ENAM

Other Series 3280

Perjalanan ke Kampung Damai dirasakan jauh sekali. Iman Daniela rasa sangat mengantuk. Perjalanannya dari sekolah ke kampung di mana ibunya menetap iaitu Pondok Nur Kasih dirasakan melelahkan. Padahal kalu ikutkan, setiap minggu dia pulang bertemu ibunya. Cuma mungkin kerana jadual kelas hari ini terlalu penuh kerana ada kelas ganti, maka dia mengajar seharian.

Iman teringatkan Hairi Adlan. Rindunya dia pada lelaki itu tidak pernah berkurang. Cumanya dia sedar diri dan selalu mengingatkan dirinya tentang cinta tak seharusnya memiliki.

Cinta? Kadang-kadang Iman sendiri tidak pasti apakah perasaan dia pada Hairi boleh dikatakan cinta. Sedangkan setahunya, cinta itu perlu diungkapkan.

Kalau disimpan seorang sebegini dipanggil perasan namanya. Hahaha. Iman ketawa dalam hati. Lagu yang berkumandang di radio sentiasa mengingatkan dia pada Hairi. Terutama lagu-lagu yang bertemakan penantian, kerinduan atau sewaktu dengannya.

Lagu yang paling menyedihkan hatinya adalah lagu Akim & Majestrit, Potret. Entah kenapa hatinya akan merindu dan merintih hiba mengingatkan Hairi apabila terdengar lagu itu.

Susah benar nak melepaskan perasaan pada seseorang. Bukan dia tak cuba. Sudah berkali-kali dicuba tapi tetap juga ada rasa itu. Maka, Iman redha. Menikmati rasa indah seolah-olah dilamun cinta. Walaupun tidak kesampaian.

Iman berhenti sebentar di bank untuk memindah duit kepada adiknya Ilham Danial. Rindu pula dia pada adiknya yang bongsu itu. Sudah hampir dua bulan tidak bertemu dan bergaduh dengan adik kesayangannya itu. Walaupun Iman sering kesesakan, dia cuba juga memberi wang kepada adiknya apabila perlu. Dia yakin rezeki ada di mana-mana. Dia cuma perlu jangan malas.

"Assalamualaikum." Tiba-tiba dia disapa seseorang. Iman berpaling untuk melihat gerangan insan yang memberi salam.

Terkejut bukan kepalang dia apabila melihat susuk tubuh yang ingin dielakkan daripada bertemu. Hairi Adlan!


* * * * * * * * *

"Niela apa khabar?" Iman cuba fokus pada minuman yang dipesannya sebentar tadi. Disebabkan terlalu terkejut, dia hanya mengikut saja apabila Hairi Adlan mengajaknya minum di restoren terdekat.

"Alhamdulillah, sihat." sepatah sahaja Iman menjawab. Dia tidak tahu mengapa. Lidahnya kelu dan dia merasakan seolah-olah di awangan.

'Apa kena dengan aku ni?' tanya hati Iman Daniela pada dirinya sendiri.

"Niela kerja kat sini ke?"

Pertanyaan itu hanya dijawab dengan anggukan.

Masih tidak tahu apa yang ingin diperkatakan. Matanya hanya menatap milo ais yang di depan mata manakala hatinya berdebar-debar kerana berdepan dengan orang yang sering dirindu selama ini.

"Niela!"

Panggilan yang sedikit kuat itu membuatkan Iman Daniela terkejut,
"Ya, saya." jawabnya tergopoh gapah.

"Niela, kenapa diam je?"

"Sory, sory..saya tak tahu nak cakap apa. Saya terkejut sebenarnya. Lama saya tak jumpa awak. Dah dekat dua tahun rasanya." Iman cuba bersikap selamba.

'Kalau selama ni boleh, in shaa Allah hari ni pun boleh.' detik hati Iman Daniela.

"Hari tu saya ada nampak awak dekat pasaraya. Saya ada panggil nama awak, agaknya awak tak dengar kot."

"Ada ya? Pasaraya mana ya? Awak salah orang kot.." Iman cuba menafikan.

"Mungkin. Tapi apa pun saya dah jumpa awak hari ni. Itu yang penting." kata Hairi Adlan. Iman Daniela merasa pelik.

"Kenapa? Perlu ke jumpa saya?" Tiba-tiba Iman merasa tidak selesa. Kata-kata Hairi memang membuatkan hatinya berbunga tapi dia juga tahu Hairi adalah bakal milik orang lain.

"Sebab saya.. Entahlah. Sebab saya teringat kat awak kot sejak dua menjak ni."

"Lama saya tak dengar cerita pasal awak. Awak ke mana selama ni?"

Iman cuba mengalih topik. Padahal dia tahu tentang Hairi. Kerana dia adalah seorang 'stalker' yang bagus. Iman terasa bangga diri.

"Saya ada je. Hari tu saya kerja jauh sikit. Pergi Singapura dalam setahun lebih macam tu. Cari duit sikit."

Ya dia sudah tahu semua itu. Dia ambil tahu segala-galanya kecuali selepas Hairi memperkenalkan calon isterinya di laman sosial Fac hampir setahun lepas.

Jujur hatinya dia mahu lari sekarang juga. Tapi dia mengaku dia sangat rindukan wajah itu. Sebab itulah dia bertahan sementara. Peluang tidak selalu ada. Maka, dia akan pastikan peluang ini digunakan untuk melepaskn rasa rindu yang tersimpan selama ini.

Itulah Iman Daniela. Dahulu pun, semasa bekerja dengan Hairi, dia hanya bercerita tentang perasaannya apabila di belakang Hairi. Berdepan sahaja dengan Hairi, dia mempamerkan seolah-olah dia tiada apa-apa perasaan pada jejaka itu. Itu antara sebabnya dia tidak kisah sekiranya Hairi tidak membalas perasaannya.

"I see. Alhamdulillah kalau macam tu. Ingat hilang ke mana." selamba Iman membalas

"Maknanya awak ada cari saya la selama ni?" Iman tersentak.

'Alamak, salah ayat ke tadi?' Iman bersoal dalam hati.

"Err..takdelah sampai macam tu. Tanya kawan-kawan tempat kerja lama la macam saya tanya pasal orang lain jugak lah." Iman cuba berdalih.

"Okay, saya ingat awak cari saya.." kata Hairi Adlan seolah-olah tergantung.

'Sebab saya ada cari awak dari jauh...' Hanya hatinya mampu berkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience