BAB 1.

Horror & Thriller Series 5413

MEENA menapak laju ke dalam bilik. Segala buku dan beg sandangnya dilemparkan ke atas katil.  Kerusi ditarik rakus dan punggung dilabuhkan. Menggigit kuku jari tangan kanan namun masih tidak meredakan resah, lalu kedua belah kakinya pula diangkat ke kerusi.  Tubuhnya digoyangkan. Rambut blondenya dikusut-masaikan.

"Ah!"  Meena memekik lalu wajah tersembam atas kepala lutut.  Tidak lama posisi itu. Dia kembali mendongak.  Tajam memerhati sekeliling dengan pinggir bibir digigit. Menggoyangkan tubuhnya seketika dan bingkas bangun meluru ke arah meja.

"Argh! Tak guna semuanya!!!"  

Habis segala alatan mekap di atas meja solek ditolaknya rakus lalu kesemuanya kini bergeletak atas permaidani putih tebalnya. Tidak pasti apakah penyebab pada kekusutan fikiran gadis jelita itu.

Telefon pintar dari jenama Oppo berkelip- kelip menandakan ada mesej masuk. Tak di hiraukannya. Airmata yang mengalir diseka- seka secara kasar.  Hati dia teramat sakit.

"Dasar lelaki tak guna! Dasar buaya! Setan! Kau ingat aku apa? Pelacur?"  Bentak Ameena  sambil mengelap-gelap tubuhnya seolah-olah telah dicemari sesuatu yang kotor.

"Kamu semua memang tak guna. Sial!"

Di pandang pula ke arah cermin meja solek. Ilusi si pemusnah masa hadapan kini tergambar bukan sahaja  di ruangan minda malah pada permukaan cermin.  Dan  wajah itu pula sedang tersenyum sinis pada Ameena yang menatap dalam genangan air mata.

"Kau ingat kau boleh selamat? Hah? Kau ingat aku nak lupakan kau? Manusia durjana macam engkau, tak mungkin aku lupakan. Kerana kau aku hidup keseorangan. Aku akan pastikan kau takkan selamat. Aku akan buat kau sampai mati!"

 "Argh!!!"

Terus cermin itu retak menerima penumbuk dari Meena. Hatinya sedikit puas walau tangan berlumur dengan darah nan merah-pekat.

Ameena kini terpaksa menyewa bilik di sebuah kondo kos sederhana memandangkan dirinya telah terbuang. Ada saudara pun tidak guna apabila sudah berjaya mendapatkan hak dan juga  syarikat yang diidamkan, dirinya dibuang begitu sahaja.

Bagi diri Ameena sendiri, hidupnya tak beerti lagi.  Namun begitu dia tetap ada harta dan satu-satunya harta peninggalan arwah papa mama adalah sebuah cabin yang terletak jauh di pendalaman serta berdekatan dengan tasik.

Kali terakhir Ameena ke sana pun sebelum peristiwa hitam itu berlaku.  Sebuah peristiwa bagaikan gam masih melekat kuat di minda.

"JANGAN abang… tolong bang kasihanilah Ina bang… Jangan… Ya Allah sakit! " Jeritan dan raungan si mangsa sedikit pun tidak dia hiraukan. 

Malah makin dia seronok menyeksanya dengan cara 'menunggangi' secara kasar. Secara paksaan. Tanpa dia sedari si mangsa masih lagi kecil. 

Di tepi dinding, dua orang insan tersandar kaku tak bernyawa lagi. Keadaan mereka berdua amat azab sekali dengan kepala masing-masing sedikit lagi mahu terputus. Buakkan darah membanjiri lantai simen.

Sudahlah leher hampir mahu terputus. Perut pula seakan dirobek sesuatu. Terperuak. Jelas kelihatan isi perut dan sembulan tali usus. Sadis!
Setelah puas si kecil malang itu  menjadi ' kuda tunggangan' rambutnya yang dia cekak, dilepaskan secara  kasar. Hampir sahaja  wajah si kecil itu,  mahu  tersembam ke lantai. 

Zip seluar ditarik dengan senyuman lebar. Dan kanak-kanak perempuan itu pula merangkak, perit dan pedih bawah perut. Linangan darah di paha semakin menuruni di celahan  kaki.

RUANGAN CHAT LAMAN SOSIAL...

KAUORANG semua ada sebarang plan tak nanti?

APA KATA KALAU KITA SEMUA… MEET UP KAT RUMAH PUSAKA AKU ? 

TAPI KAU ORANG KENA IKUT AKU KE SEBUAH TEMPAT RAHSIA LAH… JANGAN KAUORANG RISAU… LOKASI TU MEMANG CUN GILER!

Figura yang masih lagi setia di hadapan lappy miliknya, terus menekan butang sent. Lalu mesej itu dihantar untuk ahli kumpulan. 

Ruangan chatting itulah yang memperkenalkannya pada rakan-rakan barunya sekarang seperti  Ayra, Aswan, Lan dan Fira.  Figura itu masih sabar menanti jawapan rakan- rakan. Dia mengharapkan sesuatu yang positif.

Sudah lama dan dia memang benar-benar kepingin mahu ketemu sama mereka semua.  

Dan ruangan MEET CHAT berjaya mempertemukan mereka semua walau sekadar di alam maya.  Dia akui dahulunya dia agak sukar mahu berkawan dan kerap menyendiri. Sehinggalah dia keluar dari rumah anak- anak yatim tersebut.

 Ya, dia telah di 'campakkan' ke  rumah itu oleh saudara-saudaranya  sendiri. 

Hidup dia tidak seperti orang lain. Dia suka menyendiri. Suka berada di dunia ciptaannya sendiri. Dia juga terpaksa bergantung hidup dengan ubat, penangan penyakit yang sudah lama dia deritai itu. 

Lampu berkerlipan dan icon penerimaan mesej baharu sudah kelihatan di paparan skrin.  Laju dia membukanya. 

ASWAN 
KAT MANA TEMPAT TU WEI ? MACAM SYOK AJE AKU DENGAR ! 

LAN
AHA, MANA WEI ? ADVENTURE DOWH ! 

AYRA
BEST TU BEST LAH ! TAPI AWAT RUMAH PUSAKA KO KAT TEMPAT TERCERUK TU ? 

FIRA
BILA ? PUKUL ? AKU NAK KENA APPLY CUTI DULU R ...

MEMANG BEST KORANG. TRUST ME.
LAN, AKU TAHU KO MESTI SUKA PUNYALAH!
AYRA... DAH TU PILIHAN MAMA PAPA AKU.
FIRA... MALAM NI AKU UPDATE LAGI...

SENT…

Senyuman yang terukir di bibir gadis jelita itu, seolah-olah menyimpan seribu satu rahsia. Rahsia yang hanya dia sahaja tahu.

DINIHARI...

SEPERTI kebiasaan. Setiap kali badan direbahkan. Kelopak mata terkatup. Cuba memadam segala fikiran siang tadi namun masih ada sesuatu yang tidak pernah terpadam dari kotak minda dan juga jiwanya pasti akan terseksa bila terpaksa mendepani benda itu lagi.

"Kau binatang!"

"Lepaskan akulah"

"Tergamak kau lakukan kami begini. Mama papa sayangkan kau! Inikah balasan buat kasih sayang mereka hah? Aku benar- benar tidak percaya… orang yang aku sayang… yang aku percayai, sanggup memusnahkan masa depan aku!"

"Sanggup membunuh! Sedangkan mereka bela kau sampai kau jadi macam ini. Ini balasan kau!" Jerkah gadis itu lagi. Dalam teronta-ronta enggan gapaian tangan lelaki berwajah penuh nafsu itu menyentuh dia sempat membentak.

Tetapi segala apa yang dia luahkan bagaikan angin lalu saja. Lelaki itu langsung tidak mengendahkan jeritan gadis bawah tubuhnya itu. Dia semakin rakus menggapai dan hadapan baju dia cariknya dengan kuat sebelum tersenyum kemenangan.  

Memang itulah kenyataan, jikalau tak kerana mama papa ambil.  Sudah pasti nyawanya melayang dan menjadi mangsa kerakusan militan.

"Lepaskan aku, sial! Jangan sentuh aku lagi!"

"Argh diam kau!!!"

Pang! Berkali-kali tamparan hinggap di pipi basah si gadis yang mulai berasa pening. Syringe ditarik setelah dia berjaya menusuknya. Cecair penguat nafsu sedang berenang-renang dalam darah gadis yang sedang tersenyum padanya itu.

"Haa... kan senang kalau begini..." Sahut si lelaki dan terus menunduk. Pangkal leher dan telinga menjadi tempat persinggahan mulut.

Hampir  beberapa jam beradu kekuatan dalam kamar, kini dia yang kelelahan dalam keseronokan duduk dengan wajah megahnya di atas sebuah kerusi sambil menghisap rokok.  Kedua belah kaki diangkatkan ke atas lalu mendarat atas permukaan tong drum hadapan. Berkepul- kepul asap menerawang ke udara ruang tamu.  Bercampur pula dengan bau hanyir darah. 

Merangkak mendekati muka pintu dan dari situ dia memandang susuk tubuh tersebut sambil bibir diketap kuat.  Genggaman tangannya kian dipereratkan lagi. Makin lama dia memandang lelaki itu makin sakit hatinya dan semakin kuat genggaman penumbuk. Rahangnya juga bergerak secara automatik, menyerlahkan lagi api amarah di dalam dada gadis remaja berusia empat belas tahun itu.

Dan dia merupakan waris  empayar Global.Inc Tan Sri Tengku Noor. 

Dia cuba merangkak lagi untuk mendekati sesuatu yang matanya sudah  terpandang.  Benda yang dah lama dia mahukan untuk menjayakan misi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience