Bab 54

Romance Completed 53836

2 bulan kemudian...

"Abang..abang nak tahu apa cita-cita Irah??"

"Apa cita-cita Irah? Sudah lama abang menanti untuk mendengarnya."

"Irah tak ada cita-cita di dunia seperti orang lain. Ingin mencapai apa impian yg mereka mahukan. Irah tak mampu ingin teruskan semua itu lagi. Jadi biarlah Irah mengumpul saham akhirat saja. Irah akan buat dan patuh segala perintah Allah swt mahupan kedua ibu bapa Irah dan juga suami Irah sendiri."

"Cita-cita Irah sebelum menikah, ingin menjadi seorang anak yg solehah mampu menjadikan salah satu amal jariyah bagi kedua ibu bapa saya. Setelah saya menikah, cita-cita terbesar saya adalah ingin menjadi seorang isteri yg taat dan suami selalu merasai redha dengan apa-apa yg saya lakukan. Kemudian, cita-cita paling teragung ketika saya menjadi seorang ibu. Mempunyai keturunan-keturunan yg soleh dan solehah, Hafizh dan Hafizhah."

"Saya tahu saya tidak sempurna seperti wanita lain di luar sana. Saya tidak minta apa-apa dari abang. Saya cuma berharap abang mampu terima kekurangan dalam diri saya. Saya sayang sayangkan abang. Abanglah sang pujaan hati saya. Tolong jangan pergi..Kembalilah..Saya perlukan abang.."

"Abang..."

Semakin lama semakin hilang suara Munirah memanggil Azhar. Azhar cuba mengejar tetapi diri Munirah terus hilang dari pandangannya. Hanya kedengaran suara sayup menangis melintasi bibit telinganya. Azhar terus mengejar dan mencari arah sayupan tangisan itu.Tiba-tiba..

"Tergamak abang buat Irah macam ni!! Abang buang Irah!! Abang kianat cinta kita! Abang tak jujur dalam perhubungan kita! Irah benci abang!! Benci!!"

Satu susuk tubuh terus menerpa ke Azhar sambil berkata begitu kepadanya. Di goncang badan Azhar berulang kali. Perkataan yg sama terus di ujar oleh Munirah kepada Azhar. Munirah terus menangis teresaknya. Azhar sudah tidak duduk senang melihat keadaannya begitu. Perlahan-lahan tangan Azhar cuba memegang kedua belah bahu Munirah. Secara tidak langsung tubuh Munirah terus lesap dari pandangannya. Semuanya kelam.

'Tidak!!! Munirah!!!'

Meraung Azhar apabila terjaga dari tidurnya itu. Azhar melihat kedaan di sekeliling masih tidak ubah dari bilik tidurnya di kuaters perguruan. Azhar mengucap panjang. Di pegang dadanya yg mula terasa sesak nafas sedikit. Degupan jantungnya berdegup kencang sekali. Pernafasannya menjadi sesak sedikit. Segera Azhar bangun untuk pergi ke dapur. Ingin meneguk segelas air kosong. Jam di dinding baru menunjukkan pukul 3.20 a.m. Azhar menghela nafas panjang. Fikirannya mula memikirkan apakah yg dia bermimpi tadi. Azhar belum pernah diganggu mimpi ngeri seperti ini. Segera dia pergi mengambil wuduk dahulu untuk menunaikan solat tahajjud. Mungkin dengan cara ini hatinya terasa sedikit tenang. Allah Swt mengekutkan dirinya dengan cara begini. Kembalikan dirinya untuk bersujud semula bila menghadapi masalah. Di mana lagi tempat untuk ia mengadu kalau bukan di atas kain sejadah. Dalam beberapa minit mendirikan solat tahajjud Azhar bangun dan pergi ke arah balkoni. Melihat suasana pagi yg masih hening di tingkat 3 kuaters ini. Sudah 2 bulan ia berada di sini. Membawa diri jauh dari semua orang. Inikah keputusan yg terbaik ia pernah buat? Azhar sendiri pun tidak tahu.

"Aku terjaga di kala sepi
Langit nan pekat berarak di atapku
Dan butiran kecil pun turun perlahan dari angkasa
Iringi kesendirian dan kesunyian ini
Rusuk yang bergetar
Alunan nada yang memilukan hati
Hantarkanku ke dunia fana
Menatap langit dengan iba
Akankah malaikat kan turun dengan sayapnya
Nyanyikan lagu pengantar tidurku"

"Abang rindukan Irah..."

............................................................................

'Aku bukan seorang wanita yg baik. Selalu saja melakukan kesalahan dan kesilapan sepanjang hidupku ini. Aku Juga seorang wanita yg lemah memerlukan seseorang pendamping di sudut nulari ini. Kenapa harus aku lalui hidup seperti ini. Dibenci oleh semua orang di sisiku. Bukan ini yg aku mahukan. Melihat kebahagian orang lain aku juga inginkan perkara yg sama. Naluri seorang yg bergelar perempuan memerlukan seorang lelaki yg mendamping mereka. Memang benar wanita dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. Apabila wanita menggunakan akal maka hilanglah naluri asalnya. Hanya pangkat dan tahta mendampingi dirinya. Aku tidak meminta semua itu. Cukuplah menjadi seorang wanita yg sentiasa diredhai hidupnya oleh Allah swt. Masih layakkah aku merasai apa itu cinta dan kebahagia kerna semua itu dulu pernah musnah dilanda ombak lautan. Jika masih ada kesempatan aku ingin memohon maaf atas kesilapan aku selama ini. Cukuplah hidupku dibelegu oleh dosa sendiri. '

Nguman Mira sendiri di tepi pantai yg sudah masuk waktu senja. Melihat suasana di sekelilingnya masih lagi ramai orang bermain dan berjalan di sekitar pantai ini. Mira melihat redup ombak laut yg menerpa ke kakinya. Satu perasaan kosong mula bermain di benak hatinya. Satu perasaan yg tidak dapat ia ungkapkan sendiri.

"Mummy!!"

Kedengaran dari jauh satu suara memanggilnya. Mira melihat ke arah derungan milik suara itu. Satu senyuman terus diukirkan di bibirnya. Dari jauh Eisya sedang berlari datang menghampiri dirinya. Gelak ketawa anak kecil ini tidak pernah pudar. Mira mendepakan tangan ke arah Eisya. Satu pelukan hangat di berikan kepada tubuh kecil Eisya. Mira memusingkan badannya beberapa kali sebelum Eisya merengek kecil. Di gomol perut Eisya yg bulat itu.

Ehh..Seronok yee Mummy buat Eisya camtu..kalau daddy buat Eisya tak nak pula. Sapa Iqbal sambil berjalan menghampiri mereka berdua. Satu senyuman terus terpancar di wajah Iqbal.

Eisya suka mummy je kan?? Bukan daddy. Asyik busy je memanjang..Ini pun baru nak bawa kita pegi bercuti. Kan Eisya kan? Kata Mira lalu meletakkan Eisya ke bawah semula. Rasa lenguh pula pinggangnya mendukung Eisya yg sudah hendak masuk 4 tahun.

Alah..Sorrylah..Ok lepas ni kita pegi luar negara pula..Ok? Cadang Iqbal sambil berjalan mengiringi mereka berdua untuk ke chalet berhampiran. Mira hanya tersenyum saja mendengar candangan Iqbal kepadanya. Iqbal membawa Eisya pergi bercuti begini sudah cukup untuknya. Anak kecil ini perlu meluangkan masa bersama bapa kandungnya. Hubungan bapa dan anak tidak boleh di pisahkan. Mira tidak mahu masa depan Eisya terganggu dengan masalah keluarga. Kini, biarlah semua itu berlalu saja. Masih belum terlambat mahu membuka lebaran baru.

Ermm..Mira. Minggu depan saya mahu masuk memimang. Kita nikah terus. Tak payah bertunang. Saya tak nak tangguhkan lagi semua ini. Saya perlukan awak dan juga Eisya. Mari..mari kita mulakan hidup baru bersama semula. Saya tak akan persiakan setiap detik bersama awak lagi. Saya cintakan awak, Amira Athirah. Andai kata saya sudah membuat kesilapan selama ini. Mira sudi maafkan saya? Saya mahu menebus kembali kesilapan dan dosa saya dekat awak selama ini. Saya tak nak paksa awak cuma..saya masih berharap dengan semua ini. Saya sanggup buat apa saja asalkan awak dan Eisya kembali kepada saya. Saya mahu bertanggungjawab atas segalanya yg telah berlaku. Mira..sudikah awak menerima saya kembali? Menerima kekurangan diri saya ini?? Luah Iqbal di depan Mira sambil mendukung Eisya. Dia menatap dalam anak mata Mira semasa bercakap begitu. Iqbal tahu hati Mira sudah banyak terluka kerananya. Tiada apa yg Iqbal boleh lakukan lagi selain menebus semua ini kembali. Iqbal rasa sangat menyesal di atas perbuatannya selama ini. Selagi dia bernafas, Iqbal mahu melihat Mira hidup bahagia kembali. Bersama dengannya dan juga Eisya satu-satunya puteri yg mereka berdua ada. Inilah impiannya sekarang.

Mira tergamam seketika di situ. Walaupun ia tahu Iqbal mahu kembali bersamanya, bukan ini yg Mira inginkan. Yaa, hatinya memang sudah lama terluka dan tersiksa. Bukan hanya Iqbal saja yg menghancurkan hidupnya, tetapi Azhar juga berbuat perkara yg sama. Kedua lelaki ini sudah banyak membuat dirinya sengsara. Mira melihat dalam anak mata Iqbal. Mencari satu kepercayaan yg wujud dalam dirinya. Jika Iqbal bercakap benar semua ini. Iqbal layak diampun segala dosanya terhadap Mira selama ini. Mira masih mempertimbangan tentang 'perkahwinan' lagi. Dirinya sudah serik dengan semua ini. Bukan mudah untuk menerima orang yg sudah menghancurkan hidupnya. Mira buntu.

................................................................................

Uishh..Sedapnya buah pelam ni. Thanks Kak Farah sudi bawakan semua buah ni dekat Irah. Hee..Dapat juga rasa hasil mengidam ni ehh. Kata Munirah lalu menikmati setiap suapan hirisan buah pelam ke dalam mulutnya. Dikunyah setiap gigitan buah itu dengan asyiknya. Munirah tidak mempedulikan Huzair dan Mikhail memandang lama ke arahnya. Biarlah dia nak buat reaksi apa pun. Asalkan kenikmatan ini dapat ditebus juga.

Haishh..sampai camni ehh ibu mengidam..kalau akak tahu..akak bawa lebih sikit tau. Dah semakin memboyotnya perut ni. Nampak saja tuannya kecil tapi perut semakin beso. Dah check up kan? Camnee?? Baby sihat?? Tanya Farah sambil tangannya mengusap lembut perut Munirah. Seronok Farah apabila mendapat tahu yg Munirah sedang hamil. Rezeki datang tak salah alamat. Farah juga senang melihat perkembangan Munirah sekarang. Sudah kembali ceria seperti selalu. Sedikit pun dia tidak pernah merengak sedang mengandung ini.

Hee..Bukan selalukan..ermm. Alhamdulilah, baby sihat saja dalam perut ni. Irah pula tak larat nak makan tau..asyik rasa lapar saja. Kadang-kadang tu pukul 4.00 a.m. tau suruh Mikhail pergi beli MCD sebab teringin sangat. Nasiblah dapat paksu yg baik hati camni..Ujar Munirah lalu memeluk leher Mikhail. Untung rasa dapat seorang adik yg penyayang dan selalu mendengar kata. Dapatlah dia menumpang kasih orang yg sudi melayan ibu mengidam sepertinya.

Eleh..itu pun sampai merengek..menangis meminta. Selagi Mika tak pergi..selagi tu lah dia buat perangai. Balas Mikhail apabila Munirah cuba berdalih dengan semua ini. Mikhail rasa Munirahlah orang yg paling kuat meragam sejak hamil ini. Tak cukup tangan kalau dia seorang nak melayan kerenah Munirah. Nasib sayang saja, kalau tak sudah lama Mikhail heret Munirah kembali dekat Azhar. Mungkin lelaki itu seorang saja yg sanggup melayan kerenah Munirah ini.

Iyee?? Hahaha biasalah tuu..Ibu muda hamil orang katakan. Untung tau Irah dapat merasa jadi ibu muda. Rezeki tuhan beri ini. Jaga dengan baik tau. Pesan Farah senang melihat adanya Mikhail di sisi Munirah. Dapatlah juga dia meminta sesuatu terus ditunaikan. Bukan mudah melalui fasa kehamilan tanpa suami di sisi. Tambah pula ini adalah anak pertama buat Munirah dan Azhar. Munirah masih lagi muda untuk melalui semua ini sendiri. Dia memerlukan dorongan orang di sekelilingnya. Melihat senyuman di bibir Munirah sudah cukup buat Farah rasa tersentuh. Munirah seorang yg tabah dan kuat orangnya. Seolah tiada apa yg sudah berlaku sebelum ini. Dirinya masih tidak ubah seperti dahulu.

Ermm..Inshallah..Amanah tuhan..Irah akan melindunginya seperti nyawa Irah sendiri. Kata Munirah lalu tersenyum melihat perutnya sudah semakin membesar. Pada mulanya hanya nampak seperti perut buncit sahaja tetapi sekarang sudah diluar jangka. Detik setiap waktu merasai jadi ibu sudah membuat diri Munirah bahagia. Inilah yg di impikan seorang wanita yg berkahwin dan bergelar seorang ibu. Tiada apa yg lebih gembira apabila melihat anak di dalam kandungan ini membesar dengan sihat selama 9 bulan.

Mereka bertiga yg mendengar jawapan Munirah itu sudah faham apa maksudnya. Mikhail terus melihat ke arah lain. Tidak mampu melihat keadaan kakaknya yg dibelegu rasa rindu seorang suami yg tidak kesampaian. Dia tahu Munirah masih rasa sedih atas apa yg telah berlaku. Sekarang, dia mengumpul kekuatan kembali demi anak yg dikandungnya itu. Ibu mana tidak sayangkan anaknya. Farah mengusap lembut belakang Munirah. Faham apa yg dirasainya ketika ini. Farah akan sentiasa ada untuk Munirah. Jika Munirah memerlukan seorang kawan untuk bercerita, Farah akan selalu menemaninya. Huzair hanya memdiamkan diri saja di situ sejak tadi lagi. Dia hanya mampu melihat perkembangan Munirah dalam diam saja. Huzair tidak banyak bercakap sekarang. Apa yg baik untuk Munirah, begitu juga dengannya. Bukan mudah melalui fasa kehamilan tanpa seorang suami di sisinya. Huzair hanya mampu memberikan senyuman kelat kepada Munirah. Selagi Azhar tidak berada di sampingnya, Huzair akan terus melindungi Munirah di mana jua ia berada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience