Samuel dapat mengesan pergerakkan Hardin. Ramai anggota dikerah turun padang untuk mencari keberadaan Hardin dan orang-orangnya.
"Kita harus berhati-hati. Jika silap langkah, nyawa tebusan berada dalam bahaya." ujarnya kepada semua anggota.
Seorang lelaki bergegas masuk ke ruangan meeting.
"Tuan" panggilnya dengan tabik hormat.
"Jake, kenapa?" soalnya hairan. Dia seolah-olah dapat meneka tentang kenapa Jake kesitu.
"Pihak maritim dapat mengesan ada pergerakkan boat keluar dari perairan Ireland menghala ke Wales malam tadi" ujarnya mengah.
"Bagaimana perkara begini boleh berlaku!? Bukankah kita sudah kerahkan anggota kita untuk menjaga setiap pintu keluar sempadan?" marah Samuel geram.
"Anggota kita sudah berkawal, Tuan. Tapi kami semua tak nampak boat masuk ke perairan sini." jawabnya dengan nada hairan.
"Tak nampak? Bagaimana boleh tak nampak? Mereka semua halimunankah!" tempiknya geram.
Jake menundukkan wajahnya.
"Maafkan kami, Tuan." Muncul seorang anggota wanita. Susuk tubuhnya tegap seperti lelaki.
"Awak siapa?" soal Samuel.
Wanita itu menghulurkan tangan tanda perkenalan,
"Idora, pegawai maritim yang mengetuai kes ni."
Samuel menyambut huluran tangan Idora.
Genggaman tangan mereka bertaut dan pada saat itu juga Samuel dapat rasakan genggaman kukuh wanita itu tak ubah seperti seorang lelaki. Perwatakkannya keras dan tegap sama seperti lelaki.
"Tak sangka, ketua maritim disini seorang wanita" ujar Samuel seperti mengejek sambil memandang wanita itu dari atas hingga ke bawah.
'Boleh tahan' gerutunya dalam hati.
Penampilan wanita itu sama seperti wanita lain. Bentuk tubuhnya sangat cantik begitu juga dengan rupa parasnya. Berkulit hitam manis dan mempunyai lesung pipit di bahagian pipi kiri saat dia tersenyum.
Samuel menelan ludah. Dia sedikit tergoda dengan wanita dihadapannya. Tapi, perwatakannya agak kasar, fikirnya.
"Kenapa jika ketua maritim seorang wanita, apa ada yang salah?" soal Idora sinis.
Samuel mengukir senyuman smirk.
"Cuai" ujarnya selamba.
"Apa awak cakap?" soal wanita itu dengan nada marah.
"Awak dan anggota awak, semua cuai" ulang Samuel sekali lagi.
"Oh..anggota saya cuai.. Jadi, anggota Tuan tu hebat sangatlah?" bidas Idora geram.
Samuel mencebir bibir seraya menjungkit bahu.
"Heh!" keluh Idora.
"Jika bukan kerana kecuaian anggota awak, sudah tentu penjenayah berjaya diberkas" pintas Samuel dengan nada tegas.
Idora mengepal kuat tangannya menahan geram dengan sikap angkuh Samuel.
"Jadi, Tuan letakkan semua kesalahan ke atas anggota saya sahaja? Bagaimana dengan anggota Tuan? Apa tugas mereka semalam disempadan? Berbual, gelak ketawa sambil 'minum' sampai tak sedar penjenayah berjaya lolos?"
Kata-kata Idora mampu membuat tatapan Samuel terarah pada Jake, tajam!
Jake menelan ludah sebelum tunduk memandang lantai.
Idora tersenyum menang. Dengan hati yang puas, dia beranjak pergi dari situ.
'Bammm!!!' tumbukkan Samuel mampu membuat white board yang melekap didinding pecah.
Semua anggota yang ada disitu tergamam.
"Beritahu saya, apa sebenarnya tujuan kamu semua menjadi anggota polis, hah!?" Samuel mencerlung tajam disetiap wajah anak buahnya.
"Kamu semua jangan berasa senang dengan pangkat dan jawatan yang kamu ada sekarang! Setinggi apapun jawatan yang kita pegang, tugas tetap harus dilaksanakan dengan rasa tanggungjawab." marahnya.
"Keselamatan orang awam berada ditangan kita sebagai anggota polis. Apa berlaku dengan mereka jika kita semua lalai dan lepas tangan dengan tugas?" Kesemua yang ada disitu menunduk.
"Maaf, Tuan" ujar mereka serentak.
"Kalau kamu semua sudah selesa dengan kedudukan sekarang, lebih baik kamu keluar dari bidang ni. Anggap saja yang kamu tak pernah terlibat sebagai anggota. Saya boleh tarik mana-mana anggota dari bahagian lain, gantikan tempat kamu semua untuk turun padang dalam misi kali ni" ujar Samuel kecewa dengan tindakkan anggotanya.
Semua yang ada disitu terdiam dengan kata-kata Samuel.
Tanpa aba-aba, dia melangkah keluar dari ruangan meeting, meluru keluar lalu menunggang motor berkuasa tingginya menghala ke arah Jabatan Maritim.
Saat dia tiba, Idora sedang minum dengan beberapa anggota bawahannya.
Melihat keberadaan Samuel disitu, membuat Idora membuang muka kearah lain.
"Siapa lelaki tu, Cik Idora?" soal anggota lelaki bernama Ardan. Anak muda yang baru berusia 22 tahun. Baru menceburi bidang maritim selama 3 tahun. Walaupun masih baru, tapi dia begitu cekap dan tekun dalam melakukan tugas.
"Entah, saya tak kenal" jawab Idora acuh tak acuh.
Anggota lain yang duduk semeja dengan Idora ikut memandang kearah Samuel.
Lelaki betubuh tinggi lampai, berbadan tegap, berkulit gelap, memiliki bibir yang tebal dan seksi, berambut kerinting tapi pendek dan kemas, berpakaian kemas dengan mengenakan jeans dan berjaket kulit berjalan menghala kearah mereka.
"Cik Idora, lelaki itu menghala ke sini" bisik Keela, juga anggota bawahan Idora.
Idora sekadar menjeling kearah Keela tanpa menoleh sedikit pun ke arah Samuel.
Keela seperti dapat membuat kesimpulan tentang hubungan lelaki ini dengan Idora.
Dia memberi kode kepada yang lain untuk pergi.
"Saya mahu kamu semua tetap disini" tungkasnya tegas. Mereka yang baru saja mahu beredar, duduk semula.
Samuel mendekat lalu berdiri di sebelah Idora.
"Cik Idora, boleh kita bincang" suaranya lembut. Nada suaranya tidak seperti saat awal mereka bertemu tadi pagi.
Idora hanya diam tanpa menoleh sedikit pun kearah Samuel.
"Maafkan saya tentang pagi tadi"
Mendengar ungkapan maaf, kesemua anggota yang ada disitu turut memandang ke arah Idora dan berakhir kepada Samuel.
Tak sangkal lagi, sebenarnya Idora mengenali lelaki ini, fikir mereka.
Kesemua yang berada disitu bangun lalu meninggalkan Idora berdua dengan Samuel.
Idora mengepal tangannya geram sebelum bangun dan mahu pergi.
"Cik Idora"
Dengan wajah ketat, Idora menoleh. Tatapannya kini mula tertumpu kearah pergelangan tangannya yang dipegang erat oleh Samuel.
"Jangan berani sentuh saya" tegur Idora tegas.
Samuel pantas melepaskan pegangannya.
"Maaf" ujarnya lembut.
Idora menapak pergi.
"Nanti dulu.." Samuel tidak putus asa. Dia mengekori langkah Idora sehingga ke dek.
"Ini ke tempat kerja awak?"
Idora menoleh. Dia sendiri tidak sedar yang lelaki itu sedang mengekorinya sehingga ke ruang kerja.
"Awak tak boleh berada disini. Lebih baik awak pulang dan kerahkan anggota awak supaya.." Idora terdiam bila tatapan tajam Samuel memandang tepat kewajahnya.
"Supaya?" Tenungan tajam Samuel melekat pada bola mata hazel milik Idora sebelum turun perlahan ke arah bibir merekah Idora.
"Glupp!" Samuel menelan ludahnya kasar.
Idora tersenyum mengejek.
"Awak ketua operasi, awak fikirlah sendiri" sindir Idora sebelum masuk ke ruang kerjanya.
Samuel masih tidak putus asa. Dia mengekori kemana sahaja wanita itu pergi.
Idora menyedari yang lelaki itu masih mengekorinya sehingga ke ruang pejabatnya.
Dia tidak langsung duduk, malah dia berjalan ke tingkap besar, menatap jauh ke arah laut.
"Sorry" Idora terkedu.
"I just came here to apologize. I am sorry" suara Samuel perlahan. Nada suaranya tidak seperti pagi tadi, keras dan kasar.
Idora menoleh sekilas memandang wajah Samuel,
"Permohonan maaf awak diterima. Tapi.." Idora memutarkan tubuhnya, berjalan ke arah kerusi kerjanya dan duduk.
Tindak tanduknya sentiasa menjadi perhatian Samuel.
"Jangan anggap semua orang boleh terima arahan awak dan.." Idora mengangkat matanya seraya menatap tepat ke wajah Samuel.
"awak juga harus ingat yang saya juga seorang ketua disini. Keperibadian kita sebagai seorang ketua dapat dilihat secara lahiriah oleh anggota bawahan. Attitude harus jaga. Tak semestinya kita sebagai ketua, anggota bawahan harus hormat dengan kita. Tapi..kita sebagai ketua juga harus hormat dengan anggota bawahan." Samuel terdiam dengan kata-kata Idora.
"Kerja takkan dapat selesai tanpa bantuan mereka. Kita tak boleh bergerak sendiri tanpa mereka, awak harus ingat itu" tekan Idora.
Samuel tersedar. Dia sedar yang selama ini dia terlalu bertegas dengan anggotanya. Mungkin sebab itu juga mereka tidak bekerja dengan hati tapi sekadar melepasi kehendak mereka sendiri.
Samuel mengangguk perlahan. Dia mula hadam kata-kata wanita yang duduk dihadapannya.
"Terima kasih kerana sedarkan saya" luah Samuel jujur.
Idora membuahkan senyuman lebar. Dia kemudian bangun dan mara ke arah Samuel.
Lelaki itu hanya menatap lembut ke arah Idora yang berjalan kearahnya sambil tersenyum.
"Walaupun tugas kita berbeza, tapi misi kita sama. Semoga kita berjaya bekerja sebagai satu pasukan" suara Idora sambil menghulurkan tangannya.
Samuel menyambut huluran tangan Idora dengan senang hati. Ini merupakan kali pertama dia bekerjasama dengan Pasukan Maritim dan dia sangat berbesar hati dan gembira.
Bersambung....
Wah! Adakah Samuel bersetuju bekerjasama dengan Pasukan Maritim kerana ini merupakan pengalaman pertamanya atau kerana sebab lain? Agak-agak korang sebab apa ya??
Share this novel