“ Oh, saya call Along awak petang tadi. Itu yang saya tahu awak balik hari ni. Dia kata dia memang nak datang sini jemput awak balik. Tapi kalau awak nak balik dengan saya, saya boleh aje call dia bagitahu awak balik dengan saya. ” kata lelaki itu ceria.
‘ Memang tak la pak cik oi! Kalau Along tak datang sekali pun pagi-pagi buta ni aku lebih rela order grab dari aku pilih untuk balik dengan kau. Kang kalau kau yang hantar aku balik, bukan sampai depan rumah entah ke mana-mana kau bawa aku pergi nanti. ’ kata hatiku berniat mahu menolak pelawaan Aiman sebentar lagi.
“ Eh, tak apalah Aiman! Saya dah janji dengan Along nak balik dengan dia. Awak pergilah balik dulu. Lagipun baru pukul 3:20 minit pagi ni, awal lagi! Kalau awak nak balik dan sambung tidur pun sempat lagi ni! ” ujarku berharap jejaka itu dapat beredar dari kawasan tersebut dengan segera.
“ Halau nampak? Alah, tak apalah! Kalau awak nak balik dengan Along awak jugak, at least bagilah saya teman awak dekat sini. Awak tu perempuan, bahaya biarkan awak sorang-sorang dekat sini. ”
‘ Ha.. ha.. ha.. memang tak halau pun, usir aje. Kalau kau nak tahu, duduk dengan kau macam sekarang ni lebih bahaya daripada aku duduk sorang-sorang dekat sini.’
Dengus hati ku dalam diam.
“ Lagipun, appointment saya dengan client esok tu kalau tak penting sangat, saya boleh postpone aje. Buat hari lain, tak ada hal lah! ” sambungnya lagi dengan yakin.
Wah, sampai sanggup postpone dia punya meeting appointment dengan client semata-mata sebab nak teman aku aje time pagi-pagi buta ni?!
Hu.. Hu.. Hu,..
Makin parah perangai mamat obses ni!
Perkara ni tak boleh jadi ni, aku mesti mencari akal.
Aku hanya membalas sepatah perkataan sambil tersengih ke arah lelaki tersebut mengiakan penjelasan yang diberikan oleh dirinya.
Dalam sibuk akalku cuba mencari idea bernas agar Aiman segera beredar dari situ, tiba-tiba tekakku terasa kering meminta supaya dibasahi oleh seteguk air sejuk yang menyegarkan. Keadaan itu telah memaksa diriku agar bangun dari tempat dudukku lalu melangkah menuju ke mesin air yang terdapat di kawasan itu.
Aku bangun dari tempat duduk itu sambil membimbit buku diari lamaku yang aku peluk sedari tadi tanpa menghiraukan Aiman yang berada di sisi ku sebentar tadi.
“ Eh, Hannah awak nak pergi mana tu? Tunggulah saya! ” laung lelaki itu di belakangku.
Haih, tak akan nak pergi beli air mineral pun aku kena bagi tahu dia? Perangai dia ni kalau anak saudara aku tengok pun dia gelak berdekah. Macam budak-budak, dan yah, sampai ke mesin beli air tu dia ikut aku.
Nasib kau lah Hannah!
“ Hish, awak ni! Saya nak pergi beli air mineral ajelah. Yang awak beria ikut saya sampai ke sini kenapa? ”
Ujarku menjelaskan keadaan sebenar kepada lelaki itu sambil tangan kananku sibuk menyeluk ke dalam saku seluar demi mencari beberapa keping duit syiling untuk dimasukkan ke dalam mesin air tersebut.
“ La, time-time macam ni pulak lah aku tak ada duit syiling! ” rungutku dalam nada perlahan.
“ Awak tak ada duit syiling ke? Ha, sekejap saya check wallet saya! ”ujar Aiman dengan teruja mahu membantuku.
‘ Hish, dengar pulak dia apa yang aku tengah bercakap! ’ kata hatiku perlahan.
“Eh,.. eh,.. tak payahlah Aiman! Buat susah-susah aje.” kataku cuba menolak bantuan dari lelaki tersebut.
“ Alah, setakat duit syiling RM1.80 untuk beli air mineral, apalah sangat! Dah,.. dah.. awak pergi duduk tempat awak balik biar saya aje yang belikan air untuk awak.” ujarnya seraya tangannya mengipas-ngipas wajahku supaya aku kembali ke tempat dudukku.
Hmm, nak buat macam mana kan? Dia dah paksa, ikut ajelah. Nanti kang jadi cerita panjang lebar pula.
Sabar ajelah!
Aku pun mula membuka langkah ingin menuju semula ke tempat dudukku sambil membelek buku diari lama itu. Apabila aku tenung buku itu, suasana hati hanya akan menjadi sayu sahaja. Yalah, walaupun kejadian telah lama berlalu tetapi ia telah memberikan satu impak yang agak besar dalam hidupku. Tapi, jika peristiwa yang pahit itu tidak berlaku, kemungkinan besar aku tidak mampu mencapai kejayaan yang sebesar ini dalam hidupku.
Takdir Allah yang paling terindah.
His is the best planner!
Sedang aku leka berbicara sendirian dengan diri sendiri itu. Tanpa sedar aku telah melanggar seseorang yang datang dari arah kiriku. Sehingga menyebabkan buku diari lamaku itu tercampak jatuh dari pengangan tanganku. Aku yang baru tersedar akan kejadian itu cepat-cepat bangun dari tempat yang aku jatuh tersebut sambil memohon maaf kepada orang yang aku telah langgar tanpa sengaja tersebut.
“ Err,.. Maaf encik,.. Maaf. Saya tak sengaja tadi! ” ujarku gelojoh mengeluarkan kata maaf kepada lelaki yang berpakaian swearter berwarna kelabu dan berkaca mata hitam itu.
“ Maaf,.. Maaf.. lain kali dua biji mata yang Tuhan bagi tu letak dekat muka bukan letak dekat lutut, faham Cik adik?! Jangan sampai satu hari nanti ada orang yang gelarkan Cik adik ni buta pulak..”
Kata lelaki itu dengan lagaknya lalu bangun dan beredar dari situ tanpa memandang sedikit pun wajahku kerana lelaki itu jatuh tadi dalam keadaan yang membelakangiku.
“ Eh-eh, kerek gila mamat ni! Orang dah cuba berbahasa tu bukan kata nak bercakap sopan sikit. Aku dah mintak maaf kut. Dasar lelaki ego! ”
Bebelku sendiri kerana tidak berpuas hati akan sikap pemuda yang tidak mengamalkan salah satu prinsip dalam rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan itu.
Benci betul aku dengan orang macam ni!
Bukan apa, sebab lelaki ego dan tak mahu kalah seperti itulah yang menyebabkan aku trauma dengan masa silam aku dulu.
Hish, menyampah betullah aku!
Bising-bising dalam hati kau pun tak gunalah Hannah!
Lelaki itu bukan dengar pun malah dia dah jauh pun dari pandangan mata kau.
Sia-sia aje!
“ Hannah.. Hannah, awak ok tak ni? Lelaki tu buat apa pada awak? Awak ada cedera dekat mana-mana tak? ” soal Aiman dengan kalut kepadaku.
“ Aiman awak ni annoying lah! Saya ok, tak ada apapun. Saya terlanggar lelaki tu aje tadi. Saya yang salah.”
Hish, mamat ni dia mula dah buat cempeqa beruk dia tu.
Haih, rimas betul aku!
“ Taklah saya bukan apa, lelaki tu kurang ajar sangat. Tak beradab betul! Awak dah mintak maafkan? Yang dia nak kecoh maki awak sangat dekat situ tu kenapa?!”
Eh,.. eh.. dia ni.
Aku yang langgar mamat tu tadi dia pula yang beria nak marah ni apa pasal?
“ La, awak ni Aiman! Benda kecil ajelah. Saya oklah, yang awak pulak nak lebih-lebih ni kenapa? ”
Ujarku kehairanan dengan tindakkan Aiman yang tiba-tiba melulu marah kepada lelaki yang
aku langgar tanpa sengaja sebentar tadi.
“ Saya tak bolehlah ada lelaki yang tinggi suara dengan perempuan ni, especially dengan awak Hannah. ”
Eleh, yang kau pernah tengking Syasya dulu tu benda apa?
Itu bukan meninggi suara namanya tu?
Ke Syasya tu makhluk jelmaan bukan perempuan?
Itu yang kau main bedal aje tengking dia.
“Awak fahamkan apa maksud saya?” ujar Aiman secara drastik menukar nada suaranya menjadi agak sayu.
Haih, dia dah start nak jadi pelakon sinetron pula!
“ Aiman,.. kan dah banyak kali saya cakap saya tak sukalah awak bercakap pasal hal ni. ” kataku agar Aiman memahami akan perasaanku.
“ Tapi Hannah, saya.. dah lama suka awak! Awak tahukan? ”
Haih, dia dah mula dah buat perangai tak faham bahasa dia tu.
“ Dan awak jugak tahukan? Yang saya anggap awak tak lebih dari seorang kawan? ”
Soalan berbalas dengan soalan.
Lelaki itu sepi buat seketika.
“ Aiman,.. Awak kena faham. Perasaan manusia terhadap manusia lain tak boleh dipaksa. Saya bukan nak kecilkan hati awak ke apa, cuma saya nak awak hormatlah sikit keputusan dan perasaan saya. Bolehkan awak buat semua tu sebagai kawan saya? ” ujarku dengan lembut agar lelaki itu memahami dan menghoramati keputusanku.
Setelah aku menerangkan perkara tersebut, aku membongkokkan badanku sedikit mengambil semula buku diari lama yang terjatuh di atas lantai tadi akibat pelanggaran yang tidak di sengajakan aku dengan seorang lelaki sebentar tadi.
“ Tapi Hannah saya...”
Kata-kata Aiman terhenti di situ apabila kelibat Along semakin menghampiri kami sambil melambai-lambai tangannya ke arahku.
Lambat!
“ Sorry-sorry, Along lambat jemput Hannah. Along terlelap tadi masa tidurkan si Rizqin. Sorry ek my lovely little sister?”
Katanya sambil menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepadaku atas kelewatannya itu.
“ Ha, itulah Hannah dah cakapkan siang tadi nak balik naik teksi atau grab aje, tapi Along nak jugak jemput Hannah. ” bebelku kepada Along.
“ Alah, kamu tu tak payah lah nak gatal naik grablah, teksi bagai. Bahaya tau tak? Ni Along dah sampai dah pun, sekarang ni kamu pergi angkat semua beg kamu yang berat tu. Jom, kita balik! ” ujar Along sambil menarik salah satu beg pakaianku untuk dibawa pulang.
Aku dengan cerianya menyimpan semula buku diari lama itu lalu aku mengangkat satu persatu beg-beg yang mengandungi barang-barang peribadiku itu.
“ Err, Hannah! Nah, awak punya air mineral tadi. ” ujar Aiman memberikanku sebotol air mineral yang dia beli untukku sebentar tadi.
“ Oh ha,.. ok thanks ya Aiman! ” ujarku ceria.
Ceria bukan sebab lelaki itu memberiku air mineral itu tetapi Along dah sampai dan aku dah tak sabar nak balik rumah.
Happynya!!!
“ Hah, Aiman! Terima kasih ya teman Si budak Hannah ni tadi sementara Abang Zan nak sampai sini. Kalau tidak jadi kera sumbang lah budak ni ” ujar Along sambil mencubit pipi mulusku.
Aku pula hanya mencebik dengan tindakkan Along di hadapan Aiman itu.
“ Alah, benda kecil aje tu Abang Zan. Itu pun Aiman yang call Abang Zan tanya Hannah balik bila siang tadi, kalau tidak tu Aiman tak ada dekat sini jugak. Kalau nak tunggu Hannah bagi tahu dekat saya, entah sampai janggung tumbuh janggut pun belum tentu dia nak bagi tahu saya yang dia sampai Malaysia hari ni. Lagipun Hannah ni kan kawan saya jugak. Apa salahnya saya teman dia sekejap dekat sini tadi. ” jelas Aiman kepada Along panjang lebar sambil tersenyum manis.
Cis, nak bodek Along akulah tu!
Kalau aku dah sampai Malaysia 10 tahun yang lepas pun aku tak akan cerita dekat kau lah.
Penyibuk!
“ Hmm, kalau Aiman tunggu Si Hannah ni yang nak bagitahu dekat Aiman. Baik Aiman balik rumah tidur ajelah! Lambat. ” kata Along menyindir sambil menjeling ke arahku.
Aiman hanya ketawa kecil mendengar kata-kata Along itu berkenaan dengan kerenahku. Setelah Along berjabat tangan dengan Aiman kami pun beredar dari kawasan lapangan terbang tersebut.
♡♡♡
Dalam perjalanan pulang, aku dan Along memang riuh sakan berborak dalam kereta Toyota Velfire miliknya. Macam-macamlah kami bualkan pada pagi yang hening itu. Alah, biasalahkan adik-beradik lama tak jumpa. Bila dah jumpa tu, dia punya jakun macam tak pernah hidup dengan family ni mestilah ada.
Ha.. Ha.. Ha..
“ Eh, rajin betul ya Si Aiman tu temankan Hannah pagi-pagi buta macam ni? Siap call Along lagi petang tadi tau tanya Hannah balik bila. ”
Dah nama pun obses, mana dia tak sanggup!
“ Yang Along pun satu! Yang Along pergi bagitau dekat dia yang Hannah balik hari ni kenapa? Bukan Along tak tahu perangai dia tu macam mana ” kataku dengan nada yang tidak puas hati kepada Along.
“ Alah, marahnya adik Along ni! Tak la bukan apa, Along kesian aje dekat dia tu, beria sangat nak jumpa Hannah dekat airport. Tu yang Along jadi tak sampai hati tu. Lagipun dia tukan kawan Hannah juga, apa salahnya? Ke dia purpose Hannah lagi macam hari tu dekat airport masa Hannah mula-mula nak bertolak ke London dulu? ” soal Along sambil ketawa kecil kepadaku.
Hish, macam tahu-tahu pulak dia ni!
“ Yalah, sebab tu Hannah tak bagitau dia bila Hannah balik sini. Nanti dia buat lagi perangai dia tu! ” omelku kepada Along.
Along hanya ketawa terbahak-bahak kepadaku.
“ Itulah kamu tu jual mahal sangat! Mana kawan tu tak asyik purpose aje dekat kamu. Alah, kamu tu pun satu hal jugak, bagilah chance sikit dekat dia.., dekat lelaki lain! Tak adalah nanti adik Along ni jadi andartu sampai tua. He.. He.. He.. ” katanya sambil mencubit pipiku.
Hish, memang tak lah aku nak bagi muka dah dekat mana-mana lelaki pun!
Peristiwa yang lalu banyak bagi pengajaran kepada diriku, untuk terluka lagi kerana lelaki dan cinta lagi? Aku rasa tak perlu lah kut. Melihat wajahku mencuka, Along cuba berusaha memujukku semula.
“ Merajuklah pulak! Alah, Along gurau ajelah. Janganlah sensitif sangat. Tapi Along nak nasihatkan Hannah sikitlah, yang lepas tu,.. Lepas lah. Hidup Hannah yang dulu dengan sekarang pun dah jauh berbezakan? Move on lah ya! Cuba buka sikit hati tu untuk orang lain dan maafkan semua orang yang pernah sakiti Hannah dulu. ” ujarnya lembut.
Aku hanya mendiamkan diri menghadam kata-kata Along itu.
“ Apa yang Along cakap ni bukan nak judge perasaan Hannah ke apa tau. Sebab Along sendiri pun tak ada dekat situasi Hannah pada masa tu. Tapi apa yang boleh Along bagitahu Hannah sekarang ni kamu carilah kebahagian kamu sendiri. Kamu pun dah besar, tahu yang mana baik dan buruk untuk diri kamu. Kalau boleh biarlah kamu hidup hari ni bukan dengan masa lalu sebab bila kita asyik pandang belakang kita akan selama-lamanya binasa dan kamu tak akan jumpa apa yang boleh membuatkan kamu bahagia dalam hidup ni. Fahamkan apa maksud Along? ”
Aku hanya mengangguk menerima nasihat dari Along itu.
“ Thanks Along atas nasihat tu, baiklah Hannah akan cuba walaupun susah.. ”
“ Ha, macam nilah adik Along. Good girl ” ujar Along sambil mengusap kepalaku lembut.
Melihat mulutku yang telah menguap luas dan menggosok mataku yang semakin berair kerana mengantuk Along mencadangkan kepada aku supaya aku tidur sahaja sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah.
Namun begitu, sebelum aku melelapkan mata minda aku tiba-tiba terbayang semula peristiwa di airport tadi.
Ya, peristiwa di mana aku terlanggar pemuda kerek dan yang tidak tahu budi bahasa itu. Wangian yang di pakai olehnya ketika itu telah menusuk masuk ke rongga hidungku.
Dan ya,…
Wangian yang di pakai oleh lelaki tersebut...
Seperti aku pernah membaunya sebelum ini.
Tetapi di mana ya?
Dalam lenaku, aku cuba menyelongkar semula memori lama yang berkaitan dengan bau haruman itu. Namun, malangnya aku telah pun terlepas ke alam mimpi akibat keletihan yang teramat sangat pada hari ini.
♡♡♡
Di rumah Along...
Aku menyusun langkah kakiku yang perlahan sedang menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati ingin menuju ke pintu belakang dapur. Lagakku yang terjengket-jengket menuruni anak tangga yang cenuram itu tidak ubah seperti pencuri bersiri sahaja. Sebelum aku membuka pintu belakang dapur rumah Along tersebut, tangan kananku yang sedang kosong mula memanjang ke arah kabinet pinggan mangkuk yang berhampiran dengan kedudukan singki di dapur tersebut.
Tangan kananku mula lincah menyelerakkan deretan susunan sempurna itu untuk mencari bekas pinggan atau mangkuk yang tidak digunakan lagi. Tiba-tiba tangan kananku mencapai sebuah mangkuk seramik yang retak dan lusuh. Saiz dan kedalaman mangkuk seramik lusuh itu agak besar dan dalam.
‘ Ha, boleh lah yang ni! ’ bisik hatiku nakal.
Manakala tangan kiriku yang sudah penuh dengan bahan dan alatan untuk membakar seperti pemetik api dan buku diariku tidak melakukan apa-apa tugasan.
Suasana pagi yang hening sekitar pukul 7:00 pagi tersebut membantu aku melaksanakan rancangan pelupusan sampah silamku tersebut. Lagipun orang datang merewang pukul 10:00 pagi jadi sempatlah. Memandangkan bibik Jamilah atau aku lebih mesra memanggilnya ' Ibu ' dan mama sedang sibuk mengemas di ruang tamu ruang aku melaksanankan hajat ini lebih mudah.
He.. He.. He..
Aku mula membuka pintu dapur dengan penuh keayuan dan kasih sayang yang teramat sangat. Yalah, mahunya aku tak buat begitu. Nanti kantoi habislah aku! Sesekali bunyi seretan pintu dengan lantai dapur tersebut kedengaran berkeriut. Aku cuba mengerling sekilas ke arah Ibu Jamilah dan mama, kelihatan kedua-dua wanita separuh abad itu masih leka membersihkan kawasan ruang tamu.
‘ Yes, plan aku hampir berjaya! ’ sorak hatiku girang.
Setelah aku menutup pintu dapur tersebut dengan perlahan aku mula duduk bersila di jubin lantai yang lebih di bahagian depan pintu belakang dapur itu.
“ Ok, buku diari, check, pemetik api, check, mangkuk lama yang dah tak pakai, check! Ok, semua dah ada! ” ujarku sambil mengosok-gosokkan kedua-dua belah tapak tanganku setelah ke semua barang-barang itu selamat mendarat di jubin lantai.
Aku mula membuka helaian yang pertama dari buku diariku tersebut sambil di mindaku mula mengulang tayang kembali tarikh pertama yang tercatit pada muka surat pertama tersebut. Sambil memejam mata untuk menghayati kisah pertama tersebut mulut mula bersuara berbisik membaca bait-bait tarikh itu.
“ Pada tanggal 12 Januari 2009... Aku… ” kata-kataku terhenti di situ sebaik sahaja pandangan mataku jatuh pada coretan pertama yang terdapat di helaian pertama tersebut:
Tarikh: 12/1/2018
Hari: Selasa
Masa:Tepat pukul 10:30 pagi-9:30 mlm
Aktiviti:
▶️ Meeting dgn client Johor
▶️ Breakfast
▶️ Meeting dgn staff pukul 2:30
▶️ Lunch Break
▶️ Urus dan settle kan report
dgn Syarikat Angsana
Sdn.Bhd.
▶️ Record report dari staff yg dh
hantar.
▶️ Semak account syarikat.
▶️ Buat penilai produk baru
yg dicadangkan Haziq
minggu lepas.
▶️ 5:30 ptg-6:30 meeting di
Syarikat Kencana Holding
Sdn.Bhd.
▶️ 6:30 ptg balik ofis
▶️ 8:30 Semak list Syarikat
pelabur dan settle kan report.
▶️ 9:00 mlm dinner..
▶️9:30 balik rumah..
That's all my checklist today! ⭐️..
Mak ai, sejak bila aku kerja ofis ni?!
Weyh,..
Ini bukan BUKU DIARI aku lah!!!
Aku cuba tutup semula buku catatan yang menyerupai buku diariku itu.
“ Kulit depan sama, kenapa isi dekat dalam jauh berbeza? Sah,.. Memang sah! Ni bukan diari aku. Tapi kalau ni bukan buku diari aku? Habis buku diari aku dekat mana?! Arghhhh ” jeritku perlahan tanda kesal akan plan aku pada pagi ini.
GAGAL!
Hanya itu yang boleh aku katakan. Sedang aku sibuk gelisah dengan perasaanku sendiri, tiba-tiba satu suara garau menyapa aku dari belakang.
“ Woi buat apa tu? ”
Aku yang yang tersentak akibat sapaan mengejut tersebut terus melompat bangun dari posisi dudukku sambil menguis semua barang-barang yang terdapat di situ kebelakang kakiku.
“ Eh, Along ingatkan siapa tadi! ” ujarku berpura-pura tidak buat apa-apa di situ.
“ Kamu buat apa ni, Hannah? ” soal Along dengan nada yang sudah mula mahu membebel.
“ Man.. ma.. mana ada Hannah buat apa-apa! Hannah saja duduk dekat luar ni ha ambil angin embun pagi-pagi ni.. segar udara dekat sini pagi-pagi ” dalihku dalam keadaan gugup.
‘ Kalau kantoi ni masak aku! ’ bisik hatiku cemas.
“ Oh,.. Ambil angin? Habis tu lightter dekat tangan tu nak buat apa? Nak buat unggun api? Sejuk sangat ke dekat sini? ” soal Along lagi.
‘Alamak, Along dah nampaklah pulak. ’
“ Eh-eh,.. Mana ada lighter! Along ni silap tengok ni. ” dalihku lagi menyorokkan batang pemetik api di belakangku.
“ Kamu jangan nak tipu Along! ” ujar Along sambil menarik tanganku yang di kilas di belakang tadi yang sedang memegang pemetik.
“ Habis tu yang ni apa? Senduk? ” soal Along dengan nada sindir kepadaku.
“ Err,.. Hannah,.. Hannah sebenarnya.. nak bakar buku diari lama Hannah tu. ” jelasku jujur.
Along yang mendengar jawapanku itu hanya mengeluh dan mengucap panjang.
“ Hannah kut ya pun kamu nak lupuskan diari lama tu tak payah lah sampai nak membakar-bakar. Kalau kamu nak lupuskan buku diari kamu tu pergi la buang dalam laut ke, sungai ke.. tak pun yang paling mudah buang aje dalam tong sampah. Ni kalau kamu nak bakar buku tu, kalau buku tu yang terbakar aje tak apa! Ni kalau dengan rumah Along sekali terbakar macam mana? Dah lah rumah ni baru aje habis bayar cash tahun lepas nanti tak sempat Along nak merasa duduk lama dekat rumah ni. Hish, budaya barat manalah yang kamu bawak balik ni Hannah oi! ”
Kalau Along dah start membebel memang diam seribu katalah, hanya mampu angguk dan geleng aje!
“ Ha, dah-dah! Nah, ambil balik lightter ni pergi simpan. Ingat pergi simpan, jangan buat main pulak! Tu.. tu, bekas seramik lama Kak Zean kamu tu. Pergi simpan balik! Kang dia cari bekas tu nak basuh ikan ke, kisar ayam ke tak ada dia mengamuk pulak. Lepas ni jangan duk buat main pulak api-api tu. Bahaya, dah masuk! ”
Aku yang bersalah hanya menunduk dan mengiakan sahaja semua kata-kata Along tersebut.
Selepas aku memohon maaf kepada Along berpuluh-puluh kali kalah tunduk jepun, aku teruskan langkahku menuju ke bilik ingin menyimpan semula buku ‘ Private Business’ siapa entah yang aku terbawa balik tu. Namun belum sempat kakiku melangkah jauh. Along aku memanggil aku semula diruang dapur.
“ Ya, kenapa Along? Hannah ada buat silap lagi ke? ” tanyaku dengan nada sedih.
“ Tak adalah! Ni ha, Along lupa nak bagi benda ni semalam dekat kamu ” ujar Along seraya menghulurkan sekeping kad yang dibaluti oleh sepucuk sampul surat yang berwarna putih.
“ Kad apa ni Along? ” soalku kepada Along.
“ Alah, kamu buka ajelah!” arah Along pula.
Aku yang tidak banyak soal lagi membuka sampul surat yang bergam tipis itu dengan perlahan.
“ Eh, ni kad majlis kahwin Ain! Bila dia bagi dekat Along? ”
Wah, tak sangka sungguh aku! Ain dah nak mendirikan masjid bahagianya hari Sabtu ni.
Syukur alhamdulilah.
“ Dia datang rumah petang semalam, dia mintak sila semua family kita untuk pergi majlis tu Sabtu ni ” ujar Along ceria.
“ Along macam mana? Pergi tak? ” soalku lagi kepada Along.
“ Of course lah Along tak pergi. Kak Zean kamu tu ada seminggu lagi tempoh berpantang dia. Mama, papa dengan Ibu Jamilah pergi. Kalau dah semua pergi Kak Zean siapa nak jaga? ”
“ Haah, ya tak ya juga. He.. He.. He.. ” Along hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat gelagatku itu.
“ Ha, Ain pun tadi ada call Along. Petang ni Ain kata dia akan akad nikah lepas solat Asar. Dia call kamu tadi, katanya dia tak dapat. Kamu pergilah. Along, mama, papa, Kak Zean dan Ibu Jamilah tak pergi, sebab petang ni orang datang merewang lagi. Nanti kamu tolong sampaikan salam kami aje ya! Oh, Along lupa pula! Mama ada buat puding laici semalam untuk jamuan akad nikah Ain tu petang ni. Nanti kamu ambil ya, ada dalam peti ais tu! ” tambah Along lagi.
“ Oh, ya ke? Tak apalah kalau macam tu. Nanti Hannah call dia balik. Hmm, kereta Mini Cooper Hannah tu elok lagi kut Along? Kalau kereta Hannah tu elok lagi, Hannah pergi pakai kereta tu ajelah petang nanti. ”
Soalku kepada Along berkenaan dengan ‘ boyfriend ’ aku yang seorang tu Micho si Mini Cooperku
Hu.. Hu.. Hu..
Lama aku tak guna kereta itu.
“ Elok lagi, baru aje bulan lepas Along pergi bawak service si Micho kamu tu ”
Hah, lega benar aku mendengar jawapan dari Along itu.
“ Ha ok lah, Hannah pakai Micho ajelah ya petang ni. Tu Si Fiera tu nak ikut tak, dia tak buat apakan? He.. He.. He..” soalku kepada Along berkenaan anak perempuannya yang seorang itu.
“ Entahlah dekat ‘ Mak Lampir ’ tu nak ikut ke tak. Dia tak bangun lagi tu, sebab lepas subuh tadi dia tidur balik. Tak apa nanti dia bangun Along tanya dia. ” ujar Along.
Aku hanya mengangguk dengan jawapan Along tersebut. Namun belum sempat lagi aku mahu melangkah menuju ke anak tangga ingin ke bilikku tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak perempuan nyaring menjerit, laju langkah yang diatur menuruni setiap susur anak tangga itu.
“ Fiera.., Fiera nak ikut!!! Fiera nak ikut Achu pergi kenduri Auntie Ain!!! ” kata kanak-kanak yang berusia enam tahun itu dengan lantang.
“ Hei Fiera, diamlah sikit umi dengan baby Rizqin kan tengah tidur dekat atas tu. Berapa kali lah Babah nak kena pesan dekat kamu ni wahai anak oi! ” ujar Along mengeluh sambil menegur tingkah laku anak dara yang seorang itu.
“ Ok, sorry babah. Lain kali Fiera tak buat lagi. Promise! ” kata kanak-kanak itu menujukkan jari kelingkingnya kepada bapanya sebagai tanda berjanji.
Aku hanya tertawa kecil melihat gelagat anak buahku itu.
“ Alright dear, cakap bisik-bisik tau dengan Achu Nana, Babah nak tolong Opah dengan Nek Jamilah dekat depan. Don't be noisy ok? ” ujar Along aku sambil mengusap kepala anak gadisnya itu lalu meninggalkan kami berdua di ruangan dapur.
“ Achu Nana, Fiera nak ikut Achu boleh tak petang ni? ” soal si kecil yang memeluk patung beruang berwarna coklat gelap dengan nada berbisik sambil menggosok matanya yang masih lagi terpisat-pisat itu.
“ Boleh sayang, tapi tak boleh nakal-nakal tau. Kalau Fiera nakal masa dekat kenduri akad nikah Auntie Ain tu nanti. Achu Nana tinggal Fiera dekat tepi jalan. Boleh? ” ujar sengaja mahu mengusik.
“ Ok, Fiera janji tak nak nakal-nakal. ” janji si kecil tersebut.
“ Alright, pinky promise dulu dengan Achu! ” ujarku lagi sambil menghulurkan jari kelingkingku yang runcing kepada kanak-kanak itu.
Kanak-kanak tersebut hanya menyambut janji tersebut tanpa banyak soal sambil tersenyum girang ke arahku. Setelah itu kanak-kanak tersebut lari mencicit mencari bapanya di ruang tamu. Aku menarik nafas dengan dalam sebelum melepaskannya dengan perlahan.
‘ Haih, nampak gayanya aku tak dapat lagilah nak hapuskan kenangan gelap aku tu. ’ bisik hatiku sendirian.
Selang beberapa saat mindaku kembali terfikir.
‘ Oklah kalau tu bukan diari aku maknanya...’
Aku cuba memutarkan semula peristiwa yang berlaku di airport semalam. Satu persatu mula bergentayangkan di ruang memori. Aku cuba menilik satu persatu bahagian yang terlakar di minda.
Semalam seingat aku, aku sentiasa bersama diari itu dari dalam kapal terbang sehinggalah tiba di balai ketibaan. Di ruang menunggu juga aku masih setia memegang buku itu sehinggalah kemunculan Aiman secara tiba-tiba di sisiku. Semasa Aiman berbual denganku juga buku diari itu masih setia dalam pelukanku.
Namun,.. Ha, aku dah dapat!
Sampailah aku rasa dahaga lalu mengatur langkah ke mesin belian air yang berhampiran. Tapi waktu itu, aku tidak mempunyai duit syiling untuk membeli air mineral dan Aiman menawarkan duitnya sebagai mangsa santapan kepada mesin air tersebut. Selepas itu, dia menyuruhku untuk kembali ke tempat dudukku.
Akan tetapi semasa aku leka membelek buku diari ku itu aku secara tidak sengaja melanggar seorang lelaki yang berperwatakan sebal dan menyakitkan hati. Akhirnya kami berdua terjatuh dan buku diari aku juga turut jatuh menimpa jubin lantai marmar di KLIA itu.
Ya, baru aku perasan!
Lelaki itu juga membawa buku catatan yang warna kulitnya sama warna dengan warna kulit buku diariku.
Jangan-jangan aku dah tertukar buku dengan pemuda itu…
ARGHHHH, TIDAKKK!!!
Tetapi, tidak mengapalah. Walaupun diari aku sudah hilang atau telah bertukar tangan dengan lelaki sombong yang aku telah terlanggar pagi tadi. Sekurang-kurangnya aku tidak dapat lagi melihat kenangan burukku itu. Jadi tidak kisahlah lelaki itu atau orang lain membaca diari itu.
Salah satu sebabnya aku cakap macam ni ialah orang yang bakal baca diari aku nanti tu bukan kenal pun aku siapa. Jadi relaks dan tenang kerana walaupun kau tak dapat nak lupuskan dia secara officialnya at least benda tu dah tak ada depan mata kau.
Akhirnya aku…
BEBASSS !!!
Share this novel