berada di sisi isterinya pada saat itu. Dia tak layak untuk kemaafan isterinya.
Aku tak layak jadi suami kau, Riana.
???????????????????
Pada malam itu, tidak sekali pun Adi Ashraf tidak memikirkan tentang Ariana. Dia mula risaukan isterinya apabila Ariana langsung tidak keluar daripada bilik.
Dari tadi dia cuba memujuk isterinya keluar tetapi langsung tiada balasan daripada Ariana. Membuatkan Adi Ashraf semakin sedih tetapi dia tahu itu balasan dia atas setiap perbuatannya.
Dia menunggu di hadapan pintu bilik isterinya dengan harapan untuk membetulkan segalanya. Dia ingin meminta maaf untuk semuanya. Dia tak mahu kehilangan seseorang yang dicintainya lagi.
Dia rindukan hubungannya dengan Ariana yang dahulu. Dia mahu membuatkan Ariana bahgia bukannya menderita dan merana kerana dia. Dia yang bersalah tapi dia mengharapkan dia mempunyai peluang untuk membetulkan keadaan.
Seperti Tuhan mendengar luahan hatinya, pintu bilik tersebut terbuka. Akhirnya Ariana keluar dari biliknya tetapi malangnya tidak memandang ke arah Adi Ashraf langsung. Seolah lelaki itu tiada di situ.
Adi Ashraf tidak berkata apa-apa. Dia layak menerima layanan sebegitu. Sudah cukup untuknya melihat Ariana di depan mata pun lebih dari bersyukur. Dia menghela nafas panjang.
"Riana..." panggil Adi Ashraf perlahan. Mengharapkan dapat menarik perhatian Ariana untuk bercakap dengannya.
"Stop, Ash." balas Ariana dingin tanpa melihat wajah suaminya. Tanda tak mahu bercakap dengan suaminya pada ketika itu.
"Riana, please..." ucap Adi Ashraf separuh merayu. Dia betul-betul mahu mereka kembali seperti dahulu. Dia menyesal dengan apa yang dia telah lakukan.
"Ash, stop. Diam." arah Ariana jelas tak suka dengan apa yang suaminya cuba jelaskan. Dia takut dia lemah.
"Riana, please... Aku nak cakap dengan kau." ucap Adi Ashraf lagi. Dia cuba untuk memandang wajah isterinya tetapi sukar kerana Ariana memalingkan wajahnya daripada pandangan.
"Baru sekarang kau nak cakap dengan aku? Kenapa bukan dulu, hah Ash?" perli Ariana sedas. Akhirnya wajahnya dipalingkan menghadap Adi Ashraf. Jelas menunjukkan matanya yang memerah kerana menangis.
Adi Ashraf meneguk air liur apabila melihat keadaan isterinya. Semua itu berpunca kerana dia. Perasaan bersalahnya semakin menebal. Sehingga membuatkan dia sakit.
Perlahan-perlahan, dia menarik tangan Ariana sebelum memegangnya dengan penuh kasih. Dia memandang ke dalam anak mata isterinya.
"Riana, aku minta maaf. Aku elakkan diri daripada kau sampai tak sedar aku sakitkan kau macam ni sekali. Aku tak jalankan tanggungjawab untuk bahagiakan kau. Maafkan aku, Riana." ucap Adi Ashraf penuh kesal. Dia membawa tangan isterinya berhati-hati untuk dihadiahkan ciuman di situ. Terketar-ketar bibirnya. Dia tak dapat lagi melihat anak mata isterinya. Dia menahan tangisan.
Kolam air mata Ariana mula bertakung apabila mendengar kata-kata suaminya. Hatinya terasa terubat buat seketika. Tetapi, apabila memorinya di pejabat suaminya berlayar di fikiran dia menarik tangannya daripada pegangan suaminya dengan kasar.
"Aku tak cintakan dia! Faham tak. Mawar, aku cintakan Mawar!"
Ariana memejam mata apabila kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia mengambil selangkah ke belakang menjauhi suaminya. Membuatkan Adi Ashraf terpinga-pinga.
"Semuanya sebab Mawar kan?" ucap Ariana sinis. Bibirnya mengukir senyuman mengejek.
"Hah? Apa maksud kau?" tanya Adi Ashraf tak faham apabila nama Mawar pula disebut.
"Kau elak aku sebab Mawar kan? Aku terlupa yang kau cintakan dia bukannya aku. Jadi apa lagi pergilah dekat Mawar. Tinggalkan aku." arah Ariana kedengaran tiada perasaan. Padahal sedaya upaya mengawal suaranya untuk menyembunyikan kekecewaan yang dirasainya.
"Riana..." panggil Adi Ashraf lagi kali ini lebih perlahan. Sedih dan pilu kerana isterinya sudah tahu tentang itu. Dia cuba mengambil tangan isterinya namun gagal apabila isterinya mengelak.
"Stop, Ash! Jangan bagi aku harapan boleh tak? Sakit... Tahu tak sakit! Perlu ke kau seksa aku macam ni, Ash?" ucap Ariana dengan mata yang sudah berkaca. Adi Ashraf menahan diri daripada menarik isterinya ke dalam pelukan.
"Riana, dengar dulu-"
"No! Kau yang dengar dulu, Ash. Aku dengar semuanya. Aku dengar kau kata kau tak cintakan aku."
Luah Ariana mengejutkan Adi Ashraf. Langsung tak menyangka Ariana mendengar perkara itu. Dia terduduk sambil meraup muka. Ariana mengalihkan pandangan.
"Kenapa, terkejut? Biar aku ulang sekali lagi, Ash, Kau. Tak. Cintakan. Aku." ucap Ariana satu persatu. Hatinya sakit apabila menuturkan kata-kata itu tetapi itulah kebenarannya. Air matanya jatuh bergenang di pipi. Adi Ashraf mengeleng laju menafikan tetapi tidak disedari oleh Ariana. Dia sudah terlalu kecewa.
"Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa aku sayang kau!" luah Ariana lagi mengejutkan Adi Ashraf. Dia menghamburkan tangisan pada akhirnya kerana berjaya meluahkan perasaan.
"Riana..."
"Lepaskan aku, Ash." bisik Ariana sudah berputus asa. Itu sahaja jalan penyelesaiannya. Apa gunanya dia menjadi isteri kepada Adi Ashraf lagi apabila hati lelaki itu bukan miliknya.
Kata-kata Ariana membuatkan Adi Ashraf tidak keruan. Tak, dia takkan lepaskan Ariana. Dia segera bangun lalu menarik tubuh isterinya menghadapnya semula. Dia mencari anak mata isterinya. Ariana cuba melepaskan diri tetapi tidak boleh. Dia lemah.
"Riana, no. Aku takkan lepaskan kau." rayu Adi Ashraf mahu mengubah fikiran isterinya. Dia tak mahu kehilangan Ariana. Tangannya memegang bahu isterinya dengan erat.
"Lepaskan aku, Ash... Jangan seksa aku lagi. Aku tak sanggup. Aku dah tak larat. Aku tak kuat." rayu Ariana sambil menangis. Adi Ashraf menarik isterinya ke dalam pelukan. Ariana berputus asa, dia sekadar membiarkan pelukan suaminya pada dirinya.
Adi menyembamkan wajahnya pada leher Ariana. Hatinya sakit melihat isterinya terseksa kerana dirinya sendiri. Kalau dengan melepaskan Ariana dapat menjamin kebahagiaan...
Adi Ashraf memejam mata sukar untuk membuat keputusan. Lalu, dia meleraikan pelukan. Wajah Ariana ditatap penuh kasih. Tangannya naik mengusap air mata yang mengalir di pipi gebu isterinya. Ariana memegang tangan Adi Ashraf pada wajahnya.
Tahu itu adalah saat akhir dia dapat merasai belaian suaminya. Bibirnya yang terketar menahan esakan berusaha mengukir senyuman untuk suaminya.
Adi Ashraf mengigit bibir sebelum mengatakan kata-kata itu. Dia memberikan ciuman hangat pada dahi isterinya lama. Menyalurkan kasih sayang yang tak dapat dicurahkan selama ini.
Air matanya jatuh membasahi pipinya dan juga Ariana. Dia sudah membuat keputusan. Mungkin itu yang terbaik buat mereka berdua.
Ariana tak dapat menahan diri daripada menangis apabila merasai air mata suaminya pada wajahnya. Tak lama kemudian, Adi Ashraf menyatukan dahi mereka berdua. Meninggalkan ruang yang sedikit antara mereka.
Dia menghela nafas panjang. Anak matanya merenung ke dalam anak mata Ariana. Memberitahu segala perasaannya yang tak dapat diungkapkan pada ketika itu.
"Maafkan aku, Riana..." ucap Adi Ashraf menitiskan air mata sebelum menyambung kata-katanya semula. Ariana menutup mata tak sanggup mendengar lafaz kata-kata itu.
"Ariana Atilia binti Johan..."
Sekali lagi, air mata Adi Ashraf jatuh membasahi pipi isterinya. Akhirnya, dia melafazkan kata-kata itu.
"Aku cintakan kau."
Updated!
Yeay!
Chapter paling panjang setakat ni phew,
Jadi sebenarnya Mawar tak hidup pun
Surat tu hanya perangkap yang menggunakan nama Mawar untuk hancurkan rumah tangga Ash, hehehe
So, jgn risau Mawar tak hidup balik pun
Stay tune!
Enjoy reading
Leave comment too
Share this novel