Jam ditangan dikerling sekilas. Nampaknya sudah masuk waktu makan tengah hari. Timbunan fail yang berselerakkan di meja kerja disusun supaya teratur. Adi Ashraf membuka sut kemejanya untuk menyambung kerjanya dengan lebih selesa. Lengan bajunya disinsingkan hingga ke siku.
Tali leher yang dipakai turut dilonggarkan sedikit. Dia sudah biasa tidak makan pada waktu ini. Bagi Adi Ashraf, dia lebih suka menghabiskan semua kerjanya tanpa rehat.
Sedang dia fokus dalam menyemak beberapa dokumen penting, Ariana Atilia terlintas di fikiran. Telefon pintarnya diperiksa sesekali cuba melihat jika gadis itu ada meninggalkan sebarang panggilan atau mesej. Namun tiada sama sekali.
Pelik apabila gadis itu bertindak sedemikian. Lebih-lebih lagi apabila mereka baru sahaja bertunang pada beberapa hari yang lepas. Dia tak jadi kahwin dengan aku ke? Fikir lelaki itu mula risau.
Tangannya meraup muka. Malu dengan apa yang difikirkan oleh dirinya sendiri. Apa kau merepek ni, Adi Ashraf? Dia cuba menumpukan perhatiannya semula terhadap kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
Namun sekali lagi Ariana Atilia muncul di fikiran. Dia mula tak senang duduk. Tak suka apabila perhatiannya terganggu hanya tersebab gadis itu. Dia tak rindukan Ariana Atilia.
Tak! Tak mungkin!
Kepalanya digelengkan cuba menyokong kata-kata itu. Dia tak rindu sedikit pun. Cuma. Cuma dia rindu nak kacau Ariana Atilia. Ya dia cuma rindu untuk kacau tunang dia je. Tak ada yang lain.
Ye ke?
Pintu pejabatnya dibuka dengan luas secara tiba-tiba mengejutkan dirinya. Kepalanya ditoleh dengan pantas cuba melihat gerangan yang menceroboh masuk ke dalam pejabatnya sesuka hati. Nasib tak tercabut saja kepala dia apabila menoleh terlalu laju.
"Speak of the devil." gumam Adi Ashraf perlahan apabila orang yang difikirkan sebentar tadi muncul di depan mata.
Panjang umur kau, Ariana.
Tanpa meminta izin, kerusi dihadapan Adi Ashraf telah pun Ariana Atilia melabuhkan punggung bersama senyuman yang bagaikan menyeringai. Pintu pejabat lelaki itu telah ditutup terlebih dahulu untuk mengelakkan perbualan mesra mereka selepas beberapa hari tak berjumpa didengari oleh orang lain.
"Cantik betul adab kau. Tak ada salam terus terjah. Ingat office aku ni apa? Tempat maksiat? Yang kau boleh terjah masuk macam pegawai agama nak tangkap orang? Pegawai agama pun bagi salam." perli Adi Ashraf sedas kepada Ariana Atilia. Jelingan tajam diberikan selepas itu.
Ariana Atilia membuat muka bosan apabila diperli sebegitu. Dia tahu dia salah cuma tak nak mengaku. Tapi salah ke dia nak masuk pejabat tunang dia sesuka hati? Kan. Kan. Kan.
"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, cinta. Boleh saya masuk dan duduk dengan tenang sekarang? Puas hati?" balas Ariana Atilia bersama senyuman mengejek. Sengaja dia menggunakan nama panggilan sebegitu.
"Waalaikumusalam, ha apahal datang jumpa aku ni? Lain kali, buat appointment. Aku ni sibuk. Bukan macam kau tak ada kerja kacau hidup orang." sekali lagi perlian kasar untuk dilontarkan dari mulut Adi Ashraf.
Ariana Atilia mengigit bibir tanda tak puas hati. Matanya dikecilkan ke arah lelaki itu. Senyuman sinis pada wajah Adi Ashraf menaikkan lagi darah Ariana Atilia.
Besar kecik je dia tengok tunang dia ni sekarang. Ada jugak yang mulut tu kena cili nanti.
"Mulut kau tu eiii aku lempang jugak kang. Busuk mengalahkan longkang!" kutuk Ariana Atilia penuh geram. Dia bingkas bangun berdiri.
"Mana ada. Tak percaya? Sini, datang dekat sikit." balas Adi Ashraf cuba mendekatkan kedudukan mereka. Keningnya digerakkan sedikit. Senyuman mengusik sudah terukir dibibirnya.
"Stop!" arah Ariana Atilia mula panik. Tak guna punya tunang. Langkah Adi Ashraf terhenti serta merta. Terubat rindu lelaki itu pada akhirnya.
"Aku lapar." ucap Ariana Atilia serius. Tak larat mahu bertekak lidah lagi dengan tunang tak guna dia tu. Perut dia yang berbunyi perlukan perhatian dia jugak. Bukan tunang dia yang tak berhati perut tu je.
"Ada nampak aku kisah? Lapar pergilah makan. Itu pun aku nak kena ajar ke?" balas Adi Ashraf selamba. Itu bukan urusan dia. Dia kembali melabuhkan punggung di kerusi untuk menyambung kerjanya semula.
Ariana Atilia mencebik. Kenapa tunang dia ni tak berhati perut? Kalau ya pun tak ada perut sekurangnya janganlah biarkan perut dia ni menderita kelaparan.
"Nak kau teman." balas Ariana Atilia jujur. Itu memang tujuan dia datang ke pejabat lelaki itu sebenarnya sejak dari mula. Tapi nak buat macam mana terpaksa bertekak dulu macam anjing dengan kucing.
Balasan Ariana Atilia membuatkan Adi Ashraf tersentak. Nampaknya perangai tak tahu malu gadis itu sudah muncul kembali. Namun dia mengekalkan riak wajahnya yang ketat.
"Aku sibuk." ringkas lelaki itu membalas. Matanya sempat menangkap riak muka Ariana Atilia mula berubah. Secalit perasaan serba salah terkena pada hati lelaki itu.
"Okay. Biarlah aku makan sorang-sorang. Ajak Akid teman ke. Ataupun ajak kawan kau tu. Apa nama dia eh? Ha, Izz!" ucap Ariana Atilia sedikit kuat.
"Biar Izz yang tolong suapkan-" kata-kata Ariana Atilia dipotong dengan pantas oleh Adi Ashraf. Jawapan lelaki itu membuatkan dia menyembunyikan senyuman lebar.
"Fine, jom!"
??????
Adi Ashraf menghirup air minumannya sedikit demi sedikit. Pandangan matanya diliarkan sekeliling sebelum jatuh pada Ariana Atilia yang sedang berselera menikmati makanan. Lagak gadis itu tidak kurang seperti orang tak makan setahun.
"Makan slow-slow. Kau nak mati tercekik ke, Ariana?" tegur Adi Ashraf sedikit tegas. Namun tegurannya dibalas dengan senyuman daripada gadis itu. Dia mula mengerutkan dahi.
"Kau kenapa senyum? Kau memang nak mati tercekik ke?" soal Adi Ashraf pelik. Dah kenapa perempuan ni. Makanan tu kena racun ke apa?
"Tak. Cuma aku suka. Suka bila kau panggil nama aku." balas Ariana Atilia selamba. Dia kembali menjamu selera. Lagipun bukan selalu lelaki itu panggil nama dia macam tu.
Adi Ashraf mengukir senyuman mendengar balasan daripada mulut gadis itu. Tak sangka dia dapat mendengar jawapan jujur sebegitu. Tangannya menongkat dagu melihat gadis itu makan dengan penuh berselera.
"Ariana Atilia binti Johan." sebut Adi Ashraf dengan lancar tanpa tergagap sedikit pun. Dia cuba menguji nama penuh gadis itu dilidahnya. Dia mula tersengih sendiri.
Manakala, Ariana Atilia sudah meneguk air liur apabila nama penuhnya disebut dengan begitu sempurna daripada bibir lelaki itu. Mujurlah dia tak tersedak. Pipinya yang mula membahang dikibas dengan tangan.
"Pedasnya." ucap Ariana Atilia cuba cover malu. Tangannya pantas mendapatkan air minumannya yang sejuk. Adi Ashraf mengeluarkan tawa halus melihat perbuatan gadis itu.
"Pedas ke malu, hmm honey?" usik Adi Ashraf sambil merenung pada pipi gebu milik Ariana Atilia. Tangannya mengacau air minumannya menggunakan straw.
"Stop calling me names, Adi Ashraf bin Marzuki." balas Ariana Atilia dengan nada yang tegas. Matanya dijegilkan ke arah lelaki itu. Adi Ashraf tersenyum sinis.
"Then, stop blushing, sweetcheeks." balas Adi Ashraf ringkas. Dia mengangkat bahu sambil mengenyitkan mata. Tawa halusnya dihamburkan apabila melihat muka Ariana Atilia yang sedang cuba reaksi mahu muntah.
"Tak ada maknanya. Berapa kali aku nak cakap makanan ni pedas sangat. Tu yang merah pipi aku ni." terang Ariana Atilia bersungguh-sungguh. Tak suka apabila dirinya dimalukan sebegitu sekali.
Adi Ashraf mengangguk beberapa kali tanda faham. Seronok melihat gadis itu berusaha untuk menyembunyikan perasaan malunya. Ariana Atilia menghela nafas lega.
"Whatever. Aku faham." ucap Adi Ashraf memuaskan hati Ariana Atilia. Gadis itu tersenyum kemenangan untuk sementara.
"Aku faham yang tak kira apa aku panggil kau, kau tetap blushing." sambung Adi Ashraf lagi. Ariana Atilia sudah menjulingkan mata ke atas. Salah dia sebab ingatkan lelaki itu tak nak malukan lebih lagi.
"Kau blushing bila aku panggil nama kau dengan nama lain. Aku tak tahu nak panggil kau apa dah lepas ni." ucap Adi Ashraf sambil meletakkan jarinya di dagu cuba memikirkan nama yang sesuai.
Ariana Atilia sudah buat muka menyampah. Malas nak layan lelaki tak guna tu lagi. Perlu ke nak malukan dia sekali lagi? Tak cukup lagi ke hah buat dia malu sebelum ni hah?
Cukup, cukup sudah. Cukup sampai disini saja. Pftt.
Senyuman nakal yang mula terukir dibibir Adi Ashraf membuatkan Ariana Atilia tak senang duduk. Dia tak bersedia lagi mahu menerima apa-apa serangan jantung daripada kata-kata yang bakal dilontarkan oleh lelaki itu. Makin lemah jantung dia nanti.
Belum sempat Ariana Atilia memberi amaran, kata-kata Adi Ashraf sudah membuatkan jantungnya berhenti berdegup.
"Or can i call you mine?"
??????
Hujan lebat mula membasahi bumi. Kelihatan dua orang manusia sedang berlari-lari dalam keadaan tersebut cuba mencari tempat berlindung. Pakaian mereka mula menampakkan tompokan hujan.
"Ni semua salah kau." ucap Adi Ashraf cuba menyalahkan Ariana Atilia. Tangannya meraup rambutnya yang basah sebelum dikibaskan dengan mengeleng kepala sesekali.
Ariana Atilia memasamkan muka. Dia menjeling ke arah Adi Ashraf tak puas hati. Tak percaya apabila baru tadi lelaki itu membuatkan hati dia melompat kegembiraan dan sekarang membuatkan dia mahu mencekik lelaki itu sehingga mati. Bipolar!
"Diamlah! Mana aku tahu hari ni nak hujan." balas Ariana Atilia cuba mempertahankan diri. Dirinya mula mengigil kesejukan.
Adi Ashraf yang sedar dengan tindakan gadis itu mula risau. Rambutnya yang sedikit kering itu dia betulkan sedikit agar kelihatan rapi.
"Kau tunggu sini, jap." ucap Adi Ashraf sebelum beredar pergi. Ariana Atilia diam tak memberi balasan. Tubuhnya yang sedang kesejukan itu duduk menunggu lelaki itu dengan sabar.
Tak lama kemudian, Adi Ashraf kembali dengan sepersalinan baju yang baru dan kering. Ariana Atilia mengerutkan dahi hairan dari mana datangnya baju tersebut.
"Pergi tukar baju dalam bilik aku." arah Adi Ashraf sebelum duduk diatas sofa yang terdapat dalam pejabatnya. Dia mula bermain dengan telefon pintarnya.
Ariana Atilia masih tak bergerak dari tempatnya tadi. Gila ke nak suruh tukar baju. Adi Ashraf mendongak melihat gadis itu dengan pandangan tak puas hati.
"Kenapa berdiri dekat situ lagi? Pergilah. Takkan nak aku dukungkan pergi sana?" soal Adi Ashraf sambil menyilangkan tangan.
"Tak nak. Aku nak balik." balas Ariana Atilia mula mengatur langkah untuk pergi dari situ. Namun dihalang oleh Adi Ashraf.
"Okay, tapi biar aku hantar." ucap Adi Ashraf sebelum memberi jalan untuk gadis itu lalu.
"Tak apa, aku okay. Aku tak nak susahkan kau. Bye." kata Ariana Atilia jujur. Kalau boleh, dia betul-betul nak pergi dari situ sebab dah kesejukan yang teramat.
Adi Ashraf berdecit. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Matanya merenung tajam ke arah Ariana Atilia.
"Kau ni memang degil kan?" marah Adi Ashraf geram apabila semua pelawaannya ditolak begitu saja.
"Kau tu memang tak faham bahasa kan? Dah tepi aku nak balik." perli Ariana Atilia mula mempercepatkan langkah. Bibirnya sudah mula pucat.
"Wait." ujar Adi Ashraf lalu mendekati gadis itu. Ariana Atilia memberikan pandangan tak puas hati. Apa lagi dia nak?
Sehelai sut kemeja diletakkan pada bahu Ariana Atilia. Memberikan rasa kehangatan pada tubuh badannya yang sedang kesejukan. Pesanan terakhir diberikan kepada gadis itu sebelum Adi Ashraf kembali menyambung kerjanya semula.
Serta-merta, tubuh Ariana Atilia menjadi hangat. Terlalu panas sehingga terasa seperti membahang. Tanpa berlengah, kakinya diatur keluar dengan laju. Pesanan itu masih terngiang-ngiang di telinganya.
"I don't like people staring on what's mine."
-To be continued..-
Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-
Share this novel