Anya kembali bekerja di butiknya hampir dua minggu selepas dia pergi ke Paris untuk fesyen shownya, dan kejayaannya berada di mana-mana majalah fesyen, katanya... anak Malaysia mencipta nama. Tidak dilupa juga, Bahr yang setiap hari membawa semua girls nya untuk membeli baju di butiknya.. sabar jelah melayan karenah girlsnya.
Apapun dia merindukan suasana butiknya.
***
Di suatu hening pagi, apabila Anya sedang mengusahakan untuk membuat rekaan bagi koleksi KLFW (Kuala Lumpur Fashion Week)
"Anya.. ni ada surat daripada syarikat Bahr lah." Kata Becky. Anya meneliti surat jemputan tersebut. "Kijap.. fesyen show untuk makan amal? Kenapa Bahr tak inform pun? Masa tinggal tiga hari lagi.. sempat ke?" Soal Anya.
Becky terdiam, "sempat rasanya Anya, kita gabungkan rekaan kau dekat Paris dengan rekaan akan datang. Itu pun salah satu supaya pembeli berminat dengan rekaan kita." Kata Becky, memberikan pendapat.
"Model? Model macam mana? Aku tak yakin ada model boleh bagi jawapan untuk mereka turut serta, sekurang-kurangnya kena tanya mereka seminggu sebelum. Aishh! Apa kebenda Bahr Malik ni?" Soal Anya. Darahnya mendidih panas. " Tu jangan lah risau, kita boleh je ambil model-model daripada agensi kita juga. Tu kau tak payah risau, aku selesaikan.. kira settel lah." Kata Becky.
"Hubungi Bahr. Now!" Arah Anya. Dia sedikit kesal dengan sikap Bahr yang tidak berbincang dengan dirinya, nasib ada Becky.
***
"Candy.. for charity. Segala rekaan yang orang berminat, mereka beli dan duit tu akan disedekah ke badan-badan kebajikan." Kata Bahr. "Okay, tu aku setuju. Memang bagus cara kau ni, tapi masalahnya.. tiga hari lagi. Sempat ke?" Soal Anya.
"Sempat.. and I want Sherry as our muse.. Boleh?" Soal Bahr. Mendengarkan nama Sherry.. dia seakan mendapat cebisan-cebisan jigsaw puzzle yang sudah selesai. "Semua cadangan ni, dari Sherry kan?" Soal Anya. Bahr sudah ketawa, "smestinya, baik kan Sherry tu. Aku pun tak terfikir, dia memang superb." Kata Bahr.
Kenapa Anya merasakan Sherry ini seakan mempunyai agenda. Bak kata ibunya, orang baik dengan kita ada makna. Adakah selama ni Sherry baik dengan dirinya disebabkan dirinya partner in crime Bahr?
"Okay. Baiklah, nanti aku suruh Becky contact Sherry." Kata Anya, mematikan talian.
"Settle dah?" Soal Becky. "Dah.. sorry tau Becky, ingatkan waktu makan malam boleh lah kita duduk dekat meja, kerja kita makan je. Sekali, terpaksa duduk belakang pentas sebab nak uruskan fesyen show ni." Kata Anya.
"Eh, takpelah.. kita kerja kan. Lagipun, kira untuk charity ni. Takpe, lain kali kita makan malam dekat syarikat Abang Bahr. Tapi tulah, pelik juga kan.. rupanya rancangan Sherry. Ke Sherry tak nak kau tu rapat dengan Abang Bahr? Yelah.. sebab semua kan sedia maklum, semua girls Abang Bahr tahu kau tu partner in crime dia." Kata Becky.
"Becky.. kalau mereka nak cemburukan benda tu, baik mereka yang calonkan diri mereka jadi partner in crime abang sepupu kau tu." Kata Anya.
"Tapi, betul lah.. aku pernah tanya Abang Bahr, kenapa tak ambil one of his girls jadi partner in crime dia, tapi Abang Bahr cakap.. takde siapa boleh gantikan tempat kau. Tempat kau lain. Ahh.. tu lah katanya." Kata Becky.
"Dah lah. Jom kita keluar makan, aku baru ingat minggu depan kita semua ke Bali, postpone lagi lah agaknya. Bulan depan lah kan?" Soal Anya. "A ah, bulan depan okay juga tu.. takpe, pekerja kita faham. No worries lah. Dah, kita makan dulu, baru senang nak buat kerja.. I will call all the model and do the fitting." Kata Becky.
"Okay.." senyum Anya.
***
MAKAN MALAM AMAL ( FESYEN SHOW CHARITY)
"Okay models, please in line." Kata Anya dan Becky menguruskan fesyen show makan malam amal. Sebelum tu, sempat Puan Betty dan Puan Bahreah ke belakang pentas melihat rekaan Anya.
"Berkenan lah saya kak dengan design ni." Kata Puan Betty. "A ah.. Kakak pun, Anya, Becky sibuk ke? Kesian Anya dengan Becky tak dapat nak duduk semeja dengan kami." Kata Mama dan Mummynya. "It's okay Mama dan Mummy. Nanti selesai je majlisnya, nanti Anya dan Becky duduk mana-mana jelah yang kosong." Kata Anya.
Mama dan Mummy nya hanya tersenyum. "Okaylah, kami ke depan dulu. Ni, terima kasih atas buah tangan tu ye. Mama dan Mummy suka sangat. Okay, Mama ke depan dulu ye." Senyum Mama.
"Where is Sherry?" Soal Becky. Anya yang sedang mengemaskan pakaiannya model-modelnya terkejut, ya.. Sherry tiada di sini, sedangkan dia adalah model terakhir yang akan berjalan menutup fesyen show ini.
"Becky, call her. Now!" Kata Anya. Semua model sudah bersedia. Becky membuat panggilan, tiga puluh minit sebelum fesyen makan malam bermula.
"Anya.. bad news. Sherry tak dapat jadi muse, katanya ankle dia sakit. Bahr pun baru je wasap aku ni." Kata Becky. Anya sudah panik.
Siapakah yang akan memakai baju ni, sedangkan model cukup-cukup dan hanya mereka dua sahaja yang tinggal.
"Becky, kau nak jadi..." Belum habis ayat tu dituturkan, Becky sudah menggelengkan kepalanya. "Jangan aku Anya, walaupun kejadian tiga tahun lalu dah berlalu, tapi.. aku masih ada takut nak berhadapan dengan orang ramai. Maaf Anya, Maaf sangat.. Kalau aku kuat, aku bantu kau. Tapi.." kata Becky.
"It's okay Becky, aku faham.. maaf, sebab aku panik aku terlupa pasal kau. Maaf sangat." Kata Anya. "No,it's okay.. apakata.. kau yang jadi, Muse tu.. sini aku mekapkan kau. Kita sempat lagi ni." Kata Becky. "Ahh?! Apa? Aku?" tunjuk Anya. Namun, melihatkan wajah semuanya. Anya cuba memujuk dirinya.
"Ya.. biarlah. Apa nak jadi, jadilah. Biarlah jalan aku macam robot nanti. Okay, cepat. Jom.. kita ada masa 20 minit lagi. Girls.. Help me out! Aku akan walk dengan korang." Kata Anya. Dan, semua model memberikan tepuk tangan kepada Anya, buat pertama kalinya pereka fesyen akan memakai fesyennya sendiri.
Semuanya terpana, terlopong mulut mereka. "Anya.. kau ke ni?" Soal Becky selepas selesai menyiapkannya, terkejut. "Kenapa? Apa masalah? Buruk ke?" Soal Anya, bertalu-talu. Model-model yang lain juga turut terkesima.
"Cantik sangat. Mahu terbuka luas mulut Abang Bahr tengok kau macam ni malam ni, right girls? Cantik kan Cik Anya malam ni." Kata Becky.
"Cantiknya Cik Anya, syukurlah Cik Anya tak jadi model, hanya pereka fesyen, kalau tak.. habis kami semua gigit jari." Gurau satu model. Anya hanya tersenyum, "dah.. okay girls. Lets walk! It's showtime!" Kata Anya.
Dan, sememangnya tulah kerja pereka fesyen, memberi mereka semangat untuk berkeyakinan berjalan di atas pentas nanti.
***
Juruacara sudah memulakan kerjanya dengan lelongan harga baju. Semua baju berjaya dijual dengan harga atas 20 ribu. Bahr tersenyum puas, manakala Sherry di sebelahnya hanya bereaksi manja kerana banyak kilatan cahaya kamera ditangkap ke arah mereka.
"Akhirnya... Anya di belakang, aku dekat sebelah Bahr. Puas hati aku! Apa? Ingat setakat partner in crime, Bahr.. kau dah menang ke? Belum lagi lah, Cik Anya. Aku akan pastikan, aku yang akan jadi partner in crime Bahr dan aku juga akan pastikan dia aku punya.." bisik jahat Sherry.
"Tengok. Bahr lebih dengar cakap aku, berbanding kau Anya Inayla!" kata Sherry dalam hatinya..
Jahat juga Sherry ni rupanya, kan.. Tunggu... Tunggu Cik Anya buat penampilan khas.. stay tuned.
Share this novel