"opah dengan mama masak apa ni ?"soal Ailyn tatkala masuk dapur.Bau lauk dah menyelinap masuk dalam rongga hidungnya.
"ni lah masak lemak batang keladi..lauk favourite Naim.."beritahu Puan Sri Khatijah.
"oo..tapi batang keladi boleh makan eaa ?"sol Ailyn.
"boleh je.."jawab Puan Sri Khatijah.
"hmm..nak tolong boleh tak ?"soal Ailyn.
"hah ! bagus..meh sini tolong mama siangkan ikan tu ha.."suruh Puan Sri Khatijah.
"beres madam !"jawab Ailyn, happy.
'eleh, setakat siang ikan tu apalah sangat ? semudah ABC je haa !'desis hati Ailyn.
"hmm..sedapnya bau..opah masak sayur batang keladi eaa ?"soal Naim sambil intai dalam periuk yang dipenuhi batang keladi masak lomak cili padi.
Sapa hok makang tu kompem cirit birik..Padu betul penangan masak lomak yang Puan Khalida buat.. Biar kelantok !
"sekejapnya kamu tido Naim ?"soal Puan Sri Khatijah sambil mengacau masak lemak batang keladi yang tengah masak.
"ala ma..hidung Naim ni haa pantang bau masak lemak opah buat ni..tu yang bangun tu.."
"mengada betullah kamu.."sampuk Puan Khalida.
"tu, pergi tolong isteri kamu tu.."suruh Puan Sri Khatijah.Bibirnya muncung ke arah Ailyn kat singki.
"tolong apa ma ? biar jelah dia buat sendiri.."
"haih, kamu ni..kesian Ailyn tu haa..dah, pergi tolong.."
Badan Naim ditolak menghala ke arah Ailyn.
'huh !'Naim rungut dalam hati.Buat apa nak tolong budak ni..macamlah tak boleh buat sendiri..
"meh sini Abang tolong ye Sayang..."ujar Naim lalu mengambil ikan yang telah disiang lalu dibasuhnya menggunakan paip air.
Ini hanyalah lakonan semata-matanya wahai anak muda..Bagi mama dengan opah rasa happy dengan hubungan Naim dan Ailyn..
Sambung balik weyh citer..
Ailyn pandang pelik pada Naim."awak salah makan ke tadi ?"
"Apa pulak Abang salah makan Sayang hoii.."ujar Naim.Matanya terarah kepada dua orang ratu cantik tu haa..Puan Sri Khatijah dan Puan Khalida.
Ailyn baru faham..'aa..nak tunjuk hubungan kitaorang baiklah tu..padahal..hmm..'
"Ailyn dah siap siang ikan tu ?"
"haa..dah dah.."ujar Ailyn sambil tayang ikan yang baru dia siang.Tapi dok basuh lagi.Waduh, Ailyn hoi..cuba buat keje tu sampai habis dulu..
PRAKK !!! Terpercik darah ikan lada pipi Naim yang duduk dekat dengan tayang perdana ikan yang dipertontonkan Ailyn.
Wuishh ! hanyir lah bau muka kau Naim..Haa, sudoh !
"Ailyn !"marah Naim.Pipinya yang terkena darah ikan dilap.
"hahahaha..busuk !"Ailyn hanya gelak..
Naim buat muka menyampah.'takguna punya budak !'
Ailyn terus tepek tangannya yang basah pada pipi Naim.
Naim terkedu.'kau memang nak kena kan, Nur Ailyn Maisara ?!'
Mata Naim bulat pandang Ailyn.
Ailyn apa lagi ? Terus cabut lari dari dapur.
Naim pulak dah bersiap sedia untuk bukak langkah seribu untuk kejar Ailyn.'kalau aku dapat kau, siap kau ! kalau boleh, aku nak lenyek muka kau tu dalam bendang ! biar padan muka !'
Sesi kejar mengejar berlalu sepantas kilat.Dua orang budak tak berapa nak matang tu main kejar mengejar.
Haih, Ailyn tu okeylah lagi..Yang tak boleh blah, si Naim tu ha..Dah besar gedabak tapi still lagi main kejar-kejar.Kalah budak kecik weyh !
Puan Sri Khatijah geleng kepala banyak kali.Macam tak biasa dengan Naim dan Ailyn tu..Tak sah kalau tak gaduh..
"haih, anak kamu tu budak 7 tahun ke 27 tahun ?"soal Puan Khalida.
"diaorang tu memang mak..kalau boleh, tiap hari ada je benda yang diaorang tu nak bergaduh..tapi Tijah happy sangat tengok diaorang tu mak..yelah, hidup Naim tu sepi je lepas arwah Aurah pergi..nak suruh makan pun susah..tapi tengoklah sekarang..Tijah rasa Allah dah bagi PENGGANTI untuk Naim lepaa kehilangan arwah Aurah.."panjang lebar Puan Sri Khatijah luahkan perasaannya sekarang.
Sungguh, dia bahagia tengok anak tunggalnya gembira..
"mak pun tumpang gembira Tijah..lagipun Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Setiap dugaan berat yang Dia bagi, mesti bersebab.Dia pun nak takkan bagi dugaan yang kita tak boleh nak tanggung..Allah tu bersifat penyayang..Sebab tu dia bagi pengganti kat Naim untuk ubati hati dia.."kini, Puan Khalida pula berbicara..
Kedua-dua mereka hanya tersenyum.
Share this novel