Bab 7

Romantic Comedy Completed 21059

Bab 7

Sebulan berlalu aku masih mendapat bunga misteri dan si mamat tu sering datang ke ofis bapak dia .Naik muak aku lihat muka seposen itu yang sering merayu supaya aku menerimanya sebagai kawan. Pelbagai hadiah dan barang yang berharga di taburkan,dia ingat aku jenis gilakan harta ke? Tolong sikit aku bukan termakan pujuk punya perempuan. Bila melihat aku langsung tidak ada respon padanya,

Sementara itu Aizam meminta tolong dari kedua adik beradik itu untuk membantu dirinya.

”Kenapa korang ketawa cerita aku ni lucu ke?”

”Tak ada kami cuma gelak sebab teringat panggilan adik pada kau.”

”Dia gelar aku apa?”

”Monyet”

”Ha sampai macam tu sekali dia marah pada aku, hei korang tolonglah aku kali ni aje.”

”Ok kita orang akan tolong kau, tapi kena ingat adik kami tu manja sikit. Kau jangan sakitkan hatinya kalau kau buat begitu siap kami tahu nak buat apa pada kau.”

”Ok aku tahu, korang dah ada rancangan ke? Aku tak sanggup tunggu lama.”

”Amboi gelojohnya kau, nantilah tak sabar sungguh. Ingat dia tu adik kami.”

Hairan kenapalah wajah dia bermain di wajah aku sedangkan aku cuba mengelak dari bertemu atau bercakap dengannya. Senyuman yang di lemparkan sungguh manis dan bisa mengetarkan jiwa.

”Aik dah angau ke aku ni.”

Semakin hari cuba menghindarkan dia semakin aku rindukannya.
Nini cuti hari ni, bosan sungguh tak ada kawan nak bersembang, bos pun cuti. Kerja pun tak banyak, sudah dua tahun aku bekerja disini lepas ke luar kolej. Aku bersyukur sangat dapat kerja tak macam orang lain menganggur lagi. Aku mendapat idea yang bernas lebih baik petang ni pergi Popular kat Amcorp Mall. Dah lama tak memborong novel dan komik, nilah masa yang sesuai. Telefon bimbit ku berbunyi,Nini yang menelefon aku.

”Hei kau boring ke sorang-sorang kat ofis?”

”Tak adalah sonok sorang, sunyi sepi best betul.”

Sengaja aku berkata begitu tapi hakikat tak macam tu.

”Aku seronok kat rumah, best betul dapat cuti sementara orang tu kerja. Nilah kenikmatannya.”

”Kau kalau telefon nak nyakitkan hati baik tak payah, buat penat mulut aje.”

”Ala janganlah marah, eh banyak kerja kau?”

”Kenapa kau tanya nak datang kerja ke?”

”Hisy tak kuasa aku, cuma saja berbasi-bahasa saja nak ambil hati kau aje.”

”Eh petang ni kau free tak?”

”Aku tak free ada date kenapa kau tanya?”

”Saja aku boring, kalau kau tak free tak apalah.”

”Aku minta maaf kerna tak dapat temankan kau, tapi boleh aku tahu kau pergi ke mana?”

”Apasal pulak kau nak tahu?”

”Saja takut nanti orang kidnap kau senang nak beritahu polis ke mana kau pergi.”

”Ye lah tu, sebenarnya aku nak pergi popular kat Amcorp.”

”Oklah Hani, mummy aku panggil dulu. Bye selamat bekerja jangan malas-malas.”

”Yel ah tu,bye.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience