"Dari sini,kita dah nampak sisi rupa penculik tu." Ujar Seo Hee fokus pada rakaman itu.
"Tapi,cuba tengok,... ini gemuk sikit.Dia ada janggut,jauh beza dengan apa yang Penjaga kaunter tadi tu cakap."Beritahu MinSeok pula.
"Betullah..."Seo Hee merenung rakaman itu bagaikan orang rabun.
Tut tut...
Seo Hee melihat telefonnya.
"Inspektor Kang."Beritahu Seo Hee lantas menjawabnya.
"Ya."Dia membuka volume kuat.
"Apa yang awak dah dapat?"Soal Inspektor Kang tegas.
"Kami dah tanya orang-orang.Panjaga kaunter tu kata,orang yang minta rakaman kamera pengawasan tu kurus,takde janggut,dan sopan.Tapi dari apa yang saya lihat dari rakaman ini,orang yang pakai kereta yang sama dengan suspek gemuk dan berjanggut.Nampak selekeh orangnya."Beritahunya terperinci.
"Saya pergi sana sekarang."Inspektor Kang menamatkan talian.
Seo Hee memandang MinSeok.
"Inspektor nak datang.Saya rasa mungkin penggodam tu ada dengan dia kot."Jawabnya.
Mereka keluar dari kedai itu dengan rakaman tersebut.
Inspektor Kang sekelip mata tiba.
Mereka semua memandang Inspektor Kang.
Disamping Inspektor Kang,terdapat seorang gadis berambut purple yang lurus paras bahu.Manis orangnya.Namun wajahnya kelihatan dingin dan angkuh.
"Bagi saya tengok rakaman tu."Arah gadis itu selamba.
Seo Hee memberikannya.
Gadis itu lincah menaip dipapan kekunci komputer ribanya.
Inspektor Kang memandang Seo Hee.
"Satu gadis lagi hilang harini.13 tahun." Beritahunya.
Seo Hee mengelap peluhnya yang mengalir.
Min Ho mengeluh kesah.
"Nombor plat dikereta suspek ni boleh dijelaskan.Kita sebenarnya tak perlukan rakaman si gemuk ni."Ujar gadis itu kasar.
Mereka semua berpandangan.
"Selesai..."Ujar gadis itu lantas menunjukkan mereka nombor plat kereta bewarna biru tua itu.
"WUV,223."Baca MinSeok.
"Inspektor,apa nama perempuan ni?"Soal Seo Hee berbisik.
MinSeok terperasankan bisikan Seo Hee pada Inspektor Kang.Perasaan cemburunya muncul.
"Han Na."Beritahu Inspektor Kang.
Seo Hee berdehem.
"Han Na,... boleh awak tolong jelaskan nombor plat kereta lelaki gemuk ni?"Pinta Seo Hee lembut sekali.
Han Na akur.
Diselesaikan arahan Seo Hee dalam masa lima minit.
"PSV,323?Tak samalah..."Ujar Min Ho yang keliru.
Mae memandang Seo Hee.
"Maksudnya salah seorang dari mereka bukan penculiknya..."Ujarnya yakin.
Mereka semua berpandangan lagi.
"Pada pendapat saya,... penculiknya adalah lelaki yang minta rakaman CCTV dari kedai serbaneka tu.Sebab dia tak mahu polis jumpa apa-apa petunjuk tentang diri dia..."SangYeob bersuara.
YoungDae berdecit.
"Jadi,... pemandu 'PSV,323' ini bukan penculiknya.Penculiknya cuba kelirukan kita !"Tebak YoungDae.
"Han Na,... boleh awak godam CCTV lain,dan kesan penculik ni cuba ke mana?"Pinta JaeWook tiba-tiba.
Wajah dingin Han Na berubah apabila JaeWook bersuara.
Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyum manis.
"Ya... saya cuba.."Jawabnya lembut.
MinSeok,Min Ho,Young Dae dan SangYeob berpandangan jengkel dengan situasi mereka.
Mentang-mentanglah JaeWook mata biru !
Lima minit kemudian,gadis itu berkata,"Saya berjaya !"Ujarnya teruja.
Mereka semua fokus pada komputer riba Han Na.
"Sampai kawasan terpencil ni aje saya boleh kesan.Sebab kawasan dalam macam tu takde kamera pengawasan."Beritahu Han Na lantas menunjukkan alamat kawasan itu.
"Mari kita pergi sekarang ! Mari dapatkan Seo Ra 'saya' balik."Ujar Min Ho tekad mahu menyelamatkan Seo Ra.
Mereka tiba dikawasan itu.Kawasannya luas,tetapi tidak bersih.
Kemudian mereka terbau sesuatu.
"Ini macam bau,..."
"... mayat..."SangYeob mencelah kata-kata YoungDae.
Min Ho menggelabah.Dia berlari mengikut arah bau itu datang.
Disatu rumah usang,yang tingkapnya pecah,sarang labah-labah dimerata-rata.
Mereka semua perlahan-lahan melangkah masuk.
Hanya CEO Choi dan Han Na sahaja yang menunggu diluar rumah.
Disitu,tiada perabot,hanya ada satu bilik dirumah lama itu.
Mereka memasuki bilik yang mengandungi bau busuk itu.
Serentak itu Seo Hee menjerit sehingga ke luar rumah kedengaran jeritannya.CEO Choi berlari masuk ke dalam rumah.
Mae pula jatuh terduduk.
Ada mayat seorang gadis disitu.Busuknya yang amat sangat.Warna kulit juga sudah berubah.
YoungDae cuba menenangkan tangisan Mae yang semakin tak terkawal.
MinSeok pula memeluk bahu Seo Hee.Dia dapat rasakan tubuh Seo Hee yang bergegar hebat.
Inspektor Kang menelefon pihak polis agar datang kerumah itu.
Seo Hee berlari keluar dari rumah itu.
Diikuti MinSeok yang risau dengan keadaannya.
Dia menangis sepuas-puasnya bagaikan tak berpenghujung.
Tubuhnya bergetar hebat sama seperti lebatnya tangisan Seo Hee.
MinSeok terduduk lemah dibelakang Seo Hee.Merasakan mimpi ngeri bakal bermula.
"Mayat tu belum dikenal pasti.Ahli forensik akan buat ujian DNA dan pemasanan gigi mangsa."Terang Inspektor Kang lembut.Bersimpati dengan mereka semua.
Seo Hee langsung tidak memandang Inspektor Kang.Dia hanya memandang bawah.
Begitu juga Mae.
Mi Soon pula,entahlah.Wajahnya tiada reaksi kerana masih terkejut.
"Mungkin pelakunya adalah orang yang menculik kawan korang !"Tebaknya.
Semua orang diam.Ahli WHITE memandangnya tajam.Wajah Min Ho kelihatan dingin menjelingnya.
Han Na pun menunduk serba salah.
Esok sudah tiba,jadual mereka padat seperti biasa.Jadi agak susah untuk fokus pada pencarian mereka.
"Pengurus Kim,Inspektor Kang ada telefon?"Soal Mae resah.
Manager Kim geleng.
"Susahlah macam ni... disebabkan kehilangan Seo Ra,kita terpaksa kosongkan jadual !"Rengek Mi Soon.
Mereka semua mengeluh.
"Peminat dah tahu ke yang Seo Ra hilang?"Soal Seo Hee.
"Dah.Satu dunia dah tahu."Jawab Manager Kim.
Mereka diam.
"Jadi,... disebabkan kita ada masa terluang,apa kata kita pergi menyiasat?"Soal Mi Soon tiba-tiba.
"Tapi,... saya tak pandai siasat kalau takde MinSeok..."Beritahu Seo Hee,beralasan.
Kening Mae berkerut.
"Pengurus,berapa hari yang diperlukan untuk kenal pasti DNA mangsa ya?"Soal Seo Hee yang mula menggunakan akal bijaknya.
Manager Kim berfikir dulu.
"Dalam,... tiga ke lima hari macam tu..." Beritahunya.
"Apa?!!"Ketiga gadis itu menjerit.
"Mana boleh macam tu ! Kalau dia apa-apakan Seo Ra macam mana?"
"Kalau bukan Min Ho yang bunuh si tak guna tu,aku yang pergi bunuh dia !!"
"Habislah kita... macam mana ni... aduh..."
Mereka bertiga mengomel bimbang.
Manager Kim mengesyyhhh.
"Janganlah cakap macam ! Fikir baik-baik aje.Dah,sekarang... kita buat apa yang kita mampu." Marah Manager Kim.
Mereka diam.
Kemudiannya,macam biasa Seo Hee mendapat idea.
Seo Ra membuka matanya.Sudah tiga hari dia disini.Tubuhnya lebam,wajahnya luka-luka.Hilang wajah jelitanya yang dibangga-banggakan itu.
Bersamanya,terdapat tiga orang gadis.Semuanya masih muda.
Setiap hari,ada sahaja gadis yang dikerjakannya.
Nasibnya baik kerana dia adalah artis idol.Jadi penculiknya berfikir untuk menjualnya,dan bukan merosakkannya.
Namun saban hari dia diseksa.Dia sendiri tidak tahu jika dia mampu bertahan untuk beberapa hari lagi.
Apabila dia membuka matanya,kelihatan penculiknya sedang memukul seorang gadis yang sangat muda.Seperti berusia 13 tahun.
Seo Ra berasa kasihan.Dia tak sanggup mendengar rintihan gadis muda itu.
Perempuan lain yang turut diculik,hanya mampu berdiam diri dan menutup telinga dari mendengar jeritan kesakitan gadis itu.
Lelaki itu membuka zip seluarnya.Dia merentap baju gadis 13 tahun itu.
"AHHHH !!!"Gadis itu menjerit ketakutan.
Tubuhnya menggigil hebat.
Seo Ra bangun dan menarik gadis itu agar menjauhi lelaki durjana itu.
Tindakan Seo Ra menarik perhatian penculik itu.
Penculik itu menghampirinya dan...
PANG !
Pipi Seo Ra ditempeleng.
Berdarah bibirnya kerana pecah.
Lelaki itu menudingkan jari telunjuknya tepat didepan muka gadis belasan tahun ini.
"Nasib kau baik harini.Kalau tak,... mati kau !"Ugut penculik itu membuatkan gadis itu terkelu ketakutan.
Seo Ra tetap memeluk tubuh gadis itu erat.
Penculik itu keluar dari biliknya.
Perempuan lain yang turut diculik menghampiri Seo Ra dan gadis itu.
Mereka saling berpelukan memberi semangat untuk terus hidup.
Tangisan Seo Ra akhirnya pecah.
Dia rindu mengusik rakannya,rindu katilnya yang besar dan empuk.Rindu berlatih menyanyi dan rindu berjumpa Min Ho.
Dia sendiri tidak tahu bilakah gilirannya akan tiba.
Share this novel