BAB 4

Romance Completed 128053

Khusyuk Shea menghadap laptop atas meja. Mengodek laman sosmed milik Adrian Haydar. Berkerut-kerut keningnya. Follower Adrian Haydar sampai mencecah ribuan orang. Apa lelaki tu buat? Tak ada yang menarik pun di matanya selain perkongsian gambar diri Adrian Haydar serta aktiviti bersama tunangnya Arumi.

Ketika nama lelaki itu di ketik dalam kotak pencarian, Shea menyedari ada lagi satu akaun mengunakan gambar tangan. Akaun itu di setting private. @Ad_haydar. Mulanya Shea fikir mungkin orang yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan nama asal lelaki itu. Tapi, bila dia perhatikan lebih teliti mole di hujung ibu jari itu, dia mulai penasaran. Tempoh hari, dia ingat lagi letaknya mole di ibu jari lelaki itu ketika menyarungkan cincin di jarinya.

Takkan semua tu pun satu kebetulan. Adrian Haydar memiliki dua akaun? Satu umum satu pula private. Akaun private itu lebih banyak jumlah gambar yang di kongsi berbanding akaun yang dapat di lihat umum dan yang menariknya tiada nama Arumi yang mengikuti akaun yang satunya.

Lupakan. Shea mengetik profile perempuan bernama Arumi. Tajam dia merenung gambar wajah itu. Lama dia menelusuri laman instagram milik Arumi Thania kemudian mencari sebaris nama milik Aryan Thariq. Jumpa! Jika sebelum ini, dia menyepikan diri lama dari melayari laman sosmed. Waktunya hanya di habiskan di galeri lukisannya.

Tangan di sisi meja di kepal kemas. Ada sesuatu yang mengasak mindanya untuk menghancurkan dua beradik itu. Melihat senyum bahagia di bibir masing-masing membuatnya semakin nekad melakukan sesuatu. Mereka mungkin sudah lupa tapi dia tak mungkin mudah melupakan seumur hidupnya.

Bingkai gambar tepi meja di tenung lama. Wajah gadis seumurannya yang duduk bergambar di sampingnya di pandang dengan senyum hambar.

"Apa khabar kau dekat sana?" Shea terdiam lama melayani fikiran sendiri.

Laci meja di tarik. Sepasang cincin nikah mereka tersimpan kemas di kotaknya. Baik dia mahupun Adrian Haydar, masing-masing tak memakai cincin pernikahan mereka. Dah berapa hari ini papanya menegur hal yang sama tapi Shea tak pedulikannya langsung. Benci dia melihat sepasang cincin yang di pilihnya bersama Zavier Zachary. Sampai ke hari ini tiada berita tentang lelaki itu. Lelaki tahunya hanya manis di mulut!

HANA pergi mendapatkan mamanya di dapur. Ada sesuatu ingin dia persoalkan.

"Ma... Mama perasan tak sesuatu dekat abang tu?" dia mulaikan dengan pertanyaan.

"Sesuatu apanya Hana? Kamu ni kan... Ada-ada aje lah." Puan Ayunda yang sedang sibuk di dapur tidak berapa ambil kesah sangat.

Ada saja benda Hana nak gosipkan dengannya.

"Hana perasan tiap kali abang balik kerja cincin tunang dia tu abang tinggalkan dekat atas meja bilik abang."

Terhenti pergerakan tangan Puan Ayunda. "Hana masuk bilik abang?"

"Mama ni, kan abang benarkan. Lagipun Hana ambik dan letak balik buku rujukan abang lepas Hana pinjam study."

"Abang kamu tu rimas kot. Tak salah lah nak tanggalkan kejap."

Hana tarik kerusi duduk. "Pelik lah ma... Takkan tiap balik kerja abang tanggalkan dan pakai masa nak turun kerja dengan tunang dia tu. Cuba mama fikir, ada something fishy dengan abang."

"Mungkin sebab abang perlu berdepan dengan isteri dan papa mentua dia lepas balik tu."

"Tak mungkin lah ma gara-gara tu je. Cincin nikah abang dengan akak Shea pun abang tak langsung pakai. Mama ni, nak husnuzon agak-agaklah pun." Hana membebel geram bila mamanya melayan acuh tak acuh.

Sedikit sebanyak, fikiran Puan Ayunda mula terganggu dengan kata-kata Hana tadi.

"Ma..."

Hana mengurut dada apabila Adrian Haydar muncul dari belakang. Baru balik lah tu. Nasib baik tak sempat dengar apa dia cakapkan dekat mama mereka. Mahu kena cepuk kepalanya ni berani masuk campur hal orang dewasa.

"Ma, Ad balik kejap je lepas ni nak pergi temankan papa."

"Dah bagitau papa mentua kamu Ad? Isteri kamu?"

"Hmm..." sesingkat itu balasannya lalu mengorak langkah ke bilik.

"Abang, jangan kunci pintu bilik abang eh. Nanti Hana nak pinjam buku rujukan abang yang lepas tu."

Sejurus Adrian Haydar keluar rumah usai mandi dan menganti pakaian. Berlari anak Hana segera masuk ke bilik abangnya lalu berpatah balik semula menarik tangan mamanya.

"Mama tengok..." jarinya menunjuk sebentuk cincin tunang yang terletak elok di atas meja.

Bertaut rapat kening Puan Ayunda. Tak juga dia sedar selama ni.

"Hana pun baru sedar dalam seminggu ni. Pelik kan ma?" berpandangan mereka berdua.

PAGI itu, Shea utarakan kata putus sehingga buat sang Papa terkedu lama. Mahu duduk berasingan berdua dengan Adrian Haydar katanya. Kena sampuk ke apa anaknya malam tadi. Tiba-tiba aje.

"Kamu yakin ke kamu dan Ad baik-baik saja nanti?" Tuan Raden tak menghalang sekurangnya adalah privasi untuk Shea dan Adrian Haydar. Mana tahu hubungan mereka menjadi baik.

"Kami bukan budak lagi pa."

"Tapi Ad tu muda 4 tahun dari Shea tau."

"Papa juga kan yang paksa dia jadi suami Shea." tajam renungan Shea pada wajah segak sang papa.

Berbulu telinganya. Bukan tak terima kenyataan. Dia sedar umurnya makin meningkat. Tapi, tak payahlah nak bezakan umur bagai.

"Apa yang papa nampak Ad tu matang dari umur. Yang papa risau sekarang anak papa depan papa ni. Papa masak sangat dengan perangai kamu Shea. Jenis taknak mengalah, degil, keras kepala." complainnya terang-terang depan si anak.

"Dah bagitau Ad?" Tuan Raden menyoal bila Shea diam tak berbunyi.

"Belum. Kejap lagi dia turun Shea bagitau lah."

"Shea turun sarapan ni tadi tak ajak Ad?"

"Dia bukan budak kecik pa, dia ada kaki reti jalan sendiri."

Tergeleng kepala Tuan Raden mendengar balasan pedas dari mulut Shea.

"Kamu tu isteri Ad, tak suka macam mana pun jangan sampai rasa hormat kamu hilang pada suami sendiri."

Shea kunci mulut. Malas mahu berkata lagi.

Adrian Haydar turun mendekati meja makan.

"Sini hubby, duduk sini." kerusi di sebelah di tarik Shea buat Adrian Haydar.

Tuan Raden membulatkan mata. Tadi bukan main kelat muka tu bila sebut je nama Adrian Haydar. Muncul lelaki tu boleh pula Shea berubah sikap. Perangai siapa entah dia ikut. Rasanya dia mahupun arwah isterinya takda buat perangai macam Shea ni.

Adrian Haydar menarik kerusi selang satu kerusi di sebelah Shea tanpa menghiraukan gamitan gadis itu. Shea tak beralah di situ. Di berpindah duduk di sebelah Adrian Haydar pula. Kalau lelaki itu taknak dekat dengannya biar dia yang datang mendekat. Gelagatnya itu dari tadi di perhatikan papanya.

Tujuan sebenar Shea sekarang, menghancurkan hubungan Adrian Haydar dengan Arumi menjadi keping-kepingan yang tak mungkin bisa di satukan balik. Ada sebab dia melakukan semua itu. Lagipun lelaki itu memegang status suaminya. Maka dia yang jauh lebih berhak berbanding Arumi. Perlahan tapi pasti suatu saat nanti giliran perempuan itu pula menangis merasakan rasa sakit yang tak pernah Arumi terfikirkan buat masa ini.

"I nak duduk berdua dengan you dekat rumah you baru beli berapa bulan lepas. Papa pun setuju."

Dia tahu Adrian Haydar beli rumah pun dari Hana dan mama mentuanya. Kejap mana lah dia cari tahu pasal lelaki tu.

Adrian Haydar tergamam. Dia tak pernah terfikir mahu membawa Shea duduk di rumah yang baru dia beli itu. Rumah itu bukan untuknya duduk berdua dengan Shea.

"Papa harap Ad tak bantah dan bawa Shea duduk dekat rumah Ad tu. Dekat sini kurang privasi."

Adrian Haydar jeling Shea di sebelah. Shea bertindak mencium singkat pipi lelaki itu. Melotot mata Adrian Haydar tenung Shea. Gadis ni memang tak punya malu ke?

"You setuju? Aww, thank you!" tangan Adrian Haydar atas meja di genggam.

"Siapa cakap I setuju! " Adrian berbisik kegeraman. Tangannya di tarik langsung.

Pandai-pandai Shea je buat keputusan tak bincang dengan dia dulu. Perempuan ni betul-betul menguji kesabarannya.

Tuan Raden diam memerhati ulah anak menantu di depannya. Duduk berdua entah macam mana situasinya nanti. Sekarang pun nampak tak sejalan.

"Ad sempat tak hantar Shea pagi ni?" Tuan Raden ingin menguji.

"Maaf pa, Ad tak sempat." laju jawapan di beri.

"Hmm..." dah agak.

"Takpa lah, nanti papa minta Carl hantar Shea."

"Pa, Shea boleh..."

Tuan Raden sepak kaki Shea di bawah meja. Papa nak bantu lah ni, tu pun tak dapat nak tangkap maksud dia ke.

Shea jeling papanya.

"Carl? Lama Shea tak keluar berdua dengan Carl."

"Shea ingat lagi tak masa Carl dukung Shea sebab kaki kamu masa tu terseliuh teruk." menyambung drama anaknya.

"Ingat pa, Carl tu gentleman. Kenapa papa tak kahwinkan Carl dengan Shea je hari tu."

Tuan Raden jegil mata. Shea ni pun satu hal. Mulut tu cuba cover sikit.

"Siapa Carl?" Adrian Haydar yang merasakan diri di abaikan mula mencelah dengan pandangan jengkel di layangkan pada wajah Shea.

"Orang papa." Tuan Raden menjawab dengan senyuman.

Adrian Haydar angguk. "Ad pergi sekarang pa." punggung di angkat setelah meminta diri.

Shea mengetap bibir. Trick mereka guna tak berhasil. Dasar budak mentah taknak kalah!

"Shea marah?" Tuan Raden terkekeh bila melihat mimik muka Shea.

"Marah untuk apa?"

"Dah tu, muka tu..."

"Tak puas hati. Dah lah, Shea gerak dulu."

Adrian Haydar. Nanti lelaki tu dia ajar cukup-cukup! Fikir dia tua darinya dia akan diam mengalah macam tu je? Mimpi!

TERPAKSA dan tak rela gaya Adrian Haydar malam itu ketika berpindah masuk ke rumahnya yang kini sudah menjadi rumahnya berdua bersama Shea. Rumah ini bukan seharusnya dia tinggal berdua dengan Shea. Cukup geram hatinya.

Shea memandang sudut rumah. Lengkap dengan perabot. Bilik tidur mereka di tuju. Besar dan luas. Yang penting selesa.

"Ni bilik I."

Paham akan maksud kiasan itu, Shea melangkah masuk ke dalam tanpa menghiraukan.

"Bilik you bilik I juga. Senang kata bilik kita berdua. Dekat rumah papa hari tu pun I tak sampai halau you keluar dari bilik."

"Tu dekat rumah papa you. Sekarang ni dekat rumah I."

"Shh!" Shea melekapkan jari telunjuknya di bibir Adrian Haydar.

"Papa I kan papa you juga."senyum di leret.

"My room my rules."

"Fine. Katakan peraturan you tu."

"Giliran you tidur sofa. Pakaian you jangan campur dengan I. You mandi dekat bilik air sebelah."

"You nak I tidur sofa sebab takut tergoda? You minta jangan campur pakaian I dengan you sebab taknak tengok bra dan panties I? You taknak kongsi bilik air sebab takut tak tahan tengok tubuh I?" sarkas, sinis dia menimpali.

Adrian Haydar pejamkan mata. Tepi dahi di picit. Tertekan!

"Haydar..."

Terpaling wajah Adrian Haydar. Pertama kali dia mendengar dirinya di panggil dengan mengunakan nama hujungnya.

Shea melangkah mendekati katil, duduk di situ. Kaki di silangkan memandang sekeliling bilik.

"Dengar... I tak kesah kalaupun you nak tergoda. Tak perlu nak jaga jarak dengan I. You can touch every inch of my body. Feel free too feel it. Tiap hari I akan sajikan pemandangan yang luar biasa depan mata you. So, I harap you tak perlu rasa malu."

Terjungkit kening Adrian Haydar. Serius! Ego lelakinya tercabar. Seperti di rendahkan keberaniannya sebagai lelaki. Dia mendekat. Mengunci tubuh Shea dengan kedua tangan di tekankan ke permukaan katil.

"Apa sangat yang mampu you buat?" mengejek.

"I mampu buat di luar tanggapan you."

"Yakin sangat you kan?" masih mengejek.

"Sure, I yakin. Yakin sampai you tak pandang perempuan lain selain I."

Mata masing-masing saling merenung tajam. Adrian Haydar menegakkan tubuh lalu tergelak.

"I baru tau alasan kenapa you putus tunang dua kali dan sikit lagi tak jadi kahwin kalau tak sebab I. Perangai murah you ni." tajam kata-katanya menikam tepat di hati.

"You taknak try semurah apa I. You perlu buktikan sendiri, jangan hanya tau bercakap tanpa membuktikan."

Adrian Haydar mendekat semula. Sebelah tangan bergerak menanggalkan kancing kemeja di tubuhnya.

Tubuh Shea mula mengigil tiba-tiba. Bibirnya bergetar ketakutan. Saat ini, dia merasakan seolah diri di lempar semula pada waktu kejadian malam itu. Di mana dia memohon dengan tangisan dalam keadaan tak berdaya. Traumanya kembali menyerang.

Tubuhnya mengensot ke belakang. Lalu spontan tangannya mencapai jam atas meja tepi katil di lemparnya tepat mengenai dahi Adrian Haydar apabila lelaki itu sudah melempar kemeja di tubuhnya atas lantai.

Dahi yang mula meneteskan darah di sentuh. Tajam matanya merenung Shea.

"Bukan ni yang you nakkan sangat." hujung kaki Shea di tarik. Terbaring tubuh itu di seret mendekat.

"Jangan!"

"Jangan dekat!"

"You juga yang cabar I tadi. Sekarang you merayu jangan pada I? You ingat senang nak hentikan I. Sebab tu I tak suka you cabar I!"

Tapi Shea seolah tak mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut Adrian Haydar. Dia tenggelam dalam bayangan gelap yang kian menjerat lalu menarik dirinya ke dalam jurang yang paling dalam bersama rasa takut setengah mati. Tanpa sedar, Shea menjatuhkan air mata. Dia meracau. Memukul-mukul dada Adrian Haydar tanpa henti di bawah sedarnya sendiri. Dia memberontak sekuat tenaga.

Adrian Haydar terkesap. Tubuhnya membatu dalam beberapa saat. Gadis yang tadinya nampak berani dan tangguh kini menitiskan air mata. Spontan Shea di tarik ke dalam dakapan, cuba untuk menenangkan isterinya itu.

Terkulai lemah Shea dalam dakapan Adrian Haydar. Kehabisan tenaga. Laju degupan jantung bersama nafasnya. Tubuhnya kelelahan.

"Shh..." belakang tubuh Shea di usapnya. Membiarkan gadis itu kembali tenang.

Lama dia biarkan Shea dalam dakapan. Adrian Haydar mulai hairan bila Shea tak berkutik langsung.

"Hey..."

Tiada tindak balas ketika dia menyentuh bahu itu.

Pantas dia paut kedua bahu Shea yang lembik seperti tak punya tulang menghadapnya. Mata itu terpejam rapat sebelum telinganya menangkap dengkuran halus dari bibir itu.

Tertidur!

Gadis ni biar betul!

Adrian Haydar mendengus. Percuma dia panik rupanya tertidur! Shea di baringkan atas katil. Rambut yang agak kusut itu di elus dengan jemarinya. Sisa air mata di pipi Shea di sapu dengan belakang tangan. Ceh! Tadi bukan main berani gaya gadis ni. Geram dengan Shea.

Adrian Haydar mengutip kemejanya di atas lantai lalu di lempar ke atas sofa. Kakinya di bawa ke bilik air menilik luka di dahinya akibat di baling Shea dengan jam tadi. Dia keluar semula meraih kotak ubat dalam laci almari. Sekeping plaster di keluarkan dari peti kecil itu.

Sakit hati. Sakit dahi. Semua dapat dia rasa. Plaster di tempel tepi dahi setelah membersihkan darah bersama segunung rasa jengkelnya pada Shea. Setelah itu, Adrian Haydar melangkah mendekati katil. Penat dan mengantuk menyatu pada waktu yang sama. Shea pula berkeras nak pindah masuk malam ni juga. Perangai mengalahkan budak kecik!

Rebah tubuhnya di samping Shea. Seharian tadi dia kepenatan, tu belum termasuk melayan bermacam ragam Arumi. Lengannya di jatuhkan atas dahi. Mata terkatup rapat. Dalam beberapa saat, keduanya sudah terlelap di atas katil yang sama.

Masa yang terus berlalu menjadi saksi sebelah tangan kekar itu memeluk tubuh isteri di samping baring berbantalkan sebelah lengannya. Telefon Adrian Haydar atas sofa berapa kali menyalakan cahaya. Terpapar notifikasi panggilan masuk datang dari dua nombor yang berbeza.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-12 19:39:23 

Dah lock...


NovelPlus Premium

The best ads free experience