BAB 7

Romance Completed 5312

Firham dari tadi asyik mundar-mandir aje dekat depan rumah. Dia gelisah sebab dah seminggu tak jumpa Aira. Sejak kereta Aira siap di repair dia dah jarang bertemu. Yelah sebelum ni dialah yang jadi driver Aira jemput dan hantar Aira ke tempat kerja segala.

“Apelah cerita dia ye?” luah Firham. Najmi yang sedang leka menyiram pokok bunga pelik melihat sikap rakan baiknya yang asyik termenung sejak dari tadi. Najmi menghentikan kerjannya. Dia menegur Firham.

“Fir apesal aku tengok kau dalam seminggu ni macam orang sasau je. Gaya macam hilang bini pun ada.”

Firham mengeluh. Najmi segera duduk menghadap Firham.

“Ceritalah mana tahu aku boleh tolong. Kita kan dah lama kawan.” tambah Najmi.

Firham menarik nafas. “Aku rasa aku dah jatuh cintalah Mie.” Najmi mengerutkan kening kemudian dia tergelak memandang Firham. Hisyk budak Firham ni jatuh cinta pun macam orang gila. Hai laa.. kawan sape lah ni.

“Apelah kau Fir, jatuh cinta pun kau boleh jadi macam ni. Siapa insan yang tak bertuah tu oppsss yang bertuah hehehe.”

Firham mengeluh dengan lebih kuat. “Sarah Aira.” Terangkat kening Najmi mendengarnya.

“Sarah Aira? budak mana tu? setahu aku yang nama Sarah Aira Cuma….” Firham mengangguk memandang Najmi. “Kau biar betul Firham bukan ke Sarah tu Mak cik kau? Anak angkat nenek kau kan?” Berubah riak wajah Najmi.

“Ye dialah. Kenapa tak boleh ke? Lagipun aku dengan dia bukannya mahram pun jadi tak ada masalah lah kalau kami nak kahwin. Bukan dosa pun!”

“Memanglah boleh kau dengan dia kahwin. Tapi masalahnya family kau boleh ke terima.” Firham ni biar betul dah nak buat cerita P Ramlee keluarga 69 ke. Boleh pening satu keluarga nanti.

“Itulah masalahnya. Aku takut family kitaorang tak boleh terima semua ni. Lagipun nenek aku tu kuat adat dia. Takut pulak aku nak bagi tahu hasrat aku ni.” Najmi mengeleng. Kesian dia melihat rakan baiknya.

“Aira macam mana? dia kata apa kat kau?” soal Najmi.

“Dia pun tak tahu lagi perasaan aku. Tapi aku rasa dia pun suka kat aku. Seminggu kitaorang bersama aku dapat rasa chemistry antara aku dengan dia. Serius aku sayang dengan dia.” luah Firham.

“Ape kata kau bagi tahu Aira dulu. Luahkan perasaan kau tu. Kalau betul dia pun suka kat kau, korang kenalah hadapi masalah family korang ni sama-sama. Insyallah mesti ada jalannya.”

“Aku takutlah kalau tiba-tiba Aira reject aku.” Firham meraup muka. Najmi mengeleng kepalanya.

“Firham Aisy jangan jadi lelaki kalau takut. Cinta ni kena berani jangan main agak-agak je.” marah Najmi. ‘Tadi beria-ia kata si Aira tu pun ada rasa dekat dia. Sekarang takut pulak nak luah. Nak je aku sekeh kepala dia.’ omel Najmi perlahan.

“Habis tu aku kena buat apa ni?” tanya Firham. Najmi segera bangun malas dia nak melayan kepala bengap Firham ni. Bab design bangunan semua dia boleh buat. Bab cinta Fail.

Firham terpinga-pinga melihat Najmi melangkah pergi . Najmi menoleh ke belakang. “Firham Aisy pergilah jumpa Aira tu confess kat dia perasaan kau. Itupun aku nak ajar ke?” Najmi segera masuk ke dalam rumah.

Firham hampir menepuk dahi. “Adoi kenapa aku tak boleh berfikir tadi. Isykk tak boleh jadi ni selagi aku tak beritahu Aira selagi tu aku tak tenteram. Tapi Family? isykk biarlah dulu buat masa sekarang ni aku kena dapatkan Aira dulu. Janganlah Aira tolak aku mahu aku terjun lombong lepas ni!” bebel Firham seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience