Prolog

Romance Completed 132660

Dalam kesesakan hiruk pikuk manusia yang ada di situ, Atilia Hana hanya duduk di kerusinya diam. Skrin telefon bimbit disapu untuk melihat angka jam.

Sudah lebih dua puluh minit dia sampai ke acara itu. Tatkala teman-teman yang lain sedang rancak berborak, Hana masih ternanti-nanti kemunculan seseorang.

Kerana insan itu dia berusaha memenuhi ajakan teman sekerja untuk ke sini. Kalau hendak diikutkan, dia ingin tinggal di rumah sahaja. Acara sebegini dia sudah sedia maklum, pastinya membosankan.

Suara pengacara majlis kedengaran di corong pembesar suara. Tetamu dipinta untuk berdiri bagi meraikan kehadiran VIP jemputan yang akan masuk.

Tepukan gemuruh bergema dia segenap ruang. Beberapa orang berusia 50-an masuk sambil mengangguk senyum. Saat ini Hana gigih memerhatikan setiap manusia yang lewat di hadapannya.

Matanya terpaku ketika melihat wajah yang dicari dari tadi. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum nipis. Mahu sahaja dia berlari dan menerkam ke arah jejaka yang dirindui itu.

Hazim Ikmal yang segak memakai tuxedo biru gelap sedang berjalan seiring bersama top-level management syarikat Hana bekerja. Terasa diperhatikan orang ramai, Hazim turut sama melemparkan pandangan ke sekeliling.

Pandangan itu akhirnya bertaut dengan sepasang mata yang sedang galak. Mata coklat kegemaran Hazim Ikmal. Yang sentiasa membuatkan hatinya tidak keruan.

Hazim menghadiahkan senyum. Hana membalas, tetapi cuma sebentar. Senyumannya mati ketika seorang gadis cantik berpakaian gaun putih datang memaut lengan Hazim.

Mona Ellisa senyum menampakkan baris giginya yang putih sewaktu dia dan Hazim disapa salah seorang jurufoto di situ. Badannya sengaja dirapatkan ke arah Hazim. Ingin kelihatan mesra di khalayak ramai.

Hana di suatu sudut hanya menunduk. Kecewa melihat lelaki pujaan didekat perempuan lain. Tahu Hazim hanya setia dengannya, perasaan sedih dilontar jauh. Tidak mahu merosakkan 'mood'nya malam ini.

Hana meminta diri untuk ke restroom. Sebenarnya dia tidak sanggup lagi melihat adegan mesra Hazim dan Mona. Sepatutnya dia yang berada di tempat Mona. Alangkah indahnya jika dia yang dapat bergandingan dengan Hazim pada malam itu.

Langkah lemah diatur keluar dari ruang yang menyesakkan itu. Kalau dia tahu akan jadi begini, lebih baik dia tidak hadir. Hana memeluk tubuh yang ditiup angin malam. Silapnya juga apabila mengenakan dress berlengan singkat dan sedikit terdedah di bahagian bahu. Sejuk tak terkata!

Sedang dia berjalan sendiri, lengannya ditarik dari belakang sehingga terdorong ke dalam pelukan seseorang. Hana terjerit kecil, beberapa saat kemudian bibirnya dipagut.

Hana terdiam setelah menyedari bahawa Hazim yang sedang mencumbuinya lama. Hana turut membalas pelukan Hazim.

"I'm sorry.." bisik Hazim setelah memutuskan ciuman mereka.

"It's okay. I faham."

"I miss you Hana."

"I miss you too,"

"You look pretty tonight, sayang." kedua belah pipi Hana diusap lembut. Gadis itu hanya senyum malu.

"Terima kasih." pipi Hana seakan membahang. Lama dia rindukan sentuhan Hazim.

Hazim membawa Hana ke dalam rangkulan sekali lagi. "Jom kita balik."

"Boleh ke? Nanti ada orang cari you. "

"Tak ada apa yang menarik kat sini. Apa kata kita balik apartment i hm?" Hazim bertanya. Pelukan masih erat, dia mengusap pula rambut panjang Hana.

"Okay." Hana setuju.

"Come!"

Share this novel

Sitinoratiqah Ngah
2019-12-12 21:47:21 

sdih sangt story ni..

farhani mahmuda
2019-10-31 17:29:22 

nice story, nk request boleh... boleh tak flash back mcm mana hazim tackle hana...


NovelPlus Premium

The best ads free experience