BAB 12

Family Completed 1384

Rupa-rupanya baru Allyssa sedar yang suaranya tersekat-sekat dan suaranya perlahan! Patutlah tiada sesiapa yang ingin membantunya. Sia-sia sahaja dia menjerit tadi. Bukan ada suara yang keluar daripada mulutnya itu.

“Pesakit dah sedar! Doktor Bakhtiar, ayuh ke sini!” Allyssa terdengar wanita itu memanggil seseorang dari jauh.

Tapak kaki seseorang kedengaran begitu kuat. Seolah-olah dia sedang berlari ke arah Allyssa. Allyssa tersenyum gembira. Pasti orang itu mahu membantunya. Lega sedikit hatinya itu.

Muncul seorang lelaki yang berkaca mata dan bajunya penuh dengan darah. Allyssa berasa takut pula memandang lelaki itu. Dia cuba membuat muka selamba.

“Allyssa, saya Doktor Bakhtiar. Syukur kerana kamu sudah sedar.” Lelaki itu berbicara sambil tersenyum manis. Namun riak wajahnya kelihatan seperti ada menyembunyikan sesuatu. Macam orang yang sedang sedih. Entah.

Allyssa berasa hairan. “Dia kenal aku? Aku tidak kenal dia pun.”

“Harap Allyssa kuat dan mampu menempuh segala cabaran yang akan datang.” Tambah lelaki itu lagi.

Allyssa mengangguk. Dia cuba untuk bercakap dengan kuat. “Baik!”

“Macam itulah yang doktor mahukan!” Kata lelaki itu sambil tersengih.

“Suara aku dah kembali ke? Kuat sangat aku cakap tadi. Mungkin. Malulah pula!” Bisik hati kecil Allyssa.

Tiba-tiba Allyssa teringat akan abangnya, Khalid. Rasanya Khalid ialah orang yang terakhir bersama dengannya sebelum ke sini. “Mana abang saya?”

“Maafkan saya Allyssa. Walaupun saya seorang doktor, saya tidak mampu untuk menyelamatkan abang awak.” Balas Doktor Bakhtiar lalu matanya bergenang.

Allyssa terdiam. Dia sudah berfikir macam-macam. Tidak mungkin abangnya ditangkap dengan orang jahat pada hari itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience