BAB 11

Romance Completed 49595

Hari ini Tunku Asmah dan Tunku Zahi membuat majlis kesyukuran aku dan Samser. Ramai kenalan-kenalan Tunku Asmah dan Tunku Zahi hadir. Tujuannya hanya ingin mengucapkan tahniah dan berkenalan dengan aku. Perlu ke?

Ramai kenalan yang aku sendiri tak kenal mengucapkan tahniah kepada aku dan Samser. Sesekali aku lihat Samser gamat melayan saudara maranya yang asyik mengusik dirinya. Kemudian datang seorang wanita yang agak jelita, bersalaman denganku. Aku menghadiahkan senyuman.

“Tahniah Fitri. Awak dah jadi milik Samser.” Kata wanita itu. Dia mengenakan baju gaun yang seakan-akan Taylor Swift, cantik! Aku terpinga-pinga. Siapa dia? Tiba-tiba aje!

“Err,terima kasih, Luahku. Dia mengangguk. Aduhai! Bahagian angguk-angguk geleng-geleng yang aku paling tak suka! Memang orang dekat sini suka buat macam tu ke? Tak faham aku!

“Oh ya, maaf lambat perkenalkan diri, , my name is Aishyatul Neyda. Just call me Neyda.”Wanita itu memperkenalkan dirinya. Aku segera mengenalkan diriku. Namanya boleh tahan sedap!

/“My name is Nurfitrah Rahayu. Call me Fitri.”/Kataku pula. Neyda tersenyum. Cantik orangnya, mempunyai kulit yang putih. Tapi lagi cantik aku kot? Ah! Mana boleh orang lain lagi cantik dari aku!

“Saya tahu. Awak anak Dato’ Hisham and Datin Emelda. Samser tak cerita apa-apa dengan awak mengenai saya?” kata Neyda. Tulus sekali wajahnya. Aku menggelengkan kepalaku. Memang tak ada.

“Err, tak ada. Kenapa ya Neyda?” soalku pula. Neyda tergelak. Eh, minah ni. ketawa pulak dia. Nak kata aku buat lawak, jauh sekali!

“Saya bekas kekasih dia.” Kata Neyda. Ayat yang ringkas. Mudah difahami, menikam jantungku umpama panahan petir yang kuat! Auch!

Aku rasa cemburu sebentar. Bekas kekasih suami aku? /What!/ Apa motif dia jumpa dengan aku? Nak suruh lepaskan Samser ke? /No way!/ Aku dah mula cintakan Samser ! “So?” ujarku pula. Neyda mendengus. Mungkin dia menjangkakan aku akan memahami dirinya. Hello? Please!

“Saya tahu awak kahwin dengan Samser sebab takut dikahwinkan dengan Darwish.” Kata Neyda pula. Aku menelan liur. Kesat.

“Eh, siapa cakap? Saya kahwin dengan Samser atas sebab suka sama suka. Kalau tak, takkanlah kami happysekarang ni Cik Neyda.” Aku mengukir senyuman. Hish perempuan ni, kalau ikutkan hati, aku dah simbah air kat muka dia sekarang ni. Atau tolak dia dekat kolam renang yang ada dekat sebelah aku ni.

Busybodyya amat! Kalau ya pun aku kahwin dengan Samser ‘olok-olok’, apa kaitan dengan dia? Dia ke yang tanggung kos perkahwinan aku? Dia ke? Hisy! Ni yang aku mula nak naik angin!

“Let him go please.” Pinta Neyda dengan wajah yang memang aku rasakan minta dilempang berulang kali. Aku ketawa terpaksa.

“No Neyda, I love him.”Luahku, seikhlas hati. Tiba-tiba sahaja Samser datang dan segera memelukku erat. Ada riak cemburu di wajah Neyda, aku segera mengukir senyuman. Rasa tenang berada di dalam pelukan Samser.

“Abang, dah makan?” soalku, ambil tahu. Samser mengangguk sembari mengucup dahiku di hadapan Neyda. Ha! Padan muka kau! Perempuan tak faham bahasa! Aku dah kata Samser l tak suka kau! Perasan!

“Dah makan honey. Honeydah makan?” soal Samser pula kepadaku. Aku menggelengkan kepalaku berulang kali, sambil mencebik. Samser mengelus rambutku. Indahnya perasaan ini! Aku rasa bagaikan di awang-awangan.

Seperti yang aku katakan, kali terakhir aku bercinta ialah ketika aku belajar di Kanada dahulu. Kira-kira lima tahun dahulu. Sehingga kini, pintu hatiku sepi. Tiada penghuni, justeru tiada seekor kumbang yang berani mendekati diriku.

Mungkin kerana sikapku yang garang? Dalam banyak-banyak lelaki, hanya Samser yang tampak mesra denganku walaupun sudah banyak kali dia dimaki dan dihamun olehku.

“Kenapa ni?” Samser mulai khuatir. Aku tahu dia cuma berlakon kerana mahu menunjukkan dia seorang suami yang prihatin di hadapan Neyda. Aku merengek sambil memegang perut.

“Honey sakit perutlah abang! Abang suapkan boleh?” pintaku dengan manja. Samser tergelak mendengar permintaanku yang bagai kanak-kanak.

“Kalau sakit perut, jangan makan. Pergi rehat sana. Abang ada banyak kerja lepas ni.” kata Samser pula. Aku menguatkan pelukanku.

Neyda yang sedari tadi berdiri memandang kami, entah apa yang sedang melanda dirinya tika ini. Mungkin cemburu, mungkin sakit hati. Mungkin juga geram. Tapi, ada aku kisah ke semua tu? Yang penting aku gembira di sisi Samser.

“Eh Neyda, dah lama sampai?” Samser menegur.

Aku ketawa di dalam hati. Tak mungkin Samser baru perasan kelibat Neyda yang sudah berdiri bagaikan patung memerhatikan lakonan kami tadi. Ke memang si Samser ni tak suka pada Neyda? Soalan itu berulang-ulang di dalam kepalaku. Sementelah aku sendiri tak mampu menjawabnya. Simpan dalam buku catatan ajelah!

“Dah lama jugak Samser. Lama tak nampak you, makin hensem sekarang ya? Iyalah, orang dah ada bini. Makin terurus.” Kata Neyda, terasa hati. Alamak! Minah sorang ni touching la pulak!

“Pandai-pandai aje you ni Neyda. I biasa-biasa aje. sama aje macam dulu.” Samser menafikan. Eh, memang Samser hensem pun. Siapa kata dia tak hensem? Mari sini aku pelangkung sorang-sorang. Getusku di dalam hati.

“Iyalah tu Sam. Kan hobi you merantau. Macam-macam negeri you pergi. Akhirnya you bawak balik orang Kuala Lumpur juga ya. Orang disini ditinggalkan, patutlah.” Sindir Neyda dengan ekor mata yang tajam. Huh!

“Dah jodoh Neyda, nak buat macam mana. Semoga you cepat kahwin jugaklah ya? You ni I tengok sekarang makin berseri-seri. Mesti ramai peminat ni.” usik Samser. Aku ketawa mendengar usikan spontan dari Samser itu.

“Okeylah Sam Fitri. I have to go now. Datang sini sebab nak jumpa Isteri you aje. tak ada niat lain. Minta diri dulu ya?” Neyda meminta diri.

“Ya ke tak ada niat lain?” kataku. Aku sengaja menyindirnya. Neyda tersenyum sumbing.

“Ya Fitri. Nice to meet you.” Ucap Neyda lantas berlalu pergi. Setelah Neyda berlalu pergi sahaja, Samser membisikkan sesuatu kepadaku.

“Kenapa perangai Neyda lain macam aje Cik Fitri?” soal Samser. Sudah kembali menjadi pekerjaku.

“Saya tak tahu la abang. Yang pasti she’s trying to steal you from me.” Aku berterus terang. Mudah sedikit.

“What?” Samser kurang percaya dengan kata-kataku. Mungkin kedengaran lucu padanya! Tapi tidak bagi aku! Aku nampak dia cuba menahan gelak.

/“Don’t worry abang. I will not let you go.”/Kataku dengan perlahan. Aku tak tahu sama ada dia dengar atau tidak.

“Why?”soalnya pula. “Because I’m just started to love you, honestly.”Luahku pula. Samser terdiam. Dan aku cuma mampu mengukir senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience