“Apa ni, Adib?” Aku merentap tanganku dari pegangannya.
“Wana tak nak cakap dengan Adib malam ni. Wana nak buat kerja.” Aku meneruskan mogokku. Itulah tadi tak nak layan aku. Sekarang aku pulak tak nak layan kau.
“Jom kita buat kerja sama-sama.” Usiknya. Muka aku merona merah. Aku faham maksudnya itu.
“Tak nak!”
“Tak sayang Abang ke?” Adib menggodaku lagi.
‘Tak.”
“Tipu…” Dan lagi Adib menggodaku. Suaranya sumpah romantik gila. Cair!
“Tak percaya sudah. Dah, dah. Wana tak nak layan Adib dah. Tak ada mood.” Aku memuncung mulut. Aku kalau merajuk, jangan harap cepat nak terpujuk.
“Kalau Wana tak nak layan Abang, biar Abang yang layan Wana…” Suaranya kedengaran nakal. Renungannya yang menjamah mataku juga nakal. Senyumannya yang tersungging dibibirnya juga kelihatan sangat nakal. Ah… semuanya pada Adib nampak sangat nakal!
“Huh, tak hingin.” Aku jual mahal.
“We’ll wait and see.” Adib meleretkan senyuman nakalnya kepadaku. Aku menelan liur. Tanduk kucing jantan sudah keluar.
“Aaa!!” Aku menjerit bila tiba-tiba saja Adib mencempung aku.
“Apa ni Adib? Turunkan Wana!” Aku meronta-ronta di dalam cempungannya itu namun Adib hanya membiarkan dan di bawa aku naik ke atas menuuju ke kamar kami.
“Let me go, Adib!” Aku tidak berputus asa.
“No… I’ll never let you go for tonight, tomorrow and forever.” Katanya penuh romantis itu buat aku terdiam. Nampaknya aku yang tewas pada malam ini, bukan dia.
“Wana tahu tak?” Bisiknya sebaik saja kami selamat berbaring di atas katil.
“Tak.”
“Abang sayang sangat kat Wana.” Katanya dan mengucup pipiku penuh kasih.
“Hmm… Ya lettew.”
“Tak percaya ke?” Pinggangku dirangkul erat. Aku membalas rangkulannya itu.
Aku suka berada di dalam pelukan Adib kerana aku berasa selamat begini. Tersangat selamat sebab aku percaya dia ada untuk melindungi aku dan aku percaya dialah jodohku yang akan berada di sisiku hingga ke akhir hayatku nanti.
“Entah.”
“Percayakan Abang, sayang. Abang cintakan Wana dengan sepernuh hati Abang.” Bisik Adib sebelum mengucup dahiku pula. Aku memejam mata dalam merasakan cintanya itu.
“Wana cintakan Abang tak?”
“Mestilah Wana cintakan Abang.” Adib tersenyum bahagia. Aku membalas senyumannya itu. Aku juga bahagia.
“Thanks, sayang. I love you so much…” Bibir kami bertaut seketika. Menghantar rasa dari hati.
“Hmm.. I love you so much too, budak cengeng.” Bisikku buat Adib tergelak manja.
“I love you more than you love me, si pembuli.” Balasnya pula. Kami sama-sama ketawa. Malam itu merupakan malam yang indah buat kami suami dan isteri. Semoga hari-hari indah ini akan terus berlarutan hingga ke akhir hayat.
Jodohku dengan Adib Rifqi, lelaki yang sangat cengeng dan manja. Namun, di sebalik kekurangannya itu, terselit kelebihannya yang tak mungkin ada pada orang lain. Adib Rifqi, suamiku yang cengeng dan akan sentiasa berada di sisiku. Always stay by my side, Hubby! I love you…
Share this novel