BAB 45

Romance Completed 40950

Pulang sahaja daripada pertemuannya dengan Ariana, hanya gadis itu yang berada di dalam fikiran Izz Faris. Dia tahu salah untuk dia melakukan sedemikian tetapi dia tak dapat menahan diri selepas mengetahui Ariana merupakan Ria, gadis yang merupakan cinta pertamanya dahulu sebelum Naufal bertunang dengannya.

Agak susah untuk dia percaya pada mulanya tetapi lama kelamaan dia dapat terima kenyataan. Bukan sekali tetapi dua kali dia terlepas peluang untuk memiliki Ariana. Yang pertama, pada ketika Naufal bertunang dengan Ariana. Yang kedua pula apabila Ariana telah menjadi isteri yang sah kepada Adi Ashraf, kawan baiknya sendiri.

Tipulah kalau dia kata dia tak merasakan apa-apa apabila berjumpa dengan Ariana selepas mengetahui identiti sebenar isteri sahabatnya itu. Dia mengaku dia masih menyimpan perasaan walaupun setelah sekian lama.

Namun perasaan bersalah menghurung dirinya kerana tahu perkara itu amat salah. Dia tak patut ada perasaan pada isteri sahabatnya sendiri lebih-lebih lagi isteri kepada Adi Ashraf. Dia tak mahu menjadi perosak rumah tangga orang lain mahupun perampas.

Dia melepaskan keluhan. Walau bagaimanapun, dia perlu mencari jalan untuk menghapuskan perasaan ini dan melenyapkannya. Hal ini kerana perasaan itu hanya akan membawa kepada kesan yang teruk kepada persahabatannya dan hubungannya bersama pasangan suami isteri itu.

Pelbagai senario buruk melintas di fikiran apabila menyedari sekiranya perasaannya diketahui oleh Adi Ashraf. Bagaimana mahu dia menerangkan perkara itu kepada sahabatnya sendiri? Dia meraup muka.

Fikirannya beralih pula kepada perbualannya bersama Haris Irfan tempoh hari. Dia mengeleng kepala. Baru menyedari mereka berdua jatuh cinta pada orang yang sama. Kebetulan apakah ini. Kepalanya ditundukkan dengan rasa kecewa.

Maafkan aku, Adi.

???????????????????

Sementara itu, Adi Ashraf sedang menikmati makanan tengah hari bersama Alif Zafran. Setelah sekian lama tidak bertemu dengan penyiasat peribadinya yang sudah dianggap sebagai kawan rapatnya.

Pada mulanya, dia ingin mengajak adiknya, Akid Ahnaf untuk menyertai mereka sekali sebagai tanda mahu membalas budi adiknya yang menjaga syarikat sepanjang ketiadaannya di pejabat.

Tetapi sebaliknya yang terjadi apabila Akid Ahnaf sudah mempunyai rancangan yang lain. Dalam erti kata lain, sudah mempunyai seseorang dalam hidupnya yang bujang itu. Adi Ashraf mengeleng kepala sambil tersenyum senget.

"Happy betul kau sejak balik honeymoon ni. Tak nampak stres apa semua baguslah." tegur Alif, bibirnya mengukir senyuman.

Adi Ashraf mengangguk kecil tanda mengiyakan kata-kata sahabatnya. Memang benar belaka apa yang dikatakan oleh Alif. Dia sememangnya terasa lebih gembira.

"Sebelum aku terlupa, tak ada orang ganggu kau orang berdua lagi ke?" tanya Alif ingin tahu. Pelik apabila tak ada khabar berita daripada Adi Ashraf tentang lelaki yang sering menggangu mereka berdua.

Adi mengeleng. Dia sendiri juga hairan tetapi asalkan Ariana selamat tiada apa yang perlu dia risaukan. Mereka hanya perlu berjaga-jaga dan berwaspada sahaja.

"Mungkin dah putus asa. Aku pun tak tahu. Macam mana dengan kau? Ada maklumat baru?" tanya Adi Ashraf semula. Mahu mengetahui perkembangan lanjut tentang siasatan yang dijalankan oleh Alif Zafran.

"Setakat ini, macam yang kau tahu. Bukan Naufal yang menjadi suspek. Tetapi orang lain.  Aku tak tahu sama ada betul ataupun tidak tapi aku masih siasat tentang dia memandangkan dia berkemungkinan boleh menjadi suspek yang seterusnya. " jelas Alif Zafran panjang lebar. Hanya nada serius yang digunakan sepanjang penjelasannya.

"Okay, aku faham. Tapi siapa dia yang kau maksudkan ni?" soal Adi Ashraf semakin tertanya-tanya. Tak sedap hati apabila Alif sengaja tidak menyebut nama suspek mereka yang seterusnya itu.

Alif Zafran berkira-kira mahu memberitahu Adi atau tidak. Tahu Adi takkan suka apabila mengetahui kebenarannya. Tetapi mahu buat macam mana sekiranya itu sahaja petunjuk yang dia mampu temui setakat ini.

"Izz Faris. Aku rasa dia ada kaitan dengan semua ini. Dia ada dalam gambar dekat tempat Ariana kena serang beberapa bulan yang lepas." jelas Alif Zafran akhirnya.

Adi Ashraf mengerutkan dahi. Tak senang hati apabila mendengar khabar berita itu. Tidak lupa juga kenyataan bahwa rakannya itu tiba-tiba sahaja mahu keluar makan dengan isterinya.

"Kau betul ke ni, Alif? Aku kenal Izz macam mana. Takkanlah dia." bidas Adi Ashraf cuba membersihkan nama Izz Faris. Alif mengangguk tanda faham.

"Ya aku tahu, Adi. Aku tak kata dia bersalah cuma sekarang ini dialah suspek kita. Jangan risau aku akan siasat lagi untuk pastikan dia betul-betul tak bersalah. Ada apa-apa lagi yang kau nak aku cuba siasat?" ucap Alif Zafran tenang. Dia cukup memahami keadaan Adi Ashraf yang masih terkejut tentang Izz Faris.

Adi Ashraf menghela nafas lega apabila mendengar penjelasan Alif Zafran. Tenang sedikit hatinya apabila mengetahui lelaki itu akan menyiasat lebih mendalam mengenai Izz Faris.

Dia mula teringatkan kemalangan Naufal yang dia rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Mana mungkin secara kebetulan ketika kemalangan itu terjadi brek tidak berfungsi. Sudah terang lagi bersuluh, kemalangan tersebut seperti dirancang.

Namun tiada sesiapa yang dapat memastikannya. Oleh itu, dia rasa lebih baik dia serahkan sahaja kepada Alif Zafran untuk siasatan lanjut.

"Tolong siasatkan tentang kemalangan Naufal terlibat lima tahun yang lepas. Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Mana tahu, ada kaitan dengan kes yang kau tengah siasat ni. Lagi satu, untuk tahu punca trauma yang Ariana dapat selepas kemalangan tu terjadi." pinta Adi Ashraf serius. Harap mendapat jawapan untuk menegakkan keadilan kematian Naufal. Serta, mengetahui rahsia yang isterinya cuba sorokkan.

Alif Zafran mengangguk sebagai balasan. Dia mencatat sesuatu di buku notanya sebelum disimpan semula. Matanya mengerling pada jam tangannya.

"Oh dah habis waktu lunch ni. Aku kena gerak dulu. Mesti kau pun sama kan. Nanti ada apa-apa aku inform. Gerak dulu. Assalamualaikum." ucap Alif Zafran sebelum meminta diri. Mereka sempat bersalaman.

Adi menghantar pemergian Alif dengan pandangan. Tak lama kemudian, dia bingkas berdiri mahu menuju ke pejabat secepat yang mungkin. Dia mula rasa syak wasangka pada Izz Faris selepas perbualannya bersama Alif Zafran. Dia mengeleng kepala cuba tidak mengendahkan perkara itu.

Tak mungkin Izz Faris yang melakukan semua itu.

???????????????????

Jam di dinding berdetak perlahan menunjukkan tepat pukul 7 malam. Ariana tidak henti mundar mandir dari tadi menunggu kepulangan suaminya. Baru sehari suaminya bekerja sudah pulang lambat sebegini. Mana dia tak risau? Haih.

"Mana Ash ni? Traffic jammed ke? Dekat office lagi ke apa dia ni. Ataupun dia ada perempuan lain? Urgh, kalau ada memang siapalah dia aku kerjakan." omel Ariana sendirian dari tadi. Sakit hatinya bila memikirkan suaminya bermain kayu tiga di belakangnya.

Dia tahu mereka berdua masih tidak mengaku perasaan cinta terhadap satu sama lain. Tetapi kalau Adi Ashraf sendiri tergamak buat sebegitu dia sendiri tak tahu nak buat apa.

Dia mengeluh sendiri kerana overthinking sampai ke situ. Dalam tak sedar, menyakiti hatinya sendiri dengan memikirkan segala perkara negatif itu. Tetapi apa boleh dibuat apabila suami yang ditunggu masih tidak pulang lagi.

"Assalamualaikum." tegur satu suara. Tak lama kemudian, muncul Adi Ashraf disebalik muka pintu rumah mereka. Menyerlahkan figura suaminya yang masih kemas berpakaian kerja walaupun tali lehernya sudah ditanggalkan.

Riak wajahnya suaminya yang seperti sedang dalam keletihan serta merta berubah apabila melihat senyuman di wajah Ariana. Adi Ashraf mengulum senyuman senget.

"Lama ke tunggu?" tanya Adi Ashraf cuba mengusik. Dia menutup semula pintu rumah sebelum meletakkan tas kerjanya di tempat yang sepatutnya. Kotnya diambil oleh Ariana.

"Lama tahu tak! Ha suka lah buat aku tertunggu-tunggu kan sebenarnya." marah Ariana mencekak pinggang sebelah tangan. Sebelah tangannya lagi memegang kot suaminya.

Terpamer senyuman di wajah Adi Ashraf. Terasa hilang penatnya serta-merta apabila melihat isterinya sebegitu. Jarinya pantas mencuit hidung mancung isterinya sehingga merah. Sekelip mata tangannya ditepis oleh Ariana.

"Sakitlah!" Marah Ariana tak puas hati. Tangannya yang mencekak pinggang tadi diletakkan pada hidungnya yang sakit. Dia memasamkan wajah. Matanya mencerlung tajam ke arah suaminya.

Adi Ashraf melepaskan tawa halus. Perlahan-perlahan, dia menarik tangan isterinya yang menutup hidung yang mula memerah itu. Lalu, dia mendekatkan diri untuk meniup lembut hidung isterinya dengan harapan dapat menghilangkan kesakitan tersebut.

Ariana hanya kaku membiarkan sahaja. Tanpa amaran, sebuah ciuman dihadiahkan pada batang hidungnya yang mancung oleh Adi Ashraf membuatkan dia terkejut.

"Sorry. Tak ada niat nak buat kau tunggu lama tapi banyak sangat kerja dekat office. Jangan risau lepas ni aku cuba balik awal, okay?" jelas Adi Ashraf. Dia memegang tangan isterinya dengan erat.

"Okay." Lembut sahaja Ariana membalas. Tanda berpuas hati dengan kata-kata Adi Ashraf.

Dia mengeratkan pegangan tangan suaminya. Adi Ashraf yang menyedari tindakan isterinya melebarkan senyuman. Tetapi, fikirannya teringatkan sesuatu.

"Macam mana dengan Izz tadi? Sembang apa?" tanya Adi Ashraf cuba untuk kedengaran seperti terdesak untuk tahu.

Ariana menahan senyuman apabila mendengar nada suara suaminya yang sedaya upaya dikawal. Tahu apa yang menganggu lelaki itu.

"Kenapa? Jealous eh?" usik Ariana ceria. Dia memalingkan kepala cuba mencari wajah suaminya yang tersorok dari pandangannya. Adi Ashraf melepaskan tangan isterinya.

"Mana ada. Aku cuma nak tahu. Salah ke?" bidas Adi Ashraf cuba menafikan. Tangannya disilangkan ke dada. Riak wajahnya diseriuskan. Namun sedikit pun tidak menakutkan Ariana.

"Eleh ye lah tu. Tak ada sembang apa pun sebenarnya. Cuma rupanya dulu arwah Abang Naufal dengan Izz kenal rapat tau, Ash." maklum Ariana. Dia menarik tangan suaminya lalu dipeluk mahu memujuk suaminya.

Adi Ashraf terdiam. Kata-kata isterinya membuatkan dia lebih rasa syak wasangka pada Izz Faris. Dia terlalu leka berfikir sehingga tidak menyedari lengannya dipaut oleh Ariana.

Ariana yang perasan perubahan suaminya segera mengetatkan pautan pada lengan Adi Ashraf, mahu menarik perhatian lelaki itu. Tindakannya berjaya apabila Adi Ashraf memandang ke arahnya.

"Kenapa ni, Ash?" tanya Ariana risau. Ada apa-apa yang tidak kena mengenai Izz Faris ke sehingga membuat suaminya bertindak sebegini. Adi Ashraf mengeleng kepala tanda tiada apa-apa.

"Tak ada apa-apa. Cuma teringat kerja banyak tergendala sepanjang kita cuti itu je." jawab Adi Ashraf separuh jujur. Tak mahu isterinya terganggu ke apa.

"Oh. Kau pergilah mandi dulu. Rehat. Aku dah masak nanti kita makan sama-sama eh?" balas Ariana melepaskan pautan pada lengan suaminya. Adi Ashraf membalas dengan anggukan. Gembira apabila isterinya memahami.

"Eh lupa pulak. Ash, tadi ada orang tinggalkan surat untuk kau. Nah. Aku pergi dapur dulu eh nak panaskan lauk." maklum Ariana. Dia menghulurkan sekeping sampul surat yang tertera nama suaminya pada surat tersebut.

Adi Ashraf menyambut huluran isterinya. Dia menghantar pemergian isterinya ke dapur dari ekor mata. Lantas, pandangannya dijatuhkan pula pada surat tersebut.

Dia dengan berhati-hati membuka surat tersebut. Langsung tidak menduga apa-apa. Memandangkan dia hanya menyangka itu hanya surat biasa. Tetapi sangkaannya salah sama sekali setelah melihat kandungan surat itu.

To: Adi Ashraf

Miss me?

Sincerely,
Mawar Adriana.

Updated!
Surprise ??
Stay tune?
Enjoy reading!
Don't forget to vote
And comment ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience