34

Romance Completed 95763

"Abang, selepas ni kita nak ke mana?" Anggun Dahlia mengerling jam ditangan.

"Kita pergi Hagia Sophia. Boleh solat dekat sana sekali. Sayang penat?" Sambil itu tangannya mencapai DSLR yang tersimpan didalam beg. Punat kamera ditekan.

"Emm...tak. Okey lagi. Kenapa?" Anggun Dahlia memulangkan soalan semula. Dia memerhatikan Ikram Benjamin yang sedang menyelaraskan 'ring' lensa.

"Kalau sayang penat, kita boleh balik hotel dulu. Sayang, tengok sini." Lensa kamera diarah pada Anggun Dahlia yang sedang memandang pelik.

"Kenapa?" Polos benar soalannya.

"Kenapa apa? Abang tengah tangkap gambar sayang." Ikram Benjamin tergelak kecil melihat gambar-gambar yang diambil tadi.

"Oh. Abang. Jom jalan-jalan sekejap dekat sini." Dia mengerdipkan matanya.

"Sini tu dekat mana? Dalam hati abang?" Bibirnya mennyimpul senyum. Sekali lagi lensa dihala pada Anggun Dahlia. Gambar kali ini memuaskan hatinya.

"Macam mana Dahlia nak jalan dalam hati abang? Dahlia dah gemuk ni. Tak muat nanti." Anggun Dahlia bangun dari kerusinya.

"Makan banyak...mana tak gemuk." Perlahan saja ayat itu meniti dibibir. Pandangannya masih pada kamera ditangan. Hujung bibjrnya terjungkit sengihan.

"Abang pun nak cakap Dahlia dah gemuk ke?" Laju saja Anggun Dahlia memandang ke arah Ikram Benjamin. Renungannya tajam.

"Hahaha. Ish, tak adalah! Sayang salah dengar agaknya. Abang mana ada cakap apa-apa tadi." Dia menyimpan gelak yan hampir terhambur.

"Tipu!" Jarinya sudah mengepit kulit lengan Ikram Benjamin. Sudah bersiap sedia mahu mnecubit lelaki itu.

"Hahahaha. Eh, yang nak cubit abang ni kenapa? Okey...okey. Sayang abang tak gemuk. Kalau gemuk pun masih cantik. Sayangkan bidadari abang. Bidadari tetap cantik." Hidung perempuan itu dicuit lembut sambil tersenyum.

"Hmm...Bukannya Dahlia nak gemuk pun. Baby yang minta makan banyak. Bukan Dahlia. Dahlia memang tak makan banyak." Bersungguh-sungguh dia menabur ayatnya.

"Hahaha. Ya. Abang tahu. Sayang memang tak makan banyak." Malas pula mahu bertekak dengan Anggun Dahlia. Nanti salah cakap, mahu merajuk perempuan itu setahun.

"Sayang. Tunggu dekat sini dulu." Dia mengarahkan Anggun Dahlia duduk di sebuah bangku batu. Kelihatan perempuan itu terpinga-pinga.

"Kenapa?" Soalnya kembali.

"Tunggu sini. Sekejap aje. Jangan ke mana-mana. Tunggu!" Ikram Benjamin sudah melangkah jauh. Sekejap saja dia hilang dari pandangan.

Anggun Dahlia menyandarkan badannya. Dia memandang sekelilingnya. Indah. Tanah Turki yang menyimpan 1001 kisah. Ramai pengunjung ketika itu. Dia mencari kelibat Ikram Benjamin. Didalam asakan manusia yang lalu-lalang dihadaoannya menyukarkan dia untuk mencari lelaki itu.

Tiba-tiba datang seorang lelaki berkulit putih dan berambut keperangan duduk disebelahnya. Lelaki itu tersenyum.

"Hello,beautiful." Dia menyapa Anggun Dahlia.

Namun, sapaan itu tidak terus dijawabnya. Sebaliknya Anggun Dahlia memandang ke sekeliling. Kemudian, dia memandang dirinya. Adakah manusia itu sedang bercakap dengannya?

"Err...me?" Jari telunjuk dituju ke dirinya. Keningnya bertemu.

"Ah, yes! You...you came here by yourself?" Lelaki itu merapatinya.

"Err...No...With my hubby?" Anggun Dahlia mula berasa tidak selesa. Lelaki itu memandangnya atas dan bawah.

"Pandang apa dia ni? Nak kena makan kaki aku ke?" Dia mengomel sendiri.

"Pardon?" Lelaki itu semakin merapat.

"Sorry, i got to go." Anggun Dahlia bingmas bangun ingin meninggalkan tempat itu.

Tetapi, tangannya ditarik dari belakang.

"Come on, pretty. Just stay here with me." Lelaki itu sedang tersengih memandangnya.

"Bangang betul! Apa dia tak nampak ke aku mengandung?" Kemudian dia memandang perutnya. Oh, perutnya masih menipis. Patutlah jika lelaki itu berani mengusiknya.

"Hey, what did you say? I don't understand. Speak in english!" Lelaki itu mula mencengkam pergelangan tangan kiri Anggun Dahlia. Tetapi cepat saja melepaskan pegangan tersebut.

"Abang dekat mana?" Dia menjauhkan diri dari lelaki itu. Apabila dia menoleh ke belakang lelaki itu masih lagi mengekorinya. Detak jantungnya laju. Namun, kelibat Ikram Benjamin masih tidak kelihatan. Langkah demi langkah akhirnya dia telah jauh meninggalkan bangku tadi.

------
Ikram Benjamin mengatur langkah menuju ke bangku yang diduduki oleh Anggun Dahlia. Namun, bangku itu kosong. Ke mana perginya perempuan itu.

Hanya sekejap saja dia meninggalkan perempuan itu. Bukan sengaja. Dia cuma pergi mendapatkan jambangan bunga dikedai yang berhampiran. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Nombor Anggun Dahlia didail.

Tut tut!

"He...hello abang! Ada...ada orang ikut Dah...Dahlia." Suara cemasnya jelas kedengaran dicorong telefon.

"Hah?! Sekarang ni...okey! Sayang ada dekat mana?" Ujarnya cemas. Mahunya tidak cemas, perempuan itu sedang mengandung. Kalau terjadi apa-apa pada kandungannya macam mana? Dia mengepal penumbuk. Jambangan bunga masih ditangan.

"Err..Dahlia...tak tahu. Aaa...tapi Dahlia dekat dengan....ah, masjid warna kuning!" Hanya itu petunjuk yang boleh diberi.

Masjid? Matanya menangkap signboard yang tertera masjid hanya 300 meter dihadapan. Dia bergegas ke tempat itu.

"Pergi tunggu dekat tempat yang ramai orang. Jangan tunggu dekat masjid. Sekejap lagi abang datang." Talian dimatikan. Hampir semua orang dilanggarnya.

"Tak guna!" Giginya diketap geram. Nahaslah nanti jika dia terserempak dengan lelaki itu. Habis lunyai dikerjakannya nanti.

Dia memberhentikan langkah. Disebelah kirinya sekarang ada sebuah masjid yang bewarna kuning. Sama seperti yang digambarkan oleh Anggun Dahlia. Cuma masjid itu kelihatan tidak ramai orang. Mungkin belum tiba waktu solat Zohor.

Kemudian, dia memandang ke arah kanan. Disitu terdapat deretan bangunan-bangunan lama. Terdapat juga kedai pastri. Ada juga deretan kiosk myang menjual manisan. Disitu ramai pemgunjungnya. Ah, mungkin Anggun Dahlia berada disitu.

Sekali lagi nombor Anggun Dahlia didail. Tetapi tidak dijawab. Barangkali perempuan itu tidaj mendengarinya.

Dia terus menyelit dicelah-celah pengunjung yang sedang berasak-asak.

"Excuse me! Excuse me!" Matanya melingas memandang setiap sudut. Namun, bayangan Anggun Dahlia masih tidak kelihatan.

"Arghh! Cilaka! Mana kau bawa isteri aku?!" Bunga ditangan sudah rosak. Mahu saja dia menghambat lelaki tidak berguna itu dengan bunganya.

"Huhh! Excuse me! Did you see a woman wearing blue dress? Err...and wearing a black hijab!" Dia tercungap-cungap ketika menyoal seorang para pengunjung.

"Sorry. No." Pemuda itu menggeleng laju. Kemudian, berlalu meninggalkan Ikram Benjamin.

"Ughh! Ke mana sayang abang pergi ni?" Mahu saja dia berteriak disitu. Tetapi cepat saja dia mengawal amarahnya. Hatinya semakin mendidih.

Dia meneruskan lagi langkahnya. Tiba disatu selekoh, ada seorang lelaki disitu. Dia meneliti gaya lelaki tersebut dari belakang. Perlahan saja dia menghampiri.

"Sayang!" Matanya menangkap Anggun Dahlia sedang bercangkung sambil menutup mukanya.

Lelaki ktu menoleh ke aeah Ikram Benjamin. Belum sempat dia membuka mulut, Ikram Benjamin terlebih dahulu membuang penumbuknya ke arah pipi kanan lelaki itu.

Dushh!

Tumbukannya tepat mengena pada rahang pipi. Kemudian, satu lagi tumbukan mengena pada mulutnya.

"Sayang. Bangun!" Dia mengarahkan Anggun Dahlia bangun dan menjauhi lelaki itu. Terketar-ketar Anggun Dahlia ketika itu. Air matanya merembes laju membasahi pipi.

"Yang ini sebab kau memang sial!" Satu lagi sepakan mengena pada perut lelaki itu.

"Huh! Kau...kau berani kacau aku punya! Dia...aku punya!" Dia menjerit geram. Sambil mebgahyun satu lagi sepakan mengenai belakang kaki lelaki itu.

Akibatnya, dia melutut ke tanah.

"A...abang! Sudah! Nanti...nanti dia mati!" Anghun Dahlia menutup mukanya. Sungguh dia tidak sukakan keganasan seperti itu. Apatah lagi melihat darah yang mengalir dari bawah mata lelaki itu. Ada juga kesan darah pada gigi lelaki itu. Tercabut semuakah giginya? Ah, sudah!

Lelaki itu terbaring ditanah sambil memegang perutnya.

"Kau, pergi mampus!" Dia menyelak rambutnya ke belakang. Panas! Ya, dia sedang berpanas hati dengan lelaki tak guna itu. Baru puas hatinya.

Dia mengahmpiri Anggun Dahlia yang sedang tersandar pada dinding bangunan.

"Sayang! Sayang okey?" Nafasnya masih tidak teratur.

"O...okey. Ab...abang. Dia...dia mati ke?!" Membulat matanya memandang Ikram Benjamin.

"Tak. Dia masih hidup lagi. Biar dia rasa! Jom, sayang." Dia memimpin Amggun Dahlia keluar dari situ.

----
"Sayang abang ni okey? Kalau tak okey, kita pergi klinik." Dia memeriksa badan Anggun Dahlia. Matanya tertancap pada kedua-dua pergelangan tangan Anggun Dahlia. Ada kesan merah dan lebam pada kulitnya. Pasti lelaki tidak guna itu menyentuhnya.

"Okey. Cuma terkejut aje. Abang tu, tangan lebam." Tangan Ikram Benjamin diurut perlahan.

"Tak apa. Sikit aje ni. Esok baiklah. Berani betul dia kacau buah hati abang ni. Kan dah mendapat!" Dia mengelus lembut pipi Anggun Dahlia. Syukurlah dia sempat menjejaki perempuan itu. Mahu gila dibuatnya.

"Oh, abang sebenarnya pergi beli bunga untuk sayang. Nah." Jambangan bunga ros putih sudah lunyai nampaknya.

"Tapi...abang minta maaf ya. Sebab tak sempat nak bagi pada sayang dah rosak dulu." Dia tersengih. Kemudian, dahi Anggun Dahlia dicium lama. Ciumannya turun pula dipipi.

"Tak apa. Dahlia tak kisah. Err...tapi kesian abang. Membazir duit aje. Dahlia...Dahlia minta ...maaf. Sebab Dahlia...susahkan abang hari ni." Dia menunduk. Tubir matamya mula bertakung air mata.

"Syyy! Tak sayang. Jangan minta maaf. Abang yang sepatutnya minta maaf sebab tinggalkan sayang. Huh...kononnya nak buat kejutan untuk sayang. Rupanya, abang yang terkejut." Dia mengeluh berat.

Namun, jawapan itu mengundang gelak halus Anggun Dahlia.

"Emm...terima kasih sebab belikan bunga untuk Dahlia." Bunga yang semakin layu itu ditatap lama. Kemudian, bibirnya mengukir senyuman.

"Kenapa senyum?" Dahinya berkerut.

"Suka." Jawab Anggun Dahlia sepatah.

"Sebab...dapat bunga layu. Hahaha." Sambungnya lagi. Gelaknya memenuhi ruang bilik hotel itu.

"Tsk! Sayang...kan abang dah minta maaf. Esok abang belikan yang baru ya." Dia mencium pipi Anggun Dahlia.

"Tak payahlah. Yang ini pun dah cukup. Terima kasih sebab sayang Dahlia." Pipinya merona merah.

"Emm...terima kasih aje?" Dia tersengih nakal.

"Haaa...yalah. Habis tu?" Anggun Dahlia mula menjarakkan dirinya.

"Err...kalau abang..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Anggun Dahlia terlebih dahulu menyampuk.

"Abang! Jom tidur. Mengantuk." Terus saja badannya diselubung dengan comforter.

"Aish! Sayang...." Tidak mengapa, hari lain masih ada. Dia tersengih sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience