BAB 1

Romance Completed 12519

Hemisfera petang itu mendamaikan dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi
bahasa dan cuaca yang redup. Kelihatan ramai pelajar yang bersantai di
kawasan taman kampus. Ada yang sedang bergosip, ada yang duduk
bersantai, ada juga yang mengulang kaji pelajaran di atas rumput dan di
atas meja yang disediakan.

“Kita rehat 15 minit. kepala aku dah berat nak menghafal
segala benda ni,” kata Izzah kepada empat orang kawannya yang turut sama
mengulang kaji pelajaran di atas meja.

“Okey!” jawab Syamira, Nadhia, Idham dan Fadhli serentak.

Izzah mengeluarkan botol kaca berisi air soya dari dalam beg
sandang lalu meneguknya.

“Bestnya angin petang ni. Tidur pun sedap ni!” Idham
mendongakkan kepala ke langit. Kedua-dua belah tangannya didepangkan
sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Kau orang, jom kita main satu permainan nak?” Fadhli
memandang satu per satu wajah kawannya.

“Game apa?” tanya Syamira. Buku yang terbuka segera ditutup.

“Truth or dare!” Fadhli tersengih. Keningnya diangkat
berulang kali.

“Interesting! Dah lama aku tak main game tu. Aku on.”
Idham memberikan persetujuan.

“Kau orang pulak?”

“Aku no hal. Ringan sikit kepala aku ni.” Izzah menutup
kembali botol kaca itu dan meletakkannya di tepi.

“On!” Nadhia dan Syamira menjawab serentak.

“Cantiklah! Izzah, kau habiskan air soya kau tu. Guna botol
kaca baru best sikit nak pusing-pusing,” arah Fadhli yang dari tadi
memerhatikan botol air soya di atas meja.

Izzah mencapai botol airnya lantas meneguk air soya sehingga
habis. Kemudian dia menyerahkan botol kaca yang telah kosong itu kepada
Fadhli.
Fadhli membaringkan botol itu di tengah meja dan bersedia untuk
memusingkan botol.

“Chop! Chop!” Izzah
menahan.

“Kenapa?” tanya Fadhli pelik.
Keempat-empat mereka memandang Izzah.

“Kau orang tunggu sekejap, aku nak pergi kafe.” Dia bangkit
dari bangku dan berjalan laju meninggalkan kawan-kawannya.

“Cepat sikit tau!” jerit Idham yang sudah tak sabar mahu
memulakan permainan.

“Okey!” Izzah melajukan langkah. Beberapa minit menanti,
bayangan Izzah muncul dengan gelas yang berisi air. Dia tersengih sambil
menayangkan gelas di tangannya.

“Air apa pulak tu?” Syamira pelik melihat warna air yang
tak serupa air. Keruh semacam aje!

Izzah hanya menjawab dengan sengihan. “Bagi aku pusing botol
tu dulu.”

Fadhli mengangkat tangannya dari botol kaca itu untuk
memberi ruang kepada Izzah memulakan permainan.
Izzah menarik nafas, kemudian dia mula memusingkan botol kaca di
depannya. Botol itu berpusing 360 darjah dan berhenti di depan Idham.

“Truth or dare?” Izzah bertanya kepada Idham.

“Hmm... dare!” jawab Idham pantas.

Izzah tayang sengih jahat. “Aku nak kau habiskan air ni.”
Izzah menyerahkan gelas yang dibawanya tadi kepada Idham.
Tanpa banyak soal Idham meneguk rakus air itu.

Puurrrgggghhhh!!!
Air yang diminum tersembur keluar.

“Woit, tempiaslah!” marah Fadhli, Syamira dan Nadhia.
Izzah pula, sebaik saja Idham mula meneguk air itu tadi, dia segera
menundukkan badan di bawah meja. Dia sudah ketawa terbahak-bahak.

“Masin gila! Air apa yang kau bagi ni, Izzah? Boleh kena
darah tinggi aku macam ni.”

Izzah menegakkan semula badannya. “Air asam jawa campur
garam dua sudu. Kata nak main truth or dare, kan?Kenalah bagi
kaw-kaw punya dare!” Dia menjawab selamba.
Yang lain juga turut menghamburkan tawa.

“Kejamlah kau ni, Izzah!” Wajah Idham sudah masam mencuka.

“Itu pun dah kira okey aku suruh abang kat kafe tu buat
setengah gelas je. Buatnya aku suruh dia buat satu gelas penuh, masak
kau nak kena habiskan.” Izzah gelak lagi.

Idham sudah memuncung.

“Hah muncung! Muncung! Saya ikat mulut awak dengan getah
ikat sayur baru tahu. Cepatlah habiskan air tu,” arah Syamira.

“Mira, sampainya hati awak tengok kekasih hati awak ni minum
air masin.” Idham berpura-pura membuat muka sedih.

“Padanlah muka, siapa suruh awak pilih dare tadi. Cepatlah
habiskan, nanti lambat pulak sambung game,” desak Syamira.

Idham mengangkat semula gelas yang berisi air asam jawa
bercampur garam tadi. Dia memicit kuat hidungnya lantas meneguk air itu
sehingga habis. Dia terasa nak termuntah sebaik saja berjaya
menghabiskan air itu. Kemudian dia mencapai botol air mineral di atas
meja lantas meneguknya rakus untuk mencuci tekaknya. Perut yang sedikit
kembung kerana terlalu banyak minum air diusap.

“Turn aku pulak putarkan botol ni.” Idham mula
memutarkan botol. Kali ini botol itu terhenti di depan Nadhia.

“Truth or dare?”

“Truth.”

Idham mengerutkan dahi, berfikir soalan apa yang ingin
diberikan. Dia memetik jari apabila sudah mempunyai soalan. “Kau cinta
sangat kat Si Li ni, kan? Aku nak kau bagitau kita orang perkara apa
yang Li tak suka?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience