Chapter 54

Romance Completed 35261

“Selamat pagi mak.”

Linda yang sibuk menyediakan sarapan terkejut melihat anak daranya masuk ke dalam dapur awal pagi itu. Sudah dua bulan anak perempuannya tidak masuk ke dalam dapur selain nak makan.

“Ada apa kamu datang ke dapur ni?” tanya Linda agak keras. Dia masih lagi mengingati bagaimana orang kampungnya memburukkan nama Linda disebabkan kelakuan anak perempuan yang tidak senonoh itu.

“Hish, orang tua ni. Pagi-pagi nak cari gaduh.” gumam Wahidah Tiara dalam hati. Tetapi bibirnya masih mengukir senyuman. Jelas senyumannya tidak ikhlas.

“Aku tanya buat apa masuk ke dapur? Awal pagi pula tu. Bukan ke sejak kebelakangan ini, masa macam ini adalah waktu kau balik ke rumah?” perli Linda.

Berubah riak muka Wahidah Tiara. Sungguh-sungguh dia cuba untuk tidak menunjukkan kemarahan kepada Linda.

“Saja, nak tolong mak. Sudah lama Tiara tidak tolong mak, kan.” Wahidah Tiara ujar berbasi-basi.

“Betul nak tolong aku atau kau nak apa-apa daripada aku?” soal Linda. Ia seperti Linda sudah dapat mengagak apa yang tengah difikirkan dalam otak Wahidah Tiara.

“Ma...mana...ada? Tiara memang nak tolong mak.” jawab Wahidah Tiara.

“Bukan boleh percaya sangat kau ni.” sengaja Linda mengutuk Wahidah Tiara.

“Mak, mari Tiara tolong masak ni.” mencelah Wahidah Tiara. Dia tidak sanggup untuk mendengar bebelan ibunya. Takut tahap kesabarannya menipis.

“Elok lah. Tolong kacau sambal ikan bilis ni.” arah Linda sambil memberi senduk kepada Wahidah Tiara.

“Susah nak handle perempuan tua ni.” bisik Wahidah Tiara perlahan. Dengan panas hati, Wahidah Tiara mula kacau sambal di dalam kuali.


***************

“Good morning sayang. Penat sangat ke?” ucap Iskandar Faiz apabila tengok isterinya membuka mata di sisi.

“Sakit badan abang.” rintih Sofia Amelia.

“Tadi abang kejutkan sayang untuk solat subuh, tapi sayang tak bangun pun.” kata Iskandar Faiz. Rambut Sofia Amelia dibelai.

“Ini semua sebab abang lah.”

“Apasal pula sebab abang?” blur Iskandar Faiz. Tiba-tiba Sofia Amelia menyalahkan dirinya.

“Abang tak bagi saya tidur pun semalam.” merungut Sofia Amelia. Matanya dipejam.

“Alah, sayang yang goda abang dulu kan. Siapa suruh goda abang?” senggih Iskandar Faiz.

“I just thought we would have intercourse one time. Tapi apa yang terjadi? Saya pun tak tahu sudah berapa round.” jawab Sofia Amelia. Muka suaminya dijeling tajam. Bagai nak telan hidup-hidup.

“Sorry la sayang. Abang tak dapat nak tahan.”

“Yelah. Saya mandi dulu.” Sofia Amelia bangun dari katil dengan menutup badannya yang tiada mengenakan pakaian itu.

“Tak payah nak cover badan sayang tu. Abang sudah tengok setiap inci badan sayang.” laung Iskandar Faiz.

“Diamlah abang!” bantal kecil yang terletak di atas katil campak ke arah Iskandar Faiz.

Seronok Iskandar Faiz mengenakan isterinya. Semoga hubungan mereka kekal bahagia selama-lamanya!


***********************

Mini Cooper milik Sofia Amelia masuk ke dalam pekarangan rumah banglo milik Dato’Johari. Sudah lama Sofia Amelia tidak pergi ke rumah ayahnya.
“Daddy, your lovely princess at home! Mak Ziah, where are you?” laung ceria Sofia Amelia.

Mak Ziah yang sibuk mengemas bilik atasnya tergesa-gesa turun ke tingkat bawah. Dato’Johari yang tengah membuat kerja di bilik juga keluar dan menuju ke ruang tamu. Rindunya terhadap anak tunggal.

“Sofi, sihat?” tanya Mak Ziah. Air mata mula bergenang. Ini bukan air mata sedih, tetapi air mata gembira dan rindu.

“Mak Ziah, I miss you so much!” Sofia Amelia memeluk Mak Ziah dengan erat.

“Mak Ziah pun rindu Sofi.” Mak Ziah juga membalas pelukan Sofia Amelia.

“Sofi, tak nak layan daddy ke?” muncul Dato’Johari di ruang tamu.

“Daddy!” jerit riang Sofia Amelia dan memeluk Dato’Johari.

“Sofi, how are you? Sihat? Mana Is?” tanya Dato’Johari.

“Abang kerja. Dia kata akan datang ke sini lepas habis meeting.” beritahu Sofia Amelia.

“Is tahu kan Sofi datang ke sini?” soal Dato’ Johari.

“Yes. He knew daddy. Sofi dah minta izin pun.”

“Baik lah. Ingat Sofi, awak kena minta izin suami sebelum pergi ke mana-mana. Selalu taat pada suami. Ingat pesan daddy.” Dato’Johari mengingatkan anak tunggalnya.

“Baik daddy.” jawab Sofia Amelia.

“Mak Ziah, Sofi lapar. Jom kita pergi masak.” ajak Sofia Amelia dengan penuh teruja.

Mak Ziah dan Dato’Johari terkejut mendengar yang Sofia Amelia nak masak. Setahu mereka, Sofia Amelia tidak suka untuk masuk dapur. Apa lagi nak masak.

“Sejak bila Sofi mula masak ni? Bila Sofi rajin masuk dapur?” tanya Dato’Johari.

“Boleh la Sofi masak sikit-sikit. Hari ini Sofi masak untuk daddy. Okay?”

Gulp!

“Sofi nak masak hari ini ke?” Dato’Johari berasa takut tiba-tiba.

“Yes daddy. You wait and see! Come Mak Ziah. Kita masak.” Sofia Amelia tarik tangan Mak Ziah dan masuk ke dalam dapur untuk memasak makanan tengah hari.


***********************

“Assalamualaikum along.”

“Waalaikumsalam umi.” Iskandar Faiz menjawab salam ibunya.

“Along kat mana? Kerja ke?” tanya Fatimah.

“Kerja umi. Baru along lepas jumpa klien. Maaf umi. Along tak dapat call umi semalam.” Iskandar Faiz meminta maaf kepada ibunya.

“Tak apa along. Umi panggil sebab nak beritahu majlis nikah Tasha nak berlangsung tak lama lagi. Tinggal dua minggu je lagi.” Fatimah mengingatkan anak lelakinya, Iskandar Faiz.

“Nasib baik umi ingatkan along. Along dah lupa ya allah.”

“Umi tahu anak umi kuat lupa.” kadang-kadang Fatimah geram dengan perangai lupa anak sulung itu.

“Banyak kerja umi. Lagipun along kan makin tua.” gelak Iskandar Faiz.

“Menantu umi sihat? Dah lama umi tak sembang dengan dia.” Fatimah mula bertanya pasal menantu.

“Sofi sihat umi. Nanti along suruh dia call ibu.” jawab Iskandar Faiz tenang.

“Dah lebih dua bulan along nikah, ada apa-apa berita gembira?” Fatimah mula menunjukkan minat terhadap isu cucu.

Tersentak Iskandar Faiz mendengar soalan ibunya. Dia tahu bukan sahaja ibu malah ahli keluarga lain tidak kira ahli keluarga sebelah Iskandar Faiz ataupun ahli keluarga sebelah Sofia Amelia menginginkan satu berita gembira daripada mereka. Tetapi, Sofia Amelia belum bersedia lagi. Apa Iskandar Faiz boleh buat?

“Along… along? Kenapa senyap je ni?”

“Ye umi. Ta...di...erm.. Tak ada apalah. Apa umi tanya tadi?” soal balik Iskandar Faiz dengan harapan ibunya tidak sentuh pasal bab anak.

“Sofi sudah ada isi tak?” Fatimah bertanya secara terbuka.

“Belum lagi umi. Insya Allah kalau ada rezeki, adalah itu.” balas Iskandar Faiz.

“Yelah. Tapi umi tak sabar nak tunggu untuk lihat cucu umi.” ujar Fatimah dengan penuh ceria.

“Along pun nak sangat ada anak, tapi Sofi tak nak.” Iskandar Faiz hanya dapat meluah dalam hati sendiri.

“Baik lah along. Umi nak pergi ke pasar untuk beli barang. Kirim salam umi kepada Sofi. Jaga diri. Jaga menantu umi baik-baik. Ada masa call umi ye nak.” sempat Fatimah pesan sebelum mematikan talian.

“Umi, along minta maaf sebab along tidak dapat memberitahu yang Sofi tak nak anak untuk setahun lagi.” gumam Iskandar Faiz dan masuk ke dalam kereta untuk pergi ke rumah ayah mentuanya.


************************

Mak Ziah sibuk masak lauk asam pedas untuk ahli keluarga majikannya. Sofia Amelia pula sibuk buat puding karamel dengan merujuk kepada resipi yang terdapat dalam YouTube.

“Done!” Sofia Amelia jerit kecil setelah siapkan puding karamel untuk makan malam nanti.

“Sofi, dah siap?” Mak Ziah mendekati anak majikannya.

“Sudah Mak Ziah. Mak Ziah tengok nanti semua akan puji Sofi. Mesti sedap! Five star la!” Sofia Amelia memuji diri sendiri. Pudingnya disimpan elok di dalam peti sejuk.

“Sofi pernah buat ke sebelum ini?”

“Tak Mak Ziah. This is my first time.” jawab Sofia Amelia jujur.

“Owh. Is jaga Sofi baik?”

“Ye Mak Ziah. Dia jaga Sofi macam nyawa dia sendiri. Sofi happy sangat sebab dapat Is sebagai suami Sofi.” balas Sofia Amelia sambil mengemas tempat yang digunakan tadi.

“Ada berita apa-apa nak kongsi dengan Mak Ziah?”

“Berita? Berita pasal apa Mak Ziah?” soal Sofia Amelia bingung.

“Pasal baby.” Mak Ziah ujar perlahan. Takut anak majikan marah.

Sofia Amelia menghentikan kerja yang dibuatnya saat itu. Matanya mencerlung Mak Ziah yang berdiri di sebelah.

“I am not ready Mak Ziah.” jawab Sofia Amelia acuh tak acuh. Tak tahu kenapa bila sesiapa tanya pasal anak, mood Sofia Amelia terus berubah. Dia tiada minat tentang hal anak.

“Sampai bila Sofi nak macam ni?” tanya Mak Ziah. Mak Ziah memberanikan dirinya untuk teruskan berbual pasal anak.

“Tak tahu Mak Ziah.”

“Sofi, duduk dulu. Mak Ziah nak cakap sikit.” kata Mak Ziah dan menghampiri asam pedas yang sedang mendidih itu. Apinya dipadamkan.

Sofia Amelia akur pada arahan Mak Ziah. Dia duduk di atas kabinet di dapur sambil memerhatikan Mak Ziah.

“Cakap dengan Mak Ziah, sampai bila Sofi tak nak ada anak?” Mak Ziah terus menyoal.

“Sampai Sofi betul-betul bersedia.” jawab Sofia Amelia sambil memeluk tubuh.

“Bila Sofi bersedia?”

“Entah? Mungkin setahun, dua tahun ataupun sepuluh tahun. Mak Ziah, Sofi dan Is masih muda lagi. Tak payah rush untuk ada anak.” cakap Sofia Amelia selamba.

“Sofi, anak adalah kurniaan Allah. Amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh Allah. Tak elok cakap kamu tak nak anak. Anak adalah rezeki, Sofi.” Mak Ziah cuba untuk menukarkan persepsi Sofia Amelia.

“Tapi Mak Ziah, Sofi tak ready. Sofi tak nak busykan diri dengan menjaga anak.”

“Is tahu ke Sofi tak nak anak?”

“Sofi cuma cakap tak nak ada anak sampai Sofi habis belajar. Which means one year.”

“Bukan ke Sofi habis belajar 3 bulan lagi?”

“Memanglah. Tak akan Sofi nak cakap 3 bulan. Nanti Is kata nak anak. Sofi tak puas lagi manja dengan Is. Kalau sudah ada anak, Sofi tak dapat nak spend time dengan Is.” kata Sofia Amelia tanpa rasa bersalah.

“Sofi, jangan pentingkan diri. Cuba fikir pasal Is. Dia juga mesti nak zuriat. Lagipun Sofi tipu Is. Berdosa tipu suami.” Mak Ziah kecil hati dengan Sofia Amelia.

“Biarlah Mak Ziah. Pandai-pandai Sofi untuk pujuk Is nanti.”

“Macam mana kalau Is nak anak?” soal Mak Ziah lagi.

“Kan ada banyak pills yang boleh cegah hamil. Sofi ambil itulah sehingga Sofi bersedia.” jawapan Sofia Amelia mengejutkan Mak Ziah. Sampai ke tahap ambil ubat pencegah hamil!

“Sofi, jangan sesekali ambil ubat yang tak sepatutnya ambil. Ingat! Sofi kena fikir pasal suami juga. Dia juga lelaki biasa. Dia juga ada perasaan. Jangan hampakan Is.” nasihat Mak Ziah sebelum meninggalkan Sofia Amelia di situ.

Punah harapan Iskandar Faiz untuk ada zuriat setelah mendengar perbualan Mak Ziah dan Sofia Amelia. Hatinya sakit sangat! Kebetulan Iskandar Faiz mahu masuk ke dapur untuk minum air, dia terdengar segala perbualannya.

“Sampai hati sayang tipu abang. Semua nak anak, tapi sayang sanggup makan ubat cegah hamil. Tak apa. Tahu lah abang nak buat apa nanti. Just three more months for you to finish your studies, I will make you pregnant!” bisik Iskandar Faiz sendiri.

Selamat membaca semua :) Jangan lupa rate dan komen ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience