DIA 30

Romance Completed 131781

Hazzar membelek telefonnya. Punat ON ditekan, ada password. Nombor kata laluan dipicit laju, dari mana dia tahu tak penting. Hanis yang mengintai terperanjat apabila melihat Hazzar selamba badak membuka kata laluannya.

"Macam mana dia tahu ni?" Soalnya hairan.

Bebola mata Hazzar naik apabila terasa ada seseorang sedang memandangnya, tepat! Hanis mengintip dari dapur.

"Kalau kau tak nak fon kau ni pecah, masuk bilik kau! Sekarang!" Ujarnya dingin.

Hanis berdiri tegak lalu mengatur langkah menuju ke biliknya. Hazzar kembali memandang telefon Hanis. Hazzar menuju ke arah bangku lalu duduk di atasnya.

Satu persatu aplikasi di buka tapi tiada apa-apa. Yang terakhir, Whatsapp. Jarinya meleret ke bawah, tiada apa-apa yang mencurigakan.

Kali ini contact Hanis pula yang dibuka. Dia agak terkejut apabila melihat Hanis mempunyai nombor Nazrul? Kenape dia ada nombor Nazrul pula? Hazzar bangun lalu masuk ke dalam rumah.

Tok tok!

Hanis yang baru sahaja mahu terlena kembali bangun apabila ada seseorang mengetuk pintunya. Hanis menuju ke arah pintu lalu dibukanya perlahan. Hazzar berdiri sambil berpeluk tubuh.

Telefon Hanis dihulur, apabila Hanis mahu mengambilnya Hazzar menggenggam erat telefonnya. Hanis angkat muka, hairan.

"Kenape kau ada nombor Nazrul? Nazrul Ashraff?" Soalnya.

Glup!

"Aaa... Dia... Aaa..." Hanis tak tahu macam mana nak jelaskan. Takkan nak cakap Nazrul ex dia pulak.

"Apa!?" Tengkingnya.

"Kawan! Aaa--Kawan. Kitaorang sama... Kampung?" Ujarnya.

Hazzar mengerutkan dahi hairan.

"Kampung? Kau merepek apa ni?" Kali ini Hanis pula yang mengerutkan dahi.

"Yelah dia memang sama kampung dengan saya dulu sebelum dia pindah KL." Balas Hanis.

"Apa-apa jelah." Hazzar melepaskan telefon Hanis lalu masuk ke dalam biliknya. Hanis membelek telefonnya, tak ada apa-apa. Dia masuk ke dalam biliknya lalu bersandar pada pintu.

"Nasib baik aku sempat padam mesej tu. Huhh..." Ujarnya lega.

---

Dari semalam Kasih cuba menghubungi orang upahannya, Kamal. Tapi tak dapat-dapat. Punggung dihenyak kasar pada sofa. Telefon dihempas kuat pada meja.

"Mana kau pergi si*l!? Arghh!" Kusyen semua dibaling.

"Kau tunggu Kamal. Kau tunggu." Ujarnya lalu mencapai kunci kereta di atas rak kasut.

Segera dia masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Kereta diundur lalu dipandu laju ke rumah Kamal. Mulutnya tidak habis-habis memaki dan memarahi si Kamal itu.

Akhirnya dia sampai dihadapan rumah Kamal. Dia meninjau seketika sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Tangannya menekan bell laju tetapi masih tiada yang keluar.

"Kamal! Kamal!!" Jeritnya tetapi tiada sahutan.

Baru dia mahu beredar, Kamal keluar dengan muka seriusnya. Pagar dibuka. Kasih memeluk tubuh dan mukanya berkerut. Langkah diatur mendekati Kamal yang hanya berdiri di hadapan pintu rumah.

"Kau pergi mana? Kenape aku call tak angkat? Text pun tak balas. Kau apahal? Ingat aku ada masa ke nak call kau banyak kali. Bod*hlah!" Marahnya.

Muka Kamal masih kekal serius. Kasih memandang Kamal dari atas ke bawah, tak terurus.

"Kenapa kau pakai macam ni? Macam orang hilang bini." Tekanya.

"Memang! Memang aku hilang bini! Tapi semuanya salah kau!" Jari telunjuknya menuju ke arah Kasih.

"Aku? Kenape aku pulak? Aku tak ada kena mengena pun dengan keluarga kau." Balas Kasih dengan wajah selamba.

"Kau ingat aku bod*h!? Kau tak transfer pun tu dekat akuan aku. Anak aku mati sebab terlambat buat pembedahan. Bini aku? Kau nak tahu sangat apa jadi dekat bini aku? Atau kau sendiri yang nak bagitau apa yang jadi dekat bini aku!?" Tengking Kamal.

Kasih diam seketika dan kembali memandang Kamal dan tidak menjawab.

"Kau upah orang untuk bunuh aku sebab aku tersalah perangkap orang. Kau... Bila mamat tu cakap aku takde, kau suruh dia rogol bini aku? Kau suruh dia bagitahu semua pasal perjanjian kita. Kau bodoh! Aku sayang bini aku tapi kau buat macam tu!

Dia dah tak boleh nak tengok muka aku ni. Dia kata apa, dia jijik tengok aku. Dahlah kami baru hilang anak, lepas tu kau buat macam tu. Mak mertua aku tolong dia failkan penceraian dan nasib baik dia tak report polis kalau tak aku dah ke dalam dan aku heret kau sekali."  Kasih tersengih.

"Jadi kau nak cakap itu salah aku. Hello! Kalau kau buat kerja dengan betul, semua ni takkan jadi. Anak kau tak mati, bini kau tak... Jadi pelacur percuma." Kamal memandangnya dengan wajah bengisnya.

"Tapi kau tak perlu risau. Aku kan ada, untuk kau." Kamal mengerutkan dahi apabila Kasih meleret senyuman menggoda.

Tangan Kamal di tarik bawa masuk ke dalam rumah. Pintu rumah dikunci.

---

Hazzar menuruni tangga sambil mengatur pergelangan bajunya. Dia menoleh ke dapur, ada makanan disediakan tapi dia tidak nampak kelibat Hanis. Langkah diatur ke dapur.

Tudung saji diangkat untuk melihat makanan di bawahnya. Nasi goreng kampung dan telur mata, dan secawan kopi. Kopi itu diambil dan dihirup perlahan. Dia mencebik lalu menghabiskan kopi tersebut dan menuang kopi itu lagi.

Kerusi ditarik lalu punggung dihenyak di atasnya. Nasi dicedok ke dalm pinggan.

"Rajin pulak dia ni masak pagi-pagi buta macam ni." Ujarnya lalu berhenti makan, kenyang.

Nota yang Hanis tinggalkan pada peti ais diambil perlahan lalu dibaca.

'sorry abang, Hanis terpaksa pergi kerja awal. Hanis dah siapkan sarapan kalau abang nak makan. Hanis pergi dulu, assalamualaikum =)'

Tersenyum sinis Hazzar membaca nota tersebut. Kepala digeleng perlahan.

"Keluar jelah, tak payahlah nak letak nota macam ni bagai. Rimas!" Ujarnya.

---

Langkah 3 sekawan itu diatur menuju ke pejabat Hazzar. Tanpa bertanya pada PA Hazzar, Mira, mereka terus melangkah masuk ke dalam pejabat Hazzar. Hazzar bangun apabila memandang mereka bertiga.

"Kau datang bukan nak bagitahu dulu. Main datang je." Rungut Hazzar.

"Relax lah. Kitaorang memang tahu kau ada dekat pejabat." Balas Luqman.

"Ni, Mark mana?"

"Haa sebab tu lah kami datang jumpa kau ni." Hazzar sekadar menjungkitkan keningnya.

"Kitaorang... Nak buat makan-makan dekat rumah kau. Ala macam dulu-dulu. Takpekan? Kau tak kisahkan rumah bersepah macam sarang tikus?" Ujar Ruzaini. Hazzar meleret senyuman sinis.

"Kalau jadi sarang tikus pun, bukan aku yang kemas. Lagipun aku dah ada maid baru. Haaa! Kau nak buat sepah? Lantak kau bukan aku yang kemas." Mereka agak tertarik apabila mendengar 'maid'.

"Maid kau... Cun tak?" Soal Kaef pula.

"Asal kau nak ke? Soal Hazzar balik.

"Kalau kau bagi kitaorang tak tolak." Mereka semua terus ketawa terbahak-bahak. Hazzar sekadar menggeleng kepala perlahan.

"Buatlah apa yang kau nak. Jangan kacau aku sudah." Ujar Hazzar selamba.

Mereka bertiga sudah fikir yang bukan-bukan tentang apa yang bakal jadi nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience