KINI IA KEMBALI

True Story Series 34353

Syarif terdiam sendiri bila ia terserempak dengan seseorang yang ia pernah mencintai wanita itu sepenuh hatinya. kini fikirannya melayang jauh..

"Sepuluh tahun lepas"

Sayang buat apalah dekat luar ni sesorang huh biy rindu ni.." Syarif mula memeluk erat tubuh Lana suasana disitu amatlah sejuk terasa dingin sehingga ke tulang hitam..

Ye biy.. kenape ni sayang nak ambil angin malam kejap kan esok pagi kite dah balik kl..? Lana memerhati kearah Syarif lama ia juga memeluk erat tubuh Syarif disitu.

Erm boleh tak sayang janji dengan biy.."

Janji ape ni biy..? sayang sejuklah cube cakap biy nak sayang janji ape dengan biy..

Biy nak hubungan kita ni hingga ke pelaminan boleh tak..?

Lana semakin merindui lelaki itu.. Semakin tebal sejuk di kawasan itu semakin hangat terasa cintanya memekar dihati.

Kenape..? biy ingat lepasni sayang akan tinggalkan biy dan ikut orang lain eh.. biy dah lupe sesuatu ye..

Syarif senyum manis didepan Lana..

Tak.. biy takkan lupa apa yang sayang dah beri pada biy sebelum ni.. Kalau ada perempuan lain cuba goda biy pun biy akan tetap setia dengan sayang sampai ke mati.. itu sumpah biy..!

Betul ni..? biy dah bersumpah ni, nanti kalau biy ingkari sumpah tu makan diri biy balik sayang tak tanggung tau..

Yelah sayang" Ilove you sayang..

Ermmm.. Ilove you too biy"

Syarif terus mendukung Lana terus masuk kedalam bilik mereka.

•••

Hi tuan jauh termenung tu ingatkan sidia ke? Fahmi menghampiri Syarif di bawah pokok ditepi jalan itu.

Syarif memerhati lama ke arah Fahmi..

Fahmi.. boleh saya tanya sesuatu.??

Fahmi mengangguk perlahan...

Kenapa ni tuan ada masalah ke..? Ke ada sesuatu yang tuan tengah fikirkan ni?

Hmm.. kalau orang yang kita sayang sepenuh hati kita tetiba dia menghilangkan diri tanpa jejak, patut ke kita tunggu dia lagi..?

Maksud tuan..

Syarif hanya senyum sendiri.

Tak ada apalah.. jomlah kita, nanti yang lain menunggu pula.. Syarif bangun dan terus pergi meninggalkan Fahmi disitu sendiri.

Maksud tuan kekasih tuan ke..? Lana..

Syarif mengeluh perlahan..

Saya tak tahu macam mana benda ni boleh terfikir dimasa saya tengah bertugas sekarang ni.. saya harap benda ni nyah terus difikiran saya buat selama-lamanya,

Fahmi memerhati kearah Syarif lama..

Mungkin disebabkan hal tadi Syarif terus memikir hal Lana, yang sudah lama tersimpan rapi dibenaknya..

SETENGAH JAM KEMUDIAN

Tuan.. kenape ni ade masalah ke? Qila menghampiri Syarif di tepi jalan.

Hurmm nampak sangat ke wajah saya ni ada masalah..?

Qila mengangguk laju...

Adalah sikit Qila.. tadi saya terserempak dengan orang yang pernah saya kenal dan sayang sepenuh hati saya dulu, tapi sekarang saya tak tahu nak buat macam mana lagi.. dia kembali bila saya dah mula menyukai orang lain...

Maksud tuan Lana ke..?

Syarif mengangguk perlahan

Ya allah macam serius je masalah tuan ni.. Tuan terserempak dengan dia ke tadi?

Ada.. dia hanya senyum pada saya semasa dia tunjuk ic dan liesen pada saya tadi saya tak sangka kami akan berjumpa lagi..' Syarif hanya senyum hambar.

Tuan perbanyakkan bersabar ye.. insyaAllah semua akan okey.

Syarif terus ke tengah jalan dan ia terus memakai speak hitam..

Fahmi mendekati Qila didalam diam..

Hurmm kesian ke tuan kita tu kan Qila.. nampak beserabut sangat wajah dia tu, Betullah kata orang bila hati tak tenang raut wajah kita juga akan menampakkan effect nya.. kan.

Qila hanya mengangguk.. ia bab-bab cintan ni slow mossion sikit, tapi bab nak saman menyaman orang.. no 3.

Harini Syarif kemuka kan surat saman sebanyak 4ribu kepada pemandu dijalan raya yang membuat kesalahan walaupun kecil.. ia tidak perduli rakan kerja nya memandang pelik kearahnya...

Tuan rehatlah dulu biar kitorang buat kerja kesian tuan dari tadi tak rehat kan.. tuan..' Adam melihat Syarif masih menahan sebuah lori pasir.

Kenapa pulak ni! Syarif membuka speak hitamnya dan pandangan tajam mula dituju kearah Adam.

Erk... Tuan tak lunch lagi kan?

Jadi awak nak saya buat apa sekarang..? biarkan je pemandu yang tak ada etika seperti tadi berfoya-foya diatas jalan!!..

Bukan maksud saya macam tu tuan tapi..

Sudah..! pergi buat kerja sekarang sebelum saya humban awak ke longkang nanti!!

Adam terus menjauhkan diri dari Syarif

Ketepi keluarkan liesen dan ic segera! termasuk kunci lori ni sekali..!! tegasnya suara Syarif dan lori muatan membawa pasir itu ke tepi dengan segera.

Adam Adnan menggeleng kepala,

Kemukinan tuan kita tu tergigit anak kala jengking rasanya..sebab itu garang semacam je harini.. kan? Adnan mendekati Adam..

Huh diamlah kau! tuan kita tu setiap hari tegas mana ada hari dia tak tegas, lainlah kalau dengan perem....

Perem... apa? Adnan memerhati kearah Adam.

Takde apalah sibuk je kau ni..! kau jangan nak ikut sangat perangai si Qila tu orang cili mulut kau kang.. kepoh je!!

Adnan mengaru ditepi bibir kasar sambil otaknya ligat memikir sesuatu.

Jarum jam ditangan fahmi sudah menunjuk pukul lapan malam..

Syarif sendirian dibawah pokok rendang ditepi jalan ia bertinggung seketika air mineral ditangan diteguk kasar.. cap dikepala diperbetul sedikit.

Rakan sekerja nya tidak berani menghampiri, semua hanya melihat dari kejauhan saja.

Aku risau beb tengok tuan kita tu.. jarang sangat dia macam tu melainkan dia bertengkar dengan Lana tu pun sepuluh tahun lepas. Fahmi masih memerhati kearah Syarif..

Dia terserempak dengan Lana tadi.." Qila terus mengeluarkan fon samsung dari poket seluarnya.

Seriuslah..!!? Fahmi Adam dan Adnan mendekati Qila..

Hurmm seriuslah dia yang cerita tadi.. masa tu aku ade dengan tuan Danial tak tahu pula tuan kita tu boleh berjumpa dengan Lana ditengah panas terik tadi.

Patutlah moody je harini jumpa mambang lama rupanya..

Botol air diletak ditengah meja dan Syarif terus ke kereta pajero...

Eh tuan..!! Ke empat-empat orang disitu tercengang

Tak nak balik ke pejabat lagi ke hah..? dah habis shift ni ke nak sambung bergosip lagi..! Suara Syarif tegas dan bernada sinis..

Ke empat-empat pegawal disitu terus berjalan pantas ke pajero yang dinaiki oleh Syarif...

Seronok bergosip..? sebab tu ke suruh saya lunch dan rehat tadi!! tak sangka betul rakan kerja saya begini orangnya...

Semua terdiam sendiri..

Huh..! mana suara tadi yang bergosip tentang saya tu dah habis ke?

Tuan... ma.. aafkan kami.. bukan bergosip cuma kami risau tentang tuan.

Risau..? Oh... risau dengan bergosip sama ya! belajar mana dulu..? lepasni saya nak tukar awak berempat ke tuan yang lain saya akan ganti korang dengan partner baru..

Ya allah tuan jangan sampai macamni tuan.. sumpah kami berempat ni cuma risaukan tuan bukan bergosip ke apa..! Sumpah.. Adam mengangkat tangannya sepantas kilat

Sampai dipejabat nanti sebelum pulang saya nak awak berempat ikut saya dulu..

Tapi tuan.."

Syarif terus membuka speak hitamnya dan cap perlahan.. mata nya dipejam, otaknya mula memikirkan hal diluar kotak sehingga dirinya tidak tahan dengan emosi sendiri..

Benarkah ia sudah kembali?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience