Dua Puluh Lima

Other Completed 44787

Cinta memecutkan Ducati yang ditunggangnya kerana dia telah berjanji akan menemui Sarah di Airport.

"Mana Mama Cinta ni?" Tanya Sarah.

"Sabarlah." Kata Fakhrul.

Luthfi tidak dapat menemani Sarah hari ni kerana dia ada sidang yang harus diselesaikannya.

Cinta memakirkan motornya jauh dari pandangan Sarah. Dia melihat Sarah yang sedang menantinya diluar lapangan terbang.

"Mama!!!" Teriak Sarah apabila terlihat kelibat Cinta mendekatinya.

Cinta mendepakan tangannya pada Sarah yang mula berlari mendekatinya.

Sarah memeluknya erat. Walaupun mereka rapat selepas Luthfi membantu Cinta di Airport dulu.

"Sayang Mama apa Khabar." Tanya Cinta.

"Sihat. Mama?" Tanya Sarah.

"Alhamdulillah. Mama sihat. Sarah datang sini siapa teman?" Tanya Cinta.

"Daddy." Sarah menunjuk kearah lelaki yang bersandar di tiang besar yang sedang melambai pada mereka.

"Ermm. Kejap." Kata Cinta.

Dia mengeluarkan sesuatu pada beg yang berada dibelakangnya.

"Nah." Cinta memberikan seutas rantai silver yang terukir nama Cinta Sarah Jasmin.

"Wowwww!!! Cantiknya Mama." Kata Sarah.

"Ni untuk Sarah dan yang ni Mama punya." Cinta melihatkan rantai dibalik Shawlnya.

"Sarah ikut Daddy balik ye. Sebab Mama ada kerja lagi." Kata Cinta.

"Ala cepatnya." Kata Sarah.

"Mama tak boleh lama." Cinta memberi alasan.

Cinta melihat Fakhrul melangkah kearahnya bersama Sarah.

"Kalau macam tu, Sarah datang malam ni. Boleh?" Tanya Cinta.

"Pergi mana?" Tanya Sarah pula.

Cinta menyerahkan satu keping kad yang diberikan oleh Ghaffar pada Sarah.

"Mama ada kat sana malam ni." Kata Cinta.

Sarah melihat Daddynya meminta agar dia akan dibawa kesana.

"Daddy tak boleh sayang. Takpe nanti Daddy tanya Papa Luth." Kata Fakhrul.

Mereka berpisah selepas bertemu sekejap. Phonenya bergetar didalam poket jeansnya. Tertera nama Thariq di screen. Dia menjawab.

"Bila sampai?" Kata Thariq selepas menjawab salam dan bertanya khabar.

"Malam ni Abang." Kata Cinta berbohong.

"Sapa ambik. Abang tak dapat sebab ada acara dekat Pangkalan." Kata Thariq.

"Takpe Cinta naik grab je." Kata Cinta.

Beberapa minit selepas itu, Thariq menamatkan perbualannya.

Cinta berjalan berpapasan besama Eddie. Namun kerana 3 tahun tidak bersua Cinta tidak mengenalinya.

"Macam adik Thariq?" kata Eddie.

"Mana?" Tanya Zaril yang masih sama bujang kerana menanti kepulangan Cinta untuk menyatakan cintanya pada gadis itu.

"Tu." Eddie menunjuk pada seorang gadis yang sedang memakai helmet dihujung parking.

"Kau silap ni." Kata Zaril.

"Betullah dia." Eddie tidak mahu kalah. Kerana wangian ni hanya dipakai oleh Adik sahabatnya.

"Dah lah." Kata Zaril lalu meninggalkan Eddie dibelakangnya.

Cinta berlalu meninggalkan Airport dan mencari hotel untuk check in dan berehat sekejap.

Akhirnya dia sampai disebuah hotel bajet. Lepas mendaftar dan membayar, Dia berlalu kebiliknya dan berehat sekejap.

Phonenya bergetar apabila dia baru saja menghempaskan badannya diatas katil didalam bilik itu.

Tanpa melihat nama dia menjawab.

"Kat mana tu." Kata Luthfi didalam talian.

"Sapa ni?" Tanya Cinta memejamkan matanya yang terlalu berat dek kerana kepenatan.

"Luth." Kata Luthfi.

Terbuntang mata Cinta apabila mendengar lelaki itu menyebut namanya. Tidak menyangka lelaki itu akan mula menghubunginya. Kerana selama ini mereka berhubung hanya melalui whatsapp.

"Ooo. Saya kat bilik hotel. Nak rehat kejap." Kata Cinta akhirnya.

"La kenapa kat hotel? Kenapa tak balik rumah terus." Kata Luthfi.

"Hotel ni je yang dekat denga airport. Saya penat sangat. Mengantuk kata Cinta lalu berbaring semula dan memejamkan mata.

"Kalau penat tidurlah kat rumah." Kata Luthfi.

Tapi sayang tiada balasan yang diterimanya. Hanya dengkuran kecil terdengar.

"Penat sangat tu." Kata Luthfi.

"Sweet dream." Katanya lagi dan menamatkan panggilan.

Siang melabuhkan tirainya dan malam mula memunculkan diri. Cinta masih dibuai lena.

Sehinggalah Phonenya bergetar. Dia terbangun dan dalam mamai dia menjawab.

"Ye." Lemah suaranya.

"Kau kat mana ni?" Tanya Wani."

"Kenapa?" Tanya Cinta.

"Kau tidur tak ingat dunia ek. Kau tengok jam kau sekarang." Kata Wani.

Cinta melihat jam di screen phonenya.

"Alamakk!!!!" teriak Cinta.

"Padan muka kau. Pastikan kau datang sini 10 minit dari sekarang." Kata Wani

Cinta membaling phonenya yang masih terhubung bersama Wani diatas katil.

Dia berlari ke kamar mandi dan mulai mandi. Baru dia teringat uniform masih ada pada kereta Panglima Ghaffar kerana dia meminta Panglima membawanya tadi.

"Aduhhhhh. Bodohnya." Dia berhenti mandi keluar dari kamar mandi dan kembali semula ke bilik.

"Wani." Panggil Cinta sekali.

"Yup." Kata Wani.

"Tunggu aku dekat stesen petronas. Dekat dengan pangkalan tu. Bawa Uniform aku." Pinta Cinta

"Ishhh kau ni. Uniform kau kat mana?" Tanya Wani.

"Dekat Panglima Ghaffar." Balas Cinta.

"Ok kau lambat aku tinggalkan. Biarlah kau Kapten Thariq tahu identiti adik dia." Kata Wani mengugut.

"Kalau kau yang lambat. Aku sembelih kau." Kata Cinta membalas.

Setelah memakai tshirt dan Jeansnya tadi, Dia keluar dari biliknya apabila memastikan dia tidak terlupa.

Dia menyerahkan Kunci bilik dikaunter dan berlalu pergi.

Dia melihat jam ditangannya. Pukul 7.50. Acara akan bermula pada jam 8 malam.

"Aku ada masa 10 minit. Gila." Kata Cinta lalu memakai helmet dan menghidupkan enjin motornya dan memecut ke stesen yang diberitahu pada Wani.

Sampai tepat waktu, begitu juga wani. Wani keluar dari Keretanya dan menyerahkan Uniform Cinta.

"Kau lambat, Kau kena." Kata Wani.

"Ok." Kata Cinta yang mula memakai Baju Uniformnya disisi stesen minyak itu.

"Ingat 3 minit." Kata Wani senyum mengejek.

"Kau jangan nak buat aku Gabra Wani." Kata Cinta.

Siap mengenakan uniform. Dia masih ada masa satu minit.

Dia memecut laju Ducatinya dan memotong kereta Wani dilampu isyarat depan Pangkalan tentera.

Dia yang sampai dahulu menanti Wani yang membetulkan Parking keretanya.

"Jahanam kau Jasmin." Kata Wani mengetuk helmet yang masih terpasang di kepala Cinta.

Semua yang hadir ditempatkan dalam satu dewan besar. Panglima berbesar hati kerana didatangi leh tetamu yang cukup bermakna dan digeruni oleh pesalah. Luthfi dan Sarah disambut oleh Thariq dan Ghaffar.

"Thanks sebab sudi datang." Kata Ghaffar.

"Ye. Aku dapat dua undangan." kata Luthfi.

"Really?" Tanya Thariq.

"Dari siapa?" Tanya Dinda.

"Sarah dapat dari Mama Cinta." Kata Sarah.

"Mama Cinta dah balik ke?" Tanya Thariq.

"Dah. Tadi Sarah jumpa Mama Cinta." Kata Sarah.

Thariq ingin bertanya lagi namun acara sudah dimulai dengan pengacara Majlis.

Setelah ucapan alu-aluan dari Panglima Ghaffar dan perasmian dan ucap selamat kembali dari yang dipertuan.

Acara yang dinantikan tiba.

"Baiklah. Majlisengucapkan setinggi tahniah dan ucapan selamat kembali kepada dua Wira kita dan tiga Wirawati yang telah menamatkan kursus unit risikan dan salah seorang dari Wirawati kita telah banyak membantu dalam Unit Risikan dan Gerak Tempur dilautan Sumandak diSabah beberapa bulan lepas.

Hilal mendengar apa yang dikatakan pengacara Majlis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience