CHAPTER 44

Action Series 136588

Telefon bimbit yang berada dalam genggaman tangannya di tilik beberapa kali. Bibir bawahnya di gigit kuat. Cuba menahan rasa sakit di hati. Air mata yang mula bertakung di birai mata di biarkan begitu sahaja.

Mesej yang diterimanya sejak semalam dibaca beberapa kali. Hatinya berbelah bagi. Antara ingin percaya atau tidak. Thea memandang sekeliling sebelum tangannya naik menyapu air matanya yang mula mengalir keluar itu. Tidak mahu ibu mentuanya menyedari keadaannya.

Sejak semalam dia bermalam di rumah itu bersama ibu bapa mentuanya. Dan sepanjang itu juga kelibat suaminya langsung tidak kelihatan. Kehilangan kelibat Emeer membuatkan Thea makin percaya dengan mesej yang di terimanya itu.

Dia melepaskan keluhan berat. Kepala mula terasa berdenyut.

Ting! Ting!

Go to the backyard, take a box at the gates. Suprise for you, Mrs. Emeer.

Unknown

Dahi Thea mula berkerut. Dia memandang sekeliling kawasan taman yang terdapat di sebelah kiri halaman rumah itu. Beberapa orang bodyguard kelihatan berkawal di bahagian hadapan dan seorang lelaki berada 100 meter daripadanya.

Ting! Ting!

Semua jawapan ada dalam box itu. You only have 5 minutes before you lost it, Mrs Emeer.

Unknown

Mesej kedua yang diterima olehnya betul-betul berfikir dua kali. Hati melarang tapi lain pula tindakan badan apabila dengan perlahan dia bangun dari kerusi itu dan melangkah ke belakang rumah.

Kepala di toleh sekilas ke arah bodyguard yang berhampirannya sebelum dia mempercepatkan langkahnya.

Apabila kakinya mula menghampiri pintu pagar kecil, hatinya mula berdengup kencang. Namun kotak sederhana besar yang berada di betul-betul hadapan pintu pagar itu lebih menarik perhatiannya.

"Bismillah.."

Tangannya terus membuka pintu pagar itu. Kaki melangkah keluar sambil mata mengawasi keadaan sekeliling. Kotak di hadapanny di ambil lalu tanpa menunggu lama dia terus membuka isi kotak tersebut.

GOTCHA!

Pap!

Kotak yang berada di tangan Thea terlepas. Mata Thea membulat. Kakinya meronta kuat apabila tubuhnya di tarik secara tiba-tiba dari arah belakang dan di bawa masuk ke dalam sebuah kereta yang sudah tersedia di situ.

Dengan kasar tubuhnya di tolak masuk ke dalam kereta tersebut sebelum ia memecut lagi meninggalkan perkarangan rumah mentuanya.

"Let me go!" Jerit Thea kuat sambil kaki cuba menendang lelaki di hadapannya itu.

"Shut the hell up!"

Pang!

Serentak itu juga pipi Thea di tampar kuat oleh lelaki itu akibat terlalu geram. Tindakan lelaki itu yang tiba-tiba buat Thea tidak dapat mengelak menyebabkan kepala terhantuk di pintu kereta. Thea mula tidak sedarkan diri.

Lelaki tadi mendengus.

"Drive faster, Carlos!" Topeng yang tersarung di kepalanya dibuka. Rambut yang terjuntai di lurut kasar ke belakang. Wajah Thea yang tidak sedarkan diri itu ditenungnya sekilas sebelum telefon bimbit yang sedang berdering dari tadi itu ambil dari poket seluarnya. 

"Kau nak apa?!" 

"Apa yang kau cuba buat ni, bangang?! Kau memang nak mati ke?" Suara abangnya kuat kedengaran di talian.

"Kau tak payah nak ajar apa yang aku perlu buat. I know what to do." Dia mula berdecit geram.

"Jangan nak jadi bodoh boleh tak?! Jangan sampai Grand Pa tahu apa yang kau buat sekarang ni." 

Sebelah tangannya dikepal kuat. Rahangnya diketap kuat. Dia benci bila semua orang anggap dia seperti budak-budak yang perlu di ajar apa yang perlu dibuat. Dan dia tidak suka apabila nama datuknya disebut-sebut

"Like i said, I DON'T FUCKING CARE!" Talian terus dimatikan.

Thea yang tidak sedarkan diri dipandangnya tanpa sebarang riak.

"Thea Hazel Tengku Hafiez. I will make sure I will get what's mine." Bisiknya.

?

Sebaik sahaja matanya dibuka, rasa sakit mula menyegat di bahagian kepala dan birai bibirnya. Tangannya naik memegang bahagian tepi bibirnya yang pecah itu.

"Auchh.."

Matanya mula memandang sekeliling bilik yang kelihatan asing itu. Susunan perabut yang bertemakan English Contemporary itu kelihatan menarik perhatiaannya. Namun semuanya hanya untuk seketika apabila matanya tertacap pada kakinya.

Mata Thea mula terbeliak apabila melihat kakinya dipasangkan dengan rantai besi yang di pasang pada tiang katil besi itu. Bunyi nyaring rantai besi yang berlaga dengan katil itu memenuhi ruang bilik itu.

"Help! Help! Let me go!"

Tanpa sedar kelakuan Thea itu turut dilihat di skrin telefon bimbit yang memaparkan rakaman CCTV yang terdapat di dalam bilik yang di duduki oleh Thea.

Mata hitam pekat itu tajam menembusi skrin telefonnya. Tangan ditongkatkan ke dagunya. Melihat keadaan Thea yang dirantai itu belum cukup untuk puaskan hatinya.

"I promise I will make you pain and suffer to be a part of Tengku Hakimi's heirs." Bibirnya tersungging senyum.

Tiada siapa yang halang dia untuk buat apapun walaupun abangnya sendiri. Dan dia sendiri tidak sabar melihat sepupunya itu terseksa.

Sebahagian rancangannya hampir berjaya. Hanya tunggu masa untuk bertindak sahaja. Dan dia juga akan pastikan apa yang dia buat adalah berbaloi.

Bam!

Lamunannya terhenti apabila pintu pejabat mininya dirempuh kasar oleh abangnya. Wajah bengis lelaki di hadapannya itu dipandangnya tajam.

"What the hell is wrong with you, Dayyan?! Kau gila ke?!" Jerkah Tengku Damien sambil tangannya terus mecengkam kuat kolar baju adiknya.

Dia tidak sangka adiknya akan bertindak sebegitu sekali dan segila itu.

"I'm doing the right thing. Aku tahu apa aku buat. Kau jangan masuk campur." Balas Tengku Dayyan selamba.

Bukk!

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Semua benda bodoh yang kau buat tu, aku yang terpaksa cover. Kau jangan sampai Grand Pa sendiri masuk campur. Lepaskan Thea. Uncle Hafiez will be arrived in real, soon." Tubuh adiknya di tolak kasar.

Kedua belah tangan meraup wajahnya. Serabut. Itu yang dirasakan saat itu. Dan makin serabut apabila Emeer mula kerahkan anak-anak buahnya untuk mencari isterinya. Dan dia pasti benda itu tidak akan mengambil masa yang lama bagi seorang Emeer Hayyes.

"Too late. He and his wife will not landing in safely." Jawapan Tengku Dayyan itu buat abangnya tersentak.

Tengku Damien memandang adiknya yang sedang merokok itu dengan pandangan tidak percaya.

"What you just say? What have you done, Dayyan?!"

Jantungnya mula berdegup kuat menanti jawapan yang keluar dari bibir lelaki itu. Dia tidak sanggup untuk memikirkan apa yang sedang bermain di fikirannya.

Tengku Dayyan melihat sekilas jam dipergelangan tangannya sebelum bibirnya naik terukir senyuman sinis.

"Nama Tengku Hafiez tak akan wujud lagi dalam kamus hidup keluarga Tengku Hakimi. And this is must be fun. I can't wait for it. Aku tak sabar nak tengok drama anak beranak Tengku Hakimi nanti dan juga reaksi anaknya, Thea Hazel."

Tengku Damien ketap rahangnya kuat.

"Tak guna!"

Bukk!

Tanpa menunggu sesaat, Tengku Damien terus menumbuk kuat rahang adiknya. Mukanya yang putih itu kelihatan kemerahan. Menahan marah yang mula menguasai dirinya.

"You have to pay for what you did."

Tengku Damien terus berlalu dari situ dengan rasa amarah yang masih belum bersisa.

Tengku Dayyan berdesis kecil. Tidak sangka abangnya akan bertindak begitu. Setelah sekian lama dia tidak melihat wajah kemarahan abangnya dan hari ini dia berjaya buat Tengku Damien marah.

Teringat dengan wanita yang berada dalam kurungannya itu, dia terus bangun dan keluar dari pejabatnya.

Kakinya melangkah ke tingkat bawah dimana terletaknya Thea Hazel. Sampai sahaja di hadapan bilik itu, tangannya terus memulas tombol pintu.

"Hello, my dear Thea Hazel." Sapanya dengan senyuman sinis terukir di bibir.

Thea tergaman sebaik sahaja melihat wajah lelaki di hadapannya itu. Wajah yang amat dikenalinya. Dia seakan kaku di tempat duduknya itu. Tiada sepatah kata yang terungkap di bibirnya.

"A--awak??" Hanya perkataan itu yang terkeluar di bibirnya.

"What? Miss me, huh?" Tanya Tengku Dayyan sarkastik. Kakinya perlahan mendekati Thea.

Gulp!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience