BAB 7

Romance Completed 18284

"Syu, tolong abang ni".

Hafiy mendekati Mariam Syuhada, minta untuk dibetulkan tali lehernya. Lincah tangan isterinya membetulkan. Mujur juga dia sudah belajar dengan Hafiy cara mengikat tali leher dengan betul.

"Abang balik lambat sikit, ye. Nak siapkan kerja yang bertimbun tu".

Mariam Syuhada mengangguk. Setelah tali leher dikemaskan, Hafiy membelek sekejap penampilannya di cermin. Segak berbaju kemeja hitam dan tali leher merah. Hafiy mencapai henset sebelum keluar bilik.

"Jaga diri tau! Jangan nakal2 duduk rumah". Pesanan Hafiy membuatkan isterinya tergelak kecil.

"Syu bukannya buat apa pun kat rumah ni". Balas Mariam Syuhada. Dahinya dicium lembut lalu dia bersalaman mesra.

"Abang pergi dulu".

Mariam Syuhada menghantar Hafiy pergi kerja. Sempat dia melambai manja kepada Hafiy hingga hilang dari pandangan. Sesudah itu, pintu ditutup rapat.

Harini Hafiza akan datang menjenguknya di rumah tengahari nanti. Mariam Syuhada sudah merancang ingin memasak lauk yang diminta Hafiy semalam dan juga lauk kegemaran Hafiza. Barang mentah sudah dikeluarkan di sinki. Mariam Syuhada ingin mengemas dahulu rumah sebelum memasak.

Lengan disinsing hingga ke siku. Dia mula mengemas majalah yang sedikit bersepah dan mula menyapu sampah. Mujur rumah tak besar mana, takdelah dia penat sangat! Selesai menyapu, Mariam Syuhada mencapai mop lalu mula mengemop lantai. Menjadi kebiasaan Mariam Syuhada untuk menyapu dan mengemop sekali lantai walaupun buat tiap2 hari. Umi selalu berpesan agar rumah mesti dalam keadaan bersih sentiasa barulah selesa dan tenang duduk di rumah sendiri.

Lagu yang berkumandang di radio menemani hari Mariam Syuhada. Dia bernyanyi kecil. Bilik tidur mereka menjadi tempat seterusnya untuk dibersihkan. Cadar ditepuk2 sebelum ditegangkan. Bantal juga ditepuk bagi menghilangkan habuk. Setelah itu, Mariam Syuhada mula menyapu dan mengemop bersih bilik tersebut. Sempat dia menghias meja sudut dengan bunga kertas yang baru dibeli tempoh hari. Cantik!

Mariam Syuhada mengerling jam di dinding, 10.15 pagi.

"Dah siap kemas, baru boleh masak!". Gumam Mariam Syuhada sendiri. Dia terus meletakkan penyapu dan mop di tempatnya.

Mariam Syuhada ke sinki dapur. Ayam dan udang yang sudah cair diletak didalam mangkuk sebelum dibersihkan. Menu harini adalah ayam masak kicap dan paprik udang. Kecur liur Mariam Syuhada dibuatnya.

Dia mula mengopek kulit udang bersih lalu dibasuh dan ditos ke tepi. Ayam yang sudah cair juga dibasuh bersih. Memandangkan Hafiy tak gemar kulit ayam, maka Mariam Syuhada mencabut bersih kulit ayam.

"Nasib kau la ayam!". Mariam Syuhada tergelak kecil.

Hafiy agak menjaga makanannya memandangkan dia mempunyai alahan dan rajin berjoging. Dari seketul hingga berketul2 ayam ditogelkan baju nya. Nampak bersih betul badan ayam ni!

Mariam Syuhada mula mencuci beras yang sudah diletakkan di dalam periuk nasi. Harini dia masak lebih dari biasa. Sudah itu, dia memotong bawang merah, bawang putih, halia dan juga cili api.

Lagu kasih kekasih oleh kumpulan nasyid Inteam bergema dicorong radio. Leka Mariam Syuhada menyanyi didapur seolah dia dialam sendiri. Fikirannya terbayang wajah Hafiy. Serta merta dia menguntum senyuman manis. Semuanya dibuat untuk Hafiy.

Hampir sejam Mariam Syuhada berhempas pulas memasak, akhirnya siap sudah hidangan Mariam Syuhada harini. Dia letak dimeja makan dan menyusun pinggan kemas di meja.

"Lapar pulak perut ni!". Gumamnya. Tudung saji diletak sebelum Mariam Syuhada membersihkan diri. Tinggal menunggu Hafiza untuk sampai sahaja.

***

"Bro, fail dalam ni aku letak kat stor, ea?". Ujar Aizat.

Harini mereka agak sibuk. Beberapa fail yang sudah lama perlu diasingkan ke tempat lain. Adlin dan Zikri sibuk menguruskan klien di dalam bilik kaunseling. Manakala Aizat sibuk menguruskan fail2 lama.

"Aduh! Pening kepala aku". Rungut Hafiy perlahan. Tengkuknya diusap lembut.

"Banyak tak habis lagi?".

"Hurm.."

Hafiy bersandar malas di kerusi. Mata dipejam rapat. Memandangkan sebentar lagi waktu rehat, Hafiy mengambil peluang untuk berehat dahulu.

"Assalamualaikum". Ucap Zahara perlahan.

Aizat menoleh begitu juga Hafiy. Masing2 diam tak berkata. Aizat menjawab salam di dalam hati.

"Ada apa, puan?". Soal Hafiy lembut.

Zahara muncul di pejabat Hafiy berbaju kurung dan bertudung hitam. Dia menutup sedikit wajahnya dengan kain tudung menyukarkan Hafiy memandang anak mata wanita tersebut.

"Boleh saya jumpa Encik Hafiy?". Dia bertanya. Hafiy pandang wajah Aizat meminta pengertian.

"Aku pergi belakang dulu".

Aizat beredar bersama kotak fail ditangan. Memandangkan bilik kaunseling penuh, Hafiy mempersilakan Zahara duduk di meja kerjanya.

"Boleh saya tanya kenapa Puan nak jumpa saya ni?".

Hafiy membetulkan duduk. Fail dimeja diletak ketepi. Zahara kelihatan sedih dan muram. Tudung yang menutupi sebahagian wajahnya dibuka perlahan. Kelihatan hujung bibir nya luka berdarah. Dagu nya juga luka teruk, masih berdarah. Hafiy terkedu.

"Saya dah cakap dengan encik semalam. Ni yang jadi. Nasib saya sempat selamatkan diri. Kalau tak.."

Zahara mula menitiskan air mata. Hafiy merasa bersalah kerana tak mempercayai kata2 klien nya semalam. Dia mula merasa simpati dengan keadaan Zahara.

"Maaf, saya tak sangka dia betul2..".

"Saya dah kenal suami saya macamana. Dia akan buat apa saja! Dia hampir tikam saya semalam. Saya tak sanggup lagi hidup macamni!". Esak Zahara makin kuat. Hafiy canggung. Dia menghulurkan tisu buat Zahara.

Hafiy mengeluh. Buntu otaknya nak memikirkan tentang hal ini. Dia bersandar lemah di kerusi. Wajah Zahara dipandang lama. Teruk luka di bibirnya itu.

"Dah ke klinik?".

Zahara geleng kepala laju.

"Saya takde duit nak ke klinik".

Hafiy menggeleng kepala berulang kali. Hatinya jadi panas membara dek perlakuan seorang suami yang tak tahu menjaga perlakuan dan adab pada isteri sendiri. Kalau saja Hakim ada depan mata dia, habis dikerjakan lelaki itu.

"Jom, saya bawak Puan ke klinik". Hafiy bingkas bangun dan mencapai henset. Dia sempat meninggalkan nota atas meja Aizat. Kakinya terus melangkah laju menuju ke kereta.

Dalam fikiran Hafiy, dia merasa perlu membantu Zahara dalam keadaan seperti ini. Niatnya ikhlas. Hafiy mahu agar perhubungan Zahara dan Hakim akan berakhir baik.

"Macamana Puan boleh lari dari dia?".

"Er.. saya pukul dia dengan pasu semalam. Saya takut.."

Hafiy mengeluh. Tangannya lincah memusing stereng. Mujur klinik berdekatan buka waktu begini.

"Jom, dapatkan dulu rawatan luka Puan tu. Kemudian, kita bincang pasal Puan dan suami"

Hafiy keluar dari kereta dan diekori Zahara. Setelah membuat pendaftaran di kaunter, Zahara dipanggil masuk kedalam bilik doktor.

Hafiy hanya menunggu di luar bilik. Tak betah dia menunggu lama. Sempat dia mengeluarkan henset lalu menaip sesuatu buat Aizat.

Aku lmbt msuk office.. klau ad yg cari, suh dtg lain kali.
~Hafiy~

Hafiy melirik jam di tangan, sudah sepuluh minit Zahara di dalam. Hatinya mula risau. Tak lama kemudian, Zahara keluar dari bilik doktor dengan luka yang sudah ditampal. Hafiy tersenyum.

"Sudah?".

Zahara mengangguk. Mereka ke kaunter untuk mengambil ubat sapu dan beredar. Hafiy membawa Zahara ke sebuah kedai makan. Mereka perlu berbincang mengenai hal ini.

"Saya mintak sangat puan bawak Hakim jumpa saya, kita bincang masalah ni". Cadang Hafiy sambil menghirup air teh panas.

"Saya tak boleh". Zahara menggeleng laju. Dia beriak takut.

"Puan, kalau tak sampai bila2 Puan akan hidup macamni. Puan kata Puan masih cintakan dia. Saya nak tolong puan ni".

Hafiy mengerutkan dahi. Pening betul!

"Saya.. er.. saya takut. Saya takut dia marah".

Hafiy mengeluh berat. Dia sendiri tak tahu nak buat apa lagi.

"Kalau tak, Puan mengadu pada mahkamah. Suami pukul, puan boleh tuntut fasakh".

Zahara memandang terkejut. Melopong mulutnya. Hafiy sudah kering idea. Hanya itu sahaja jalan yang terakhir boleh Zahara lakukan.

"S.. sa.. saya tak.. ter.. fikir pun macamtu".

"Habis tu? Saya mintak puan bawak suami puan, jawapannya tak. Jadi, ini je jalan lain yang puan boleh lakukan untuk lepaskan diri".

Zahara terdiam. Dia masih mencintai Hakim. Zahara tak mungkin berpisah dengan suaminya. Tapi, dia juga tak mampu nak hadapi semua ini.

"Saya.. cuba bawak dia". Zahara memberi kata putus.

Dalam hati, dia berdoa agar Hakim bersetuju dengan cadangan untuk berjumpa kaunselor. Zahara sentuh hujung bibir yang luka. Pedih terasa. Setitis air mata menitis di pipi.

"Sakit?".

Zahara senyum kelat. Nasib masih ada yang baik padanya. Zahara pandang lama wajah Hafiy yang sedang menikmati air teh nya. Kenapa Hakim tak seperti Hafiy? Kenapa hidupnya mesti menjadi seperti ini?

*

5 bulan lepas,

"Abang dah beli ke belum yang saya suruh?". Zahara bersuara dengan nada yang agak tinggi. Dipandang suami disebelah.

"Abang belum gaji lagi".

Zahara mencebik.

"Kalau nak ikut belum gaji abang tu, sampai bila kita nak macamni?". Perli Zahara. Baju yang sudah dilipat, dimasukkan kedalam almari baju.

"Ara sabar dulu, boleh? Abang tengah berusaha ni".

Zahara menjeling tajam Hakim. Dia berlalu ke dapur sambil mulutnya terkumat kamit merungut.

"Ada suami tapi langsung tak bagi isteri kesenangan, baik tak payah ada! Menyusahkan aje!".

Habis pinggan mangkuk dihempas kuat oleh Zahara. Hatinya sebal. Permintaan untuk mendapatkan gelang baru tak tertunai. Dia cemburu dengan jiran sebelah menyebelah yang cukup segala keperluan. Tapi dia? Seurat gelang pun belum ada!

"Menyesal kahwin!". Sambungnya lagi.

Hakim yang mendengar jelas rungutan Zahara, segera menjawab.

"Abang ni cuba sedaya upaya nak bagi keselesaan buat Ara. Tak boleh ke Ara sabar and support abang? Dulu, masa mula2 kahwin, Ara kata sanggup susah dengan abang. Tapi kenapa sekarang macamni?".

Hakim mengeluh berat. Dia meraup wajahnya berulang kali.

"Abang tak boleh fikir ke? Berapa lama kita kahwin, abang tak pernah bagi apa2 kat Ara. Tak cukup2 ke duit gaji abang tu?". Marah Zahara. Dia menyilang tangan ke dada.

"Ara! Jangan biadap!".

"Bukan Ara biadap, abang tu yang tak boleh nak terima kenyataan!". Balas Zahara lantang. Sebal hatinya.

"Abang masih boleh sabar dengan Ara! Jangan sampai satu hari nanti abang dah tawar hati dengan perangai Ara ni!".

"Cuba lah! Ara tak heran la! Kalau abang boleh bagi Ara kesenangan takpe jugak!".

"Ara!".

Jerit Hakim kuat. Menggeletar suaranya dek menahan marah.

Hakim sesak!

*

"Puan? Puan ok ke?".

Zahara terkejut. Hilang bayangannya sebentar tadi. Dia membetulkan duduk. Hatinya sedikit terkesan dengan bayangan dahulu. Memang dia yang bersalah. Zahara punca suaminya berubah arah. Kerana Zahara, perhubungan dia dan Hakim tak seindah diawal perkahwinan.

"Puan teringat apa?". Hafiy sengaja mengorek rahsia. Wajah Zahara dipandang lama.

"Entahlah! Saya teringat pasal dulu.."

Hafiy terdiam. Dia sendiri tak pasti cerita yang terjadi, tapi yang pasti dia tahu kedua2 mereka bersalah dalam perhubungan ini.

"Sabar, puan. InsyaAllah semua akan kembali pulih. Jadi, saya harap esok suami puan dapat datang jumpa saya. Boleh ye, puan?".

"InsyaAllah. Terima kasih, Encik Hafiy. Saya bersyukur dapat bantuan dari encik. Erm.. berapa bil hospital? Saya bayar balik nanti bila ada duit".

"Tak payah! Saya belanja. Jangan risau, Puan. Erm, jom saya hantar puan balik. Lama dah kita kat sini".

Hafiy mula bangun menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Zahara masuk ke dalam kereta. Dia menunjukkan arah jalan ke rumahnya tapi berhenti hanya di simpang jalan sahaja. Bimbang Hakim ternampak dia berdua dengan Hafiy. Setelah mengucapkan terima kasih, Zahara berjalan pulang ke rumah.

Hafiy mula memandu pulang ke pejabat. Dalam dia tak sedar, Hakim yang baru pulang dari kedai sudah menyaksikan segalanya. Dia mengecam wajah Hafiy dibalik rimbunan pokok. Hakim mengepal penumbuknya.

"Tu rupanya jantan tak guna tu!". Gumam Hakim geram.

Hatinya membara. Langkah dihayun laju ke rumah. Zahara perlu diberi pengajaran!

Hafiy yang langsung tak perasan apa2 segera memecut laju ke pejabat. Hatinya sedikit risau, bimbang Hakim akan bertindak lebih lagi harini.

Sampai sahaja di pejabat, orang pertama yang akan bertanya pastilah Aizat. Tak sempat Hafiy nak mengambil nafas, dah bertubi2 soalan yang keluar. Hafiy menggeleng kepala berulang kali.

"Bagi aku duduk dulu la!". Rungut Hafiy. Dia melonggarkan tali lehernya sedikit.

"Cerita la cepat!". Desak Aizat. Dia duduk berhadapan Hafiy. Tekun!

"Dia kena belasah dengan laki dia semalam". Cerita Hafiy lemah. Dahinya yang berpeluh dilap.

"Serius? Habis, kau buat apa?". Aizat terlopong. Tak sangka klien Hafiy kali ni agak teruk.

"Buat apa? Aku suruh dia bawak laki dia datang, dia taknak. Nak buat macamana lagi?". Hafiy mengeluh. Dia pun buntu dah nak membantu. Dahinya dipicit lemah.

"Kalau dah macamtu, mintak fasakh jelah! Senang". Selamba Aizat menjawab. Dia pula yang merasa bengang.

Kalau nak diikutkan Hafiy, itu je jalan terbaik buat Zahara. Tapi, dia tak boleh nak memaksa klien nya berbuat seperti itu.

"Aku pun tak tau lah. Esok ni aku dah suruh dia bawak laki dia datang. Tengok la kalau boleh selesaikan elok2 esok ni".

"Iyelah, Encik Hafiy!". Ujar Aizat. Kawannya itu percaya akan kebolehan Hafiy menguruskan hal seperti ini. Kalau tak, takkan la dia jadi kaunselor sekarang.

Hafiy terus menyambung kerja yang tertunggak. Sempat dia menelek henset sebelum fokus pada kerjanya. 2 mesej dari Mariam Syuhada diterima belum berbalas. Hafiy segera menjawab. Rindu pula pada isterinya itu.

***

"Syu! Rindunya kau!".

Kehadiran Hafiza tengahari itu disambut meriah. Dia memeluk erat Mariam Syuhada. Wajah kawannya yang ceria dipandang lama.

"Jom, masuk! Lama tak borak dengan kau". Mariam Syuhada mengajak masuk. Pintu ditutup rapat.

"Wah, sedapnya bau! Masak special ke?". Usik Hafiza.

Bau aroma paprik kegemarannya menusuk ke rongga hidung. Hafiza melabuhkan punggung di sofa.

"Nanti kita makan sama2. Eh, siapa hantar tadi?".

"Ah? Er.. tunang aku".

"Wah! Sekarang dah pandai berhantar pulak!". Mariam Syuhada mencuit lengan kawannya. Dia teruja.

"Dia yang beriya nak hantar. Ni, kau sorang2 jelah kat rumah?".

"Hurm.. siapa lagi nak ada! Aku ajelah".

Hafiza mengangguk faham. Matanya meliar memandang keseluruhan ruang tamu Mariam Syuhada. Cantik dan kemas!

"Cantik la rumah kau!". Pujinya. Suka dia melihat hiasan ruang tamu ini.

"Hafiy yang uruskan. Aku pun teruja gak masa awal2 masuk tu".

Hafiza tergelak kecil. Beruntung Mariam Syuhada mendapatkan Hafiy.

"Er.. tadi aku nampak Hafiy dengan sorang perempuan kat kedai mamak. Nak tegur tapi macam sibuk bincang aje". Ujar Hafiza tenang.

Berubah wajah Mariam Syuhada seketika. Perempuan? Dia tersenyum kelat.

"Klien dia la tu. Dia kan uruskan hal2 yang melibatkan suami isteri". Jawab Mariam Syuhada, cuba menenangkan diri juga.

"Tulah! Khusyuk betul berbual. Aku nak tegur, macam tak sedap pulak. Perempuan tu pun macam sedih aje aku tengok!".

Hatinya berdegup laju. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata2 Hafiza. Dia ingin tahu identiti wanita itu.

"Eh, apa cerita kau dengan mamat tu? Bila nak langsung nya? Aku tak sabar ni". Mariam Syuhada menukar topik. Bantal dipeluk ke dada.

"Ish, kau tanya pulak! Malu aku". Hafiza pura2 malu. Bahu kawannya dicuit lembut.

"Gedik!".

Mereka tergelak kecil. Hafiza mengeluarkan henset dan menunjukkan gambar bakal suami nya. Bertambah teruja Mariam Syuhada.

"Seronok la kau! Handsome kot!". Puji Mariam Syuhada.

Hafiza tersenyum manis. Henset diletak diatas meja. Dia bersandar di kerusi.

"Boleh la. Ni pun dia dah tanya aku bila nak buat majlis".

"Kau tu jangan la lambat2! Suka sangat tangguh2". Marah Mariam Syuhada. Sibuk benar kawannya itu!

"Aku belum ready la. Nanti homestay tu siapa nak urus?".

"Laa.. kau la urus! Sementara ni suruh la anak buah handle. Kau urus pasal kahwin. Ala.. tak lari mana la homestay tu!".

Hafiza mencebik.

"Nanti aku fikirkan ya! Kau doakan la aku pun akan kahwin macam kau and dimudahkan urusan".

"Ameen!".

"Eh, jom la makan! Aku lapar la". Rengek Hafiza manja. Perutnya sudah mula berkeroncong merdu.

"Ok, jom! Harini aku masak special untuk kau!".

Mereka beriringan ke meja makan. Tudung saji dibuka. Terserlah aneka makanan diatas meja. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Hafiza lantas duduk dan mula mencapai pinggan.

"Sedap nampaknya! Cepat la Syu oi! Aku lapar gila ni". Hafiza tergelak kecil. Kecur liur nya memandang makanan yang tersedia.

"Tak menyempat!".

Perli Mariam Syuhada. Pinggan ditangan Hafiza diambil lalu disenduk nasi panas. Setelah itu, Mariam Syuhada menuang air oren ke dalam gelas.

Dia juga menceduk nasi untuk diri sendiri. Perutnya juga minta diisi sejak tadi. Aroma paprik menggamit nafsu makannya.

"Erm.. sedap nya!". Puji Hafiza. Sesuap nasi masuk ke dalam mulut terasa begitu nikmat sekali.

"Sedap ke? First time buat ni".

Hafiza mengangkat tangan menunjukkan tanda 'thumbs up'. Mariam Syuhada tersenyum bangga. Dia mula menyuap nasi ke dalam mulut. Sedap!

"Sedap kan? Tulah, aku cakap tak percaya".

Hafiza meneruskan suapan. Dia tambah udang ke dalam pinggan.

"Beb, apesal ayam kau licin sangat kulitnya? Flawless gila!". Hafiza mengangkat seketul ayam peha di dalam mangkuk. Terhambur gelak Mariam Syuhada. Mujur tak tersembur nasi di dalam mulut.

"Kau ni! Nasib aku tak terburai kat sini!". Marah Mariam Syuhada. Dia masih tak berhenti gelak.

"Salah ke aku cakap?". Kepala digaru.

"Hafiy tak makan kulit. Tu pasal aku buang habis". Jawabnya setelah reda tawa. Air oren diteguk perlahan.

"Pelik nya! Kulit la sedap".

"Laki aku tu jaga badan! Acah2 fit la tu".

Hafiza tergelak kecil. "Konon la?".

"Hirm.. malas nak layan!".

Mereka ketawa lagi. Sakit perutnya menahan tawa yang tak berhenti. Nasib tuan badan tiada. Kalau tak, masak la kena bebel! Mariam Syuhada tersenyum sendiri.

"Eh, kejap lagi aku kena balik tau. Mak aku mintak bawak dia beli barang".

Mariam Syuhada memuncung. Sekejap sangat mereka dapat berjumpa. Tak puas rasanya.

"Kejap nya".

"Hurm.. tulah! Aku janji lain kali aku jumpa kau lagi. Tak pun, kau tu rajin2 datang tempat aku! Nanti aku bagi diskaun". Ujarnya separa berbisik.

"Diskaun?".

Hafiza mengangguk lagi. "Harga kasih sayang".

"Baik kau bagi aku free!". Bidas Mariam Syuhada.

"Free tak boleh la! Aku pun nak niaga jugak". Ujarnya. Mariam Syuhada tersengih.

"InsyaAllah, nanti aku ajak suami aku datang bercuti situ".

Hafiza teruja. Tak sabar dia ingin meraikan pasangan pengantin baru ini di homestay miliknya. Hafiza pasti akan membuat sesuatu yang istimewa untuk diingati mereka nanti.

Usai makan, Hafiza meminta diri untuk pulang. Mereka bersalaman dan berpelukan mesra.

"Jumpa lagi! Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam! Hati2 tau!". Pesan Mariam Syuhada.

Kereta tunangnya sudah sedia di luar pagar. Mariam Syuhada sempat menjeling pandang susuk wajah lelaki tersebut. Nampak segak bercermin mata hitam. Mariam Syuhada melambai Hafiza hingga bayangannya hilang dari pandangan.

Kini, Mariam Syuhada kembali sunyi. Dia menutup pintu rapat sebelum mengemas meja makan.

"Kemas lagi". Gumamnya.

Pinggan kotor di sinki dibasuh bersih. Meja makan dilap dan menutup lauk dengan penutup saji. Setelah berpuas hati, Mariam Syuhada mengambil tempat di sofa bagi merehatkan badan.

Satu hari Hafiy tak menghantar mesej padanya. Sibuk sangat ke Hafiy? Teringat perbualannya dengan Hafiza tadi. Hatinya kembali melonjak2 ingin tahu gerangan wanita yang bersama suaminya.

Mariam Syuhada capai henset di meja. Dia mula menghantar mesej kepada Hafiy.

Abg buat ap? Sibuk?
~syu~

Mariam Syuhada menunggu sementara Hafiy menjawab mesejnya. Hampir lima minit menunggu, tiada mesej masuk diterima. Mariam Syuhada pelik.

"Takkan lama sangat keluar?". Rungutnya. Kali ini, dia cuba lagi menghantar mesej kepada suaminya.

Abg sibuk ye?
~syu~

Mariam Syuhada menunggu sebentar. Mujur Hafiy menjawab kali ini. Mariam Syuhada segera membaca.

Abg xprasan msj Syu masuk. Sorry. Abg sibuk sgt. Byk fail brtimbun. Abg rndu Syu.
~hafiy~

Mariam Syuhada tersenyum manis. Baru lega hatinya.

Ok! Syu pun rndu abg. Fiza bru blek. Dia krm slm kt abg
~syu~

Ok Syu. Tkecare. Nnt ptg abg blk. Syg syu.
~hafiy~

Mariam Syuhada tersenyum manis. Dari duduk, dia terus berbaring. Mesej dari Hafiy dipandang lama. Bila la nak petang ni! Tak sabar nak jumpa Hafiy.

"Eei,, angau lebih dah aku ni!". Mariam Syuhada mengetuk dahinya perlahan.

Badannya letih. Dia ingin melelapkan mata sekejap sementara menanti waktu zohor.

***

"Assalamualaikum! Syu.. oh Syu!".

Hafiy buka kasut lalu membuka pintu rumah. Ruang tamu sunyi. Kelibat isterinya tak kelihatan. Hafiy duduk di sofa sambil merehatkan badan nya yang letih. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Harini dia agak lewat dari biasa. Mujur saja kerjanya yang bertimbun sudah habis disiapkan.

Hafiy melelapkan mata sebentar. Fikirannya terkenang tentang Zahara. Apa yang bakal terjadi pula malam ni. Belum pernah sebelum ini Hafiy terlalu merisaukan keadaan klien yang datang. Mungkin disebabkan keadaan Zahara yang terlalu teruk menyebabkan Hafiy terlalu mengambil berat. Mungkin?

"Abang? Baru sampai ke?".

Tegur Mariam Syuhada lembut. Dia masih lagi bertelekung. Tangan Hafiy disalam mesra.

"Hurm. Baru je. Syu solat ke tadi?".

"Tak. Syu tengah baca manzil. Sorry, tak dengar. Abang dah makan?".

Hafiy menggeliat sebelum menjawab pertanyaan isterinya. "Belum. Lapar ni".

"Lapar, ye? Kejap Syu panaskan lauk".

Mariam Syuhada bangun terus ke dapur. Lauk ayam masak kicap dipanaskan. Air teh juga dipanaskan sementara menunggu lauk mendidih.

"Erm..sedapnya bau. Syu pergilah tukar telekung tu. Takpe, abang tengok lauk ni".

Mariam Syuhada tersenyum sebelum ke bilik tidur. Telekung digantung kemas di hanger.

Hafiy mengacau lerlahan lauk yang sudah mendidih. Api ditutup. Perutnya sudah terasa lapar. Bau lauk kicap menusuk ke rongga hidung. Tak sabar dia ingin menjamah.

"Abang nak nasi banyak ke?". Soal Mariam Syuhada yang baru masuk ke dapur. Pinggan diambil.

"Banyak please! Abang lapar ni".

"Okay!".

Nasi diceduk ke pinggan Hafiy. Air yang sudah menggelegak dituang ke cawan. Semuanya diletakkan fail atas meja makan. Hafiy mengambil tempat duduk lalu mula menyuap nasi ke mulut.

"Sedap! Pandai Syu masak". Puji Hafiy. Memang terasa sedap lauk ayam masak kicap ni.

"Terima kasih! Hafiza kata ayam kita flawless".

Hafiy mengekek gelak. Lucu mendengar usikan Hafiza. Seketul ayam dipinggan diangkat.

"Tulah, flawless betul!".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Seronok dapat melihat Hafiy berselera makan. Langsung tak toleh kiri kanan.

"Syu sediakan baju abang kejap".

"Eh, tak payah! Duduk je teman abang". Hafiy tersenyum manis. Mariam Syuhada menopang dagu memandang Hafiy.

"Kerja ok?".

"Hurm.. penat nya tak payah cakap la". Luah Hafiy. Ayam kedua diambil lalu diratah.

"Tadi Fiza cerita nampak abang kat kedai mamak dengan seorang perempuan. Siapa?". Mariam Syuhada mula mengorek rahsia. Hafiy terdiam. Suapannya terhenti.

"Klien".

Mariam Syuhada mengangguk. Bibirnya diketap kuat. Mariam Syuhada cuba mengusir segala prasangka buruk.

"Nak abang cerita?". Soal Hafiy lembut. Dia tak mahu isterinya terasa dengan dirinya.

"Kalau abang tak kisah". Tenang Mariam Syuhada menjawab.

Wahai hati, bersangka baik lah!

"Dia klien baru abang. Ngadu pasal rumahtangga diorang. Laki kaki pukul. Semalam dia cuba pujuk laki dia untuk datang kanseling tapi end up dia kena belasah. Teruk jugak. Abang bawak dia ke klinik tadi and belanja makan. Kitorang bincang pasal dia. Syu jangan salah faham pulak". Hafiy menerangkan panjang lebar.

"Erm.. abang dah terangkan, buat apa Syu nak salah faham pulak". Dia tersenyum manis. Lega hatinya kerana tahu perkara sebenar.

"Thanks, sayang. Abang nak tolong aje, tak lebih dari tu. Syu kena faham kerja abang, ok?".

"Of course Syu faham! Abang tak payah risau la. Syu tak kisah. Syu percaya abang boleh handle semua tu".

Hafiy tersenyum manis memandang isterinya. Beruntung dirinya mendapat Mariam Syuhada sebagai isteri. Pinggan kosong diletak ke tepi.

"Nama dia Zahara".

"Ohh.. Zahara". Mariam Syuhada menggumam. Sedap nama tu!

"Er.. abang dah sudah. Alhamdulillah, kenyang sangat! Abang nak mandi dulu. Nanti kita isyak sekali".

Mariam Syuhada mengangguk. Pinggan suaminya dibawa ke sinki. Dia mula mencuci sementara Hafiy membersihkan diri. Sesudah itu, Mariam memperbaharui wudhu nya. Lagi lima minit isyak akan masuk. Sejadah buat suaminya sudah siap dibentangkan. Sementara menunggu, Mariam Syuhada sempat membaca Al quran. Jiwanya kembali tenang.

"Syu, tunggulah abang!".

Mariam Syuhada menutup Al quran. Wajah Hafiy dipandang. "Satu muka je. Nanti kita ulang balik".

Hafiy tersenyum. Rutin yang Hafiy cuba amalkan dalam kehidupan mereka adalah dengan membaca Al quran bersama2. Sekiranya ada masa terluang, mereka berdua akan bersama2 duduk dan memperdengarkan bacaan masing2. Selalunya, Hafiy akan lebih mendengar bacaan Mariam Syuhada dan membantu isterinya menghafal surah2 lazim di dalam Al quran.

"Ni kopiah abang". Mariam Syuhada menghulurkan kopiah kesayangan suaminya.

Mereka bersedia untuk menunaikan solat. Surah An Nas dibaca dahulu sebelum mengangkat takbir. Hafiy pernah bagitau, kalau baca surah tu sebelum mula mengangkat takbir, InsyaAllah akan dijauhkan dari gangguan syaitan ketika solat. Mariam Syuhada mula mengikut imam. Hafiy mengangkat takbir. Dimulakan dengan bacaan Al fatihah yang sungguh merdu. Penuh bertajwid dan khusyuk sekali bacaannya.

Solat isyak disudahi dengan salam dan bacaan doa. Mariam Syuhada paling gemar apabila Hafiy membaca doa. Suaranya mampu meresap ke segenap urat nadi nya. Penuh menghayati dan mendalam doa yang dipohon. Hafiy tak lupa agar mendoakan kehidupan rumahtangga mereka sentiasa mendapat berkat dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Mariam Syuhada mengaminkan dengan penuh harapan.

Sesudah itu, dia mencapai Al quran buat dirinya dan Hafiy. Surah Al baqarah dibuka. Mariam Syuhada menyambung bacaan semalam. Satu persatu ayat suci Al quran itu disebut. Hafiy tekun mendengar. Sesekali dia akan membetulkan bacaan Mariam Syuhada jika tersalah. Sedap suara isterinya. Sejuk hati Hafiy mendengar. Setelah itu, giliran Hafiy pula menyambung bacaan Mariam Syuhada. Lebih sedap suaranya mengalunkan bacaan tersebut. Langsung tiada salah. Mereka melanjutkan dengan hafalan Mariam Syuhada. Semalam dia sudah lepas menghafal surah An Naba. Harini Mariam Syuhada menyambung kepada surah An Nazi'at. Tekun dia menghafaz dan mengikuti formula yang diberikan oleh Hafiy.

Sejam berlalu, Mariam Syuhada mula menguji bacaannya. Hafiy tekun mendengar hafazan Mariam Syuhada. Harini isterinya langsung tak tersasul seperti semalam. Mungkin isi ayat yang lebih ringan membuatkan Mariam Syuhada mudah untuk mengingati.

"Macamana? Ada improvement tak?". Soal Mariam Syuhada setelah selesai. Quran ditutup lalu diletak kedalam almari.

"Alhamdulillah, bagus. Isteri abang dah makin lancar. Esok kita terus ke surah lain".

Seronok hatinya mendengar pujian. Kembang kuncup hidungnya bila dipuji sebegitu. Tak sabar rasanya nak menghabiskan juzuk 30 secepat mungkin.

"Seronoknya!".

Hafiy tersengih. Lucu melihat wajah isterinya teruja. Mariam Syuhada mendekati Hafiy.   

"Syu mintak maaf". Ucapnya seraya bersalaman dengan Hafiy. Dahi Mariam Syuhada dikucup lembut.

"Abang pun minta maaf. Harini abang balik lewat, tak dapat nak layan Syu lama2".

Mariam Syuhada bangun lalu membuka telekung yang dipakai. Dia gantung kemas di hanger.

"Takpe, abang kan kerja. Syu ok la".

Mereka duduk di birai katil. Hafiy menggenggam erat tangan Mariam Syuhada. Rindu benar dengan isterinya.

"Ada apa2 nak cerita kat abang?".

"Erm.. cerita? Takde kot". Dia bermain dengan urat tangan Hafiy.

"Hafiza datang sorang ke?".

"Hurm.. sorang je. Tu pun kejap sangat sebab dia ada hal. Abang, dia nak kahwin tau! Cuma tak ada tarikh lagi". Mariam Syuhada kembali teruja.

"Iye ke? Suruh dia cepat sikit. Nanti boleh main dengan anak kita sama". Usik Hafiy. Tergelak kecil Mariam Syuhada mendengar.

"Bila pulak kita ada anak?".

"Nanti lah! Syu taknak ke?". Hafiy sengaja membuat muka pelik.

"Nak lah! Bukan apa, gaya abang cakap tu kelakar".

"Tang mana kelakar tu? Macam tak pun".

Mariam Syuhada mencubit perut suaminya. Suka mengusik. Hafiy tersenyum suka.

"Abang rindu Syu harini. Rindu abang tak?".

Mariam Syuhada merona malu. Bibirnya menguntum senyuman.

"Rindu tak?". Hafiy soal lagi. Sengaja nak menguji Mariam Syuhada. Bukan dia tak nampak wajah merona isterinya.

"Hurm.."

"Haa? Tak dengar la".

Mariam Syuhada angkat wajahnya. Dia mencubit kuat pipi Hafiy.

"Rindu!".

Sepatah perkataan yang sentiasa tersemat di dalam hati Mariam Syuhada.

Hafiy teruja. Tak lepas dia memandang wajah isterinya.

"Tadi mak call abang, dia kirim salam dekat Syu. Dah rindu mak kat menantu dia ni". Hafiy mencebik. Mariam Syuhada tersengih.

"Syu pun rindu mak juga! Tadi pun Syu ada mesej umi. Dia pun sihat and rindu menantu dia ni!". Mariam Syuhada cuit lengan suaminya.

Masing2 cemburu bila mak sendiri lebih rindukan menantu dari anak kandung. Hafiy mengekek gelak.

"Abang pun rindu umi. Hujung minggu ni kita balik jenguk diorang, eh? Abang rindu mak".

"Ok, Syu ikut aje".

Hafiy tersenyum. Tubuh isterinya dipeluk erat. Lama mereka mendiamkan diri dan memanfaatkan masa bersama.

"Abang cintakan Syu".

Perlahan dia mengucapkan kata2 hikmat itu. Mariam Syuhada tersenyum bahagia.

Ya Allah! Jangan kau pisahkan aku dan suamiku. Sesungguhnya, dia cinta matiku.

***

  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience