CHAPTER 28

Action Series 136574

Tangan yang menggenggam erat tangannya dari tadi sedikit pun tiada tanda-tanda untuk dilepaskan. Makin kuat dia menarik tangannya, makin kejap pegangan itu.

Thea mengeluh.

Susah betul bila ada suami yang langsung tidak mahu mengalah. Dari tadi lagi dia hanya mengikut langkah Emeer ke hulu ke hilir melayan tetamu yag hadir di majlis resepsinya. Kakinya sudah mula terasa lenguh akibat berdiri terlalu lama.

Wajah kacak milik suaminya di pandang di arah sisi. Tidak tahan dengan kepenatan itu, tangan sebelah kiri yang bebas itu naik mengoncang lembut lengan suaminya.

Emeer menoleh ke arah Thea sambil menaikkan sebelah keningnya. Wajah Thea dipandangnya berkerut.

Thea mendekatkan dirinya pada tubuh di suami lalu bersuara dengan sedikit perlahan. Tidak mahu apa yang diperkatakannya nanti menarik minat mereka yang berada di situ.

"Awak, tak habis lagi ke? Saya dah penat ni. Boleh tak saya nak pergi toilet dulu then naik atas kejap?" Tanya Thea lembut. Walaupun hatinya masih tidak suka dengan sikap lelaki itu, dia tetap hormat Emeer sebagai suaminya.

"Tired?" Soalan di balas soalan.

Thea mula berasa geram.

"Dari tadi dia heret aku ke hulu ke hilir tanpa sikit pun bagi ruang untuk aku dan tangan aku ni bernafas, boleh pula dia tanya macam tu. Mimik muka yg aku buat tadi tak cukup buktikan lagi ke? Ish.. Kecil besar kecil besar ke aku tengok dia ni." Bebel Thea di hati.

"Penatlah. Awak heret saya dari tadi langsung tak bagi saya rehat." Tanpa sedar suara Thea mula bertukar meleret.

Emeer yang tergelak kecil itu mula menarik minat tetamu yang betada di situ untuk melihat ke arah pasangan pengantin itu.

"Why you don't tell me? Come let me company you to the toilet." Serentak itu tangan Thea di tariknya namun belum sempat dia mengatur langkah, pantas sahaja Thea menggelengkan kepalanya.

"No. Saya boleh pergi sendiri la. Tak akan sampai toilet awak nak berkepit dengan saya. " 

Emeer merenung Thea untuk seketika sebelum dia meembenarkan. "Jangan lama sangat, nanti datang sini balik." 

"Okay." Jawab Thea perlahan.

Untuk membantah, dia tidak mampu. Dalam keadaan tubuh yang terasa penat, Thea hanya mengiakan sahaja. Tidak mahu menghabiskan masa untuk berlawan kata-kata terhadap suaminya yang baharu sahaja di nikahinya.

Sebaik sahaja Thea melangkah pergi, Emeer mengarahkan anak buahnya yang berada berhampirannya supaya mengekori Thea melalui lirikan mata. Emeer tidak akan biarkan isterinya berada dalam keadaan bahaya walaupun jauh darinya. Kerana dia tahu seseorang sedang memerhatikan setiap pergerakkan dia dan Thea sedari tadi.

Manakala Eshal yang melihat situasi itu turut melangkahkan kakinya ke arah tandas yang kebetulan berhampiran dengannya. Eshal juga turut mengetahui situasi abangnya saat itu. Walaupun riak wajah Alongnya tidak mempamerkan sebarang reaksi, tapi keadaan tegang turut dirasai oleh dia dan adik beradiknya.

"You just stay here." Arah Eshal sebaik sahaja melihat dua orang lelaki sedang berdiri tegak berhampiran pintu tandas.

Tangannya terus menolak pintu itu dan melangkah masuk. Kelibat Thea tidak kelihatan di situ. Tangan di basuh sambil matanya membelek wajahnya di depan cermin. Bunyi pintu tandas di buka buat mata Eshal terus mengalihkan pandangannya ke arah kakak iparnya. 

Senyuman kecil yang terukir di bibirnya tiba-tiba sahaja bertukar. Dahinya berkerut seribu. Terus sahaja Eshal menoleh kepalanya ke arah Thea lalu segera menghampiri kakak iparnya.

"Kak Thea, what happened?" Eshal mula bertukar cemas sebaik sahaja melihat Thea meluru ke arah sinki dan memuntahkan cecair merah yang pecah. Serta merta wajah Thea mula bertukar pucat. 

Tubuh Thea yang lembik itu mula melurut jatuh tapi sempat di sambut oleh Eshal. Thea tidak mampu untuk berkata-kata. Nafasnya terasa sangat sesak saat itu. Matanya mula terasa memberat.

"James!!" Jerit Eshal kuat sambil tangannya yang mula ketar itu menampar wajah Thea yang mula tidak sedarkan diri itu.

Sebaik sahaja mendengar jeritan kuat Eshal dari dalam. Adam segera meluru masuk dan alangkah terkejutnya apa apabila melihat keadaan isteri majikannya. 

"Red Code! Tandas perempuan, west. Sediakan kereta sekarang. Cik Puan Thea tidak sedarkan diri." James bersuara melalui earpiece nya.

Dia tahu Emeer juga dengar apa yang dia sampaikan kerana setiap daripada mereka wajib memakai Earpiece termasuk bosnya sendiri.

"Kak Thea, stay with me! Don't close your eyes. Along cepatlah!" Eshal mula menangis melihat Thea yang langsung tidak bertidakbalas. Nadi di pergelangan tangan itu mula terasa lemah.

Keadaan di dalam dewan kelihatan kelam kabut itu buat dia tersenyum puas. Rakaman CCTV yang terpapar di hadapannya itu cukup memuaskan hatinya saat itu. Tidak sia-sia dia membuat rancangan gila dan membayar upah mahal terhadap lelaki itu.

Rakaman yang menunjukkan tubuh Thea longlai Thea yang berada di dalam dukungan Emeer itu buat senyumannya makin meleret sebelum tawanya terlepas.

"Espero que disfrutes tu regalo de bodas, Emeer Hayyes (I hope you enjoy your wedding gift, Emeer Hayyes)". 

?

"What the hell just happened, Eshal?? Explain!" Suara keras Emeer nyaring kedengaran di ruang VVIP itu.

Emeer memandang tajam ke arah adiknya sambil tangan bercekak pinggang. Wajah Eshal yang basah dengan air mata itu di pandangnya tanpa perasaan.

Mereka yang berada di situ juga tidak berani untuk masuk campur apabila melihat wajah tegang Emeer di tambah pula dengan warna baju kemeja putih Emeer yang di cemari dengan tompokan merah.

"I don't know. Kak Thea dalam toilet bi--bila Eshal ma--masuk. Le--lepas Kak Thea keluar, muka dia pucat. Eshal tanya, ta--tapi tak sempat Kak Thea jawab dia terus muntah darah dekat situ dan ja--jatuh. Eshal tak tahu.." Ujar Eshal sambil menahan sendu.

Masih terbayang di matanya keadaan kakak iparnya yang muntah darah. Pakaian pengantin yang berwarna putih itu sekelip mata di cemari dengan tompokan darah merah.

"Stop it, Along. Questo non è il momento giusto (This is not the right time) untuk cari siapa betul siapa salah." Bantah Emeer tegas.

Eiden terus menarik adik kembarnya ke dalam pelukan. Tidak sanggup melihat keadaan Eshal yang kelihatan pucat dan takut akan Along mereka.

Emeer mendengus kasar lalu kedua belah tangannya naik meraup wajahnya beberapa kali. Belum sempat dia membuka mulut, kelihatan kelibat doktor melangkah mendekati mereka yang berada di situ.

"Doctor, how's my wife?" Emeer mula bertanya tanpa sempat Doktor Aisyah membuka mulutnya.

"Alhamdulillah. She's fine. Nasib baik Cik Puan cepat di hantar ke sini. Racun tersebut tidak sempat merebak ke organ penting." Dengar sahaja perjelasan daripada doktor muda itu, semua orang mula menarik nafas lega. Namun tidak Emeer.

"Racun?"

"Ya. Isteri Tuan di racun. Pihak kami masih tidak tahu punca racun itu daripada mana tapi sampel darah Cik Puan Thea, kami sudah hantar ke makmal. Kita akan tahu keputusan dalam masa terdekat. Apa yang boleh saya katakan, kalau isteri Tuan lambat sedikit sampai ke hospital, mungkin dia tidak dapat di selamatkan." Tutur Doktor Aisyah lembut sambil matanya di larikan ke arah satu persatu wajah yang berada di hadapannya.

Wajah Emeer mula berubah tegang. Kedua belah tangannya di kepal kuat. Ethan yang melihat keadaan anaknya itu terus mendekat lalu bahu tegap itu di tepuk beberapa kali. Cuma menenangkan api kemarahan yang mula panas itu.

"Thanks doctor. Anything just update to me." Ujar Ethan sambil tersenyum nipis.

Doktor Aisyah mengangguk. "I will Tuan Ethan. Hanya seorang sahaja di benarkan masuk melawat ya. Buat masa sekarang, pesakit perlukan rehat secukupnya. Harap semua faham. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

Sebaik sahaja kelibat Doktor Aisyah hilang, Emeer terus menumbuk dinding di situ dengan kuat sambil mengumam keras.

"Accidenti! Ti troverò, bastardo! (Damn it! I will find you, bastard!)" 

Hanya yang faham bahasa Emeer sahaja yang tahu maksud kata-katanya itu.

"Non preoccuparti, ti aiuterò ma per ora calmati. Tua moglie ha bisogno di te adesso. (I will help you but for now, calm down. Your wife needs you) Go. For the rest, just leave it to me." Ethan mula bersuara. Dia tahu apa yang ada dalam fikiran anaknya.

Emeer mengeluh kecil sebelum dia melangkah meninggalkan mereka yg berada di situ.

"Tocchi la mia donna significa che hai appena svegliato il diavolo dentro di me (you touch my woman means you just wake up the devil inside me)." Gumam Emeer sendirian.

Done!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience