SINOPSIS & SNEAK PEEK

Short Story Series 926

Cerita ini pendek je dan akan habis cepat, insyaAllah. Tak terlalu panjang. Hanya bacaan ringan dan santai sahaja. Happy reading.



*



*



SINOPSIS.


AMAYA ADZRA – Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit.


Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata!


IZZ ISHRAQ – Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'.


Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya.


"Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" – Izz Ishraq


"Everyone is allowed to have their own preferences." – Amaya Adzra


Tapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi.


Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra.


Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat?


Amaya sungging senyuman sinis di bibir. "My past is exactly like a cup of coffee. It's as black as death and as dark as evil."


Izz memintas. "But also, as warm as a hug. A comfort. A love symbol."


Kerana seperti kopi, Amaya Adzra punya kehangatan di sebalik kepahitan itu.


SNEAK PEEK.


"Dugaan betul nak jumpa pengarah kacak itu, kan?" usik Fatihah.


Terus Amaya menjeling. "Make sure betul-betul kacak. Jangan sia-siakan usaha paru-paru saya ini bertahan dalam lif ini sepanjang 33 tingkat."


Fatihah ketawa lagi. Biasanya, orang poket tebal ini memang kacak. Bak kata orang, biar tak ada muka, tapi ada poket. Masalahnya, bosnya ini sendiri berpoket tebal. Peduli ke walaupun ada orang berpoket tebal di depan mata?


Dan dia sendiri tak pasti apa jenis lelaki idaman Amaya. Apa yang dia tahu sepanjang lima tahu bekerja dengan Amaya, bosnya itu memang single dan jarang sangat bercakap soal hubungan dan cinta.


Tapi, bila difikirkan balik, apa sangatlah yang dia tahu soal Amaya? Bosnya terlalu berahsia soal kehidupan peribadinya.


"Orang kaya, bos. Tak kacak pun saya tak kisah." Menyengih Fatihah dibuatnya.


Amaya menjulingkan mata. Walaupun tahu Fatihah bergurau, tapi gurauan sejenis itu tak berapa nak klik dengannya.


"Bos pula nak lelaki macam mana?" Sempat Fatihah bertanya. Tengah-tengah sesak dalam lif ini, takkanlah Amaya nak tiba-tiba mengamuk pada dia pula? Paling-paling pun, makan jelingan sinis aje. Itu pun, takkan mati dia dengan jelingan itu.


"Nak pondan. Senang saya nak handle."



*



*



*



*



*

Happy reading !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience