Rate

Bab 1

Romance Series 7829

"Zim,dah pukul berapa?" Nada suaranya lemah menandakan dia kepenatan. Tak pernah dia menyangka,tandatangan buku,berjumpa dan melayan para pembaca buku dia pun boleh jadi aktiviti yang memenatkan! "Sekarang pukul 1.55. Kau sign lagi 10 buku. Lepas tu,kita solat Zohor dan bolehlah balik."

Dia hanya mengangguk lalu kembali menghadap ke depan. "Bagus! Ada lagi 6 ke 7 orang jer!" Perlahan dia membisikkan berita baik itu pada dirinya. "Thaqif Raiyan!!!" Suara nyaring terlebih teruja itu mengejutkan Thaqif dan Azim yang berada di sebelahnya. "SAYA SUKA BETUL BUKU AWAK! SANGAT BEST! TAK BOSAN BACA BANYAK KALI!"

Thaqif hanya mampu tersenyum sambil mengangguk seraya tangannya menurunkan tandatangan di atas buku milik gadis itu. "Nama siapa ya?" Matanya masih fokus pada buku. "Syatirah! Tulis good luck ya untuk saya???" Syatirah tersenyum-senyum melihat penulis kegemaran dia menuruti permintaannya.

"Okey,dah siap! Terima kasih sebab sudi baca Mujahidin Elit." Syatirah mengangguk,tetapi anehnya masih belum berganjak menyebabkan orang yang berada di belakang menahan geram. "Ada apa lagi ya cik?" Azim melangkah ke depan dan berdiri bersebelahan meja.

"Saya nak tangkap gambar dengan Thaqif Raiyan!"

Permintaan itu membuatkan Thaqif terkedu dan menelan air liur yang terasa pahit. Azim yang faham benar dengan sikap Thaqif mula mencari jalan supaya Thaqif tak perlu menuruti permintaan gadis itu. "Kalau tangkap gambar dengan cardboard ni je,boleh? Thaqif memang tak akan tangkap gambar dengan pembaca perempuan."

Jelas hampa di raut wajah Syatirah. "Apa kata macam ni... Cardboard ni dekat tengah antara saya dengan Thaqif. Kalau perlu,awak pun masuklah sekali dalam gambar. Tak adalah gambar kami berdua je kan?" Thaqif harus mengaku,idea Syatirah itu tidak kurang bernasnya.

"Okey jugak tu!"

*****

Omaigad!!! Oh my Allah!!!

Kek keju ke tu?! Adrenalin mengalir dengan kadar maksima dalam dirinya. Adilia dapat merasakan itu! Sejak minggu lepas dia menunggu kek keju strawberi itu diletakkan di rak bahagian pastri ini. Akhirnha hari ini impiannya tercapai! Laju tangannya mencapai kek itu dan diletakkan di dalam bakul di genggaman.

20 minit kemudian dia selesai membeli barang,dan dia segera keluar setelah membayar di kaunter. Tudung labuh yang dipakai dibetulkan sedikit sebelum dia mengangkat barangnya yang diletakkan di atas bangku kayu sebentar tadi. Ceria Adilia mengatur langkahnya keluar dari pusat membeli belah Aeon itu.

Melangkah keluar dari pusat beli belah itu,matanya kemudian tertangkap satu figura yang dia kenali. "Faiq?" Adilia seolah dipukau apabila kakinya automatik berjalan ke arah susuk tubuh yang duduk di bangku berjauhan dari kaunter tiket sambil memakai cermin mata hitam.

Setelah dia berdiri di sebelah lelaki itu,dia menarik handsock di lengannya ke bawah sedikit bagi memudahkan urusannya nanti. Lelaki itu pula yang baru perasan akan kehadiran Adilia memandang ke arah gadis itu. Namun sebelum dia sempat berbicara hatta sepatah perkataan,sebuah penumbuk hinggap di pipinya.

Dush!

"Tumbukan aku tu tak seberapa kalau nak banding dengan apa yang kau cuba buat pada aku dulu!" Tangan kirinya yang memegang plastik berisi barang-barang jelas menggeletar. Begitu juga tangan kanannya yang lancar menumbuk tadi. Air matanya mula mengalir di pipi dan bibirnya diketap.

Lelaki yang ditumbuk itu tadi perasan orang sekeliling mula memandang ke arah dia dan gadis itu. Tidak mahu bertindak melulu,dia bangun dan berdiri di hadalan gadis itu lalu menanggalkan kaca matanya. Dia perasan muka gadis itu pucat setelah dia berbuat begitu.

"Maaf,salah orang!"

Thaqif tidak sempat mengejar gadis bertudung labuh yang telah pun melarikan diri tadi kerana Azim sudah keluar dari pintu berdekatan. Geram! Bengang! Semua emosi negatif bercampur-aduk saat ini dalam hatinya. Dahlah dia tengah penat,tiba-tiba kena tumbuk tak bersebab! Bila dah tahu sebab kena tumbuk tu,sebabnya tak munasabah pulak tu!

"Kenapa muka kau ketat semacam je ni?"

"Ada perempuan mana entah datang tumbuk aku tiba-tiba! Lepas tu,sedap je cakap salah orang!" Thaqif mengurut-urut pipinya yang masih terasa sakit sedikit. "Abaikan jelah perempuan tu. Mental disorder kut." Thaqif nak tak nak terpaksa akur dan akhirnya mereka berdua mula berjalan ke kereta mereka di lot parking.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience