Ajkar sudah berada di tempat kerjanya. Lion Dragon. Besar bangunan yang dimilikinya. Bewarna merah setiap bangunan itu. Ajkar memandang Amelia. Dia tahu yang Amelia sedang risau. Risau dengan tempat ini.
“Ajkar kenapa tempat ni tak de orang langsung?”.
Tanya Amelia dengan perasaan cemas. Bercampur dengan kerisauan. Hatinya merasa tertanya-tanya dengan tempat kerja Ajkar. Dia tidak faham mengapa bangunan yang dimiliki oleh Ajkar itu bewarna merah terang.
“Sape cakap tak de? Ada. Orang tu kat dalam.’.
Amelia melihat Ajkar lain sedikit. Hatinya masih ragu-ragu untuk masuk ke dalam bangunan itu.
“Orang tu baik tak?”.
Tanya Amelia dengan gugup. Melihat Ajkar saja dia sangat takut. Dia tidak yakin orang yang berada di dalam bangunan itu adalah orang yang baik-baik.
“Haha. Boleh lah jahat. Kenapa kau takut ke?”.
Ajkar cuba mengenakan Amelia. Di dalam bangunan itu adalah kawan rapatnya. Pofob namanya. Mereka berkawan cukup lama. Pofob sentiasa setia dengan Ajkar. Ajkar percaya Pofob. Pofob sering bantunya jika dia alami kesusahan. Pofob sentiasa menyokongnya dari belakang.
“Huh?”.
Keluh Amelia. Dia tidak mahu masuk. Lama dia memerhati setiap sisi bangunan yang dimiliki oleh Ajkar itu.
“Kenapa ni?”.
Tanya Ajkar. Dia terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Amelia.
“Boleh tak kita cari tempat lain. Aku tak nak masuk lah tempat ni. Aku rasa lain sangat ni?.”
Amelia elak masuk ke bangunan yang dimiliki oleh Ajkar. Ajkar membuat muka yang santai. Tidak peduli dengan Amelia. Dia anggap rungutan Amelia hanya membuang masa.
“Kau cakap apa ni? Kita da sampai sini kan! Aku nak kau masuk. Aku nak kau tengok semua kerja aku sebelum kita kahwin.
Perhati Amelia dengan mata Ajkar.
“Erh! Tak habis-habis dengan kahwin dia tu. Macam lah orang nak kahwin dengan dia. Lelaki gila!”.
Sindir Amelia di dalam hati.
Dia tidak senang berada di sebelah Ajkar sekarang. Mahu saja dia larikan diri sekarang. Tapi di dalam baju Ajkar ada pistol. Dia takut untuk larikan diri dari Ajkar.
“Apesal kau tengok kiri kanan. Kau nak lari? Kau lari sekarang. Aku nak tengok! Kalau kau tak nak mampus baik kau jangan lari!”.
Ajkar memberi amaran kepada Amelia. Jika Amelia cuba lari sebiji peluru akan meluruh ke arah Amelia.
“Sape cakap aku nak lari?”.
Amelia menyembunyikan kata hati yang sebenarnya ingin lari.
“Habis tu kau tengok-tengok kanan kiri tu kenapa?”.
Nafas Amelia berdengus. Menandakan dia marah dengan Ajkar. Matanya tajam melihat Ajkar.
“Takkan aku tak boleh tengok kanan kiri. Mata aku! Suka-suka aku lah! Yang kau nak marah-marah aku kenapa?”.
Satu tamparan tengkingan Amelia keluar ke arah Ajkar. Dia tidak suka dengan cara Ajkar. Yang sesuka hati melarangnya.
“Mari masuk.”.
Ajkar menarik tangan Amelia.
“Eh. Lepaskan tangan aku!”.
Tangan Amelia dipegang kuat oleh Ajkar. Dia cuba lepaskan tangannya daripada digenggam kuat oleh Ajkar. Tapi Amelia kalah. Tangan Ajkar terlalu kuat. Dia terpaksa biarkan saja.
“Pofob! Buka pintu ni”.
Pofob dipanggil oleh Ajkar melalui pita suara yang berada di luar.
“Roger Bos.”.
Jawab Pofob melalui pita suara itu. Cepat-cepat Pofob lari untuk membuka pintu itu. Badan Pofob sangat gemuk. Berlemak sana-sini. Pofob sering diejek banyak orang. Ajkar menyelamatkan Pofob. Dia ambil Pofob bekerja dengannya.
“Sape ni Ajkar?”.
Pofob menyoal. Matanya tidak habis-habis memandang Amelia. Terpegun Pofob dengan kecantikan dan kemulusan yang ada pada kulit di badan Amelia.
“Apesal sos tu masih ada kat mulut kau Pofob?”.
Sos cili terlekat dengan ketara di mulut Pofob. Amelia cuba menahan ketawanya. Dia terasa lucu dengan penampilan Pofob juga. Memakai baju yang ketat. Pusat di badan sudah hampir ternampak. Lemak pula terpantul.
“Hehe Sorry. Aku baru habis makan burger tadi. Tak sempat nak lap. Ni sape Ajkar?”.
Kedua kali Pofob menyoal tentang kedatangan perempuan putih itu. Amelia.
“Kenalkan ni Amelia. Isteri aku tak lama lagi. Jangan kau cuba nak try pulak. Siap kau!”.
Ajkar kenal Pofob. Banyak saja gadis yang mahu dikacau.
“Takkan lah aku ni bodoh nak kacau bakal isteri kau.”.
Jawab Pofob. Dia tidak akan ganggu Amelia. Lagipun dia sedar siapa dirinya. Berbadan begini mana mungkin dia akan dapat gadis seperti Amelia.
“Amelia ni Pofob. Kawan aku. Dia kerja kat sini. Dia ni kuat makan. Kau tengok je lah badan dia.”.
Amelia tersenyum. Terhibur sendiri dia apabila melihat Pofob.
“Aku nak tanya sikit. Memang korang dua je ke yang kerja kat sini?”.
Tanya Amelia. Dengan bangunan yang besar ini mustahil Ajkar hanya bekerja dengan Pofob saja.
“Ada lagi sorang. Tapi dia ada hal sikit. Nama di Koji. Perempuan. Dia tu lain sikit. Cepat marah.”.
Jawab Pofob. Sos cili yang berada di mulutnya sudah dilap gunakan bajunya.
“Apa kau cakap ni! Koji pegi mana?”.
Ajkar berasa hairan. Dia tidak beri apa-apa tugas kepada Koji. Selalu saja dia lihat Koji hilang dari tempatnya.
“Takkan kau tak kenal Koji tu. Suka cari pasal kat orang. Entah apa nak jadi dengan Koji tu. Suruh jadi pempuan nak jadi laki. Bila tegur marah. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi kat Koji tu.”.
Pofob memperlihatkan muka kecewa di hadapan Ajkar. Selalu saja Pofob dimarahi oleh Koji. Tidak tahu lagi Pofob mahu guna cara apa menegur Koji.
“Hm. Tak pe. Nanti kalau dia datang esok. Bagi tahu dengan dia. Yang Amelia ni bakal isteri aku. Faham! Aku nak balik. Ada benda aku kena buat. Tolong jaga dia ni. Jangan sampai dia lepas!”.
Arah Ajkar dengan Pofob.
“Alright.”.
Jawab Pofob dengan hormat.
Ajkar pula menarik tangan Amelia. Ada sesuatu yang ingin Ajkar katakan pada Amelia sebelum mengundur diri dari tempatnya itu.
“Amelia aku tak nak kau lari dengan aku! Jangan buat benda pelik kat sini. Kalau aku tahu yang kau lari dari sini, nahas kau. Aku akan cari kau sampai lubang cacing. Sekarang ni kau ikut kawan aku ni masuk dalam. Kau jangan risau dengan budak gemuk tu. Dia baik. Aku nak kau ikut dia masuk dalam. Kat dalam tu selesa. Ada dapur dengan bilik sekali. Aku nak kau rehat.”.
Ajkar melepaskan tangan Amelia. Dia rasa cukup itu arahan yang patut diberikannya pada Amelia.
“Pofob!”.
Panggil Ajkar dengan suara kuat.
“Ye?”.
Pofob laju ke tempat Ajkar.
“Bawa dia masuk dalam. Bagi dia makan. Aku datang akan sini esok. Pastikan tempat ni sentiasa kunci.”.
Arah Ajkar kepada Pofob sebelum dia pergi dari situ.
“Ok Bos.”.
Ajkar mengarah ke keretanya. Tidak lama kemudian kereta Ajkar bergerak. Dengan laju dia bawa kereta itu. Pofob dan Amelia pula masih berdiri di tengah pintu.
“Amelia mari masuk. Jangan risau. Kat dalam ni macam rumah. Nampak je dari luar macam office.”.
Amelia menundukkan kepala. Dia diiringi oleh Pofob. Pofob membawanya ke atas. Pofob juga kunci pintu itu dengan password. Password itu hanya diketahui oleh Ajkar dan Koji saja.
“Ini bilik awak ye? Saya ada kat bawah. Kalau ada apa-apa. Just tekan telefon yang ada kat meja tu. Saya akan naik.”.
Semua kemudahan yang ada di tempat itu sudah disediakan dengan awal oleh Pofob. Di sanalah Amelia tidur malam ini. Sangat kemas bilik itu dikemaskan. Di luar bangunan kelihatan merah. Tapi bila Amelia masuk dalam ianya bewarna biru dan putih. Tenang hati Amelia. Selesa sedikit dia berada di tempat ini. Pofob juga sangat baik.
“Pofob. Saya ada something nak cakap dengan awak.”.
Pofob hentikan jalannya ke bawah. Dia dipanggil oleh Amelia.
“Nak cakap apa tu?”.
Soal Pofob. Dia betulkan sedikit pakaiannya yang mahu terkeluar itu.
“Ajkar tu tak de girlfriend ke?”.
Perlahan suara Amelia menyoal.
“Habis kat depan saya ni sape? Haha.”.
Ketawa sedikit Pofob mendengar pertanyaan Amelia itu.
“Tak maksud saya, girlfriend dia dulu?”.
Walaupun Amelia sedikit berang dengan Pofob disebabkan Pofob ketawa, dia cuba kawal marahnya.
“Macam ni. Ajkar tu tak de sape-sape lagi dalam hidup dia. Ajkar ada aku dengan Joki je. Dia teringin nak ada isteri. Tapi ramai yang tolak Ajkar. Sebab kerja Ajkar ni lah. Tapi walaupun kerja Ajkar ni ganas sikit, dia tidak lupa dengan keluarga dia. Ajkar juga da anggap aku dengan Joki tu separuh hidup dia. Joki tu perempuan cantik. Semenjak bapa dia da mati, mak dia pula hilang tak tahu pegi mana, Ajkar ambil dia. Dia nak Joki tu jaga semua buisness Ajkar. Sebab tu lah Ajkar sampai sekarang tak bercinta. Bapa dia asyik larang.”.
Fokus Amelia mendengar cerita Pofob. Sedih juga Amelia mendengar kisah hidup Ajkar.
“Oh. Macam tu. Ok lah Pofob saya dah nak masuk tidur ni. Esok kita cerita lagi.”.
“Ok.”.
Pofob melangkah ke depan. Dia pergi ke tempatnya. Meninggalkan Amelia di ruang atas. Amelia pula menutup pintu bilik itu. Dia akan cari tahu siapa diri Ajkar yang sebenar dari Pofob lagi nanti. Amelia harus rehatkan badan. Badannya juga terasa letih selepas melalui perjalanan lama bersama dengan Ajkar tadi.
Share this novel