BAB 19

Romance Completed 497

Setelah lima belas minit, Azalea muncul semula dengan membawa kotak sederhana besar. Syairi menajamkan pandangannya untuk melihat tulisan yang tertulis pada kotak itu.

Kaoru Cake House.

Meredah hujan hanya untuk beli kek?

Wajah Azalea kosong tidak beriak. Langsung tidak mempedulikan dirinya yang basah kuyup. Kotak kek itu juga basah. Entah macam manalah rupa bentuk kek di dalamnya.

Azalea terus masuk ke rumah.

Syairi mengeluh. Belum sampai sepuluh minit selepas Azalea masuk ke rumah, gadis itu melangkah keluar semula. Kali ini dengan rupa diri yang serabai. Mukanya dipenuhi dengan... kek??

Syairi tidak mampu lagi untuk hanya melihat.

“ Azalea !!”

Syairi & Azalea

Syairi menghentikan kereta di bahu jalan. Tisu dicapai. Wajah Azalea di angkat dan tangannya bekerja mengelap wajah basah yang dipenuhi dengan ising kek coklat itu. Wajah Azalea selesai dibersihkan tapi air mata Azalea masih mengalir. Dan bila melihat tubuh gadis itu yang basah kuyup, Syairi mengeluh kasar.

“ Stop crying.”suaranya bergetar menahan marah.

Azalea mengelap air matanya dan mendongak kepala, cuba untuk menghentikan tangis tapi tidak berjaya. Air matanya semakin deras mengalir.

“ I said stop!!”

“ Awak pun nak marah saya?? Nak tengking saya?? Nak pukul saya??”

Syairi menarik nafas dalam. Azalea direnung tajam.

“ Kenapa semua orang nak pukul saya? Jumpa saya je terus belasah. Terus nak marah. Saya ni memang tempat untuk orang lepaskan kemarahan ke? Marah je, cari saya! Marah je, sepak saya. Terajang saya.”

“ Siapa?” Syairi mencengkam lembut bahu Azalea yang terhenjut-henjut menahan esak tangis. “ Siapa yang buat awak macam tu, bagitau saya!”

“ Semua orang..”

“ Diaorang pukul kat mana?”

“ Semua tempat.” Azalea pejam mata. Tidak sanggup untuk terus memandang Syairi. Malu. Malu bila Syairi melihatnya dalam keadaan teruk seperti sekarang.

Syairi menarik Azalea ke dalam dakapan dengan lembut dan berhati-hati. Khuatir jika perbuatannya itu menyakiti Azalea. Tubuh itu dipeluk penuh kasih. “ It’s okay.. You’re safe with me now, sayang.”

Azalea tersentak bila Syairi memeluknya dan memanggilnya sayang. Untuk pertama kali. Pertama kali dia dipeluk sebegitu. Dan seperti sebelum ini, Syairi buat dia rasa terlindung. Buat dia rasa selamat. Air mata semakin deras mengalir.

Syairi & Azalea

“ You okay?” wajah Azalea yang sedikit pucat itu direnung. Senyuman terukir di bibir bila melihat pakaian Azalea yang tadinya basah kuyup sudah ditukar. Syairi sempat singgah ke pusat membeli belah untuk membeli pakaian baru untuk Azalea.

Azalea mengangguk dan tersenyum. Senyuman yang ikhlas hanya untuk Syairi. Selepas menangis tadi, Syairi membawanya ke funfair. Walaupun dia tidak sihat, digagahkan jua dirinya untuk bermain segala permainan yang ada. Baginya, itu salah satu cara untuk menghilangkan stress. Dia gembira apatah lagi dengan adanya Syairi disisi.

“ Tunggu sini kejap.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience