Rate

Bab 55 Mengidam?

Romance Completed 278306

Sedang Anis Umairah mengerjakan kerja sekolahnya pada malam itu, tiba-tiba perasaannya merasa lain... fikirannya cuma memikirkan ais krim vanilla oreo. Dia teringat siang tadi, melihat iklan ais krim vanilla oreo kat  tepi jalan sepulangnya dari sekolah. Boleh ke dia minta dengan Adib? Adakah Adib Umair akan mengikuti permintaannya yang terasa aneh ini?

"Abang, boleh tak abang belikan Anis sesuatu?" Anis Umairah memandang Adib Umair yang sedang menyandarkan dirinya di atas katil mereka sambil khusyuk melakukan sesuatu pekerjaan di laptopnya.

Kening Adib Umair tertaut melihat isterinya menatapnya dengan sayu seperti menginginkan sesuatu. Dia terus sahaja mengalihkan perhatiannya memandang isteri kesayangannya itu.

"Honey nak apa?" Ia bertanya pada Anis Umairah yang tengah duduk di meja belajarnya sejak sejam yang lalu.

"Anis teringin nak makan ice cream vanilla oreo, tekak ni teringin pula..." Ucapnya sambil menelan air liur.

"Honey nak makan ice cream vanilla?" Adib Umair terkejut mendengar keinginan Anis Umairah.

Anis Umairah mengangguk perlahan membenarkan.

"Ha'ah, Anis nak sekarang." Tak nak bertangguh.

"Boleh tak kalau esok saja sayang? Sekarang ni dah jam10.30 malam, abang fikir tak baik makan ice cream malam-malam cam ni." Bukan Adib Umair tak mahu tunaikan, tapi hari dah larut malam, sepertinya tak elok ibu mengandung makan ais krim tengah malam.

Mata Anis Umairah berkaca-kaca mendengar ucapan Adib Umair tadi, kenapa hatinya merasa sakit? Hatinya bagai di hiris sembilu. Lagipun inilah kali pertama dia meminta.

"Honey kenapa?" Adib Umair terkejut dan panik melihat air mata Anis Umairah yang mula berdesakan ingin keluar ke kolam air matanya.

"Anis nak makan ice cream vanilla oreo juga, nak sekarang!" Sahutnya sambil menyapu air matanya yang mula berlinangan.

"Abang akan belikan, tapi tunggu esok ya sayang?" Ucap Adib Umair lembut, agar Anis Umairah boleh bertahan hingga esok. Adib Umair mendekati ke sisi Anis Umairah sambil mengusap lembut wajahnya.

Anis Umairah menggeleng perlahan menatap Adib Umair yang ada di hadapannya, dia tak mahu tahu ..dia nak sekarang juga. Tekaknya dah meronta-ronta ingin merasakan kenikmatan ais krim vanilla oreo biar sedikit untuk di rasa. Asalkan ada, dia dah berpuas hati.

"Boleh ke kalau Anis nak sekarang juga, Anis tak nak esok."

Adib Umair tersenyum, inilah kali pertama Anis Umairah tegas nakkan sesuatu. Adakah ini yang di namakan mengidam? Biar betul, tengah-tengah malam nakkan ais krim vanilla oreo. Melihat Anis Umairah yang tak nak di ganggu gugat keinginannya, akhirnya Adib Umair mengalah. Bukan selalu Anis Umairah meminta yang aneh-aneh. Walaupun rasanya tak logik, tapi dia akan berusaha turutkan kemahuan isterinya Anis Umairah.

"Okay honey, Anis siap-siap ya kita pergi beli sekarang. Itu jer ke honey nak?"

Anis Umairah cuma mengangguk perlahan dan terus bersiap-siap kerana dia dah tak sabar memikirkan memakan ais krim vanilla oreo. Hatinya berdesir merasa gembira mendengar ucapan Adib Umair tadi. Yang peliknya, Anis Umairah bukanlah seorang yang penggemar pada ais krim.

Setelah Adib Umair melihat isterinya bersemangat bersiap-siap, dia pun segera merapikan dirinya untuk memenuhi keinginan Anis Umairah tersebut. Adib Umair menggeleng perlahan, tak menyangka dengan permintaan Anis Umairah... pengalaman pertamanya memenuhi keinginan Anis Umairah setelah hamil muda.

**************************

"Adib dan Anis nak kemana tu?" Puan Saleha hairan melihat anak dan menantunya bersiap untuk keluar pada malam harinya.

"Adib nak bawa Anis beli ais krim vanilla oreo." Jawab Adib Umair kepada ibunya.

Dahi Puan Saleha berkerut.

"Malam-malam cam ni nak makan ice cream vanilla oreo?" Ucap Puan Saleha terkejut.

"Ha'ah ibu, mungkin Anis mengidam kot." Sahut Adib sambil tersenyum tipis menggenggam tangan Anis Umairah.

"Mengidamlah tu, tak pernah-pernahnya Anis minta yang aneh-aneh." Sahut Encik Amri yang berada di tepi Puan Saleha sambil menonton television di ruang tamu rumahnya.

Puan Saleha tersenyum mendengar ucapan suaminya.

"Kalau macam tu, Adib hati-hati pandu kereta... Elok-elok bawa menantu ibu ya."

"Baik ibu, kami keluar dulu." Sahut Adib Umair dengan sopan kepada kedua orang tuanya.

"Assalamualaikum!" Ucap Adib Umair dan Anis Umairah bersamaan.

"Waalaikumussalam, hati-hati memandu." Encik Amri memberi peringatan pada Adib Umair.

"Okay ayah."

Adib Umair dan Anis Umairah pun terus sahaja menaiki keretanya untuk membeli yang diingini. Tidak berapa lama Adib Umair memandu, akhirnya mereka pun sampai di Mall giant yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Hati Anis Umairah merasa gembira setelah mereka telah pun sampai dan menuju bahagian ais krim. Pelbagai jenis ais krim yang Anis Umairah lihat.

"Honey ambil yang mana satu yang honey nak, ambil lebih pun okay juga." Ucap Adib Umair dengan senyuman lebarnya.

"Anis nak ambil coklat cudbury jugalah, dah lama Anis tak makan coklat." Sahut Anis Umairah sambil tersengih.

"Okay, lepas ni kita duduk-duduk dekat taman giant ni... Honey boleh makan ais krim vanilla oreo nanti di situ."

Setelah mengambil beberapa jenis ais krim dan coklat, tak lupa juga Adib Umair mengambil beberapa jenis biskut dan barang makanan lainnya. Mereka pun segera ke kaunter pembayaran untuk membayar perbelanjaan mereka.

"Banyak juga abang belanja ni?" Ucap Anis Umairah, melihat perbelanjaan mereka yang penuh di tangan.

"Takpe, sekali sekala kita belanja...tak selalukan?" Sahut Adib Umair sambil mengusap lembut kepala Anis Umairah.

"Abang, nak ke mana tu?" Tanya Anis Umairah pada suaminya.

"Kita duduk-duduk dekat taman dulu, honey boleh makan ais krim kat sana."

"Okay, mari..." Ucapnya bersemangat.

Adib Umair dan Anis Umairah duduk di bangku di taman yang terdapat di situ sambil memakan ais krim vanilla oreo, bersaksikan bulan dan bintang. Suasana romantik dapat di rasakan oleh Adib Umair dan Anis Umairah pada tika itu. Sambil melayan ais krim, Adib Umair membuka YouTube untuk mendengar lagu Rindu Humaira' oleh Munif Hijjaz.

Tika hari itu gugur air mata di wajahmu
Hiba hati melepaskan dikau
bukan tidak rela
Hati seorang isteri
kerana cintanya pasti berduka
Hakikat semua hamba akur
dengan takdirNya

Jalan syurga menggamit

setia seorang isteri
Tiada lagi teman untuk menaburkan budi
Makam itu hanya jasad semadi
Tapi dian batin terus menyala
Pada sebuah amanah
di sisi sang isteri

Duhai srikandi cinta hati Rasul

yang teristimewa
Oh Aishah masih lara sepuhlah air mata
di usia muda

Terus melangkah ke jalan jihadmu

Yang pergi jasad bukan cita semangatmu
Citra mengimbau sejarah ‘si merah’
Ummahatul Mukminin
Oh Aisyah Humaira

Di awal usia kau menjadi
teman dan isteri
Rela berjuang bersama seorang nabi

Teman Rasul saat di hujung nyawa
Di ribamu itu kembali baginda
Suami tercinta pergi buat selamanya

Duhai srikandi cinta hati
Rasul yang teristimewa
Oh Aishah masih lara sepuhlah air mata
di usia muda

Terus melangkah ke jalan jihadmu

Yang pergi jasad bukan cita semangatmu
Citra mengimbau sejarah ‘si merah’
Ummahatul Mukminin

Oh Aisyah Humaira

Oh Aisyah Humaira

Oh Aisyah Humaira

semoga terhibur, Rindu Yang Tercalar insya Allah malam ni kalau sempat ya. Nak masak nasi ayam dulu. semoga terhibur ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience