Chapter 6

Fanfiction - KPOP Completed 2792

Haneul duduk atas pasir sambil bersantai di tepi pantai melihat matahari terbenam.

"Oi! buat apa sorang-sorang dekat sini". Taehyung terus duduk di sebelah Haneul .

"Tu.Tengok matahari terbenam.Cantik kan?". Kata Haneul sambil tersenyum.

"Haah..cantik". Taehyung tidak memandang matahari itu,tetapi memandang Haneul.

"Awak cakap saya cantik ke matahari tu yang cantik?". Haneul kehairanan memandang Taehyung.

"Cakap dekat matahari tu la! kau perasan kenapa?". Taehyung terus mengalih pandangan.

"Hey Encik Taehyung! kalau awak cakap perkataan camtu sambil memandang orang tu tak kira siapa pun,tetap dia perasan jugak!". Haneul menjeling Taehyung.

"Sape pandang kau! aku pandang awek sebelah kau tu! lawa sia badan dia". Taehyung tersenyum gatal.

"Eii byuntae! ". Haneul menolak lengan Taehyung.

"Ape? jeles ke?". Taehyung tersenyum sinis.

"Whut? jeles? tolong sikit ea, takde perkataan jeles dalam kamus hidup Haneul pada Taehyung!".

"Ye ye je kau".

"Iye la!".

"Ego". Kata Taehyung perlahan.

"Saya dengar tuuuuu". Haneul mengerling Taehyung di sebelahnya.

"Awak..".

"Hmm?".

"Nak tau apa impian dan harapan saya?". Haneul memandang Taehyung.

"Taknak". Jawab Taehyung sepatah.

"Isshhh awak niiii!!!".

"Nak cakap,cakap je la.Kau tanya aku nak dengar ke tak memang aku cakap taknak la.Bukan ade kaitan dengan aku pun". Taehyung mengunjur kaki nya.

"Impian saya nak duduk tepi pantai,tengok matahari terbenam dengan orang yang tulus cintai saya.Harapan saya, saya nak hubungan saya dengan orang yang cintai saya tu kekal hingga akhir hayat. Sweet tak saya?". Haneul tersenyum memandang Taehyung.

"Lol aku ingat apa tadi.Perlu ke gitau aku?Habis ni aku duduk sebelah kau ni ape cita?". Taehyung tersenyum sinis.

"Awak tak cinta saya ,so awak bukan orang tu la".Haneul memandang Taehyung ."Saya rasa saya dah sukakan awak,cuma perasaan tu belum mendalam lagi.Please,jangan layan saya dengan baik atau...". Bisik Haneul dalam hati.

"One day kau jumpa la orang yg tepat tu". Taehyung terus bangun mengatur langkah menuju ke hotel.

"Yahh! tunggu la!". Haneul berlari dan jalan di tepi Taehyung.
. .
. //im so sick of fake love,fake love,fake love// "Yoboseyo?". Taehyung mengangkat panggilan dari Puan Kim .

"Hyungie yaa, kamu dekat mana ni? Tadi omma pergi rumah kamu takde orang pun".

"Lah omma..kenapa tak cakap dulu nak datang?Tae dekat Pulau Jeju ni dengan isteri Tae, saja nak jalan-jalan di sini,sambil tu Tae nginap hotel untuk 2 hari.Nanti Tae on the way balik rumah tu Tae singgah rumah omma ea?".

"Oh Pulau Jeju? Hotel? wahh suka omma, duduk la lama sikit dekat sana,santai-santai dulu ". Semangat Puan Kim dengar anak nya membawa menantunya jalan-jalan.

"Haha mana boleh omma, syarikat nanti siapa nak uruskan.Appa dah la pergi Jepun tak gitau Tae berapa lama,so tae tak boleh tinggal syarikat lama-lama la".

"Aigoo gwenchana, omma boleh uruskan la .Kamu duduk la situ seminggu ke .Dah la honeymoon haritu tak pergi pun,sedih omma".

"Omma..omma pikir something kan?". Taehyung kenal sangat omma nya yang tak habis-habis mention pasal cucu dulu.

"Aniyo! jinjja! omma tak fikir apa pun,omma suruh kamu santai je".Puan Kim cuba mengalih keadaan .

"Arraso omma, seminggu je tau .Nanti Tae balik terus".

"Ha yelah". Puan Kim mematikan panggilan sambil tersenyum penuh makna.

-------------------------------------------

"Siapa tu?". Tanya Haneul yang baru lepas mandi sambil mengelap rambut nya menggunakan tuala.

"Omma.Dia datang rumah tadi tapi kita takde".

"Lah yeke! kesian omma.Awak nak balik rumah ke?".

"Aniyo,omma suruh kita stay lama sikit dekat sini.Santai-santai katanya". Taehyung terus membaringkan diri atas katil.

"Yahh awak tidur sana dekat sofa, saya nak tidur atas katil". Haneul menunjuk arah sofa.

"Shireo! kau la pergi tidur dekat sana.Ni katil aku". Taehyung memeluk bantal di tangannya.

"Eii!! kalau ada bilik lebih tadi dah lama aku tempah bilik baru! taknak aku satu bilik dengan laki aku ni! ". Marah Haneul dalam hati.

"Alaaa!! mengalah la dengan perempuan sama!". Haneul berpeluk tubuh.

"Kesah lak aku". Taehyung terus memejamkan matanya.

"Awak..saya lapar".

Tiada respond dari Taehyung.

"Dah tidur ke....". Haneul mendekatkan dirinya di hadapan Taehyung.

"Ok dah tidur,saya nak turun kafe mak- ...yah!!!!". Taehyung menarik tangan Haneul baring di sebelahnya.

"A-awak". Haneul keras membatu tak dapat bergelak kerana Taehyung memeluknya.

"5 minit je.Jangan bergerak". Kata Taehyung perlahan sambil mengeratkan lagi pelukannya. Haneul hanya mendiamkan diri.

"Kenapa awak buat saya macam ni...". Bisik Haneul dalam hati.
. .
. .
//im so sick of fake love,fake love, fake love// "Hmmm". Taehyung mengangkat panggilan dengan malas.

" U,you dekat mana? i datang rumah u, u takde pu- ..yoboseyo?!!". Taehyung terus meletak panggilan apabila mendengar suara Lisa.

Taehyung membuka matanya.Sekujur tubuh tidur menghadapnya dan tangannya melingkari pinggang tubuh itu.

"Haneul". Bisik Taehyung dalam hati sambil menolak rambut yang menutupi wajah Haneul.

Tiba-tiba Haneul terjaga dari tidur.Taehyung terus pura-pura tidur .

"Alamak! apa yang...". Haneul terus melihat tubuhnya.Selamat ,pakaiannya masih lekap di badannya."Macam mana aku boleh tertidur sebelah dia niii".Kata Haneul perlahan sambil bangun menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Taehyung membuka matanya.Dia melihat Haneul terus masuk ke dalam bilik mandi tanpa membawa pakaian ganti.Biasanya Haneul akan menukar pakaian siap-siap di dalam bilik mandi .Taehyung bingkas bangun dan berdiri di tingkap yang bertentangan dengan pantai."Indahnye". Taehyung menutupi matanya.

Usai mandi Haneul terus menarik tuala dan mengelap badannya."Omo! eotteohke! aku lupa bawa baju ganti".Haneul mengetuk kepalanya.

"Yahh!! cepat la!! aku nak mandi pulak!! lapar ni!! kejap lagi nak turun makan!!!".Jerit Taehyung dari luar pintu bilik mandi.

"Awak keluar dari bilik ni kejap boleh tak". Haneul menutupi tubuhnya dengan tuala yang dibawanya tadi sahaja.

"Keluar?buat apa?aku nak mandi ni". Taehyung sengaja mengetuk pintu bilik mandi .

"Awak tutup mata awak".

"Kenapa?".

"Tutup je laa!! kalau awak taknak tutup mata,awak tak payah mandi.Biar busuk badan awak tu". Ugut Haneul.

"Dah tutup". Tipu Taehyung.

"Jinjja?betul awak dah tutup mata?". Tanya Haneul meminta kepastian.

"Iyeeee". Kata Taehyung sepatah.

Haneul terus membuka perlahan pintu bilik mandi dengan keadaan berkemban.

"Hai!!". Taehyung terus menerjah Haneul.

"Yah!!!!!". Hampir sahaja Haneul jatuh namun sempat disambut oleh Taehyung.

Haneul terus menutupi mukanya .Malu kalau Taehyung lihat keadaannya sekarang.

"Kau asal? over noo.Takkan dengan suami kau pun nak berselindung bagai.Kan aku cakap,kau bukan taste aku .Kau tak pakai baju pun kau ingat aku tertarik ke dengan kau ha? dah! keluar sana.Mandi pun berjam-jam ke.Pegang tuala kau ni sebelum terbuka terus!". Haneul menutupi mukanya menggunakan kedua belah mukanya,dia tidak sedar yang ikatan tualanya hampir terbuka dan Taehyung sempat memegang tuala itu .

"Huarghhhh malunyaaa!!!!!". Haneul tidak memandang muka Taehyung. Dia terus memegang tuala di tubuhnya lalu berlari anak keluar dari bilik mandi.Mukanya merah padam,jantungnya berdegup kalah pelari marathon.

"Mende la bini aku ni". Kata Taehyung sambil tergelak kecil lalu masuk ke dalam bilik mandi.
. .
skip
. .
Setelah siap-siap, Haneul dan Taehyung turun ke kafeteria hotel.

//Bruhhhh// Haneul memegang perutnya.

"Kau tak makan ke semalam?". Tanya Taehyung apabila terdengar perut Haneul berbunyi.

"Nak makan apa awak tar-". Haneul mati kata. Kejadian semalam buat dia rasa nak sorok di mana Taehyung tidak dapat menjumpainya.

"Aku tarik kau?aku cakap 5 minit je kan .Kau tu 3 minit dah tertido.Berdengkur pulak tu". Tipu Taehyung.

"B-bwooo? saya berdengkur? serius laaa?".Tanya Haneul banyak kali.Setahunya dia tidak pernah berdengkur ketika tidur.

"Iye betul ar. Sampai aku tak boleh beza mana badak air ,mana kau". Taehyung tersengih .

"Eiiii awak ni!!!!". Haneul mencubit perut Taehyung.

"Aduhh sakit laa!". Taehyung menggosot perutnya.

"Haa tau pun! dah jom la order makanan!". Haneul mencapai menu di atas meja.Benda first yang dia nampak dalam menu ni kek karamel .Salah satu makanan kegemarannya selain kek red velvet."Wahh sedapnyaaa". Kata Haneul sambil matanya melihat menu di tangannya.

"Kesiannya.Lapar sampai menu pun dikata sedap". Taehyung menggeleng kepala lihat Haneul.

"Apa tengok-tengok! ".Marah Haneul.

"Mata aku,lantak ar aku nak tengok apa pun". Taehyung menjelir lidah pada Haneul.

"Waiterrr pleasee". Haneul mengetip jarinya memanggil pelayan.

"Yes? nak order apa cik?". Tanya pelayan itu sambil memegang nota kecil di tangaannya untuk mengambil pesanan.

"Saya nak semua menu di bahagian C ni ". Bahagian C merupakan desert,seperti kek,ais krim , salad dan sebagainya.

"Gila bini aku ni makan banyak camtu sekali.Kalah orang tak makan sebulan". Bisik Taehyung melihat Haneul.

"Encik pula?".Tanya pelayan itu sambil melihat Taehyung.

"Apa-apa je makanan yang manis-manis pedas gitu.Saya nak satu set lengkap". Kata Taehyung sambil tersenyum lihat pelayan itu.

"Eii miang awak ni.Pantang tengok perempuan lawa". Haneul mencebik.

"Kau kesah asal.Suka hati aku la".

"Siapa kesah.Saya cakap je". Haneul jeling Taehyung.

"Jeles ar tu". Bisik Taehyung perlahan.

"Saya dengar la!!!". Tengking Haneul.

"Oi bongok, aku depan kau je,takyah tinggikan suara macam aku duduk sebatu dari kau". Taehyung mengetuk meja.

"Suka hati saya la,suara saya!". Bidas Haneul pula.
. .
"Eonni , oppa tu kasi ni dekat eonni". Seorang budak perempuan lingkungan 7 tahun datang memberi sekuntum mawar merah bersama kad pada Haneul yang asyik menjamah kek di hadapannya.

"De?". Haneul mengambil bunga mawar dan kad dari tangan budak perempuan itu.

'Hai,boleh berkenalan? awak cantik sangat ' . Haneul membaca isi di kad itu sambil tersenyum.

"Sini aku tengok". Taehyung terus rampas kad itu dari tangan Haneul.

"Yahh!! bagi balik laa kad saya!!!". Haneul menggapai tangan untuk ambil kad nya dari tangan Taehyung.

"Opps sorry, terjatuh". Taehyung sengaja menjatuhkan kad itu ke dalam kuah sup di hadapannya.

"Yahhh Kim Taehyung!!!!!". Marah Haneul dengan perbuatan Taehyung sebentar tadi.

"Adik,cakap dekat laki tu kalau nak mengorat perempuan pun tengok sama lelaki dekat depan perempuan ni siapa". Pesan Taehyung pada budak perempuan itu lantas memberi jelingan maut pada lelaki yang memberi mawar pada Haneul.

"Nae,ok oppa". Budak perempuan itu terus berlalu pergi.

"Saya benci awak". Haneul menjeling Taehyung.

"Ingat aku suka kau?". Balas Taehyung pula.

-BERSAMBUNG-

(A/N; cerita ni tak banyak konflik sngt, just konflik part ex ex taehyung yg selalu gnggu taehyung then haneul jeles camtu ja...saya buat bnyk part romance berdasarkn genre cerita ni..mian kalau membosankn..komen juseyo)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience