Bab 10

Humor Completed 28838

Iqbal masih terduduk di restoran hotel ini. Wani baru sahaja meminta diri. Katanya dia mahu terus pulang ke KL. Flight telah pun dia tempah. Sukar bagi Iqbal untuk percaya bahawa akhirnya, Wani mengalah. Wani tidak akan mengacau nya lagi. Ini membuat Iqbal lega. Sekarang dia hanya perlu berjumpa dengan Dhia dan jelaskan hal sebenarnya.

'Dia marah tanda cemburu? Aku pasti Dhia turut ada perasaan untuk aku. I just need to explain hal yang sebenar.'

"Knock, knock." Faiz mengetuk meja.

Iqbal memandang adik tirinya. Semalam selepas Dhia meninggalkan mereka, Faiz pantas berlalu dari situ. Tidak sempat Iqbal bertanyakan apa-apa.

"Can I sit?" Faiz bertanya.

"Please, hotel ni belum jadi milik kita lagi. Suka hati kau lah." Sindir Iqbal.

Faiz tersenyum tawar. "Looks like everyone have been thinking a lot." Faiz berkata sambil memandang tompok hitam dibawah mata Iqbal. Faiz turut ada tompok-tompok hitam di bawah mata.

"I guess that's what Dhia does to us. She makes us think." Faiz menyambung lagi setelah tidak mendapat respons diri abang tirinya.

"Kau nak apa Faiz? I think I'm done talking to you. You have done enough damage."

"Tadi aku terserempak dengan Wani. Dia kata dia akan balik KL. She said thanks for helping her out but mungkin kau dengan dia tak ada jodoh."

"Huh, I guess Wani is sincere." Sekali lagi Iqbal menjawab dengan kasar dan mendatar. Walaupun dia berkata sebegitu, dia awal-awal lagi sudah tahu yang memang kali ini Wani ikhlas melepaskan nya.

"Bang," Faiz menelan air liur. Setelah semalaman berfikir, dia akhirnya nampak sesuatu. Dia nampak keikhlasan Iqbal untuk mengenali Dhia. "Sepanjang kau kenal Dhia, kau ada niat nak ambil dia sebagai isteri?"

Iqbal tersenyum tawar. "Aku rasa kau pun tahu, aku tak banyak girlfriend. Kalau ada pun, satu ajalah, si Wani. Sepanjang aku dengan dia, walaupun macam mana aku cakap aku suka dia, tak pernah sekalipun aku imagine naik pelamin dengan dia. but Dhia Arifah. She's different. From the day aku mula berbual dengan dia sampai sekarang, aku asyik terfikir, alangkah indahnya kalau aku yang menjadi imam dia tiap-tiap hari. She makes me wonder how great would it feel to bangun solat subuh dengan dia."

"Habis tuh kenapa kau setuju dengan cabaran aku?"

"Aku tak fikir banyak pun tentang cabaran kau. Untuk kenal wanita bernama Dhia Arifah pun bagi aku dah macam satu cabaran. Apa yang aku buat, aku ikut dia pergi Singapore, aku berbual dan berkenalan dengan dia semua sebab aku ikhlas untuk mengenali siapa sebenarnya Dhia Arifah." Iqbal berkata. Iqbal tertawa sedikit dalam hati. 'Sejak bila aku jadi mat bunga ni?'

" Tell me the truth, kau betul sukakan Dhia?" giliran Iqbal pula untuk bertanya Faiz.

"Aku tak boleh tipu dan kata yang Dhia tidak menarik perhatian aku. I think we can all agree that Dhia is an interesting woman. Cuma apa yang membuat aku mulakan cabaran aku adalah sebab aku nak tahu kau betul-betul ikhlas atau tidak dengan Dhia. Atau kau hanya gunakan dia sebab alasan untuk mengelak dari kahwin dengan Wani. She's too special to be made use of."

"So sekarang, kau dah dengar jawapan aku, what is your conclusion about my feelings for Dhia?" Iqbal berkata seperti mencabar Faiz untuk berkata sesuatu yang sebaliknya.

"Aku minta maaf. I shouldn't have brought Wani here. Aku sedar yang perbuatan aku bukan sahaja melukakan satu orang, tapi aku dah lukakan semua termasuk aku sendiri. I admit defeat."

"You want to know something funny? Aku tak rasa happy pun sebab aku menang cabaran kau. You know why? Like you said, kau dah lukakan hati semua orang. Everyone was a victim of this bet. Dan hati Dhia, bukan senang untuk diubati. Balik lah Faiz. I'm going to here for awhile. Aku perlukan kau untuk jaga busines kat KL. Thats the least you could do. Buat mama dan papa happy. Buat apa yang aku tak boleh buat," Iqbal berkata lalu melangkah pergi. Hatinya semakin ringan. Masalahnya dengan Wani dan Faiz sudah selesai. Sekarang dia hanya perlu mencari kembali kebahagiaannya.

~

Dhia melabuhkan punggungnya di atas salah satu kerusi di Terminal Ferry Harbourfront. Dia sedang menunggu ferry ke Pulau Batam. Di sana dia sudah menempah bilik hotel di Hotel Harris Batam untuk menenangkan fikiran. Fikirannya bercelaru. Dia seperti mahu menjerit pada semua suara-suara di dalam otaknya untuk senyap.

"Sini kau rupanya." Dhia memandang pemilik suara itu.

Fahmi tersenyum kepada rakan kerja dan rakan karibnya itu. Rasa seperti sudah lama mereka tidak duduk berborak.

"Sorry lah sebab suruh kau datang jumpa aku sampai kat sini."

"Its okay. Lagipun aku yang nak sangat jumpa kau."

"And sorry sebab aku tinggalkan interview semalam."

"Itu lagi tak apa. Aku ada dengar a few things but of course, aku akan tunggu sampai kau ready untuk bilang aku. But I have decided untuk tidak write up that interview." Fahmi berkata sampai meminum air yang berada di dalam tangannya. Cuaca panas di luar membuat Fahmi kehausan.

"Kenapa pulak? Tak kan sebab aku tak submit write up pulak. I'm really sorry aku sibuk semalam."

"No its just that aku tengok si Wani tu tak secantik mana pun." Jawapan Fahmi membuat Dhia hairan tetapi dia tidak bertanya banyak.

Persahabatan mereka berdua memang begini. Masing-masing tidak mempersoalkan apa-apa. Mereka ada untuk meluahkan perasaan masing-masing.

"So, I'm here, so you can spill." Fahmi berkata sambil menunjuk ke arah telinganya.

"Aku sendiri tengah berserabut jadi aku sendiri tak pasti apa yang nak dikatakan. All I need is some time alone. Aku perlu masa untuk berfikir. Sort out all of my thoughts and feelings. Aku perlu cari sebab kenapa aku harus sayang diri aku sendiri. I have to somehow convince myself that I am capable of loving myself." Dhia menjawab.

"Can I at least know that you won't do anything stupid?"

"Yes. And you know that."

"Aku tahu. aku tahu Dhia. Cuma..."

"Cuma kau takut yang aku akan bertindak di luar dugaan kan? Macam tahun lepas?"

"Last year, you scared me. But aku nampak perubahan kau Dhia. Aku nampak yang kau cuba untuk terus hidup dengan normal. Aku nampak usaha kau. And maybe to help you a bit, a reason kenapa kau patut sayang diri kau adalah sebab kau satu-satunya kawan aku dunia akhirat. And I would be very desvasted kalau kau pergi jauh dari hidup aku."

Dhia tersenyum mendengar kata-kata Fahmi. "Kau selalu tahu apa nak cakap dengan aku, Fahmi."

"Mesti lah, aku dah kenal kau lama dah. Have a good trip Dhia. Semoga kau jumpa ketenangan yang kau cari. Plus, if you want to share anything with me, I'm just a phone call away. Jangan hanya call aku untuk bilang yang kau nak kahwin pulak!" Fahmi berpesan sambil melemparkan senyuman manis kepada rakan baik nya.

~

Dhia melangkah keluar dari imgerisen Pulau Batam. Di hadapannya masih jelas kelihatan laut yang luas. Waktu sudah menginjak senja. Dia harus pantas naik mobil dan pergi ke hotelnya. Dia tidak tahu berapa lama dia akan berehat tetapi yang pasti, udara yang berbeza membuat hati Dhia sedikit lapang.

Dia datang sini bukan untuk lari. Dia hanya datang sini untuk berfikir tentang semuanya. Tentang abah, mama dan Iqbal. Dia harus pastikan, siapa sebenarnya Iqbal pada diri nya. Menyebut tentang Iqbal, hatinya menjadi rindu. Sudah tiga hari sejak di berbual dan bergurau dengan lelaki itu. Apa agaknya lelaki itu sedang lakukan? Sudahkah dia berbual dengan Wani? Mungkin dia sudah mula sedar yang jodohnya dengan Wani kuat. Mungkin dia sudah pun pulang ke KL. Mungkin semalam adalah kali terakhir dia akan berjumpa lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu. bagaimana pula dengan dirinya? Bolehkah dia terima semua ini kalau ia nya benar?

'Ah! Nanti dah sampai hotel baru boleh fikir semua itu. sekarang aku dah lapar ni.'

"Are you going to get in? It's getting pretty dark lady." Dhia terperanjat mendengar suara garau yang amat dia rindui. Mimpikah aku?

Dhia memandang Iqbal yang sudah duduk di sebelahnya. "Hotel Harris yang pak." Iqbal berkata sambil tersengih memandang Dhia.

Dhia pula masih membatu.

"Miss me dear?"
--

Day 13
Muka Dhia sudah mula masam. Sejak dalam berjalanan ke hotel Dhia sudah bertanyakan bermacam-macam soalan kepada Iqbal. Semua hanya dijawab dengan senyuman manis Iqbal.

'Hish asyik senyum senyum je. Hati aku dah dup dap dup dap je. Ish geram lah! Tak tahu ke dia yang senyuman dia ni membuat aku huru-hara? Dengan lesung pipit dia lagi! Eh, dia ada dua lesung pipit lah. Macam mana aku boleh tak perasaan pulak?'

"You pernah cakap, kalau nak tahan lama, ambil gambar. Nah." Iqbal berkata sambil menghulurkan telefon bimbitnya.

Dhia mendengus. 'Loyar buruk pulak mamat ni.'

Dhia baru sahaja mahu membantah kata-kata Iqbal tetapi suara pekerja di situ membatalkan niatnya.

"Maaf ya Cik Iqbal. Kami baru siapkan kamar nya. Ayuh, saya tunjukkan."

"Terima kasih. Maaf sebab tak bilang lebih awal yang saya nak datang." Iqbal berkata dengan lembut.

~

"Dari tadi I tengok you diam aja." Iqbal cuba menegur Dhia ketika mereka sedang berjalan ke bilik hotel yang disediakan.

"Buat apa nak berbual kalau dari tadi I tanya you tak jawab. Buang air liur je. Baik cakap dengan tembok bilik hotel." Jawab Dhia dengan dingin. Dhia memeluk dirinya sendiri.

"Sorry sebab buat you marah. I just rindu nak dengar suara you. Itu yang I tak sempat jawab soalan-soalan you. Nak ubat rindu lah kan."

Kata-kata Iqbal membuat Dhia termalu-malu.

"I'll answer all your questions when we go for dinner later."

"Siapa kata I nak pergi dinner dengan you?"

"You tak nak dinner dengan I, you nak dinner dengan siapa?"

"Anyone but Khairun Iqbal."

"OK, then have dinner with si Godzilla."

~

Dhia masuk ke dalam bilik hotel nya. Biliknya terletak berlainan tingkat dengan Iqbal. Sepertinya Iqbal ada bilik sendiri di hotel ini. Mungkin hotel ni milik keluarga Iqbal juga? Ah sejak bilang aku peduli tentang harta si mamat godzilla tu.

Dhia tersenyum sedikit dengar Iqbal memanggil dirinya Godzilla. Akhirnya terima juga si Iqbal dengan gelaran Godzilla. "

Aku nak pakai apa eh pergi dinner? Fancy or comfy? Eh, mamat tuh ada bilang ke kita pergi dinner dekat mana?"

Setelah lebih sepuluh minit berfikir, Dhia akhirnya menyarung dress lengan panjang berwarna merah hati. Rambutnya yang panjang ditocang satu. Dia hanya mengenakan sedikit alat solek dimukanya.

"Hah, who am I trying to impress?" 'Iqbal.'

~

Iqbal berdiri di hadapan pintu bilik Dhia. Dia memakai seluar slack and kemeja putih. Rambutnya yang pendek dibiarkan tanpa gel. Hati Iqbal berdebar-debar sejak tadi. Walaupun ketika dia menegur Dhia, dia kelihatan tenang, namun hatinya berdebar-debar. Sesungguhnya dia risau kalau-kalau Dhia membencinya. Tetapi buat sekadar ini Dhia tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia tidak menyenangi kehadiran Iqbal.

Pantas Iqbal mengetuk pintu bilik Dhia. Iqbal sengaja tidak menyuruh pihak hotel menyediakan bilik mewah untuk Dhia. Iqbal tahu, Dhia pasti tidak selesa. Jantung Iqbal seperti terhenti seketika melihat Dhia disebalik pintu. Walaupun pakaiannya ringkas tetapi kecantikkan aslinya masih terserlah. Pantas Iqbal menjatuhkan pandangan. Dia masih ingat pesanan mama. Lelaki harus sentiasa jaga mata.

Dhia sedar perbuatan Iqbal. Dia tersenyum sedikit.

"Ready for dinner, lady?"

"I guess the nickname is back."

"Would you prefer dear instead?"

"Lady is just fine. Like Godzilla."

Iqbal tersenyum mendengar jawapan Dhia. Mungkin wanita ini tidak marah lagi padanya? Semua macam balik normal aja?

Mata Dhia membutang melihat Iqbal menekan butang nombor sembilan. Bukankah ini tingkat biliknya? Mamat ni nak buat apa naik balik? Lupa barang kah? Atau...?

"Jangan cuak sangat muka tuh. Sebelah bilik I ada private room yang I dah reserve for our dinner. Jangan risau. There will be the workers there. Bukan kita berdua je. I won't do anything to you."

Muka Dhia kembali tenang.

~

Dhia memandang Iqbal yang sudah duduk dihadapannya. Dhia kemudian memandang sekeliling. 'Mewah.'

"I harap you tak rasa kurang selesa dengan apa yang I dah prepare for you. Just know that I am not here to brag about my harta." Iqbal berkata dengan hati-hati. Mereka baru sahaja mendapat makanan mereka.

"Now that you've mention about your harta....I'm just joking. I appreciate it." Dhia berkata dengan ikhlas.

Iqbal tersenyum.

"Now... macam mana you tahu yang I kat sini?"

"Uhm, well, I called Fahmi. Lepas tuh I called abang you. I well, I kena marah. And yeah he told me yang tak mungkin I dapat kejar you sebab you dah lama pergi. If I were to believe him and stop chasing after you, kita tak akan ada kat sini, makan dinner bersama."

Dhia terasa sedikit marah dengan abangnya tetapi dia tahu abangnya pasti ada sebab kenapa dia memberitahu Iqbal.

"Do you want to play ten questions?" Iqbal bertanya.

"Fine. You go first. Boring pulak makan dalam senyap."

"Ok, you masih marah dengan I?"

"Marah? Apa hak I untuk marah dengan you? Kita belum sah apa-apa lagi." Dhia berkata sedikit kasar. Dia sedar muka Iqbal sedikit berkerut. "I tak bermaksud untuk berkasar. I just wanna say that I don't deserve all this. Itu aja."

"All this, maksudnya?"

"All this attention. I tak layak. But I percaya pada jodoh. Kalau you datang sini maknanya you jodoh I, I akan terima. Dan kalau bukan, I redha."

"Jodoh. Dua tiga hari ni I asyik dengar pasal jodoh. Dari Wani, dari you."

"You dah berbual dengan Wani?"

"Dah. I finally sat down and talked to her about it. Memang antara I dan Wani tak ada jodoh. Dia hanya seorang kawan lama."

"Do you have a reason to why you're here?"

"Macam you cakap, jodoh. Hati I kuat berkata yang you jodoh I. And I am here to prove it. And I do need a vacation. So this is perfect." Iqbal berkata sambil tersenyum manis.

Dhia tersenyum sedikit mendengar kata-kata Iqbal. Jodoh.

"Hotel ni, milik keluarga you?"

"Uhm, yes. Hope you're fine with that."

"Pertama kali I dengar orang kaya tanya if its ok to be rich. Encik Khairun Iqbal, rezeki datang dari Allah. Kalau Allah dah tentukan yang keluarga you diberi harta lebih, siapa I untuk kata ok atau tidak?"

~

Dhia sudah kembali ke dalam bilik hotelnya. Malam makan tadi tamat dengan aman. Mereka tidak saling bertengkar. Dhia tidak ada langsung perasaan marah kepada Iqbal. Dhia tertawa sedikit. siapa sangka? Tiga belas hari lalu, Dhia asyik aja pertengkar dengan Iqbal. Baginya, Iqbal seorang yang ngada-ngada. Pemarah. Tetapi lebih lama dia mengenali lelaki bernama Khairun Iqbal, lebih dia menyenangi lelaki itu. adakah dia jodoh ku?

Dhia mengambil keputusan untuk menunaikan solat istikhara.

"Ya Allah, adakah dia lelaki yang telah dihantar untuk membawa ku ke Syurga mu? Ya Allah, aku telah melakukan dosa yang besar Ya Allah. Layakkah aku untuk lelaki itu?"
--

Day 14
Dhia tersandar dari lena nya. Dia terkebil-kebil. Ini kali pertama setelah sekian lama Dhia tidak mengalami mimpi buruk. Selalunya, dia pasti tersedar dalam keadaan panik atau sedih. Dia selalu mimpikan mama, abah dan abangnya. Tetapi malam tadi dia tidak bermimpi pun.

'Maybe today is gonna be a good day.'

Dhia membuat keputusan untuk tidak pergi sarapan selepas solat subuh. Sebaliknya dia mahu ke pantai yang terletak di hadapan hotelnya. Dia mencapai baju sejuknya kerana dia tahu angin pagi dan bekas embun akan membuatnya kesejukkan.

Berada di pantai itu membuat dia tenang. Memang sejak dulu dia sukakan air. Dhia tersenyum tawar apabila mengingati insiden dia lemas. Barulah dia tahu bahawa bukan abahnya tidak perasan yang dia lemas, tetapi abahnya sengaja membiarkan dia lemas.

Mama ada kemurungan. Mama meroyan selepas melahirkan aku. Kehadiran aku tidak disenangi abah. Abah tidak pernah sayangkan aku kah? Apa yang membuat mama tinggalkan abah? Adakah mama tahu yang abah sengaja biarkan aku lemas?

(Dhia's flashback)

"Abah....adik nak pergi swimming! Bawak lah adik pergi swimming!"

"Diyan, cakap selamat tinggal dengan adik kau. Jangan rindu dia pulak kalau dia tak ada."

"Kenapa abah cakap macam adik nak mati?"

"Abah! Adik tak tahu berenang. Ajarlah adik berenang. Adik nak pergi deep pool. Ajar adik berenanglah abah."

"Abah nak pergi mana? Adik tak tahu berenang. Jangan tinggalkan adik dalam pool ni."

"Abah! Abah! Tolong! Tolong!"

(End of flashback)

Dhia memejam matanya. Memori yang cuba dia lupakan kembali menghantuinya. Memori itu asyik bermain di fikirannya seperti CD rosak. Dhia teringat kembali muka abah setelah Dhia berjaya diselamatkan. Abah nampak muram. Abah memarahinya kerana tidak pandai berenang dan lemas. Apabila mereka pulang, mereka melihat mama sibuk mengemas beg pakaiannya. Abah cuba memujuk mama. Abah cuba terangkan bahawa ini bukan salah nya. Dhia teringat bagaimana dia rasa amat bersalah sekali. Dhia turut merayu mama supaya tidak pergi. Apabila mama tidak mengendahkannya dah terus membuat keputusan untuk pergi, Dhia tidak mampu memandang abang. Dia rasa bersalah kerana dia rasa seperti ini salahnya. Dhia bersalah membuat abang kehilangan mama.

Sejak itu abah dingin dengannya. Tetapi keadaan abah semakin teruk apabila mereka mendapat tahu mama meninggal dunia. Rupa-rupa dia mengambil nyawanya sendiri. Selepas hari itu abah tidak mahu lagi memandang wajahnya. Dan Dhia sendiripun tidak kecil hati dengan tindakan abah. Kerana dia tahu, memang salahnya. Memang sepatutnya Dhia yang mati lemas. Bukan mama. Dan abah tak sepatutnya berada di dalam stesen polis kerana dendam. Dan abang sepatutnya membesar dengan abah dan mama. Mereka sepatutnya bahagia tanpa dirinya.

~

Airmata Dhia jatuh berlinangan. Dhia sudah mula teresak-esak. Memang salah aku! Semua ini salah aku! Dhia memandang laut yang luas. Laut sekarang tidak kelihatan begitu dalam. Boleh mati lemas tak kalau aku masuk dalam laut ni?

Dhia mula melangkah perlahan-lahan ke dalam laut. Seluar yang dipakai sudah semakin basah terkena air laut. Mata Dhia sudah tidak bercahaya. Roh Dhia seperti sudah tidak ada di dalam jasadnya. Hanya badan yang bergerak. Air sudah mula membasahi t-shirt kelabunya. 'Sikit aja lagi. Sikit aja lagi dan aku akan membuat semua orang bahagia. I'm doing the world a favour.'

Abah akan bahagia. Abang akan bahagia. Aku akan bahagia.

~

Iqbal baru saja habis berlari-lari anak di pantai. Dia melabuh punggung di atas pasir sambil cuba meratakan pernafasannya. Berlari di atas pasir lebih susah dari berlari di atas tanah yang rata.

Matanya terpandang sesusuk tubuh yang sedang berjalan ke dalam laut.

'Siapa tuh? Tak kan dia nak swimming dengan baju tuh? Kenapa dia jalan menonong aja dalam air? Mungkin dia sedang berkhayal. Tak kan dia tak sedar yang separuh badan dia dah basah.'

Iqbal bangun dari tempat duduknya dan mula melangkah ke arah susuk tubuh itu. Semakin dekat semakin dia rasa seperti dia kenal. Badannya memberi reaksi sebelum otaknya mampu berfikir apa-apa setelah mengenal pasti bahawa susuk tubuh itu milik Dhia Arifah. Iqbal serta-merta menghalang Dhia dari melangkah lebih dalam. Dia cuba menarik Dhia keluar tetapi Dhia mengeraskan tubuhnya. Mereka terduduk dalam air. Dhia meronta-ronta.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku! Biarkan aku mati!!" teriakkan Dhia meragut jantung Iqbal. She wants to die?

"Dhia! dhia! Hey! Listen! Dhia stop! Ni Iqbal! Tolong berhenti meronta! Listen, please calm down!"

Dhia masih meronta-ronta untuk melepaskan diri. Dhia Arifah yang Iqbal kenal sudah tidak ada. Yang ada adalah jasad dan fikiran gelapnya.

Iqbal tidak ada pilihan lain. Dia mengangkat tubuh Dhia yang masih meronta-ronta keluar dari laut. Ketika itu Dhia sudah kepenatan.

"Dhia, ingat Allah Dhia. Allah marah dengan orang yang ambil nyawanya sendiri. Tidak cium bau Syurga Dhia. Please, istigfar."

~

Dhia seperti disimbah air sejuk setelah mendengar kata-kata pujukkan Iqbal. Dhia mula menyedarkan diri. Dia sudah mula bernafas dengan normal. Tetapi Dhia masih di pangkuan Iqbal. Dia memandang wajah Iqbal yang memandangnya penuh kerisauan. Ini membuat wajah Dhia bertukar rona merah.

"Ya Allah, apa yang cuba aku lakukan?" Dhia bertanya pada dirinya sendiri tetapi didengari Iqbal. Dia melepaskan pegangan setelah pasti yang Dhia tidak akan berlari ke arah laut semula. Dhia yang dia kenal sudah kembali.

"Dhia, hey, do you know where you are?"

Dhia mengangguk dengan lemah sambil ucapankan terima kasih. Suaranya lemah.

"What were you thinking?"

"Everything." Dhia mula bercerita tentang abahnya. Tentang mamanya. Tentang semua yang membuat dia jadi begini. Dhia semakin mempercayai Iqbal setelah meyaksikan sendiri bagaimana lelaki itu bertungkus-lumus menyelamatkannya. Lelaki itu dapat menghalangnya dari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah SWT. Again.

~

Mereka masih terduduk di atas pasir. Matahari sudah meninggi. Pakaian mereka yang tadinya basah sudah mulai kering. Selepas Dhia menceritakan segalanya, masing-masing mendiamkan diri. Mereka hanyut dengan fikiran mereka sendiri. Dhia selesa dengan keadaan ini.

"That must have been traumatising to you." Dhia berkata akhirnya sekaligus memecahkan kesunyian tadi.

Iqbal hanya mengangguk dan mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan.

"Just so you know, I tak selalu cuba untuk melemaskan diri I." Dhia cuba berkata dengan nada bergurau.

"Then why today?"

"I don't know. For a second I hilang kawalan diri. Macam badan I dan hati I membuat dua perkara yang berlainan. I asyik fikiran kata-kata abah. I sendiri tak tahu macam mana I mampu convince diri I yang I tak layak terus hidup. Selama setahun I cuba untuk ubah hidup I. I cuba untuk lari dari perbuatan itu. Tapi I gagal." Dhia menjawab soalan Iqbal sambil kakinya menguis-nguis pasir.

"Kenapa you cuba lari?"

"Sebab I yang I buat setahun lalu hurt everyone yang I sayang. Perbuatan I setahun lalu traumatised abang I. He can't look at me and forget what I did. I tak mampu maafkan diri I. Dan hari ni, kalau abang I tahu apa yang I hampir buat, mesti dia kecewa. Mesti dia dah tak boleh percayakan I."

"You tahu apa beza diri you sekarang dan diri you setahun lalu? Sekarang you tahu yang ada orang sayangkan you. You are aware of that. You tahu yang you tak akan lukakan orang yang sayangkan you. Hari ni, anggap ajalah yang iman you tengah rendah. Inshaa Allah, Allah akan kuatkan iman you." Pujuk Iqbal.

"Why do you want to be with me?" Dhia bertanya sambil menoleh ke arah Iqbal.

Iqbal turut menoleh ke arah Dhia. Dhia memandang wajah Iqbal seperti sedang mencari jawapan. Ini kali pertama mata mereka bertaut. Iqbal cuba mencari cahaya di mata Dhia. Dia senyum sedikit apabila dia melihat cahaya sudah kembali ke mata Dhia.

"Sebab cahaya di mata you." Iqbal menjawab dengan pendek. Dia menyambung kembali jawapannya setelah melihat Dhia mengerut dahi. "Sebab I dapat lihat cahaya di mata you setiap kali you cakap pasal famili you. Setiap kali you pandang I. Dan itu membuat I bahagia. It warms my heart. It feels like home. Your eyes feels like home."

"But I am a monster. Monster that will snap anytime. You saw what happened today. You witnessed it. All the emotions, all the worry, thats what I put my brother into last year. What makes you think I won't snap like that again? I tak tahu bila I akan ulangi perbuatan I. I tak tahu bila I akan self-destruct!"

"You won't. I tahu you tak akan ulangi perbuatan you." Iqbal berkata dengan pasti.

"Why are you so sure?"

"Sebab I akan ada bersama you. I tak akan beri you peluang untuk self-destruct. Sebab I akan sentiasa convince you to keep on living sehingga ajal you. I will not make you doubt yourself."

"Kenapa you sanggup get yourself in this mess? You boleh pilih orang lain yang tak ada masalah macam I. You can save yourself a lifetime of burden." Mereka masih bertentangan mata.

"Sebab I tak nak orang lain. I want you, your monster and your problems."

Dhia mencari sesuatu di dalam mata Iqbal. Dhia tersenyum. Dhia jumpa keikhlasan yang dicari.

"I guess today is really a good."
--

Day 14
Dhia sudah kembali ke bilik dan menukar pakaian. Mereka duduk di pantai sehingga menginjak tengah hari. Mereka hanya bereda dari situ setelah perut Dhia berbunyi memainkan lagu rock kapak.

Iqbal merancang untuk pergi makan di restoran yang terkenal dengan makanan Indonesia. Sampai sahaja di sana, Dhia rasa bahagia sekali kerana mereka makan buffet. Bermakna Dhia boleh makan sepuas-puasnya.

"Wow, you really take your food seriously." Iqbal berkata.

Sudah hampir setengah jam mereka sampai. Sejak tadi Dhia asyik makan dan makan dan makan.

"Well, food is life." Gurau Dhia. Dhia masih lagi asyik menjamu selera. Ini sudah pinggan ke-tiganya.

"Maknanya nanti lepas kita kahwin I nak kena tambah budget untuk makanan sebab nak tanggung you."

"Alah, you kan kaya. There's really no problem." Jawab Dhia. Tumpuannya masih kepada makanan.

"So you nak kahwin dengan I lah?"

"I tak berkawan dengan sembarang lelaki tanpa ada niat untuk bernikah. Simple."

"Did you just accept my proposal?"

"Did you just proposed?"

Iqbal tersenyum memandang Dhia yang bersahaja. Hatinya berbunga mendengar kata-kata Dhia. Sejak Dhia membuka cerita tentang keluarganya, dia semakin selesa. She's more, candid.

"Let's play ten questions!" cadang Iqbal.

"You sedarkan yang kita selalu tak habiskan all the ten questions. So what's the point?"

"Sebab I tak nak you mengelak daripada jawab soalan I."

"Fine. silakan your highness."

"Kenapa you tak pilih Faiz instead?"

"Sebab I kenal you terlebih dahulu." jawab Dhia dengan pendek.

"Elaborate."

"Eh eh, ni exam ke nak elaborate segala. Fine. Memang I tak nafikan, Faiz is attractive, it's in the genes. Tapi I tak kenal Faiz macam I kenal you. With him, pengakuan dia macam terburu-buru. Susah I" Jawab Dhia dengan panjang lebar. Dia sudah berhenti makan. Kini dia memberi Iqbal sepenuh perhatiannya.

"Jadi kalau Faiz confess dulu, you akan terima dia?"

"I guess. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada jodoh."

"Kenapa, you kecewa ke?"

"You jealous ke?" Dhia tersenyum lebar.

Iqbal memandang senyuman Dhia. 'Hish minah ni. kemain lagi mulut. Yang aku ni, obvious sangat ke aku cemburu? Sejak aku jumpa minah ni, pandai pulak cemburu.'

"Your turn." Iqbal tidak mengendahkan soalan Dhia.

"Do you work out cause you fineeeeeeeeee."

Dhia tergelak geli hati melihat wajah Iqbal merah mendengar pujiaannya.

~

Telefon bimbit Dhia berbunyi sebaik sahaja Dhia membuka auto-roaming nya. Iqbal dan Dhia sedang sibuk berjalan-jalan di pusta membeli-belah bersebelahan restoran yang mereka makan tadi. Dia membeli sedikit buah tangan untuk keluarganya. Esok dia sudah mahu pulang ke Singapura. Dhia mahu keluarganya tahu yang Dhia sudah kembali seperti sediakala.

Nama abangnya terpancar di skrin telefonnya.

"Assalamuai'laikum."

Salam abangnya disambut dengan mendatar.

"How's my little sister?"

"Fine."

"Did anything, or anyone special happen?"

"Nothing. Why?"

"Takda tanya aja. Uhm sure tak ada orang istimewa ke yang surprise adik ke?"

"Tak. Mana ada orang tahu adik kat sini."

"Ya uhm right..."

"Unless abang yang bilang lah..."

"Adik!"

"Abang! Sampai hati abang biarkan si godzilla tuh jumpa adik. Macam mana kalau adik tak nak jumpa dia? Macam mana kalau adik nak bersendirian untuk berfikir? Abang tak terfikir ke semua tuh?" Dhia hampir menangis di hujung talian.

"Adik, adik ok ke? Apa si godzilla tuh buat? Dia kacau adik ke? Dia kata dia cuma nak baiki keadaan. Dia nak berbual dengan adik je. Plus abang risau kalau adik kat sana seorang diri. Abang fikir kalau abang bilang si Iqbal tuh adik kat mana, dia boleh jaga adik."

"Abang tak risau ke kalau dia yang apa-apakan adik? What if he was the danger?"

"WHAT DID HE DO TO YOU?!" suara Diyan kedengaran risau di hujung talian.

Dhia sudah ketawa terbahak-bahak mendengar ugutan Diyan kepada Iqbal. Kalau Iqbal dengar ni, agaknya, terkucil ketakutan tak dia?

"Adik? Jangan main-main." Suara Diyan sudah kembali normal. Dia sudah faham yang Dhia sedang memain-mainkannya.

"Tahu pun risau. Nasib baik si godzilla tuh boleh dipercayai. Kenapa lambat nah call adik?"

"Abang fikir kalau abang call adik hari ni, adik dah tak marah."

"Nanti abang, balik nanti abang tahu lah apa adik akan buat."

"Is my little sister back?"

Dhia hanya tersenyum di hujung talian. Dia memandang Iqbal yang baru sahaja mendekatinya. 'Ya Dhia Arifah yang semua orang kenal, is back.'

"Abang call sebab nak tanya tuh aja ke?"

"No abang nak comfirm, you coming back tomorrow morning kan?"

"Yes. Adik naik ferry pagi."

"Ok. Zaiful akan ambil adik. And abang plan to have lunch together dengan semua including Iqbal. Since besok Sunday dan since our last dinner was interupted..." Suara Diyan semakin perlahan. Dia tidak tahu bagaimana perasaan Dhia terhadap kejadian abahnya.

"Abah masih kat stesen?"

"Masih. Polis nak masukkan abah ke rehab untuk pulihkan his alcohol addiction. Tadi abang jumpa abah. He looks, at peace. Mungkin dia sudah jumpa ketenangan yang dia cari."

"Alhamdulilah. Abang, abah masih tetap abah kita yang kita kenal dulu. Jahat atau tidak. He made us."

"Dhia dah ok?"

"Inshaa Allah sudah."

"Ok adik, take care of yourself. I'll see you tomorrow. Assalamuai'laikum."

~

"Your brother?" Iqbal bertanya setelah Dhia menamatkan perbualannya.

"Yes. Dia kata besok abang Zaiful akan ambil kita dari terminal. Uhm and he wants you to join for lunch. With the rest yang pergi KL hari tu." Dhia berkata sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket.

"Am I supposed to be nervous?"

"Mungkin. Abang Zaiful dengan abang Fandi pun garang. Lagi garang dari abanf I sendiri. Dorang very protective of me sebab I macam adik bongsu dorang. Especially abang Zaiful. Dia pernah pukul budak lelaki ni masa zaman sekolah dulu sebab lelaki tu cuba takcle I. I dengar seminggu dia makan nasi pakai straw. So if I were you, I'd be prepared. Unless you memang teringin nak makan nasi pakai straw lah."

"Wow excited nya nak pergi lunch." Iqbal berkata dengan suara mendatar.

Dhia tertawa kecil. Dia membelek kemeja batik untuk lelaki. Saiz nya sama dengan saiz abah.

"You nak beli untuk siapa?"

"Abah..."

"Dhia..."

"I tahu abah I tak jahat. Dia cuma terdesak. Dia terlalu cintakan arwah mama sampai dia dikaburi dengan dendam. Sedangkan I sendiri sedang cuba memohon kemaafan dari Allah atas kesalahan I, siapa I untuk terus menghukum abah?" Dhia berkata dengan perlahan.

Iqbal dapat melihat keikhlasan Dhia.

"And this is why I love you." Kata-kata Iqbal membuat Dhia tersedak. Iqbal turut tertunduk malu. "Uh, I tahu mungkin ini terlalu awal tapi...perasaan I...I can't deny." Sambung Iqbal tergagap-gagap.

Dhia senyum kecil sambil berkata, "I rasa sayang is a nice word instead of love. Sebab cinta boleh pudar, tapi sayang, Inshaa Allah akan kekal selamanya."

"Siapa cakap gitu?"

"Pakcik I. Bila arwah makcik I meninggal, anak-anak pakcik I tanya kalau pakcik I cintakan arwah makcik I. And he said, 'Ayah tak cintakan ibu. Ayah sayangkan ibu. Selamanya, Inshaa Allah sehingga Syurga.'"

~

"Iqbal, terima kasih sebab selamatkan I tadi." Dhia bertanya apabila dia sampai di hadapan pintu bilik hotel nya.

"I'll save you again in a heartbeat if I have to."

"I tahu yang you tak akan sesenangnya melupakan kejadian tadi. I mean, sampai sekarang abang I tak dapat melupakan kejadian tahun lepas."

"I tak nak lupakan. Sebab kejadian tadi membuat hati I semakin yakin yang I sayangkan you. Perasaan cemas, risau, takut tadi I akan ingat setiap kali you sakitkan hati I. Supaya cinta I tak akan pudar."

"You're a sweet talker, you know that?"

"Only for you dear."

Dhia tersenyum. Alhamdulilah.

"Dhia, I tahu I ada cakap pasal benda ni, briefly but I serious nak bernikah dengan you. I tak nak Allah marah dengan hubungan haram kita, so I kalau boleh nak cepat-cepat halalkan hubungan kita. Sudikah you menjadi bidadari I di Syurga nanti?" Iqbal bertanya sambil mengeluarkan sebentuk cincin.

~

Semua ini bagaikan mimpi. Dia bangun tanpa ada sembarang mimpi buruk. Kemudian dia hampir lemas. And next Iqbal proposed.

Dhia mencapai telefon bimbitnya. Dia mendialkan nombor telefon Fahmi. Hanya tiga deringan dan Fahmi menyahut panggilan. Dia terus berkata, "Ada apa kau telefon aku ni? nak bilang yang kau nak kahwin ke?"

"Actually yes. Iqbal proposed."

"What? Iqbal? The Encik Iqbal?!"

"Jangan pretend kau tak tahu. aku tahu yang dia call kau tanya pasal aku. and I have a feeling kau tolong dia untuk masuk sama ferry dengan aku."

"Hish, si mamat ni. tak tahu nak berahsialah. Jangan marah k Dhia. Tanpa pertolongan aku, tak mungkin kau call aku pasal nak kahwin. Kan masin mulut aku!" Fahmi menjawab dengan selamba.

Dhia berborak dengan Fahmi sehingga larut malam.

Dhia mula lena bertemankan mimpi yang indah.

'Today was a good.'
--

Day 15
"Kringgg!"

"Hello?"

"Dear, jangan lupa bangun subuh."

"Iqbal?"

"See you later dear."

Mata Dhia terkebil-kebil. Dhia rasa seperti kejadian semalam bagaikan mimpi indah. Dhia tersenyum memandang kotak cincin yang Iqbal beri semalam.

'Ya, ini bukan mimpi.'

~

"You dah pack semua barang-barang? Pasti tak ada yang tertinggal?" Iqbal bertanya ke-100 kalinya.

Dhia sudah mula hilang sabar. 'Sejak bila mamat celup ni kuat membebel?'

"Dah dah dah! You tanya I lagi, kang you yang I tinggalkan kat hotel ni!" Rungut Dhia.

Iqbal pura-pura terluka dengan kata-kata Dhia. "Dear, you belum kahwin dengan I you dah ada niat nak tinggalkan I? I thought we would be forever."

"I'm not being serious. But I will if you keep asking me the same question hundred times! Sejak bila you kuat membebel ni?"

"Sejak I jatuh cinta dengan you."

Mendengar kata-kata cinta Iqbal membuat Dhia diam. "You jangan asyik cakap cinta je dengan I. Takut nanti bila kahwin, dah basi pulak cinta you."

"Inshaa Allah cinta I dengan you tak akan basi sampai bila-bila. Dan kalau basi sekalipun, at least I masih sayangkan you. Sayang kan selamanya?" Iqbal menjawab dengan senang sambil memberi Dhia senyuman yang membuat hati Dhia terdegup tidak tentu hara.

~

Feri pagi yang pulang ke Singapura tidak sesak dengan orang. Perjalanan masa yang memakan hampir satu jam lebih dihabiskan dengan membuat tahi mata. Sesekali Dhia memandang Iqbal dengan senyuman mengejek. Siapa sangka jejaka bermulut manis ini sebenarnya mabuk laut. Muka Iqbal yang sudah mula cuak dan pucat itu cukup menghiburkan hati Dhia. Tetapi masih juga dia hulur buah asam kepada Iqbal supaya dia boleh bertahan seketika.

Iqbal lah yang paling lega bila feri sudah sampai ke terminal Singapura. Dengan langkah pantas Iqbal keluar dari feri. Dia terasa amat lega berada di atas darat.

"Macam mana pulak godzilla boleh mabuk laut?" Dhia bertanya sambil berjalan keluar dari terminal.

"We can't all be perfect." Jawab Iqbal dengan pendek. Wajahnya sudah tidak lagi pucat.

"Itu Zaiful." Iqbal menunjuk ke arah lelaki yang sedang bersandar di tepi kereta Toyota Wish.

"Abang Apul!" Dhia memanggil dengan ceria.

Zaiful tersenyum memandang wanita yang sudah dia kenal sejak kecil lagi.

"Dhia, how was Batam?"

"Good, really good."

"Batam best ke sebab ada teman?" tanya Zaiful. Mereka sudah mula masuk ke kereta. Dhia menyuruh Iqbal duduk belakang kerana dia mahu bersembang dengan Zaiful.

"Mestilah sebab ada saya." Sampuk Iqbal.

"Lain kali, selagi belum bernikah abang tak akan benarkan Dhia dengan Iqbal pergi ke mana-mana berdua. Ini pun bila abang dengan Fandi dapat tahu yang Yan kasi korang pergi berdua, abang dah risau." leter Zaiful.

Iqbal sudah mula tertunduk mendengar suara tegas Zaiful. Memang kalau difikirkan, tidak manis seorang lelaki bujang dan seorang anak dara pergi ke tempat orang berdua-dua. Tetapi tempoh hari memang dia amat terdesak. Dia hanya fikir untuk pulihkan keadaan sahaja. Memang dia tidak ada niat lain pun.

"Dhia tahu. Tetapi nasib baik Iqbal ada. Dia selamatkan Dhia dari lemas." Suara Dhia perlahan tetapi didengari kedua-dua lelaki itu.

"Macam mana Dhia boleh lemas?"

"I tried to do it again. Tetapi Iqbal selamatkan Dhia."

"It?" Suara Zaiful tegang. Walaupun Dhia tidak terus terang tentang apa maksud 'it' itu, Zaiful faham.

"Iqbal pesan suruh ingat Allah. It was a moment of weakness but he saved me dengan izin Allah."

"Should I be worried?"

"Inshaa Allah tidak. If he's there by my side, Ishaa Allah you don't have to be worried."

Mendengar kata-kata Dhia itu membuat Iqbal tersenyum. Dia tidak perlukan kata-kata romantik dari wanita itu. Mendengar kata-kata ini sudah cukup membuat Iqbal bahagia. 'That's why I love her.'

~

Dhia tidak pernah terasa tidak selesa apabila bersama keluarganya. Tetapi kali ini, di meja makan sebuah restoran kegemarannya, dia rasa diperhatikan enam pasang mata. Dhia mengerling ke arah Iqbal. Lelaki itu sibuk menjamu selera. Tidak sekalipun Iqbal memandang ke hadapan. Dhia mengambil nafas panjang-panjang kemudian memandang abangnya dengan tajam.

"Kenapa tak makan? Inikan restoran favourite adik." Diyan bertanya sambil mengangkat kening.

"Macam mana adik nak makan kalau semua asyik pandang adik dengan Iqbal macam harimau kelaparan."

"Eh Yan, kita harimau ke?" Zaiful berseloroh.

"So...Iqbal tak nak bagitahu kita ke macam mana Iqbal dapat pikat hati si harimau muda ni?" tanya Radiah sambil tersenyum.

"Apa punya soalan ni? Akak-akak dan abang-abang semua, boleh tak jangan asyik tengok kami?! It's awkward and uncomfortable and rude!" marah Dhia.

"Hish sibuk je. Dari tadi asyik suara dia je. Kitaorang nak dengar suara prince charming kau lah." Balas Rafidah pula.

Dhia sudah semakin bengang.

Iqbal semakin serba salah.

"Hah, yang abang bertiga ini tengok Iqbal macam tak pernah nampak orang kenapa??" Marah Dhia.

"Saja, supaya dia tahu yang kalau dia sakitkan hati adik, ada tiga lelaki gagah perkasa yang akan hentam dia." Diyan menjawab dengan bersahaja sambil masih lagi memandang Iqbal.

Iqbal sudah tidak senang duduk. 'Kat Singapore ni, ada tak undang-undang untuk abang ipar yang pukul adik ipar?'

"ABANG!!!" Tahap marah Dhia sudah sampai hadnya.

Mereka berenam yang berada di meja sudah tertawa geli hati. Sebenarnya bukan mereka tidak percayakan Iqbal. Mereka sudah nampak betapa seriousnya Iqbal terhadap Dhia. Mereka semua sudah dengar tentang apa yang terjadi di Batam semalam. Mendengar Dhia mengaku sendiri perbuatannya membuat semua rasa lega. Sekurang-kurangnya mereka tahu Dhia betul-betul mahu pulih.

"Mak dengan ayah Iqbal dah tahu tentang Dhia?" tanya Fandi setelah keadaan sudah reda. Mereka tidak lagi asyik memandang pasangan itu.

"Mereka cuma tahu yang saya sudah ada calon isteri. Inshaa Allah seminggu dua lagi saya nak bawak Dhia balik KL untuk kenalkan pada Mama dan Papa saya." Iqbal jawab dengan tenang. Memang semalam lepas meminang Dhia, Iqbal terus menelefon mamanya. Ini kali pertama sejak pertengkaran mereka Iqbal menelefon keluarganya. Mamanya tidak kisah siapa calon isterinya, yang penting wanita itu dapat membahagiakan Iqbal.

"Baguslah. Keluarga tuh penting. Mak dengan ayah jadi sesekali dibelakangkan." Fandi berkata dengan serius.

"Kalau nikah nanti, kau orang nak buat kat mana? Singapore ke KL?" tanya Raudah pula.

"Kalau boleh dua-dua lah. Tapi itu semua boleh bincang bila mama dan papa saya datang meminang. Kalau tak keberatan sebulan dua lagi, saya hantar rombongan meminang. Kalau boleh saya tak nak tunggu lama-lama." Iqbal menjawab sekali lagi dengan tentang. Seperti dia sudah siap sedia dengan semua jawapan.

"Kau tak sabar ke?" tanya Zaiful.

"Bukan apa, benda baik jangan di lambat-lambatkan."

~

Dhia membawa beg sandangnya masuk ke bilik. Dhia baru sampai ke rumah setelah pulang dari makan tengah hari. Dhia tersenyum mengingat kembali perbualannya dengan Iqbal.

(Flashback)

"Tadi I tengok rancak you buat planning tentang kita tanpa tanya I dulu."

"I would assume you'd agree."

"Why so confident?"

"You terima pinangan I. There's no turning back now. I got you." Iqbal menjawab sambil tersenyum nakal.

"Dhia..."

"What?"

"Sudi tak kalau I ajak you pergi dating malam nanti?"

"You dah tengok muka I hari-hari dah. Takut jelak nanti."

"Sampai mati pun I tak akan jelak tengok muka you. Besok I dah kena balik KL. Takut I rindu tak jumpa you."
--

Day 15
Dhia asyik tersenyum sahaja. Dia mengemas baju-baju yang dia bawa ke Batam semalam. Tangannya mencapai baju batik yang dibeli dari Batam untuk abahnya. Dia membawa baju itu lalu berjumpa dengan abangnya yang sibuk menonton TV.

"Adik ingat adik nak melawat abah."

"Adik nak jumpa abah? Kat rehab centre?" tanya Diyan dengan sedikit terperanjat. "Adik tak apa-apa kah? Tak nak tunggu sebulan dua ke?" tanya Diyan lagi.

"Abang, kan adik dah cakap, walau macam mana pun, dia tetap abah kita. Tak ada dia, tak ada kita. Lagipun adik ada hadiah nak bagi abah." Dhia berkata dengan lembut.

Diyan mengambil nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. "Baiklah, nanti besok-besok abang uruskan."

"No abang. Adik nak melawat abah hari ni."

~

Sesekali Diyan mengerling ke arah Dhia yang duduk di sebelahnya. Dia sedang membawa adiknya ke pusat pemulihan yang abahnya sedang menginap. Macam mana Diyan cuba pun, dia tidak dapat membaca apa yang berada di hati adiknya. Dia tidak faham kenapa adiknya boleh senang sangat memaafkan abahnya.

Tetapi ada betul juga kata-kata Dhia. Tanpa abah, mereka tidak akan ada.

Sekali lagi dia mengerling ke arah Dhia. Tipulah kalau dia tidak gembira dengan perubahan Dhia. Dhia yang setahun lalu dia jumpa di atas lantai tandas bukan lagi Dhia yang sekarang. Adakah ini penangan cinta? Hati Diyan sendiri berdegup mengingatkan tentang cinta. Dia tersenyum kosong. Bolehkah dia temui cinta yang dapat memulih hatinya yang juga terluka?

~

Dhia gementar menunggu ketibaan Abah. Diyan tidak bersamanya kerana Dhia mahu menemui Abah bersendirian. Beg plastik mengandungi baju batik yang dibelinya digengam erat.

Kedengaran pintu bilik di buka. Seketika kemudian tubuh kurus Abah kelihatan di sebalik pintu. Wajah Abah cengkung. Hilang sudah tubuh sasa Abah. Kelihatan tompok-tompok hitam di bawah mata abah. Rambut Abah berselerak. Ini bukan Abah yang Dhia kenal sewaktu kecil. Sewaktu mama masih hidup, Abah sentiasa menjaga penampilan. Entah mengapa Dhia tidak pernah nampak perubahan fizikal Abah. Mungkin kerana dia sendiri sibuk melayan perasaannya.

Dhia memandang Abah yang sudah duduk bertentangan dengan nya. Abah masih berdiam diri. Tangan abah tidak digari. Dhia menarik balik laporannya terhadap Abah. Tetapi kerana Abah ada masalah ketagihan arak, abah ditempatkan di sini sehingga dia pulih.

"Abah apa khabar?" Dhia memulakan perbualan.

"Kita semua pernah hilang orang yang kita sayang kan?" suara garau abah bertanya.

Dhia hanya membalas soalan Abah dengan anggukkan.

"Bila kita hilang orang yang kita sayang, kita jadi marah, kecewa. Kenapa dia tinggalkan aku kat sini? Kenapa dia sanggup tinggalkan aku? Kita rasa macam nak pekik nak herdik nak hempas sesiapa je yang mengingkat kita pada orang yang kita sayang tuh." Suara garau abah terhenti seketika. Dhia sabar menunggu.

"Tapi bila dia mati, aku tak dapat nak marah, herdik, hempas sesiapapun. Aku tak dapat nak lepaskan kemarahan aku. Lama-lama marah itu jadi nanar dalam jiwa aku. Mana-mana aku pergi, aku nampak dia. Aku nampak kau. Aku jadi marah. Aku jadi hilang kawalan. Tapi aku bukan pembunuh. Aku tahu suka atau tidak, kau zuriat aku. Sebab itu aku minum. Sebab minum membuat aku lupa sekejap kemarahan aku. Tetapi apa yang aku dapat tahu sejak ada kat sini adalah minum itu ubat sementara. Esok-esok, perasaan marah itu akan muncul lagi."

"Abah masih marahkan Dhia?"

"Aku tak boleh tipu diri aku. Bertahun-tahun aku bencikan kau. Bertahun-tahun aku salahkan kematian dia kepada kau. Perasaan ini tak akan berubah dengan sekelip mata."

Dada Dhia seperti tertusuk pisau mendengar pengakuan Abah. Tetapi dia datang sini dengan hati yang cekal dan sedia.

"Semakin kau membesar, semakin kau nampak macam dia. Itulah yang paling susah. Aku rindu dia. Dan melihat kau membuat aku semakin rindu, semakin marah semakin kecewa. Aku minta maaf sebab aku tak dapat jadi ayah yang kau harapkan. Aku minta maaf sebab menghukum kau. Tengoklah apa tempat ini boleh buat untuk aku."

"Inshaa Allah dengan izin Allah, Abah dapat meredhai pemergian mama. Adik dan abang akan tunggu saat abah dapat melihat kami dengan jelas. Kami akan tunggu saat abah akan mula lihat kami sebagai anak abah kembali." Dhia mengakhiri perbualan mereka dengan lembut.

"Oh, ini adik ada beli baju untuk abah. Mungkin terbesar sikit tapi bila abah dah pulih, abah pakailah baju ni."

~

Dari pusat pemulihan, Dhia terus berjumpa Iqbal. Mereka makan malam di Marina Bay Sands hotel.

"I harap you tak marah I bawak you makan tempat mewah." Iqbal berkata setelah memesan makanan mereka.

"I have to get used to this luxury I guess." Jawab Dhia dengan pendek.

"What? No lecture about being humble with money? You've changed my dear lady."

"I tak habis lagi kata-kata I. Buat benda ni jangan selalu. Plus I'm sure tonight is special sebab itu you sanggup risk kena marah dengan I."

Iqbal tersenyum manis. "I don't know if you realise this but masa I proposed to you, it was depan pintu bilik hote you. So I thought I'd propose again in a better location."

"Iqbal, you tahu I tak kisah semua itu kan. Yang penting famili you datang rumah I dan kita buat cara melayu. I cuma takut famili you tak sudi."

"Kenapa pulak?"

"Iqbal, you've proven time and time again that your family is pretty rich. Iqbal, I tak ada banglo. I tak ada kereta mewah. I tak ada hotel bersepah mana-mana. I cuma ada abang I. Famili I sederhana."

"Dhia, I've said this before but I'll say it again. I jatuh cinta dengan you. Bukan harta you. I jatuh cinta dengan you sejak you sekolahkan I tentang keangkuhan I. I jatuh cinta dengan you sejak I tengok you makan dengan famili you. I jatuh cinta dengan you sejak I dapat tahu tentang keadaan you. I will love you in whatever condition you are in. Rich or poor. You tetap Dhia Arifah yang I nak nikah dengan."

Kata-kata cinta Iqbal tidak pernah gagal membuat Dhia tertunduk malu. 'Ya Allah, terima kasih kerana kau berikan aku jodoh sebegini sempurna.'

"Dhia, can I ask you a question?"

"Carry on."

"Kenapa you sayangkan I?"

"Sebab you terima I seadanya. Sebab you terima I when I showed you my monsters. Sebab you sayang sebelum I sayang diri I."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience