BAB 29

Humor Completed 78146

"KENAPA Tuan Adam cakap macam tu?Saya tak suka."Geram Aisyah bila Adam sesuka hati mempergunakannya.

"Abang minta maaf Aisyah.Abang terpaksa tipu mummy.Abang tahu mummy sebenarnya inginkan seorang cucu."

"Masalahnya Tuan Adam tipu Datin.Saya tak nak terjebak.Biar saya bagitahu perkara yang sebenar pada Datin."Aisyah angin.Adam sesuka hati kata dia mengandung.Baik dia berterus terang pada Datin Mazni.

Tak sampai beberapa langkah tangan Aisyah ditarik ke belakang.Aisyah yang tidak bersedia terus masuk ke dalam pelukan Adam.

Automatik tangan Adam memeluk erat pinggang Aisyah.Meronta Aisyah mahu melepaskan diri.Namun pelukan makin di eratkan hingga sukar untuk Aisyah melepaskan diri.

"Lepaskan saya Tuan Adam."Aisyah masih mengawal suaranya.Takut ahli keluarga Adam terdengar.Walaupun ketika itu mereka dalam bilik Adam.

"Abang tak akan lepaskan selagi sayang tak panggil abang 'abang'."Adam tersenyum nakal.Niat dia nak halang Aisyah sebenarnya tapi tak sangka terpeluk Aisyah.

"Kenapa dengan Tuan Adam.Saya tengah marah ni."Aisyah ketap bibir geram.Muka pun dah merah.Malu bercampur marah.

"Abang pun tengah marah.Sebab sayang degil sangat.Biar kita macam ni sampai bila-bila."Adam tak mahu mengalah lagi.

Aisyah meronta kecil.Tangan naik memukul dada Adam.Adam pula asyik sengih sambil eratkan lagi pelukan.Hingga tiada ruaag untuk Aisyah bergerak lagi.

"Sayang pukul lah lagi andai itu yang dapat legakan hati sayang.Abang rela."

Aisyah dah penat.Adam pula makin galak memeluk hingga lekuk tubuh Aisyah mekekat kemas di tubuhnya.

Suka Adam tengok muka Aisyah yang memerah itu.

Tipulah kalau Aisyah tak berdebar.Malah makin tak keruan.Pertama kali dia dalam pelukan seorang lelaki yang halal.Antara takut dan berani.

Tangan Aisyah berhenti memukul dada Adam perlahan melurut atas bahu Adam.Keras betul dada Adam langsung tak rasa sakit agaknya.

"Baiklah kita bincang."kata Aisyah seperti dah pasrah.Biarlah dia mengalah andai itu jalan yang boleh diselesaikan.

Adam angkat kening.Tapi masih setia memeluk Aisyah.Haruman badan Aisyah membuai rasa.Hingga dia tak mahu lepaskan.

"Tolong lepaskan saya dulu.Aa...a..abang."Tergagap-gagap Aisyah.

Adam senyum lebar.Perlahan dia leraikan pelukan di pinggang Aisyah.Aisyah yang berasa pinggangnya longgar cepat-cepat menjauh dari tubuh Adam.

"Kenapa awak cakap macam tu dengan mummy awak..er...abang."Nampak Adam mula menapak ke arahnya terus Aisyah tukar bahasa.

"Tak salahkan abang bagi mummy harapan.Abang pun berharap sangat yang sayang akan kandungkan anak kita berdua."

Tingginya angan-angan Adam.

"Saya tak boleh dan tak akan."tegas Aisyah.

"Apa yang tak bolehnya.Abang akan buat sampai sayang boleh."kata Adam bersama senyuman nakal.

"Awak..er..abang dengar sini.Saya tak boleh kandungkan anak abang."tegas Aisyah.

"Macam mana sayang tahu yang sayang tak boleh.Kita tak cuba lagi kan."Adam menapak ke depan mahu mendekati Aisyah.

"Jangan dekat dengan saya.Saya tak layak untuk abang.Abang kahwinlah dengan orang lain.Yang boleh bahagiakan abang dan keluarga abang.Saya ikut abang balik sini sebab..."

"....sebab ini kali terakhir saya di sini.Lepas ni saya akan pergi jauh dari hidup abang.Seperti yang abang mahu kan.Dan saya janji tak akan muncul lagi depan abang mahu pun keluarga abang."Aisyah angkat tangan seperti bersumpah.

Adam terkesima.Aisyah nekad nak pergi dari hidupnya.Salah dia juga.Dulu dia yang hina Aisyah.Malah dia abaikan segala tanggungjawab seorang suami pada Aisyah.

"Sayang, tolong jangan pergi dari hidup abang."suara Adam kembali lemah.

"Abang kena faham.Saya tak layak ada di sini.Saya sedar diri siapa.Abang carilah seorang isteri yang mampu bahagiakan abang dan keluarga abang.Saya tak mampu."

"Abang tak akan lepaskan sayang."Mata Adam dah mula merah.

"Tolonglah jangan seksa saya lagi.Cukup lah sampai di sini saja.Lebih baik kita berpisah dengan cara elok sementara perasaan kita saling tidak terikat."

"Perasaan abang pada sayang dah lama terikat.Abang sayangkan hubungan kita.Abang sayangkan Aisyah.Tipulah kalau abang kata apa tak rasa apa-apa masa kita tinggal bersama.Abang dah jatuh cinta dengan Aisyah.Tapi abang ego masa tu.Sekarang abang nak tebus balik kesilapan abang selama abang sia kan sayang.Tolong bagi abang peluang."

Aisyah diam.Tak tahu nak cakap apa lagi.

"Tolong benarkan abang jaga Aisyah.Lindungi Aisyah.Memang abang tak sehebat Rasulullah.Tapi abang akan cuba jadi lelaki dan suami yang boleh bahagiakan isteri abang.Aisyah Humaira."

Adam seka airmata dengan hujung jari.Tak pernah dia rasa seteruk ini.Malah emosinya tidak dapat dikawal.

"Maafkan saya.Saya tidak sehebat Saidatina Aisyah.Saya hanya wanita biasa.Saya juga punya hak untuk bahagia bersama orang tersayang.Cuma saya tidak layak untuk berdiri di sisi seorang Adam."

"Buktikan dulu yang sayang tak layak."

Aisyah terkejut.Adam sudah berdiri di hadapannya.Menatap jauh ke dalam mata Aisyah.

"Saya rasa tak perlu bukti lagi.Dah nampak kan saya tak sempurna."

"Abang nak sayang buktikan sendiri.Buktikan yang sayang tak boleh mengandungkan anak abang."

Aisyah geleng kepala.Adam nak Aisyah buktikan apa.Maksud Adam....Aisyah tekup mulutnya sendiri.Dia kena buktikan yang dia tak boleh kandungkan anak Adam.

"Saya tak boleh!"

"Sayang buktikan dulu yang sayang tak boleh mengandung.Lepas tu sayang pergilah dari hidup abang."

Gila!Adam dah gila agaknya.Nak suruh Aisyah buktikan tak boleh mengandung.Tak pernah di buat orang.Adam dah hilang akal ker apa.

Maafkan abang,Aisyah.Abang tak ada jalan lain.Abang nak Aisyah disisi abang selamanya.Tak terhintung salah dan silap abang pada Aisyah selama ini.Bagi abang peluang untuk buktikan yang abang ikhlas menyintai Aisyah sepenuh hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience