"Tak ada apa-apa Ain. Aku jatuh tangga je. Sikit je. Tengok ni."
Aku membelek-belek kepala dan tangan Farina yang berbalut. Sekali sekala aku mengurut kakinya. Farina mengerang kesakitan.
"Hati-hati Rina. Tengok sampai masuk hospital camni. Risau aku tau tak. Amira mana? Suami kau mana?"
Farina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya melilau melihat ke luar tingkap.
"Amira kata dia on the way tadi. Err. Kau baliklah sekarang Ain. Kesian anak kau sorang-sorang dengan nenek dia. Haa kesian Am kat luar tu. Balik - balik."
Aku mengerutkan dahi tidak puas hati. Tiba-tiba sahaja Farina seperti tidak keruan. Hari ini dia memang pelik. Dia seperti risau, ketakutan dan resah. Selalunya dia periang dan sering ketawa. Aku rasa ada sesuatu yang tidak kena.
"Aku baru sampai. 10 minit pun tak sampai. Sampai hati kau halau aku."
Aku memuncungkan mulut pura-pura merajuk.
"Aku bukan halau. Errrr aku cuma kesiankan anak kau je."
Aku tersenyum. Sengaja mahu mengusik Farina.
"Aku tau. Kau mesti nak rehat kan? Takpe. Esok aku datang lagi ekk."
Ak mencium ubun-ubun Farina dan berlalu ke pintu. Belum sempat aku membuka pintu, Ad muncul membawa beg pakaian Farina. Dia tersenyum memandangku. Aku membalas senyuman Ad dan terus keluar.
=====
"Saya tak boleh buat abang. Dia kawan baik saya."
Farina menangis teresak-esak. Tangan suaminya diraih memohon simpati.
Ad menepis tangan Farina. Ditariknya rambut Farina ke belakang. Farina cuba menjerit tapi mulutnya pantas ditutup oleh Ad.
"Asal kau nak jerit. Biar kasi satu hospital dengar. Ha!. Denga sini Farina. Kalau kau tak buat apa yang aku suruh ni aku tak akan teragak-agak untuk ceraikan kau."
Farina menangis teresak-esak mahu melawan dia tidak mampu. Cintanya pada Ad melebihi segalanya. Jika menggadaikan nyawa untuk Ad pun dia sanggup. Tapi untuk menikam rakannya daripada belakang dia tidak sanggup. Kawan tempat bergaduh, tempat meluah rasa, tempat bersedih mana mungkin dia boleh lakukannya.
Mahu atau pun tak Farina harus mencuba. Akhirnya Farina mengangguk. Dia tidak sanggup kehilangan Ad. Ad adalah hidupnya.
=====
Am merenung meehun tomyam dihadapannya. Fikirannya seperti berada di tempat lain sehingga aku memanggilnya beberapa kali tidak sahut.
"Abang kenapa ni? Jauh termenung."
Tangan suamiku aku pegang.
Seperti baru sedar daripada tidur dia terpinga-pinga.
"Apa. Err tak ada apa-apa. Err Bee sejak akhir-akhir ni Bee ada perasan tak Farina macam pelik sikit."
Bee panggilan manjaku. Singkatan bagi perkataan baby.
"Pelik? Biasa je. Cuma sekarang dia tak kecoh macam dulu. Sebab dah kahwin mungkin."
Ak mencedok ayam di dalam mangkuk. Memang ayam menjadi kegemaranku sejak kecil.
"Abang bukan nak rosakkan hubungan Bee dengan Farina. Tapi abang rasa Bee perlu tahu semua ni. Abang tak nak berahsia dengan Bee."
Aku mengerutkan dahi. Makin tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh suamiku.
Suamiku memberikan telefon bimbitnya. Dibukanya aplikasi wasap dan dia menyuruh aku membacanya.
Fatin - hye Am..Ain dah tido ke?
Am - dah..tanya la dia trus?
Fatin - boleh la kita borak-borak kan.
Am - borak pasal apa plak.. U kan dah kawin..borak la
dengan laki u..i penat..i nak tido..bye..
Farina - i sunyi..suami i tak balik-balik..
Am???
Farina - i miss u
Farina- Am please i beg to you..angkat kol i..i nak dengar
suara u..
Farina - i cintakan u Am..please balas wasap i.
Aku megalirkan air mata. Tidak aku sangka Farina mempunyai perasaan terhadap suamiku. Bukankah dia sudah cinta mati pada Ad? Mengapa tiba-tiba sahaja dia mahu meraih cinta daripada suamiku.
"Abang pikir banyak kali sama ada nak beritahu Bee atau tak. Abang takut Bee dengan Farina bergaduh. Tapi abang tak nak jadi apa-apa jadi belakang hari. Sebab tu abang tunjuk dekat Bee."
Am menggenggam tanganku. Dia tahu perasaanku sedang remuk.
Share this novel