BAB 17

Humor Completed 26062

NASIB diri Iris sangat baik pada hari itu,kalau Nida tak datang sudah pasti Iris tinggal nyawa-nyawa ikan.Iris sangat menghargai jasa baik Nida menyelamatkannya.

Bagi meringankan beban Nida,Iris tetap berikan duit sewa walaupun Nida menolak pada mulanya.Sekurangnya ringan sikit beban Nida untuk menampung pembelajaran anak-anaknya yang bersekolah di asrama penuh.Sekarang ni semuanya perlukan duit.Dengan gaji tiga ribu sebulan pun masih dikira miskin bandar.Susah juga hidup di zaman serba moden dan canggih.Ada baik ada buruknya.

"Kak,esok kita pergi pasar beli barang.Esok anak-anak akak balik kan?"tanya Iris yang sedang melipat baju.

"Betul juga.Barang basah semua dah habis.Baru akak teringat.Adik sepupu akak nak datang.Dia yang tolong ambilkan anak-anak dekat asrama nanti."ujar Nida.Dia hampir terlupa kalau Iris tak ingatkan.Lagipun barang dapur banyak yang sudah habis.

"Ya ka.Oh macam tu kita kena masak sedap-sedap.Anak-anak akak suka makan apa?"

"Ain dengan Aina tu tak kisah.Semua benda diaorang makan.Tapi kita buat kuih sama ya.Nanti akak fikir nak masak kuih apa."

"Okay boleh saja.Nanti Iris tolong apa yang patut."

Tengah belek majalah di atas meja, Iris terlihat gambar Harith dan Intan berpakaian pengantin serba biru.Jujur Iris cakap dia tak rasa apa-apa.Perasaan marah sakit hati semuanya lenyap terus bila hati dia sudah mati untuk lelaki yang telah menghancurkan perasaan dia.

"Iris okay ker?"tanya Nida.Serba salah pula dia.Lupa pula nak simpan majalah syarikat di tempat lain.Macam mana dia boleh lalai.Sumpah dia tak sengaja!

"Iris okay kak.Jangan risau.Iris dah tak rasa apa-apa."jawab Iris.

"Akak minta maaf.Akak lupa nak simpan."Majalah tu baru keluar tiga hari lalu.Setiap kakitangan syarikat diberi seorang satu.

"Iris okay.Benda dah leoas.Elok lah mereka kahwin.Cuma Iris tak pernah bayangkan perkara seteruk ini terjadi pada diri sendiri."mendatar saja bunyinya.

Nida terus peluk Iris.Dia tahu sedikit sebanyak hati Iris tetap tergores..Harap Iris kuat dan tabah.Tak semua orang boleh hadap benda ini.Nida terus buang majalah ke dalam tong sampah.Kesal bawak balik hingga ke rumah.

Terdengar suara orang memberi salam.Nida yang sedang mencedok kari ke dalam mangkuk mengisyaratkan Iris untuk membuka pintu.

Tak berkelip mata Iris melihat gerangan di hadapannya.Mereka bertemu lagi di muka pintu ditempat yang berbeza.Berebut anak-anak kak Nida menyalami tangan Iris.

"Ehh,Attar kenapa tak masuk?"Nida kehairanan melihat keduanya masih diam tergamam.Dilambai tangan ke muka Iris dan Attar.

"Lahh.. kenapa dengan dua orang ni."Nida nak gelak pun ada.Ain dan Aina angkat bahu serentak.Iris dan Attar dah jadi macam patung.

"Iris.Kenapa?"bila Iris kalih pandang pada Nida.

Iris diam.Attar pula ukir senyuman.

"Tak sangka jumpa lagi kita."kata Attar sambil tersenyum pada Iris.

"Attar kenal Iris?"soal Nida.Dia pula yang terkejut.

"Iris sekampung dengan saya.."jawab Attar.

"Lahh ya ker..Akak tak tahu pun.Kecilnya dunia."seleroh Nida sambil ketawa kecil.

"Iris.Ni lah Attar adik sepupu akak.Tak sangka sungguh kamu berdua sekampung.Kenal pula tu."selerohnya lagi.

Ingat adik sepupu kak Nida perempuan.Tak sangka pula lelaki.Lelaki yang aku kenal pula tu.Makin kerap pula terserempak dengan abang Attar.

"Sedapnya bau.Mama masak apa hari ni?"tanya Ain yang telah pun mengambil tempat duduk di meja makan.Tak sabar hendak menikmati masakan mama mereka.Dua minggu di asrama memang makan semua cukul.Tapi masakan mama juga yang mereka rindukan.

"Macam-macam ada.Dah,jom kita makan."ajak Nida.

"Wahh!ada popia goreng.Pandainya mama buat.Sedapnya..."puji Aina.Biasa lah bila duduk asrama mesti rindukan rumah.Rindu bilik sendiri dan yang paling penting rindu bantal busuk.Nak bawa ke asrama takut kawan-kawan ejek.Dah besar pun ada bantal busuk lagi.

"Bukan mama yang buat.Kak Iris yang buat."

"Sedap."Puji Attar sambil ambil satu lagi popia goreng.Dia memang suka makan segala jenis kuih-muih.Lebih-lebih lagi lepat pisang.

Iris hanya tersenyum nipis.Kemunculan Attar sedikit sebanyak mengocak hatinya.Nampak muka Attar saja perasaan berdebar tak menentu.Bukan sekarang saja dia rasa tapi sejak dulu lagi.

Dulu Attar seorang pendiam saja.Tapi sekarang makin ramah,betul cakap ibu.Iris pula yang rasa segan.Ya lah dulu pun mana ada dia pernah berbual banyak dengan Attar.Rasa kekok pun ada.

"Iris macam mana dah sihat ker?"tanya Attar.

"Alhamdulillah.Sudah.."jawab Iris.Mungkin Attar sudah tahu keadaan sebenar dia,telah Iris.Satu kamoung dah heboh mustahil sangat Attar tak tahu.

"Abang Attar tinggal dekat mana?"

"Tak jauh sangat dari sini."

"Dah lama tak jumpa kak Adawiyah.Dia duduk mana sekarang?"

"Dia dekat Penang.Kalau dia tahu Iris tinggal dengan kak Nida mesti dia seronok punya.Dia ada juga la sebut pasal Iris.Sebab dah lama kan tak jumpa.Dia dah tak ingat rupa Iris.Tapi abang cakap lah Iris makin cantik."puji Attar.

"Ke situ pula abang Attar ni.."Iris tertawa geli hati.Attar ni pandai juga buat lawak.Terhibur juga hati Iris.

"Betul la tu.Abang memang cakap macam tu.Bila-bila free kita pergi rumah dia.Ajak Kak Nida sekali.."pelawa Attar bersungguh.

"Bagus juga tu,dah lama akak tak jumpa dia.Sejak berkahwin ni masing-masing sibuk."jawab Nida dan mengambil tempat di sebelah Iris.

Iris berasa janggal sebenarnya nak berbual dengan Attar.Terus dia bangun dan berlalu ke ruang tamu setelah Nida pula duduk.

"Kau tu Attar bila lagi?"tanya Nida.

"Bila apa kak?"soal Attar kembali.Berkerut dahi nak faham maksud kakak sepupunya.

"Kahwin lah apa lagi.Tak kan nak menduda sampai tua."gurau Nida.

"Ke situ pulak akak ni.Akak tu yang patut cari pengganti.Ain dengan Aina perlukan ayah juga."dalih Attar.

"Akak ni memang tak nak dah.Sebab susah nak kahwin lain.Bukan boleh percaya lelaki sekarang ni.Anak tiri pun dia sebat.Dah la anak akak dua-dua perempuan.."jelas Nida.Dia dah lama berfikir panjang tentang hal ini.Bagi dia lebih baik jadi ibu tunggal dari terikat dengan mana-mana lelaki.

Ada betulnya apa yang Nida cakap.Lelaki zaman sekarang sebahagian bukan boleh percaya.Bukan boleh dikira bila nafsu sudah menguasai diri.Ibarat haruan makan anak.Mak pun dia mahu,anak pun dia sapu.Hisy,bahaya..bahaya..

"Kau tu muda lagi.Lain lah.Bila ada isteri ada juga yang boleh jaga makan minum sakit demam kau.Mak Ngah pun naik risau bila kau duduk sorang.Bila kahwin ada juga teman untuk berbual."

Ketika itu,Iris sudah berada di ruang tamu bersama anak-anak kak Nida.

"Kalau kau nak yang tu,akak boleh tolong ejaskan.."Nida angkat kedua belah kening sambil lirik ke arah Iris yang sedang berbual dengan anaknya.

"Hisy akak ni.."kata Attar malu-malu.

"Kau ingat akak tak nampak.Kau asyik pandang dia dari tadi."Nida perasan tau dari tadi mata Attar asyik melekat pada Iris.Sebab tu Iris lari duduk di ruang tamu.

Attar sengih.

"Macam-macam lah akak ni..mana ada.."dalih Attar.

"Melepas nanti baru tau.."Nida ketawa kecil.Niat dia nak menyakat Attar.Tapi bila fikirkan balik,Attar dan Iris masing-masing solo.Apa salahnya,kann..

"Mama,kata nak bawa kami pergi jalan-jalan?"tanya anak Nida yang bernama Aina.

"Esok kita pergi ya..Hari ini Ain dengan Aina rehat dulu."

Setiap kali pulang dari asrama,Nida akan membawa anak-anaknya keluar makan angin.Tak jauh mana pun hanya di sekitar KL saja.Tu pun dah buat anak-anak dia tersenyum gembira.Kalau dia kahwin dah tentu masa dengan anak-anak nanti terpaksa di had kan.Nak pula dapat suami yang tak sependapat.Tak ker haru biru nanti hidupnya.Tak ada penyakit jangan di cari.

"Okay mama.Nanti kita ajak kak Iris sama."

"Ain setuju.Seronok lah kak Iris tinggal sini.Boleh temankan mama dekat rumah.Kami risau juga bila mama tinggal sorang."sokong si kakak.

"Tengok tu Attar,budak-budak pun dah sukak kan Iris.Akak rasa Attar kena ambil peluang yang ada."kata Nida memberi semangat buat adik sepupunya.

Attar hanya sengih.Nak iya kan pun tidak.Nak tolak pun tidak.Nampaknya dia kena cepatkan langkah sebelum ada yang masuk jarum.Risau juga Attar kalau Iris menolak.

Attar perasan Iris macam nak mengelak dari dia saja.Elok tengah bual pasal kak Adawiyah,Iris bangun meninggalkan dia dengan Nida.Attar tak pasti,apakah perasaan Iris terhadapnya.Bukan senang tau nak masuk ke dalam hati perempuan.Penuh tersimpan 1000 rahsia di dalam.Dapat masuk dikira bertuah.Tapi bila dah kena buang jangan harap dapat masuk balik.Ingat tu wahai para lelaki!

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience